You are on page 1of 11

STANDARD OPERATING

PROCEDURE

BANTUAN PRIHATIN PAHANG

DARJAH 1

UNIT PERANCANGAN, OPERASI DAN DATA STRATEGIK (UPODS)

PEJABAT MENTERI BESAR PAHANG

1
SOP MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP)
MURID DARJAH 1 PADA TAHUN 2023

Objektif:
1. Menjadi panduan dan bahan rujukan kepada pihak yang terlibat untuk memastikan
semua pihak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diberikan seperti kehendak
Kerajaan Negeri.
2. Menyampaikan BPP Darjah 1 kepada penerima dengan kaedah yang lebih
sistematik dan teratur.
Perkara-Perkara Am:
1. Bantuan Prihatin Pahang Darjah 1 diberikan secara automatik kepada semua
murid Darjah 1 yang bersekolah di negeri Pahang.

2. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:


a. Murid darjah 1 yang berdaftar bagi sesi 2023/2024, dan;
b. Murid bersekolah di negeri Pahang.

3. Setiap murid akan menerima sejumlah wang berjumlah RM 100 sahaja secara
tunai.

4. Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang Darjah 1 akan diadakan sekurang-


kurangnya (1) kali di setiap DUN iaitu bersamaan 42 majlis di seluruh negeri
Pahang.

5. Sekretariat bagi Bantuan Prihatin Pahang Darjah 1 adalah seperti berikut:


a. Unit Perancangan, Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang
b. Pejabat Daerah dan Tanah
c. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
d. Pejabat Pendidikan Daerah
e. Pejabat ADUN
f. Sekolah-sekolah di negeri Pahang

2
Penyelarasan Data murid

1. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) bertanggungjawab untuk


menyediakan dan menyerahkan senarai nama murid darjah 1 dan pecahan
mengikut daerah yang berdaftar pada tahun 2023 di seluruh sekolah di negeri
Pahang kepada pihak Unit Perancangan, Operasi dan Data Strategik (UPODS)
selewat-lewatnya pada 21 Mac 2023 (cut-off data 20/3).

2. JPNP juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada UPODS akan


sebarang perubahan data yang telah diberikan bagi membolehkan proses
mengemaskini data.

3. Pihak UPODS hendaklah menyemak data yang telah diserahkan dan


memaklumkan kepada pihak JPNP sekiranya terdapat sebarang isu yang
berbangkit berkaitan data yang telah dibekalkan.

4. Pihak UPODS akan mengeluarkan senarai nama murid dan sekolah yang
mempunyai isu-isu berbangkit: ie kewujudan nama yang sama di sekolah yang
berbeza, etc sebagai pemberitahuan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak JPNP.

5. Pihak sekolah perlu mencetak senarai nama murid bagi penerimaan bantuan
adalah senarai nama murid pada cut-off pada 20/3/2023.

Borang Akuan Terima Bantuan Prihatin Pahang Darjah 1

1. Pihak UPODS bertanggungjawab untuk menyediakan Borang Akuan Terima


Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Darjah 1 seperti di Lampiran 1 kepada JPNP.

2. JPNP hendaklah mengagihkan Lampiran 1 kepada sekolah-sekolah yang terlibat


di seluruh negeri Pahang pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 20 Mac 2023
sehingga 24 Mac 2023.

3
3. Pentadbiran sekolah bertanggungjawab untuk mencetak dan menurunkan cop
rasmi di atas Lampiran 1 sebelum diedarkan kepada murid. Borang yang tidak
dicop adalah dianggap tidak sah dan tidak boleh digunakan untuk tuntutan
bantuan tunai.

4. Lampiran 1 hendaklah diserahkan kepada murid selewat-lewatnya 3 hari


sebelum hari pengagihan BPP Darjah 1.

5. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan akan Lampiran 1, murid


perlu mendapatkan salinan yang baru dari pihak sekolah.

Majlis Rasmi Penyerahan BPP

1. Pelaksanaan Majlis Penyerahan BPP melibatkan Menteri Besar/ADUN/Wakil


Rasmi MB adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja di setiap DUN.
Pertambahan bilangan sekolah adalah tertakluk kepada budi bicara ADUN di DUN
terbabit. (Cadangan masa majlis pada pukul 12:00 pm atau 1:00 pm)

2. Pihak PPD harus memaklumkan pejabat ADUN berkaitan tarikh agihan bantuan
di DUN yang telah ditetapkan dan kehadiran YB/Wakil Rasmi MB bagi sekolah
yang telah di pilih.

3. UPODS bertanggungjawab untuk membantu Pihak Pejabat Daerah dan Tanah


(PDT) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam menentukan tarikh-tarikh
majlis rasmi yang akan dihadiri oleh Menteri Besar, EXCO atau ADUN.

4. PDT bertanggungjawab untuk mengawal selia segala hal ehwal berkaitan


persiapan tempat merangkumi hal-hal berikut:

a. Persedian tempat bagi majlis penyerahan. (Kerjasama bersama agensi


yang terlibat)
b. Menempah dan mencetak backdrop dan bunting selewat-selewatnya 5 hari
sebelum Majlis. (Design backdrop akan disediakan oleh UPODS)

4
5. Pihak sekolah harus memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan majlis rasmi
penyerahan bantuan.
6. Cadangan tentatif bagi majlis rasmi di sekolah terpilih bagi setiap DUN.

Penyerahan Bantuan Bagi Sekolah Tiada Majlis Rasmi

1. Tarikh bagi penyerahan di sekolah-sekolah ini hendaklah dilakukan dalam tarikh


yang ditetapkan oleh pihak UPODS.

2. Bagi sekolah yang tiada majlis rasmi bersama ADUN/Wakil Rasmi MB, tidak perlu
majlis penyerahan. Cukup sekadar ibu bapa hadir ke sekolah dan mengambil duit
di kaunter penyerahan bantuan.

3. PPD hendaklah memastikan pihak sekolah telah mempersiapkan tempat


sewajarnya atau kaunter penyerahan bagi proses agihan wang BPP di sekolah-
sekolah yang tidak dihadiri Menteri Besar/EXCO/ADUN.

7. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menjemput ibu bapa hadir ke sekolah bagi
penerimaan wang BPP Darjah 1.

5
Pengagihan Wang BPP Darjah 1

1. Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada senarai daftar nama murid Darjah 1
2023/24 yang telah diluluskan bagi tujuan agihan wang BPP. Pihak pentadbiran
sekolah juga disarankan untuk menyediakan senarai nama murid Darjah 1 pada
tahun 2023 yang terkini mengikut kelas (cut-off data 20/3/2023).

2. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa akan tarikh dan masa
pengagihan wang BPP Darjah 1.

3. Senarai daftar nama tersebut perlu diserahkan kepada guru yang bertugas di
kaunter pendaftaran semasa hari penerimaan bantuan untuk tujuan pendaftaran
murid dan ibu bapa/penjaga.

4. Pihak Pentadbiran Sekolah berhak menentukan bilangan kaunter pendaftaran


bergantung kepada jumlah bilangan kelas Darjah 1 di sekolah tersebut.

5. Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran perlu memastikan nama dan nombor
MyKID murid yang telah dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga dalam Lampiran 1
ADALAH SAMA seperti dalam senarai nama murid Darjah 1 yang sedia ada.

6. Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran harus memastikan cop rasmi sekolah
dalam Lampiran 1 adalah TULEN dan bukan hasil dari ‘photocopy’.

7. Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran perlu mengumpul Lampiran 1 yang


telah lengkap diisi beserta salinan MyKID murid (Kepil bersama surat akuan
terima).

8. Sampul duit Kerajaan Negeri Pahang mengandungi wang bantuan perlu diberikan
kepada murid setelah Lampiran 1 yang lengkap selesai dikumpulkan (Rujuk
Bahagian Prosedur Kewangan untuk maklumat lanjut).

6
Prosedur Kewangan

1) Pihak UPODS akan angkat peruntukan kepada Kewangan Negeri selepas


mendapat data terkini pelajar bagi setiap daerah dari JPNP pada 21/3/2023.

Pengagihan Peruntukan Ke Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Bagi Setiap Daerah

1) Pihak UPODS akan mendapatkan data bilangan pelajar bagi setiap daerah pada
21/3/2023 dari pihak JPNP untuk diserahkan ke PKN.

2) PKN akan mengagihkan peruntukan bagi setiap daerah melalui Pejabat Daerah &
Tanah selepas 22/3/2023.

3) PKN akan mengagihkan peruntukan ke PDT setiap daerah mengikut data pelajar
yang diberikan oleh pihak UPODS pada 22/3/2023.
• Contoh: Jumlah data pelajar daerah Kuantan sebanyak 10,000 pelajar
(10,000 pelajar X RM100 seorang penerima = RM1,000,000) akan
disalurkan kepada PDT Kuantan.

Agihan Kewangan Cadangan 1


1) PDT akan tunaikan wang bantuan di bank yang terpilih pada hari agihan sahaja
bagi setiap daerah yang telah ditetapkan tarikh oleh UPODS.

2) PDT akan serahkan tunai bantuan tersebut kepada PPD di bank atau di Pejabat
PPD (Perlukan escort polis).
• Wajib ada borang akuan penerimaan *Akan disediakan oleh Kewangan
Negeri.
• Borang akuan penerimaan tersebut dipegang oleh PDT sebagai bukti
penyerahan agihan bantuan kepada PPD.

7
3. Pihak PPD perlu memanggil Guru Besar untuk hadir ke Pejabat PPD untuk ambil
duit bantuan tersebut. (Perlukan escort polis)
• Borang akuan terima dari PPD kepada sekolah wajib ada *Akan
disediakan oleh UPODS.

Agihan Kewangan Cadangan 2

1. PDT akan tunaikan wang bantuan di bank yang terpilih pada hari agihan sahaja
bagi setiap daerah yang telah ditetapkan tarikh oleh UPODS.

2. PDT akan agihkan wang ke sekolah di setiap DUN yang terlibat dengan majlis
rasmi dan akan serahkan kepada wakil PPD di sekolah. (Perlukan escort polis)
• Wajib ada borang akuan penerimaan *Akan disediakan oleh Kewangan
Negeri.
• Borang akuan penerimaan tersebut dipegang oleh PDT sebagai bukti
penyerahan agihan bantuan kepada PPD.

3. Guru Besar bagi setiap sekolah yang berada di bawah kawasan DUN tersebut
perlu hadir ke sekolah yang dipilih sebagai majlis rasmi di DUN tersebut.

4. Penyerahan wang bantuan akan di serahkan kepada Guru Besar oleh wakil PPD
di setiap sekolah yang mempunyai majlis rasmi di setiap DUN. (Perlukan escort
polis)

5. Cadangan untuk masukkan duit ke dalam sampul:


i) Adalah dilakukan di sekolah majlis rasmi bersama guru sekolah tersebut
sebelum agihan kepada Guru Besar.
ii) PPD serahkan duit bersama sampul kepada Guru Besar untuk pihak sekolah
masukkan ke dalam sampul. Ini kerana pihak sekolah mempunyai ramai guru
untuk membantu.

8
Pemulangan Borang Akuan Terima BPP Darjah 1

1. Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran dikehendaki untuk mengumpul dan


menyerahkan Lampiran 1 kepada Ketua Penyelaras Darjah 1 di sekolah masing-
masing.

2. Pegawai PDT yang telah dilantik di setiap daerah bertanggungjawab untuk


mendapatkan dokumen-dokumen tersebut melalui Ketua Penyelaras Darjah 1 di
setiap sekolah pada hari pengagihan bantuan ATAU dalam tempoh 7 hari
selepas tarikh bantuan diagihkan.

3. Pihak UPODS bertanggungjawab untuk mengambil kembali dokumen-dokumen


berkenaan daripada Pegawai PDT yang telah dilantik untuk tindakan yang
selanjutnya.

9
10
LAMPIRAN 1

11

You might also like