You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MENGENALI HABITAT HAIWAN DAN PERTANDINGAN MEMANCING


MATA PELAJARAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
SMK SUNGAI PUTERI 2023

PENGETUA,
SMK SUNGAI PUTERI

PROGRAM MENGENALI HABITAT HAIWAN DAN PERTANDINGAN MEMANCING

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program mengenali habitat haiwan di dalam mata pelajaran Sains Sosial dan Alam Sekitar ini memberi
fokus kepada habitat kawasan sawah padi. Belajar mengenali Jenis -jenis ikan yang terdapat di
kawasan sawah padi yang berada di kampung Simpang Sepayang Kuala Rompin.
Disamping dapat menikmati keindahan pemandangan semulajadi di kawasan sawah padi, MBPK
dapat belajar dan merasai suasana sebenar habitat haiwan yang mereka telah pelajari dalam bilik
darjah. Selain mengenali habitai haiwan semulajadi, MBPK juga dapat belajar dan merasai
pengalaman memancing di kawasan sawah padi.

Pertandingan memancing juga diadakan bagi Pelaksanakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah
(PASM) yang dilakukan bagi mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK mengikut Instrumen
Pentaksiran Berasaskan Persekitaran atau Environment Based Assessment Instrument (EBAI).
EBAI Memancing adalah instrument yang telah dipilih untuk dilaksanakan kepada MBPK sekolah ini
bagi membantu guru-guru pentaksir membuat penilaian terhadap setiap reaksi yang telah ditetapkan
dalam EBAI tersebut.
Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik, pertandingan memancing diadakan mengikut kumpulan yang
telah ditetapkan.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Tujuan
i. Membuat pentaksiran kepada setiap MBPK mengikut reaksi yang ditetapkan dalam
EBAI.
ii. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat murid untuk menyertai
program berilmiah
iii. Memberi pendedahan terhadap suasana persekitaran luar sekolah
iv. Memupuk sikap kerjasama antara murid
v. Mengembangkan potensi diri, bakat dan daya kreatif
vi. Menghargai orang lain dan persekitaran

2.2 Outcome
i. Murid dapat merasai suasana dan menerokai kawasan habitat haiwan secara langsung
ii. Murid dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan potensi diri
iii. Murid dapat melibatkan secara aktif dalam aktiviti yang disediakan.
3. KUMPULAN SASAR
27 orang murid pendidikan khas

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 11/01/ 2023
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Kampung Simpang Sepayang

Tentatif Aktiviti

MASA AKTIVITI
7. 40 pagi -8.00 pagi Taklimat daripada penyelaras program/ Pembahagian
kumpulan
8.00 pagi - 8.30 pagi Bertolak ke kampung Simpang Sepayang
8.30 pagi – 10,30 pagi Taklimat dan aktiviti bermula
10.30 pagi - 11.00 pagi REHAT /Makan
11.00 pagi - 12.30 pagi Sambung Aktiviti memancing
12.30 pagi - 1.00 tengahari Penutup dan penyampaiaan hadiah

5. JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras PPKI
: Pn. Nur Fatiehah bt Naupal
Setiausaha : En. Mohd Rizuwan bin Suhaimi
Bendahari : Pn. Norzaini bt Salleh
Dokumentasi : Pn. Marhanim bt Daud
Ajk Makanan : Pn. Siti Norarshikin bt Mohd Rosly
: En. Damahuri bin Yasin
Kawalan Murid : En. Mohammad Fitri bin Abdol Rahman

6. IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Sumber Kewangan – Lajur yang digunakan bagi pelaksanaan program

SUMBER KEWANGAN JUMLAH


PCG MATA PELAJARAN TERAS -
RM 826.00
SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

ANGGARAN JUMLAH
PERKARA KUANTITI
RM RM
A. MAKAN DAN MINUM
Sarapan Pagi RM4.00 x1 kali x 27 orang RM108 .00 RM 108.00
Minum Pagi RM4.00 x 1 kali x 27 orang RM 108.00 RM 108.00
Makan Tengahari RM6.00 x 1 kali x 27 orang RM 162.00 RM 162.00
Air Mineral RM2.00 x 1 kali x 27 orang RM 54.00 RM 54.00
Roti RM 2.00 x 1 kali x 27 orang RM 54.00 RM 54.00
JUMLAH RM 486.00
ANGGARAN JUMLAH
PERKARA KUANTITI
RM RM
B. HADIAH( Hamper)
Johan RM 80.00 x 1 RM 80.00 RM 80.00
Naib Johan RM 70.00 x 1 RM 70.00 RM 70.00
Tempat ke 3 RM 60.00 x 1 RM 60.00 RM 60.00
Tempat ke 4 RM 50.00 x 1 RM 50.00 RM 50.00
Peserta Terbaik (Lelaki) RM 40.00 x 1 RM 40.00 RM 40.00
Peserta Terbaik (Perempuan) RM 40.00 x 1 RM 40.00 RM 40.00
JUMLAH RM 340..00
JUMLAH A+B RM 826.00

6.3 Lampiran keselurusan pindah peruntukan -jika ada

7. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

8. PENUTUP
Pelaksanaan program mengenali habitat haiwan dan pertandingan memancing ini, diharap dapat
membantu murid meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga memberi pendedahan kepada murid
tentang program yang berilmiah disamping membantu guru membuat pentaksiran terhadap murid
pendidikan khas yang akan tamat persekolahan pada tahun ini.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………. ……………………………………………………
……………………………………… ………………

Nama: Mohd Rizuwan bin Suhaimi Nama: Nur Fatiehah binti Naupal
Jawatan: Penyelaras Program Mengenali Habitat Jawatan: Penyelaras PPKI
Haiwan dan Pertandingan Memancing
Nama Sekolah: SMK Sungai Puteri Nama Sekolah: SMK Sungai Puteri
Tarikh: 05.01.2023 Tarikh: 05.01.2023
KERTAS CADANGAN PROGRAM MENGENALI HABITAT HAIWAN DAN PERTANDINGAN MEMANCING

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Mengenali Habitat Haiwan Dan Pertandingan


Memancing

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Mengenali Habitat Haiwan Dan Pertandingan
Memancing

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

….…………………………………….
(MUSHAFIZAH BINTI A.SAMAD)
b/p Pengetua
GPK Pentadbiran
SMK Sungai Puteri
26800 Kuala Rompin, Pahang
Tarikh:

You might also like