You are on page 1of 3

NOTA AYAT MAJMUK

BAHASA MALAYSIA : TATABAHASA AYAT MAJMUK 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua taua lebih ayat-ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal) b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal) c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk) Pemajmukan Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya sendirisendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda dan sebagainya. 3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, juumudi, kadangkala dan walaupun. 4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi dan hak cipta. 5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: a. kata nama majmuk; b. kata bilangan majmuk; c. kata adjektif majmuk; d. kata kerja majmuk; e. kata sendi majmuk; f. kata keterangan majmuk; g. kata hubung majmuk. 6. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk (air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi dan hak cipta). 7. Kata bilangan majmuk ( tiga puluh, dua pertiga dan dua ratus lima puluh). 8. Kata adjektif majmuk (aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati dan kelam kabut). 9. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. (angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan dan gulung tikar). 10. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat: Contohnya : mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 11. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada dansedari.

12. Kata keterangan majmuk antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian,kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu dan sekali sekala. 13. Kata hubung majmuk antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala dan meskipun. Tugasnya Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya : air (kata nama) + mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. contohnya : apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) gulung (kata adjektif) + tikar (kata nama) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif ) + pandai (kata adjektif) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) banyak (kata adjektif ) + mulut(kata nama) lambat (kata adjektif ) + laun (kata adjektif) apabila (kata nama) alim ulama (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik pandai (kata nama) lalu lintas (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) air mata (kata nama) lemah lembut (kata adjektif) mogok duduk (kata kerja) daripada (kata sendi)

Maknanya : 1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut : (a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan 2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menajdi komponennya. 3. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 4. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada buah yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. 5. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena mengena dengan buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 6. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. merah jambu minyak makan udang galah wang saku harga borong mabuk laut orang gaji naik takhta uji kaji hancur lebur lubang hidung nenek moyang tuan rumah warta berita zat air

kongsi gelap tahan lasak dengki hati pagar duri gunung api esok hari kaca mata daya cipta hitam manis cakera padat bahasa pasar

lampu duduk rendah hati pindah tangan sihat akal emas putih kerak bumi bakul sampah isi perut inti sari batang hidung adat istiadat

lipat ganda sabun mandi rabun jauh olah raga gagah berani otak depan galah canggah juling air cantik jelita ikan parang alih bahasa

7. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. main angin embun jantan malam buta emas kahwin sampai hati tanah air tumbuk rusuk anak baju lalat hijau harga diri hajat besar filem bisu jalan bahasa otak udang banyak mulut mata hati anak kunci cekak musang akal kancil cahaya mata lepas tangan gaji buta tali barut sakit hati habis akal gatal mulut ibu ayam rendah hati sagu hati tangan besi gantung kemudi karat hati datang bulan timbang rasa buah mulut anak emas naik darah dapur susu anak angkat cakap angin lemah semangat kecil hati panjang tangan pasar gelap lebar mulut kereta api papas hati gunung payung patah hati kata dua kaki tangan daun pintu jauh hati isi hati darah daging batu loncatan nyawa ikan bulan madu campur tangan

You might also like