You are on page 1of 5

Kata Majmuk

Bentuknya
1) Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata
baru
2) Kata majmuk dapat dibentuk daripada dua patah kata yang sama kelasnya atau
daripada dua patah kata yang berlain kelasnya
3) Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri.
Contohnya air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata. Kata majmuk
mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari
mata apabila menangis.
4) Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Contohnya cantik jelita bermakna sangat
cantik, hancur lebur bermakna hancur sama sekal, sunyi sepi bermakna sangat sunyi
5) Dua patah kata yang sama atau hampir same maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan
6) Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang
7) Kata majmuk dapat dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari
8) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terccantum ialah antarabangsa, apabila,
bagaimana, bumiputera, daripada, demikian, jawatankuasa, jurumudi, kadangkala,
kakitangan, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab,
warganegara, manakala, dan walaupun
9) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah tanah air, air mata, buah
pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta

Maknanya
1) Kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
a) Kata majmuk wajar
b) Kata majmuk kiasan
2) Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya yang yang maknanya dapat
diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah
anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang
bernama anggur
3) Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada
pada kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah hati ialah kata majmuk
kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati. Makna buah
hati ialah kekasih yang dicintainya bukan buah yang bernama hati

Beberapa Contoh Kata Majmuk Wajar


Abuk gergaji Dengki hati Jagat raya Minyak makan
Adapt istiadat Emas putih Juling air Naik taktha
Alih bahasa Gagah berani Kaca mata Olahraga
Bahasa pasar Gunung berapi Kerak bumi Orang gaji
Bakul sampah Halwa maskat Kolam renang Orkes ghazal
Batabg hidung Hitam manis Kongsi gelap Rabun jauh
Cacar air Hancur lebur Kuning langsat Pagar duri
Cakera padat Hijau laut Lempar cakera Sabun mandi
Damar batu Cantik jelita Harga borong Lampu tidur
Ruang angkasa Ikan parang Tahan lasak Udang galah
Darma siswa Inti sari Mabuk laut Uji kaji
Daya cipta Isi perut Merah jambu Wang saku
Rabun dekat Buah rambutan Buah ciku Air laut

Beberapa Contoh Kata Majmuk Kiasan


Akal kancil Emas kahwin Isi hati Nyawa ikan
Anak angkat Anak emas Gaji buta Jauh hati
Otak udang Gambar hidup Kacang miang Pacat kenyang
Anak kunci Gatalmulut Kakitangan Panas hati
Batu loncatan Gunung paying Lemah semangat Panjang tangan
Cepat tangan Banyak mulut Habis akal Main angina
Mulut murai Patah hati Buah mulut Hajat besar
Makan angina Pasar gelap Bulan madu Halwa telinga
Malam buta Rapat raksasa Cahaya mata Harga diri
Mandi keringat Rendah hati Campur tangan Ibu ayam
Bapa ayam Naik darah Sampai hati Cekak musang
Intan baiduri Nikah gantung Tangan besi Naik angin

You might also like