You are on page 1of 3

PROJEK TANAMAN DAN MINI NUSERI

PPKI SMK TEMBILA


TAJUK

Kertas Cadangan Projek Tanaman PPKI SMK Tembila untuk menanam sayur-
sayuran dan buah-buahan.

MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran manipulatif, pendidikan jasmani


kesihatan, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku kepada murid melalui
penanaman pokok serta urusan penjagaan kebun.

OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh


mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian
mereka kelak.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara
asas.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang pengurusan diri dan
pengurusan tingkahlaku untuk menjaga kebersihan dan keselamatan
semasa berkebun.
iv. Mengajar kemahiran manipulatif semasa dalam proses menguruskan kebun
v. Mengaplikasikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
menggunakan tatacara aktiviti serta pemakanan sihat.
LATAR BELAKANG

Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa


bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum
tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam
hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima.
(Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep


masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka
integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU
serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup
berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila
terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan
pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai
ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang
upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah &
Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI


SMK Tembila telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Tanaman dan
mini Nuseri. Projek ini akan dibimbing oleh Cigu Ahmad Nasrul Hakim bersama
Cikgu Azlinawati bt Rawi. Projek ini akan dilaksanakan di tapak pertanian PPKI
bersebelahan dengan bagunan Probim. Pokok yang akan ditanam adalah sayur-
sayuran sawi, bendi, timun dan lain-lain kerana berdasarkan keadaan ia mudah
ditanam secara ringkas dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan
keadaan cuaca. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian keusahawanan
yang dibimbing oleh guru-guru untuk dijual.

KOS

BIL PERKARA UNIT HARGA


1 TANAH TOP SOIL 1 LORI RM100.00
2. SEKAM PADI 20 Bbeg x RM 300.00
RM15.00
3. Plastik Uv 1 gulung RM300.00
4. Baja AB 2 set x RM 150 RM 300.00
5. Polibeg RM 50.00
6. Cocopeat RM 15 x 20 beg RM 300.00
7. Benih RM 50.00
8. Kain weedmat 1 gulung RM 150.00
9. Baja NPK 1 guni RM150.00
10. Baja Baja Ayam 1 guni RM 150.00
11. Racun Rumpai 4 Liter RM 100.00
12 Tali Rambatan RM 50.00
JUMLAH RM 2000.00

Sumber Kewangan, peruntukan LPBT Pendidikan Khas

Disediakan Oleh, Diluluskan oleh,


………………. ………………………
(AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT) (ADNAN BIN HJ ABD KADIR)
Guru PPKI SMK Tembila Pengetua, SMK Tembila

You might also like