You are on page 1of 3

Lampiran 1

TATACARA AGIHAN BANTUAN

1. TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI

1.1 Pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang


tunai daripada bank dengan selamat dan mengikut peraturan
kewangan semasa seperti yang ditetapkan.
1.2 Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh Pengerusi PIBG
/ Bendahari hendaklah diiringi oleh dua (2) orang AJK dikalangan
guru.
1.3 Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 Pengerusi PIBG
/ Bendahari perlu mengambil langkah keselamatan tambahan
seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring (jika perlu)
berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai
Tangungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.
1.4 Sebarang lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan kepada
Bahagian Kewangan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) selewat-
lewatnya 30 Jun 2021.

2. TATACARA PENGAGIHAN BANTUAN


2.1 Pengagihan bantuan tersebut kepada murid ibu bapa/ penjaga
yang layak hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah secepat
mungkin mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
2.2 Sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, pihak
sekolah dinasihatkan supaya tidak mengadakan sebarang majlis /
program bagi penyerahan bantuan tunai tersebut.
2.3 Pemilihan dan perakuan senarai nama murid yang layak telah
disediakan oleh JPN.
2.4 Pengagihan bantuan Johor berkebajikan hanya dilaksanakan
secara tunai kepada murid / ibu bapa / penjaga dengan
memastikan semua pihak mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM.
2.5 Pengagihan bantuan tunai boleh diuruskan berdasarkan slot
hari/waktu mengikut kesesuaian murid bagi mengelakkan orang
ramai (sesak) dan mematuhi jarak social.
2.6 Sebarang Majlis / Program penyerahan BAP Johor Berkebajikan
tidak dibenarkan.
2.7 Pemulangan lebihan peruntukan hendaklah dilakukan selewat-
lewatnya 30 Jun 2021.

Pihak JPN berharap supaya prosedur pengagihan BAP Johor Berkebajikan


Tahun 2021 dapat dilaksanaan dengan lancar dan pihak sekolah sentiasa
mengamalkan norma baharu bagi mencegah COVID-19 dalam sebarang
urusan pentadbiran sekolah.

Nota:

Langkah-langkah membuka senarai nama murid di fail ‘excel’

1. Klik Sheet 3
2. Pilih PPD dahulu contoh Batu Pahat di filter baris pertama (1).
3. Cari sekolah masing-masing di dalam senarai PPD Batu Pahat.
4. Klik pada bilangan murid bagi sekolah anda dan tidak perlu buka
sekolah lain.
5. Sesudah klik senarai nama murid akan keluar mengikut kelas dan
bilangan di dalam sekolah itu.
6. Data murid yang diambil adalah setakat 31 Januari 2021.
7. PERHATIAN, data yang di ambil pada 31 Januari 2021 yang lalu
adalah termasuk sekali murid Tingkatan 5 tahun 2020 bagi sekolah
menengah, mereka tidak layak dan sekolah perlu pulangkan semula
kepada YPJ sebelum 30 Jun 2021.
8. PERHATIAN, data yang diberikan adalah data rahsia rasmi, mohon
guru-guru menjaga etika kerahsiaan bagi melindungi maklumat dan
keselamatan murid-murid.

You might also like