You are on page 1of 14

2.

5 Tanda Baca

2.5.1 Definisi Tanda Baca


• Merupakan lambang yang digunakan sewaktu menulis untuk memberikan
penjelasan tembahan tentang makna yang ingin disampaikan.
• Terdapat beberapa lambang untuk tujuan ini, seperti titik (.), koma (,), tanda soal
(?),koma bertitik (;), Dua titik (:) Dan lain-lain lagi.
2.5.2 Tanda Baca di Awal Dan Akhir Ayat
• Terdapat empat tanda Baca yang digunakan bagi manendakan permulaan Dan
Akhir Ayat Tanda-tanda tersebut ialah huruf besar,titik, Tanda soal Dan tanda seru
Huruf Besar
• Penggunaan huruf besar menandakan permulaan ayat. Semua ayat
mesti dimulakan dengan huruf besar.
• Terdapat satu situasi yang huruf besar kelihatan hadir di tengah
ayat
Ibunya berkata ”Jawablah surat itu dengan segera”
• Dalam ayat ini, terdapat dua huruf besar, iaitu sebagai permulaan
ayat, dan yang kedua di dalam ayat yang bermula dengan
“Jawablah”. Sebenarnya, ayat di atas terdiri daripada dua ayat yang
masing-masing bermula dengan huruf besar
Titik(.)
• Merupakan berakhirnga sesuatu ayat. Titik juga dikenali sebagai noktah. Ayat
yang tidak mempunyai titik dianggap sebagai ayat yang belum berakhir. Jika titik
tidak digunakan di akhir ayat, ini bererti peraturan penggunaan tanda baca telah
dilanggar.
• Dalam situasi tertentu, tanda titik digunakan bagi menunjukkan sesuatu bentuk
itu telah mengalami pemendekan. Misalnya, dsb. Ialah bentuk kependekan bagi
dan sebagainya dan Dr. Ialah kependekan bagi doktor, sama ada untuk merujuk
kepada org yang mendapat pendidikan sebagai tabib atau yang memegang
kelulusan kedoktoran. Titik selepas b dalam dsb dan r dalam Dr. menjadi tanda
bahawa bentuk-bentuk itu ialah bentuk yang pendek.
• Titik digunakan sebagai tamda perpuluhan sewaktu menulis nombor, misalnya
3.6.
Tanda Soal (?)
• Tanda soal hadir pada hujung ayat. Contohnya:
Encik Ali telah pergi?
• Tanda soal di atas menandakan bahawa ayat itu ialah ayat tanya, dilafazkan
dengan mada suara menaik, dab lazimnya memerlukan jawapan. Bandingkan ayat
di atas dengan ayat berikut.
Encik Abu telah pergi.
• Ayat ini , tidak menggunakan tanda soal dihujungnya, dilafazkan dengan mada
suara menurun, dan merupakan ayat penyata.
Tanda Seru(!)
• Merupakan tanda baca bagi ayat seruan, iaitu ayat yang
menggambarkan sesuatu perasaaan seperti kesakitan, hairan,
marah, menyindir dan sebagainya, apqbila dilafazkan.
Contohnya:
Aduh, sakitnya kakiku!
Koma (,)
• Sebagai tanda pengguguran sesuatu unsur di dalam ayat. Contohnya:
Hasnah membeli sebuah novel; rakannya, kpulqn cerpen.
• Dalam ayat ini, koma selepas perkataan rakannya menjadi tanda sesuatu unsur telah digugurkan, dalam hal ini kata kerja membeli.
• Apabila terdapat rentetan unsur dalam ayat yang digabungkan melalui kata hubung gabungan dan; kata hubung tersebut telah
digugurkan. Contohnya:
Ulasan beliau menarik, bernas, dan adil
• Sekiranya dua ayat yang digabungkan, kata hubung tidak digugurkan. Contohnya:
Adik sedang memegang belon biru dan merah
• Sekiranya lebih daripada dua ayat yang digabungkan, terdapat dua cara penggunaan tanda baca koma. Satu cara adalah dengan
menggugurkan semua kata hubung, kecuali yang terakhir dan menandakan penggunguran tersebut dengan koma. Contohnya:
Adik sedang memegang belon biru, merah, kuning, hijau dan coklat.
• Dalam ayat ini terdapat koma sebelum kata hubung dan yang terakhir; amalan yang lazim digunakan.
• Terdapat cara kedua yang diamalkan , iaitu dengan menggunakan koma sehingga sebelum kata hubung dan terakhir.
Adik sedang memegang belon biru, merah, kuning, hijau, dan coklat.
• Alasan yang diberikan adalah bahawa dalam ayat di atas, jumlah belon amat jelas, iaitu lima belon. Hal ini dipastikan melalui penggunaan
koma antara hijau dan coklat.
• Sebaliknya, dalam ayat sebelum itu jumlah belon boleh diinterpretasikan sebagai lima, atau boleh juga berjumlah empat kerana belon
terakhir boleh bewarna hijau dan coklat. Keraksamaanbdalam ayat ini terbit daripada ketiadaan koma antara hijau dengan coklat
Dua Koma
• Digunakan dalam ayat apabila berlaku selitan unsur tambahan. Perhatikan
contoh-contoh berikut:
a)Cadangan itu, pada pandangan saya, amat baik.
b)Faktor ini, tuan-tuan dan puan-puan, perlu diberikan penimbangan yang
serius.
c)Encik Abdul Rahim, pengurus firma tersebut, menyampaikan taklimat.
• Dalam ketiga-tiga ayat tersebut , unsur yang diselitkan merupakan maklumat
tambahan dan tidak akan merosakkan tatabahasa ayat jika digugurkan.
Penggunaan dua koma , sebelum dan sesudah unsur yang diselitkan itu,
menandakan unsur selitan dalam ayat.
Koma Bertitik(;)

• Berfungsi sebagai unsur kaitan antara dua ayat. Contohnya:


Di kedai buku Ali memilih-milih buku yang akan dibelinya; adiknya
membelek-belek majalah.
• Kedua-dua ayat ini dapat berdiri sendiri, tetapi keeratan antaranya
dijalinkan melalui penggunaan tanda baca bertitik. Dua tindakan yang
dilakukan oleh Ali dan adiknya menjadi lebih erat dan oleh demikian,
lebih wajar dihubungkan dengan koma bertitik. Dengan kata lain,
koma bertitik mengeratkan hubungan antara dua ayat dalam ayat
majmuk gabungan.
Dua Titik(:)

• Digunakan selepas satu ayat yang boleh berdiri sendiri, yang


mengandungi maklumat lanjut tentang perkara yang tersebut dalam
ayat terdahulu. Contohnya:
Sewaktu di pasar mini, tolong belikan saya banrang-barang ini:
gula, mentega, susu dan kelapa.
Tanda Sempang (-)
• Amat luas dan pelbagai penggunaannya. Pertama, tanda sempang digunakan untuk menulis semua jenis kata ganda yang
dahulunya ditandai dengan angka dua.
Meja²> meja –meja
Mahkamah²> mahkamah-mahkamah
• Digunakan untuk menjalaskan perkataan dan ungkapan, misalnya, bagi berevolusi, terdapat ber-evolusi be-revolusi.
• Digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada perkataan yang samaz misalnya anti-Amerika, pro-
Malaysia, KDN-nya, dan hamba-Mu.
• Digunakan untuk merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor ordinal, misalnya ke-24 dan ke-170.
• Digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran – an. Misalnya 50-an.
• Digunakan untuk menyatakan hubungan antara perkataan pada rangkai setara tertentu atau pada kata istilah.
Contohnya: alat pandang-dengar
• Digunakan sebagai unsur pemisah antara satu kenyataan . Contohnya: Sdr. Malik, Sdr. Siti, dan Sdr. Zurina- empat orang
yang telah dicalonkan untuk jawatan Pengerusi, diminta keluar untuk membolehkan pengundian dijalankan.
• Dalam ayat ini, unsur yang hadir selepas tanda sempang ialah kenyataan utama; yang mendahului sempang merupakan
penjelasan tentang siapah orang-orangnya.
Tanda Kurung ( )
• Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan dua koma, iaitu sebagai tanda wujudnya unsur
selitan dibdalam ayat. Perhatikan ayat yang berikut:
Ahli-ahli kesatuan sekerja di bandar itu (berjumlah kira-kira 45000 orang pada tahun
2000) telah sebulat suara menyokong tindakan kerajaan.
• Perbezaan penggunaan tanda baca ini dengan dua koma ialah selitan dalam ayat yang
menggunakan kurungan menunjukkan bahawa unsur selitan itu kurang kaitan, dari segi
tatabahasa, dengan keseluruhan ayat. Contohnya:
• Sesungguhnya dia sangat jarang (tekanan pada perkataan jarang) bertindak demikian.
Dua Sempang (-)

• Seperti tanda kurungan, tanda baca dua sempang juga berfungsi sebagai
tanda pemisahan unsur dalam ayat disebabkan unsur selitan. Perhatikan
contoh yang berikut.
Ibu berpesan kepada ayah supaya membeli beberapa barang –
gula, susu, kelapa, dan mentega- di pasar mini itu.
• Dalam ayat ini, unsur yang diselitkan itu sebenar-benarnya mengganggu
jalan fikiran dan jalinan tatabahasa ayat. Tanda baca dua sempang digunakan
untuk menunjukkan gangguan ini
2.5.4 Tanda Petik dan Tiga Titik
Tanda petik (“ “)
• Untuk menunjukkan bahagian yang benar-benar dilafazkan atau ditulis oleh seseorang, dengan
kata lain tanda cakap ajuk Contohnya:
Kata Hamid kepada adiknya, “ Ayuh, mari kita pergi sekarang”.
• Digunakan apabila kita membuat rujukan pada perkataan atau rangkai kata. Contohnya:
Guru meminta mereka membuat ayat dengan perkataan “iltizam”
• Digunakan bagi perkataan atau ungkapan yang bersifat tidak baku atau digunakan dalam bahasa
basahan. Contohnya:
Dalam menjalah remaja, ungkapan “cun” dan “makwe” kerap digunakan.
• Akhir sekali, tanda petik digunakan untuk menandakan judul buku dan makalah. Contohnya:
. Antara buku Za’ba yang terkenal ialah “ Pelita Bahasa Melayu”
Tiga Titik (...)
• Digunakan untuk menandakan bahawa terdapat bahagian ayat yang telah
digugurkan.
• Contohnya, kita hendaklah menurunkan satu petikan, tetapi petikan itu terlalu
panjang dan tidak releven dengan perbincangan. Maka dipetik sahaja bahagian
yang releven dan ditandai bahagian yang telah digugurkan dengan tiga titik.
Contohnya:
Dalam perbincangan tersebut, telah diputuskan bahawa “ perkara
itu menjadi iktibar kepada semua pelajar .... Dan hendaklah
diingatkan selalu.

You might also like