You are on page 1of 4

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK

BATU 8, JALAN SUNGAI PUSU, 53100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

BAMBOO CRAFT & BAMBOONYI

TARIKH PELAKSANAAN

JANUARI – SEPTEMBER 2019

ANJURAN

BIDANG KEMANUSIAAN

DISEDIAKAN OLEH

HABIBAH BINTI OSMAN


FENTY BINTI KHOSNY
MOHD SAFARI BIN ABDUL RAZAK
SALLEHUDDIN BIN TAIS

1
1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon sumbangan kewangan dari pihak
GIEF (Global Innovation Entrepreneurship Foundation) bagi melaksanakan
aktiviti kreativiti murid dalam menghasilkan Bamboo Craft jenama SBPI
Gombak dan menghasilkan bunyi daripada buluh.

2. OBJEKTIF.

2.1 Melahirkan murid yang mencintai alam semula jadi (buluh) dalam
kehidupan dan rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
2.2 Mengenengahkan bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan
barangan kraf tangan daripada buluh melalui aktiviti Bamboo Craft dalam
kelas atau sebagai aktiviti kokurikulum.
2.3 Memberi peluang kepada semua murid memainkan alat muzik yang
diperbuat daripada produk buluh. Jesteru itu penglibatan murid terhadap
permainan alatan muzik lebih menyeluruh dan pelbagai.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung
jawab melalui permainan alat muzik yang berasaskan buluh dan
dimainkan secara ensemble.
2.5 Membantu murid mengetahui dan menghargai muzik kerana kebanyakan
mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal.
2.6 Mempersembahkan bakat murid dalam menghasilkan bunyi daripada
buluh.

3. TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh adalah sepanjang bulan Januari – September 2019.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid yang mempelajari subjek Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan
Seni Muzik serta semua murid asnaf SBPI Gombak.

5. PERINCIAN PROGRAM

5.1 BAMBOO CRAFT

2
Murid akan menghasilkan kraf tangan yang diperbuat daripada buluh
secara berkumpulan. 10 kumpulan murid akan dibentuk yang terdiri
daripada murid tingkatan 1-5. Setiap kumpulan akan menghasilkan kraf
tangan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti akan dijalankan semasa
PDPc subjek Pendidikan Seni Visual dan semasa aktiviti kokurikulum
serta pada masa senggang murid. Aktiviti ini adalah aktiviti yang akan
dipertandingkan semasa Bulan Kemanusiaan pada bulan Ogos nanti.
Hasil ciptaan terbaik akan dijadikan sebagai hasil cenderamata jenama
sekolah.

Penyelaras : En. Mohd Safari bin Abdul Razak


Pn. Fenty binti Khosny

5.2 BAMBOONYI

Aktiviti muzik yang akan dikendalikan semasa PDPc Pendidikan Muzik


yang merupakan aktiviti pertandingan mencipta peralatan muzik yang
berasaskan buluh sama ada alatan muzik berpic atau ‘single pic’,
menghasilkan lagu atau irama menggunakan media buluh dan
experimental muzik iaitu gabungan terhadap peralatan muzik buluh
dengan peralatan muzik moden atau tradisional. Lanjutan daripada aktiviti
ini, satu kumpulan muzik Bamboonyi akan diwujudkan yang berperanan
menunjukkan bakat mereka dalam majlis-majlis sekolah atau jemputan
luar.

Penyelaras : En.Sallehuddin bin Tais

6. PERUNTUKAN KEWANGAN

6.1 Bamboo Craft RM 650.00


6.2 Bamboonyi RM12,400.00
RM13,050.00

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Jumlah Unit Jumlah (RM)


Buluh
Cermin RM15.00 X 10 keping RM 150.00
Bamboo Craft Dawai RM20.00 X 2 gulung RM 40.00
Cable Tie RM15.00 X 10 paket RM 150.00
Bahan terbuang -
3
Hadiah tempat 1 RM100.00 X 1 RM 100.00
Hadiah tempat 2 RM 70.00 X 1 RM 70.00
Hadiah tempat 3 RM 50.00 X 1 RM 50.00
Saguhati RM30.00 X 3 RM 90.00
RM 650.00
Peralatan pertukangan RM 500.00
Guitar Amplifier RM 3,000.00
Bass Ampplier RM 3,000.00
BAMBOONYI Note stand RM 180.00 x 10 unit RM 1,800.00
Busana RM3,500.00
Hadiah RM 600.00
RM12,400.00
JUMLAH RM13,050.00

7. PENUTUP

Program yang dirancang diharap dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid
dalam rekacipta bahan yang berasaskan buluh di samping menanamkan
kesedaran terhadap alam semulajadi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. .....................................................
HABIBAH BINTI OSMAN NOR HAYATI BINTI YUSOFF
GKMP Kemanusiaan Pengetua Cemerlang
SBP Integrasi Gombak SBP Integrasi Gombak

You might also like