You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG

TUAH 1 JALAN HANG TUAH 55200 KUALA


LUMPUR NO.TEL /FAX: 03-92214494

Kertas Kerja
Program Bicara Mesra
Bersama Ibu Bapa
Murid Cahaya Pelangi

ANJURAN

GURU PEMULIHAN SK JALAN HANG TUAH 1 DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU,
MATEMATIK DAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an
lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah
khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M. Pada tahun 1983,
sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha
bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas
yang diwujudkan di setiap sekolah rendah. Fokus ke arah membasmi masalah 3M
ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Melalui kedua-dua teras ini,
beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai
kemahiran asas 3M pada Tahap 1. KPM telah memperkasakan Program Pemulihan
Khas dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan menyediakan Guru Pemulihan
terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
2.0 LATAR BELAKANG KELAS PEMULIHAN KHAS SK JALAN HANG TUAH 1
Kelas Pemulihan Khas SK Jalan Hang Tuah 1, telah dinaiktaraf oleh Guru
Pemulihan SK Jalan Hang Tuah 1 dengan kerjasama semua guru dan pentadbir.
Projek keceriaan ini telah bermula pada disember 2020. Keadaan asal Bilik
Pemulihan Khas sangat tidak kondusif dan kurang sesuai untuk melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Maka, Guru Pemulihan Khas di bawah bantuan Unit
Kurikulum SK Jalan Hang Tuah 1, telah bekerjasama melakukan pembersihan dan
menaiktaraf kelas agar lebih selesa dan kondusif untuk semua murid pemulihan
khas. Wang ringgit yang telah digunakan sebanyak RM1000.00 bagi merealisasikan
sebuah kelas yang lebih kondusif dan ceria.
Pada tahun 2022, Kelas Pemulihan Khas mempunyai 20 orang murid tahap 1 dan 2.
Kesemua murid ini akan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas agar dapat menguasai
kemahiran asas 3M. Tiada alasan sebenarnya untuk guru tidak berjaya dalam
mendidik murid-murid. Seorang guru tidak boleh salahkan murid sekiranya mereka
tidak berjaya. Guru perlu terus berusaha dan berusaha sehingga masalah dapat
diselesaikan. Guru juga perlu berkolaborasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa.
Perkongsian idea daripada mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ibu bapa anak-anak ini pula berkehendak dan berusaha untuk mengajar anak
mereka di rumah bagi membantu guru.
Pada tahun ini, dengan kerjasama dari unit kurikulum, Program Bicara Mesra
bersama ibu bapa akan dijalankan. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam
pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang
merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan
dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah
merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan
ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di
sekolah. Sehubungan dengan itu ibubapa perlu dijelaskan peranan mereka agar
paduan antara ibubapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya.
3.0 OBJEKTIF
Objektif kertas cadangan ini dibuat adalah untuk
1. Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya
pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2. Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam
pelajaran.
4.0 MATLAMAT
1. Ibu bapa mengetahui tahap kemahiran Bahasa Melayu dan Matematik
pemulihan dan membimbing murid di rumah.
2. Membudayakan keinginan murid untuk menguasai 3M di sekolah atau di
rumah.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Program Bicara Mesra ini melibatkan semua ibu bapa murid pemulihan khas.
Rujuk Lampiran 1
6.0 DAPATAN (OUTCOME)
Hasil pelaksanaan Program Bicara Mesra akan memberikan impak besar kepada
kumpulan sasaran.
DAPATAN  Murid dapat meningkatkan kemahiran pemulihan dan
OUTCOME aplikasikan aktiviti PdPC secara berterusan di rumah.
 Ibu bapa lebih cakna dan bersuaha membantu kelemahan
dan kekurangan anak-anak.
 Membantu guru untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Guru dan pihak pentadbir, meletakkan sasaran KPI iaitu
pengurangan 50% murid pemulihan khas pada bulan februari
tahun 2023.
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BICARA MESRA
Tarikh : 16 Julai 2022
Tempat : Pautan Google Meet
Penglibatan : Ibu Bapa Murid
Masa Aktiviti/ Catatan
8:30 pagi  Kata alu-aluan
 Bacaan Doa oleh Ustaz Syamil Bin Hatta
 Tayangan Video Bilik Pemulihan SK Jalan Hang Tuah 1
8:40 pagi  Ucapan Guru Besar, En Azmi Bin Hj Kusnin
 Ucapan Penolong Kanan Kurikulum, En Ahmad Shahrim bin
Suffian.
9:00 pagi  Bicara Mesra 1: Hala Tuju Kelas Cahaya Pelangi oleh Cik
Ezzatul Nadeera Idris
 Carta Aliran Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
 Jadual Kelas Pemulihan Khas
 Jalinan Kerjasama Guru Subjek & Guru Pemulihan Khas
 Program Intervensi Program Guru Rumah Matematik &
Program Siulan Pagi
9:30 pagi  Bicara Mesra 2: Kasihnya Mama, from Zero to Hero! Oleh
Puan Aznira Bt Razak.
 Peranan sebagai ibu yang mempunyai anak di kelas
pemulihan.
 Cara dan Teknik intervensi di rumah
10:00 pagi  Bicara Mesra 3: Hello Doctor!
 Nutrisi Pemakanan & Perkembangan anak.
 Cara ibu bapa membantu emosi perkembangan murid di
rumah.
10:30 pagi  Bicara Mesra 4: Sekolahku Syurgaku oleh Pn Rohaini Bt Mat.
 Kepentingan kehadiran kesekolah.
10:45 pagi  Sesi Soal Jawab
 Post Moterm dan kehadiran melalui google form
 Bersurai
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GURU RUMAH

Pengerusi : En Azmi B Haji Kusnin (GURU BESAR)


Naib Pengerusi : En Ahmad Shahrim Bin Suffian (PK PENTADBIRAN)
Setiausaha : Cik Ezzatul Nadeera Binti Idris (GPM)
AJK : Semua Guru Bahasa Melayu dan Matematik

BIL NAMA GURU JAWATANKUASA SKOP TUGAS


1 Pn Jamilah Bt Baharom Pengacara Majlis  Menyediakan teks
pengacara majlis
mengikut tentatif
program
2 En Syamil B Mohd Hatta Bacaan Doa  Mengetuai bacaan
doa
3 En Hakimi B Md Jusoh JK Pendaftaran  Menyediakan
Pn Santhana a/p Munusamy google form
pendaftaran Ibu
Bapa
 Memberi salinan
pendaftaran
secara hard copy
pada 18 Julai
2022.
4 Pn Vanitha A/P Shunmugam JK Teknikal  Menyediakan
Cik Wan Nadzureen Bt Nordin pautan google
meet
 Menyediakan
google form untuk
post moterm
5 Cik Nur Asyikin Najihah Bt JK Teknikal  Penyediaan Slaid
Halimi
Pn Noor Farhanah Bt Ramlee
9.0 PENUTUP
Semoga semua usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi
membantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan asas 3M.

Disediakan Oleh Disokong Oleh

......................................................... ................................
(EZZATUL NADEERA BINTI IDRIS) (AZMI BIN KUSNIN)
GURU PEMULIHAN KHAS GURU BESAR
SK JALAN HANG TUAH 1 SK JALAN HANG TUAH 1
LAMPIRAN 1

BIL NAMA MURID NAMA IBU BAPA


1 AISYAH HUMAIRA BINTI MUHAMAD FAIZAL NUR ZAHIDAH BINTI NAZARI
2 AJAYKUMAR A/L UDHAYAKUMAR UDHAYAKUMAR
3 FARISHA QAISARA BINTI SUHAIMI
4 NUR SHAZWANI BINTI ABDULLAH ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH
5 PUTERI HANNAN SYALBIYYAH BINTI MOHD TAUFIK KHAIRUN AFINA BINTI ZAZALI
6 PUTERI NURHANANIA HUMAIRAH BINTI LOKMAN HAKIM HASZARINA BINTI MUSTAFFA
7 SHAHWAL WAFI BIN SURIA SURIA BIN MOHAMMAD HASSAN
8 IMRANSYAH BIN ABDULLAH HAKIM BIN ISNAWI
9 ALISYAH HUMAIRA BINTI ABDUL RAHMAN AZMAN BIN AMIL
10 SITI AMINAH BINTI ADAM ADAM BIN UTUBAL MOHAMAD
11 NURUL ALIAH SUHAIDAH BINTI MOHD SHAMSUL NORHAYATIE BINTI OTHMAN
12 MOHAMMAD NAZRIN BIN MOHAMMAD SUNSI ANALIN BINTI MOHD LIM
13 MUHAMMAD ALIF ISKANDAR BIN DALIM MIAH ZAWIYAH BINTI SAFIEE
14 NIKWAN BIN MUHAMMAD AZMIEWAN NURSIMA BINTI SAHIBAL
15 NUR ADYLINA ADELINE BINTI ABDULLAH SHEDATOL FERDUF BINTI TAN SALEH
16 NURUL SHARKINAH BINTI SHARIP SITTI RUPINAH BINTI JALJABANI
17 NUR SYAQIELLA BINTI ABDULLAH NUR SYAHIDAH BINTI MOHD YUSOF
18 MUHAMMAD ADLI WAFI BIN ZAINI LATIFAH BINTI ALI
19 SHAUN TAY MING JEN

You might also like