You are on page 1of 3

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

PENYELENGGARAAN DAN PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL

PENGENALAN
Buangan terjadual (SW) adalah bahan yang terhasil daripada kategori buangan yang
disenaraikan di dalam Jadual Pertama (lampiran 1) di bawah Peraturan Buangan Terjadual
2005. Buangan terjadual ini perlu diurus dan dilupus mengikut Peraturan Buangan Terjadual
2005 di mana hanya kontraktor yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar sahaja yang
dibenarkan untuk melupus sisa buangan terjadual ini.

SISA BUANGAN TERJADUAL


Antara contoh sisa SW yang dihasilkan oleh ladang termasuklah:
1. Tong dan bekas racun kosong
2. Bahan kimia seperti racun rumpai
3. Beg baja
4. Penapis minyak traktor
5. Minyak hidraulik
6. Minyak pelincir terpakai
7. Bahan penyerap tumpahan yang telah dicemari oleh SW seperti pasir dan habuk kayu.

LANGKAH-LANGKAH PELUPUSAN SW
1. Setiap SW tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di kawasan ladang, kawasan
perumahan atau mana-mana kawasan selain daripada stor simpanan SW.
2. SW tidak dibenarkan sama sekali ditanam atau dibakar.
3. Setiap SW yang terhasil mestilah disimpan di stor simpanan SW yang telah dikhaskan.
4. SW seperti tong racun kosong hendaklah dibilas 3 kali, ditebuk lubang dan disimpan di
stor simpanan SW.
5. SW yang disimpan mestilah dilabel mengikut kod SW yang telah ditetapkan oleh
Peraturan Buangan Terjadual 2005 (lampiran 2).
6. Label bagi kod SW mestilah mengikut Jadual Ketiga (lampiran 3) seperti yang digariskan
di dalam Peraturan Buangan Terjadual 2005.
7. Hanya pekerja yang pernah menerima latihan berkaitan pengendalian SW sahaja yang
dibenarkan untuk mengendalikan pengurusan SW ini.
8. SW yang disimpan mestilah direkodkan ke dalam inventori SW secara manual oleh
pengurus ladang / penolong pengurus ladang sebelum direkodkan ke dalam e-SWIS oleh
Pegawai Alam Sekitar yang telah dikhaskan.
9. Stok SW yang berada di dalam stor mestilah tidak melebihi 180 hari dengan syarat tidak
melebihi 20 metrik tan.
10. Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dan dilantik oleh pihak
pengurusan sahaja yang dibenarkan untuk melupuskan SW ini.

LANGKAH-LANGKAH SEKIRANYA HENDAK MENGGUNA SEMULA SW BAGI TUJUAN PRE-


MIX
1. Hanya tong racun kosong bersaiz 20L sahaja yang akan diguna semula bagi tujuan pre-
mix di ladang.
2. Pastikan label pada tong racun kosong tersebut dibuang terlebih dahulu.
3. Tong racun kosong mestilah dilabel dengan tanda amaran yang bersesuaian seperti
“BAHAYA”, “PRE-MIX” atau “RACUN”
4. Tong racun kosong yang telah rosak atau pecah tidak akan diguna semula dan akan
disimpan di dalam stor simpanan SW.
CARTA ALIR PENYELENGGARAAN DAN PELUPUSAN SW

SW DIKENAL PASTI OLEH PEKERJA


YANG MENGURUSKAN SW
TONG RACUN SELAIN TONG
KOSONG RACUN KOSONG

DIBILAS 3 KALI DAN DITEBUK


DISIMPAN DI DALAM TONG DRUM
LUBANG SEBELUM DISIMPAN
MENGIKUT KLASIFIKASI SW
MENGIKUT KLASIFIKASI SW

SW DISIMPAN DI DALAM STOR


YANG TELAH DIKHASKAN

MEREKODKAN SW KE DALAM
INVENTORI SW SECARA MANUAL

MEREKODKAN SW MENERUSI
SISTEM e-SWIS

DILUPUSKAN OLEH KONTRAKTOR


BERLESEN DENGAN DOE

You might also like