You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

PROJEK TAMAN FERTIGASI PPKI


SK DATO LAKSAMANA RAJA MAHKOTA

1.0 PENDAHULUAN       
Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% MBK tidak
mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program
pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar
bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam
hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse,
Garcimdore, 2002).
         
Di Malaysia pendidikan untuk MBK mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat
penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain
membina sikap positif terhadap warga MBK serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan
dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila
terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri
keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan
bahawa orang kurang juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri
keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal.
(Norasmah & Safani, 2004).
         
Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SK Dato’
Laksamana Raja Mahkota telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayur.
Pada pringkat awal, projek ini akan dibimbing oleh Encik Nor Azlan Bin Abdul Rahman bapa MBK
sekolah ini, serta akan dilaksanakan di tapak pertanian PPKI bersebelahan banggunan PPKI. Pokok
yang akan ditanam adalah Sawi, Kailan dan Kangkung kerana berdasarkan hasil yang singkat.
Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan
pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada Panitia Kemahiran Hidup yang dibimbing oleh Encik
Amrul Bin Ahmad.

2.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI


Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan
"fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman
dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan.
Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal
mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa


menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam
menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili,
timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi,
pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium,
Fusarium, Rh dan lain-lain.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya
untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang
digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan
berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja
yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman
mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu
ditanam dengan pokok baru.

2.1 Kelebihan Kaedah Fertigasi


i. Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan
jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
ii. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
iii. Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
iv. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
v. Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
vi. Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
vii. Kualiti hasil yang lebih baik.
viii. Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
ix. Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga
diguna pakai.
x. Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
xi. Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
xii. Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
xiii. Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang.

3.0 NAMA PROJEK


“Taman Fertigasi Pendidikan Khas” Sekolah Kebangsaan Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan.

4.0 MATLAMAT
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok
menggunakan kaedah fertigasi serta merupakan salah satu aktiviti di luar kelas.

5.0 OBJEKTIF
i. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek perkebunan.
ii. Memperoleh pengatahuan dan kemahiran asas perkebunan secara moden.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
iv. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI SK Dato’ Laksamana Raja
Mahkota.
v. Mengaplikasikan pengatahuan dan kemahiran yang diperolehi ke dalam kehidupan harian.

6.0 KUMPULAN SASARAN  
Murid-murid Pendidikan Khas SK Dato Laksamana Raja Mahkota tahap 1 dan 2.

7.0 TEMPAT
Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan bangunan Pendidikan
Khas. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata yang berkeluasan 25 x 65
kaki.
8.0 JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI
Pengerusi                   : Pn. Rohana Bt. Mohamed Nor (Guru Besar)
Naib Pengerusi          : En. Ahmad Nizar B. Abdul Kadir (Pen. Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha                 : En. Amrul Fahmi B. Ahmad (Penyelaras Projek Taman Agro Fertigasi)
Bendahari                  : Pn. Nor Azimah Bt. Kasim (Guru Pendidikan Khas)
AJK                            : En Kamarul Syukri B. Kamaruzaman (Guru Pendidikan Khas)
: Pn. Nor Hayati Bt. Arsad (Guru Pendidikan Khas)
: Pn. Noraziah Bt. Hassim (PPM)
: Pn. Masuzi Bt. Ramli (PPM)
: MBK Kelas 2 Tun Perak
: MBK Kelas 3 Tun Fatimah
: MBK Kelas 5 Tun Kudu

9.0 KOS PELAKSANAAN


Bil. Peralatan Kos (RM)
1 Sistem Fertigasi:
 10 kg - 16 x 16 white black Polybag
 50 unit - Dripper Pen
 100m - Micro tubing
 1 Kg - Benih Kangkung
 3 unit - Benih Salad
 3 unit - Benih sawi
 3 unit - Benih bayam
 1 gulung - 16mmx300m LDPE Tubing Pipe
 15 unit - straight coupler
 8 unit - equal tee
 8 unit - end cap
 1liter - Racun daun
 2 gulung - silver shine
 2 gulung - netting
 2 unit - Penebuk mikro tiub
 1 unit - tapak semaian/media semaian 1000.00
2 Tanah Baja Berawat (80 unit x RM8.00) 640.00
3 Pam Racun ( 4 unit x RM25.00) 100.00
4 Batu kecil (6 ela x RM60.00) 360.00
5 Batu bata putih (1 palet) 150.00
6 Meja batu (2 buah x RM180.00) 360.00
7 Sabut kelapa/sekam padi 3 guni x RM30.00 90.00
8 Cat pelbagai warna (4 unit x RM40.00) 160.00
9 Lain-lain keperluan 140.00
Jumlah 3000.00
10.0 JADUAL PELAKSANAAN
Bil. Jangka Perkara Tindakan
Masa
1. Januari – w Pengenalan kaedah sistem En Azlan (Instruktur Fertigasi)
Februari fertigasi kepada pelajar. En. Amrul
w Penyediaan tapak fertigasi untuk En. Kamarul
musim pertama. Pn. Nor Hayati
w Menyemai benih Pembantu Pengurusan Murid
w Penjagaan anak benih MBK Kelas 2 Perak, 3 Fatimah &5
Kudu
2. Mac – w Menanam anak pokok En Azlan (Instruktur Fertigasi)
April w Meracun dan merawat pokok En. Amrul
w Memancang tiang sokongan En. Kamarul
w Pendebungaan Pn. Nor Hayati
w Mencantas dahan/daun Pembantu Pengurusan Murid
MBK Kelas 2 Perak, 3 Fatimah &5
Kudu
3. Mei – Jun w Memetik hasil En. Amrul
w Menjual hasil yang diperoleh En. Kamarul
w Meracun dan merawat pokok Pn. Nor Hayati
w Pendebungaan Pembantu Pengurusan Murid
w Mencantas dahan MBK Kelas 2 Perak, 3 Fatimah &5
Kudu
4. Julai – w Mencabut pokok En. Amrul
Ogos w Merawat media En. Kamarul
w Menyemai benih Pn. Nor Hayati
w Menyediakan semula tapak Pembantu Pengurusan Murid
untuk musim kedua MBK Kelas 2 Perak, 3 Fatimah &5
w Memetik hasil Kudu
w Perbincangan kesimpulan hasil
semusim
5 September w Mencabut pokok En. Amrul
- w Merawat media En. Kamarul
November w Menyemai benih Pn. Nor Hayati
w Menyediakan semula tapak Pembantu Pengurusan Murid
untuk musim kedua MBK Kelas 2 Perak, 3 Fatimah &5
w Memetik hasil Kudu
w Perbincangan kesimpulan hasil

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke
tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.
         
11.0 PENUTUP
Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama kali
dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Dato Laksamana Raja Mahkota. Ianya dirasakan
mampu untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju
program pendidikan khas itu sendiri. Projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas
tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara
keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini
mencapai kejayaan.

Disediakan oleh,

….……………………………………..
(AMRUL FAHMI B. AHMAD)
Penyelaras Projek Agro Fertigasi
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan

Disemak oleh,

….…………………………………………..
(AHMAD NIZAR B. ABDUL KADIR)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan

Disahkan oleh,

….…………………………………………..
(ROHANA BT MOHAMED NOR)
Guru Besar
SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan
SK DATO LAKSAMANA RAJA MAHKOTA
36000 TELUK INTAN, PERAK

CADANGAN
PROJEK TAMAN FERTIGASI PENDIDIKAN KHAS

You might also like