You are on page 1of 2

BENTUK KATA

1) DEFINISI BENTUK KATA (TATABAHASA DEWAN)


 Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa
morfem .
- Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk yang berikut :
 BENTUK KATA TUNGGAL
 BENTUK KATA TERBITAN
 BENTUK KATA MAJMUK
 BENTUK KATA GANDA

a) BENTUK KATA TUNGGAL

-Kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian.

-Bentuk kata tunggal terdiri daripada kata tunggal satu suku kata, bentuk kata tunggal dua
suku kata, atau lebih. Contoh kata tunggal satu suku kata ialah perkataan ya iaitu terdiri
daripada suku kata KV iaitu konsonan dan vokal, kata tunggal dua suku kata seperti V+KV
iaitu aku dan sebagainya.

b) BENTUK KATA TERBITAN

- Terhasil melalui proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar
yang melahirkan kata terbitan. Kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas
manakala, morfem terikat ialah imbuhan. Contohnya, ber-+ jalan dan lukis +-an menjadi
berjalan dan lukisan.

c) BENTUK KATA MAJMUK

- Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dibezakan daripada frasa
kerana tidak dapat disisipkan unsur antara perkataan. Contohnya, air hujan tidak boleh
disisipkan dengan kata dan (*air dan hujan) atau (*air yang hujan) ini menunjukkan air hujan
merupakan kata majmuk.

d) BENTUK KATA GANDA

-Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses
pengulangan ini melibatkan kata dasar penggandaan penuh, atau hanya melibatkan
sebahagian kata dasar sahaja iaitu penggandaan separa. Antara contoh penggandaan
penuh ialah meja-meja dan murid-murid. Bagi contoh penggandaan kata separa pula ialah
lelaki dan jejari.
Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Haji Omar

a) Kata selapis
Kata selapis ialah kata yang hanya terdiri daripada satu morfem sahaja. Misalnya,
saya, itu, anak dan rumah.

b) Kata Kompleks Setara/Kata Majmuk


Kata kompleks setara atau kata majmuk adalah kata yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua morfem bebas, misalnya matahari, dukacita, sukacita, dan
sebagainya.
Kata majmuk boleh juga ditulis dengan cara menyempangkan bahagiannya.
Sempang tidak mengganggu keutuhan kata tersebut.

c) Kata Kompleks Tak Setara/Kata Berlapis


Kata kompleks tak setara atau kata berlapis terdiri daripada sekurang-kurangnya
satu morfem bebas dan satu morfem terikat, misalnya, berdiri, membaca, bacaan
dan keadaan.

You might also like