You are on page 1of 31

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO: BA-34NCTU-97531-44-2023

ANTARA

USI PACKAGE (M) SDN BHD …PLAINTIF

(NO. SYARIKAT: 5236172001)

DAN

EVERLY FRESH SDN BHD ...DEFENDAN

(NO. SYARIKAT: 9976151995)

IKATAN DOKUMEN

DEFENDAN

PEGUAMCARA PLAINTIF PEGUAMCARA DEFENDAN

MADIHAH & PARTNERS SYAFA & ASSOCIATES


Advocates & Solicitors Advocates & Solicitors
No. 8, LTC 1, Diagon Alley, No. 28 Floor UBN Tower 10,
Bandar Baru Nilai, Jalan P Ramlee
71800 Nilai, Negeri Sembilan. 50250 Kuala Lumpur.
No. Tel: +603-32187148 No. Tel: +6011-51572042
Email: madihahpartners@gmail.com Email:syafaandassociates@gmail.com
Ref No: CIV/LKN/2020-05/AS Ref No: RHC/KL/LIT/061/12

Disediakan oleh:
Peguamcara Defendan
BAHAGIAN A
(DOKUMEN YANG DIPERSETUJUI)

BIL DOKUMEN TARIKH MUKA SURAT

1. PERJANJIAN JUAL BELI 22.06.2022 1-6

2. FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI 7-8

3. EKSHIBIT D-1 (NOTA PESANAN PERTAMA S11710) 22.06.2022 9

3. EKSHIBIT D-2 (NOTA PESANAN KEDUA S13833) 05.02.2023 10

4. ESKHIBIT P-1 (NOTIS PENERIMAAN BARANG) 17.01.2023 11

5. EKSHIBIT P-2 (NOTIS PENERIMAAN BARANG) 05.03.2023 12

BAHAGIAN B
(DOKUMEN YANG KESAHANNYA TIDAK DIPERTIKAIKAN TETAPI KANDUNGANNYA DIPERTIKAIKAN)

BIL DOKUMEN TARIKH MUKA SURAT

1. EKSHIBIT D-3 (ADUAN KECACATAN PLASTIK ROTI) 10.03.2023 13-14

2. EKSHIBIT D-4 (KEPUTUSAN UJIAN DICU) 23.05.2023 15

3. EKSHIBIT D-6 (GAMBAR PLASTIK ROTI) 05.03.2023 16


EKSHIBIT D-5 (LAPORAN KECACATAN BEG PLASTIK
4. 08.03.2023 17
ROTI)

BAHAGIAN C
(DOKUMEN YANG KESAHAN DAN KANDUNGANNYA DIPERTIKAIKAN)

BIL DOKUMEN TARIKH MUKA SURAT

1. EKSHIBIT P-3 (KEPUTUSAN UJIAN PLAINTIF) 07.03.2023 18

2. EKSHIBIT P-4 (GAMBAR PLASTIK ROTI) 28.02.2023 19

3. EKSHIBIT P-5 (KONTRAK PENYEWAAN GUDANG) 01.01.2023 20-29


BERTARIKH 22 HARIBULAN JUN 2022

ANTARA

USI PACKAGE (M) SDN BHD

(sebagai Penjual)

DAN

EVERLYFRESH SDN BHD

(sebagai Pembeli)

………………………………………………………………………………………………………………

PERJANJIAN JUAL BELI

BEG PLASTIK ROTI T/SOURDOUGH 555gm

………………………………………………………………………………………………………………

Messrs Madihah & Partners


Peguambela & Peguamcara
No. 8, LTC 1, Diagon Alley
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Tel: 603-32187148
Faks: 09-6798326

1
SUATU PERJANJIAN diperbuat pada 22 JUN 2022 di antara USI Package (M) Sdn Bhd, sebuah
perniagaan pengilangan dan pencetakan beg plastik pelbagai roti yang beralamat No. 132, Jalan Jati
1/3, Kawasan Perindustrian Selangor, 47500 Petaling Jaya, Selangor (kemudian daripada ini dipanggil
"Penjual") sebagai Pihak Pertama dan PEMBELI, iaitu Everlyfresh Sdn Bhd, sebuah pengilang roti
yang beralamat di No. 7, Jalan SS 13/3A SB Industrial Estate, 47500, Petaling Jaya, Selangor
(kemudian daripada ini dipanggil "Pembeli").

BAHAWASANYA Penjual adalah pembekal, pengilang dan pencetak beg plastik kepada Perjanjian ini
(kemudian daripada ini dipanggil "beg plastik roti tersebut").

DAN BAHAWASANYA Penjual akan membekalkan beg plastik roti T/Sourdough 555gm mengikut
rekabentuk, spesifikasi dan perincian yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan rekabentuk, spesifikasi dan perincian tersebut telah dilihat dan
dipersetujui dengan khususnya oleh Pembeli.

DAN BAHAWASANYA Penjual telah bersetuju untuk membekal, mengilang dan mencetak beg plastik
roti tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-

1. PERSETUJUAN JUAL BELI

Penjual dengan ini bersetuju menjual kepada Pembeli dan Pembeli dengan ini bersetuju membeli
daripada Penjual beg plastik roti T/Sourdough 555gm.

2. HARGA BELI

Harga beli beg plastik roti adalah sebanyak RM3.21 sekeping, tertakhluk kepada Perjanjian ini dan
hendaklah dibayar mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

3. PEMBAYARAN HARGA BELI

3.1 Harga Beli hendaklah dibayar oleh Pembeli kepada Penjual dengan cara ansuran dan pada
masa dan mengikut cara yang ditetapkan dalam setiap Nota Pesanan.

2
3.2 Setiap notis untuk pembayaran mestilah disokong oleh perakuan yang ditandatangani oleh
Peguam Penjual dan setiap perakuan itu yang bertanda sedemikian hendaklah menjadi bukti akan
hakikat bahawa kerja-kerja yang dirujuk di dalam perakuan tersebut telah siap.

4. SEMUA PERUNTUKKAN PERJANJIAN DISIFATKAN MUSTAHAK

Masa hendaklah disifatkan sebagai mustahak berhubungan dengan semua peruntukan dalam
Perjanjian ini, dan khususnya dengan pembayaran mana-mana ansuran Harga Beli dan faedah ke
atasnya atau mana-mana bahagiannya dan bayaran semua wang yang kena dibayar oleh Pembeli
kepada Penjual di bawah Perjanjian ini.

5. KEGAGALAN MEMBAYAR ANSURAN

Jika mana- mana ansuran yang ditetapkan dalam Perjanjian ini terus tidak berbayar oleh Pembeli
apabila tamat tempoh Tiga Puluh (30) hari tersebut faedah akan dikenakan ke atas ansuran atau
ansuran-ansuran yang tidak berbayar itu pada kadar lima peratus (5%) setahun dikira dari hari ke
hari bermula daripada tamatnya tempoh Tiga Puluh (30) hari yang tersebut sehingga pembayaran
sepenuhnya.

6. PEMBATALAN PENJUALAN BARANG

6.1 Jika Pembeli-


(i) tidak membayar mana-mana ansuran yang kena dibayar menurut kepada Perjanjian ini atau
mana-mana bahagiannya dan mana-mana faedah yang kena dibayar; atau
(ii) tidak membayar mana-mana jumlah wang yang kena di bayar di bawah Perjanjian ini dalam
tempoh yang ditetapkan untuk bayaran, atau
(iii) melakukan apa-apa pelanggaran terhadap had-had dan syarat-syarat yang terkandung di
dalam Perjanjian ini atau tidak melaksanakan atau mematuhi semua atau mana-mana waad
Pembeli yang terkandung di dalam Perjanjian ini, atau
(iv) menanggung apa-apa pelaksanaan hukuman yang akan dikenakan ke atas dirinya atau
barang-barangnya; Penjual boleh tertakluk kepada perjanjian ini, membatalkan penjualan beg
plastik tersebut dan dengan serta-merta menamatkan Perjanjian ini dan jika sedemikian
halnya:-

3
(a) Penjual adalah berhak menguruskan atau dengan cara lain melupuskan beg plastik itu
dengan menjualnya mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh Penjual
seolah-olah Perjanjian ini telah tidak dibuat
(b) Ansuran-ansuran yang dahulunya telahpun dibayar oleh Pembeli kepada Penjual tidak
termasuk apa-apa faedah yang telah dibayar hendaklah dilupuskan seperti berikut:-
(i) Pertamanya, semua faedah yang dikira mengikut fasal ini dan yang terhutang dan
belum dibayar hendaklah di bayar kepada Penjual
(ii) Keduanya, sejumlah wang sebanyak Sepuluh Peratus (10%) daripada Harga Beli
hendaklah dirampas dan dibayar jika belum lagi dibayar dan dilucutkan kepada
Penjual; dan
(iii) Akhir sekali, bakinya hendaklah dipulangkan kepada Pembeli.

6.2 Jika Pembeli tidak mematuhi mana-mana syarat Perjanjian ini atau jika mana-mana ansuran belum
berbayar dan faedah masih belum berbayar selama tempoh melebihi Tiga Puluh (30) hari selepas
tarikh genap masanya, Penjual hendaklah memberi Notis secara bertulis kepada Pembeli atau
Peguamcaranya tidak kurang daripada Empat Belas (14) hari menganggapkan Perjanjian ini
sebagai telah dibatalkan oleh Pembeli dan melainkan jika dalam masa itu kemungkiran dan/atau
pelanggaran yang dikatakan itu diperbetulkan dan/atau ansuran dan faedah yang belum berbayar
itu dibayar, Perjanjian ini hendaklah disifatkan terbatal selepas tamatnya tempoh Notis tersebut.

7. BARANGAN MENGIKUT REKABENTUK, SPESIFIKASI DAN PERINCIAN

Beg plastik tersebut hendaklah disediakan dikilang dan dicetak dengan cara dan sifat pengilangan
yang baik mengikut rekabentuk-rekabentuk, spesifikasi-spesifikasi dan perincian-perincian yang
telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan yang
telah diakuiterima oleh Pembeli di permulaan Perjanjian ini. Beg Plastik mestilah memenuhi gred
dagangan dan berada pada kualiti yang baik tanpa sebarang kerosakan yang boleh menyebabkan
beg plastik tidak memenuhi kualiti dagangan. Tiada apa pun perubahan atau lencongan boleh dibuat
tanpa izin bertulis daripada Pembeli. Pembeli tidak bertanggungan membayar kos perubahan atau
lencongan itu dan jika perubahan atau lencongan itu melibatkan gantian atau penggunaan bahan-
bahan yang lebih murah atau ketinggalan kerja-kerja yang pada asalnya telah dipersetujui dilakukan
oleh Penjual maka Pembeli adalah berhak mendapat potongan yang bersesuaian daripada Harga
Beli atau mendapatkan gantirugi.

4
8. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG BERTULIS

Penjual hendaklah, berhubung dengan pengilangan dan pencetakan beg plastik tersebut, mematuhi
peruntukan-peruntukan dan kehendak-kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang sedang
berkuatkuasa mengenai barang jualan tersebut dan sentiasa menanggung rugi Pembeli terhadap
segala denda, penalti atau kerugian yang tertanggung disebabkan apa-apa pelanggaran terhadap
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.

9. TEMPOH SIAP BEG PLASTIK

9.1 Beg plastik tersebut hendaklah dikilang dan dicetak oleh Penjual dan beg plastik tersebut
hendaklah diserahkan kepada Pembeli dalam tempoh kurang daripada lapan (8) bulan kalendar dari
tarikh Perjanjian ini.

9.2 Sekiranya Penjual gagal menyerahkan beg plastik tersebut pada masa yang tepat, maka
Penjual hendaklah membayar kepada Pembeli ganti rugi jumlah tertentu yang dikira dari hari ke hari
dengan kadar Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) sahaja sehari sehingga beg plastik tersebut
diserahkan kepada Pembeli.

10. CARA PENYERAHAN BARANGAN

10.1 Apabila perakuan dikeluarkan oleh Peguam Penjual yang memperakukan bahawa pengilangan
dan pencetakan beg plastik tersebut telah siap dengan sewajarnya dan penghantaran telah dibuat
ke gudang Pembeli dan tiada sebarang aduan daripada Pembeli berkenaan beg plastik tersebut,
Pembeli hendaklah membayar sepenuhnya Harga Beli dan segala wang lain kena dibayar dari masa
ke semasa di bawah Perjanjian ini kepada Penjual.

10.2 Apabila tamat tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penghantaran beg plastik tersebut kepada
Pembeli, dan tiada sebarang aduan daripada Pembeli, Pembeli hendaklah disifatkan telah
menerima beg plastik tersebut.

11. KOS PENYIMPANAN BARANG

Pembeli hendaklah menanggung semua kos yang berkaitan dengan penyimpanan barang iaitu
sebanyak RM64.00 sebulan, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran gudang, caj pengendalian,

5
dan apa-apa perbelanjaan lain yang ditanggung dari masa notis Penjual mengenai kesediaan untuk
penghantaran sehingga penghantaran atau penerimaan sebenar barang, sehinggalahh beg plastik
tersebut dikeluarkan daripada gudang plaintif.

12. KECACATAN PADA BARANG

12.1 Untuk tujuan Perjanjian ini, "Kecacatan" bermaksud apa-apa kerosakan, kecacatan atau
kekurangan dalam beg plastik yang secara material dan menjejaskan kualiti, prestasi dan
keadaannya, seperti yang ditentukan mengikut piawaian yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

12.2 Pembeli hendaklah mempunyai tempoh selama Tiga Puluh [30] hari dari tarikh penghantaran,
yang mana lebih awal, untuk memeriksa beg plastik untuk Kecacatan.

12.3 Sekiranya Pembeli menemui sebarang Kecacatan semasa Tempoh Pemeriksaan, Pembeli
hendaklah segera memaklumkan Penjual secara bertulis, dengan menyatakan sifat dan butiran
Kecacatan tersebut.

12.4 Setelah Penjual menerima aduan kecacatan beg plastik, ianya akan menjadi tanggungjawab
kedua-dua belak pihak untuk melaksanakan “Production Test”, “Dyne test” dan “Oven test” untuk
menentukan sama ada beg plastik tersebut boleh diperdagangkan dan sesuai untuk digunakan.

12.5 Setelah membuktikan bahawa terdapat kecacatan pada beg plastik, Penjual hendaklah
mempunyai pilihan berikut:

i. Untuk membaiki Kecacatan dengan perbelanjaannya sendiri dalam masa yang munasabah.
ii. Untuk merundingkan pelarasan dalam harga belian untuk menganti Kecacatan tersebut.
iii. Untuk bersetuju dengan resolusi atau penyelesaian yang boleh diterima bersama.

13. PEMBATALAN KONTRAK

Sekiranya penamatan kontrak dimulakan oleh suatu pihak, pihak yang menamatkan hendaklah
bertanggungjawab untuk menampung semua kos dan perbelanjaan yang munasabah yang
ditanggung oleh pihak yang tidak menamatkan secara langsung akibat atau dikaitkan dengan
penamatan Perjanjian ini.

6
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO. 34NCTU -97531-44-2023

ANTARA
USI PACKAGE (M) SDN BHD …PLAINTIF (NO.
SYARIKAT: 5236172001)

DAN
EVERLY FRESH SDN BHD ...DEFENDAN (NO.
SYARIKAT: 9976151995)

FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI

1. Plaintif merupakan sebuah perniagaan yang mengilang dan mencetak beg plastik pelbagai roti
yang digunakan dalam industri pembekalan roti yang beralamat di No. 132, Jalan Jati 1/3,
Kawasan Perindustrian Selangor, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

2. Defendan merupakan sebuah pengilang roti beralamat di No. 7, Jalan SS 13/3A SB Industrial
Estate, 47500, Petaling Jaya, Selangor yang menggunakan beg plastik keluaran plaintif untuk
menjual roti yang dikilangnya.

3. Defendan telah memesan 1,000,000 beg plastik “T/SourDough Bread 55gm” daripada Plaintif
melalui satu Nota Pesanan S11710 bertarikh 22 Jun 2022 dan serahan beg plastik tersebut
dibuat secara berperingkat.

4. Plaintif telah mengilang beg plastik roti tersebut siap dengan reka bentuk dan telah membuat
penghantaran beg plastik tersebut secara berperingkat sepertimana yang diarahkan oleh
Defendan.

5. Pada tarikh 17 Januari 2023, Plaintif telah menghantar serah 913,600 beg plastik roti ke gudang
defendan serta waktu penghantaran plaintif tidak menerima sebarang aduan, kerosakan
ataupun pemulangan mengenai barang hantaran. Pembayaran juga telah diterima.

7
6. Kemudian 5 Februari 2023, Defendan sekali lagi telah memesan 1,000,000 beg plastik melalui
nota pesanan S13833.

7. Pada 5 Mac 2023, Plaintif telah menghantar serah baki 86,400 beg plastik roti tersebut di bawah
nota pesanan pertama S11710 dan 259,200 beg plastik roti tersebut di bawah nota pesanan
kedua S13833.

8. Konflik bermula apabila Defendan telah membuat aduan bahawa cat atau dakwat pada beg
plastik roti tersebut telah menjadi melekit atau cair dan enggan menerima baki beg plastik roti
tersebut ataupun membayar untuk baki pesanan dibawah nota pesanan S11710 dan S13833.

Irdina
Irdina Shahrani
(Peguamcara Plaintiff)

FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI ini difailkan oleh peguamcara Plaintif, Tetuan Madihah &
Partners, yang beralamat di No. 8, LTC 1, Diagon Alley, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri
Sembilan.
Tel: 603-32187148
E-mel: madihahpartners@gmail.com
No. Ruj: MSW/GL-654/1
EKSHIBIT P-1

8
ASAL

S11710

NOTA PESANAN
EVERLYFRESH SDN BHD
No. 7 Jalan SS 13/3A SB Industrial Estate
47500, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-65342431 Faks: 02-34509888
E-mel: everlyfresh@gmail.com

To : -
USI PACKAGE (M) SDN BHD
No. 132, Jalan Jati 1/3,
Kawasan Perindustrian Selangor,
47500 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh: 22 Jun 2022

Tuan,
Sila bekalkan barang berikut:
Harga
No. Rujukan Butiran Kuantiti (RM)
Beg Plastik “T/SourDough Bread
T23 1,000,000 1,108,504.00
555gm”

Serahan: Secara berperingkat kerana ada limitasi pada gudang penyimpanan.


Deskripsi: 28 x 39.5 cm

AZWAN

Pengurus

EKSHIBIT D-1

9
ASAL

S13833

NOTA PESANAN
EVERLYFRESH SDN BHD
No. 7 Jalan SS 13/3A SB Industrial Estate
47500, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-65342431 Faks: 02-34509888
E-mel: everlyfresh@gmail.com

To : -
USI PACKAGE (M) SDN BHD
No. 132, Jalan Jati 1/3,
Kawasan Perindustrian Selangor,
47500 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh: 05 Feb 2023

Tuan,
Sila bekalkan barang berikut:
Harga
No. Rujukan Butiran Kuantiti (RM)
Beg Plastik “T/SourDough Bread
T32 1,000,000 1,108,504.00
555gm”

Serahan: Secara berperingkat kerana ada limitasi pada gudang penyimpanan.


Deskripsi: 28 x 39.5 cm

AZWAN
Pengurus

EKSHIBIT D-2

10
NOTIS PENERIMAAN BARANG

USI PACKAGE (M) SDN BHD


NO. 132, JALAN JATI 1/3,
KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR,
47500 PETALING JAYA, SELANGOR.

ORDER DELIVERY
TO: EVERLYFRESH SDH BHD

Delivered By:
Mr. Hassan bin Halim

PRODUCT PRICE (EACH) QUANTITY TOTAL (RM)

BREAD PLASTIC BAG (S11710) RM3.21 913,600 2,932,656

TOTAL SUM: 2,932,656


*Please check your order properly

RECEIVED BY:

Melvin
OFFICER OF

EVERLYFRESH SDN BHD

EKSHIBIT P-2

11
NOTIS PENERIMAAN BARANG

USI PACKAGE (M) SDN BHD


NO. 132, JALAN JATI 1/3,
KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR,
47500 PETALING JAYA, SELANGOR.

ORDER DELIVERY
TO: EVERLYFRESH SDH BHD

Delivered By:
Mr. Hassan bin Halim

PRODUCT PRICE (EACH) QUANTITY TOTAL (RM)

BREAD PLASTIC BAG (S11710) RM3.21 86,400 277,344

BREAD PLASTIC BAG (S13833) RM3.21 259,200 832,032

TOTAL SUM: 1,109,376


*Please check your order properly

RECEIVED BY:

Melvin
OFFICER OF

EVERLYFRESH SDN BHD

EKSHIBIT P-3

12
EKSHIBIT D-3

Muhammad Rayyan bin Azmi

No. 6, Jalan Sentosa, Taman Rajawali,

56000 Cheras,

Kuala Lumpur.

Everlyfresh Sdn Bhd,

No. 7 Jalan SS 13/3A SB Industrial Estate,

47500, Petaling Jaya,

Selangor. 10 Mac 2023

Tuan,

ADUAN KECACATAN BEG PLASTIK ROTI EVERLYFRESH

Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Rayyan bin Azmi (910223-10-6453), pemilik kedai runcit
‘Serba-Serbi’ ingin membuat aduan tentang kecacatan beg plastik yang digunakan dalam
pembungkusan roti Everlyfresh yang saya pesan pada Tarikh 10/02/2023 dari Everlyfresh Sdn Bhd
untuk dijual di kedai runcit milik saya.

2. Untuk makluman tuan, dakwat yang dicetak pada permukaan plastik roti tersebut telah cair dan
menyebabkan permukaan plastiktersebut melekit selepas bebrapa hari saya letakkan di rak untuk dijual.

3. Keadaan ini mengakibatkan kerugian kepada saya kerana kualiti pembungkusan roti-roti tersebut
tidak sesuai untuk dijual kepada pelanggan. Pelanggan juga pasti akan merungut tentang kualiti
pembungkusan roti tersebut jika saya meneruskan untuk menjual roti-roti tersebut. Oleh yang demikian,
saya telah rugi akibat daripada tidak dapat menjual roti-roti yang telah saya pesan dari Everlyfresh Sdn
Bhd.

13
Akhir kata, semoga aduan ini mendapat perhatian dan tindak balas baik daripada pihak tuan untuk
menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak
tuan atas kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

RAYYAN

(MUHAMMAD RAYYAN BIN AZMI)

14
EKSHIBIT D-4

DICU (MALAYSIA) SDN BHD


Hicom Industrial Estate, Persiaran Sabak Bernam,
Plot 501 & 502, Persiaran Sabak Bernam, 45200,
Selangor.

Ketua Pengarah Everlyfresh Sdn Bhd,


No.7 JALAN SS 13/3A SB Industrial Estate,
Petaling Jaya, Selangor. Tarikh: 23 Mei 2023

Tuan,

LAPORAN HASIL UJIAN ‘DYNE TEST’ DAN ‘OVEN TEST’


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa ujian ke atas beg plastik roti, ‘Dyne Test’
dan ‘Oven Test’ telah dijalankan pada tarikh 23 Mei 2023. Ujian tersebut dijalankan untuk mengesahkan
bahawa beg plastik roti tersebut mempunyai kualiti yang boleh diperdagangkan dan sesuai untuk tujuan
pembungkusan roti.

3. Untuk makluman Tuan, selepas 5 hari ujian tersebut dijalankan oleh DICU (Malaysia) Sdn Bhd, kami
mendapati bahawa beg plastik roti tersebut tidak mempunyai kualiti yang boleh diperdagangkan dan
plastik tersebut tidak sesuai untuk tujuan pembungkusan roti kerana terdapat kecacatan pembuatan
pada cat beg plastik roti tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami mendahului dengan ucapan terima kasih kerana telah
menggunakan perkhidmatan kami dan atas kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Ziyad
(Muhammad Ziyad bin Arif)
Ketua Pegawai,
DICU (Malaysia) Sdn Bhd,
Selangor.

15
EKSHIBIT D-6

GAMBAR BEG PLASTIK ROTI (DAKWAT CAIR DAN MELEKIT)

16
EKSHIBIT D-5

EVERLYFRESH SDN BHD


No. 7 Jalan SS 13/3A SB Industrial Estate
47500, Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-65342431 Faks: 02-34509888

Ketua Pengarah Everlyfresh Sdn Bhd,


No.7 JALAN SS 13/3A SB Industrial Estate,
Petaling Jaya, Selangor. Tarikh: 8 Mac 2023

Tuan,
LAPORAN KECACATAN BEG PLASTIK ROTI DARIPADA USI PACKAGE (M) SDN BHD

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa terdapat masalah pada beg plastik roti yang
dibekalkan oleh syarikat USI PACKAGE (M) SDN BHD yang mana dakwat atau cat pada beg plastik
roti tersebut telah menjadi melekit atau cair. Oleh itu, beg plastik roti tersebut tidak berkualiti, tidak boleh
diperdagangkan dan tidak boleh digunakan.

3. Saya selaku pihak pentadbir yang diamanahkan, mengharapkan pihak tuan dapat mengambil
tindakan dan menjalankan pemeriksaan ke atas masalah yang dilaporkan.

4. Akhir kata, segala kerjasama, perhatian dan tindakan yang bakal dijalankan dapat menyelesaikan
masalah tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan atas kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Asyraf

(Muhammad Asyraf bin Zaid)


Ketua Pegawai Operasi,
Everlyfresh Sdn Bhd,
Selangor.
17
EKSHIBIT P-3

KEPUTUSAN UJIAN

USI PACKAGE (M) SDN BHD


NO. 132, JALAN JATI 1/3,
KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR,
47500 PETALING JAYA, SELANGOR.

PRODUCTION DEPARTMENT
QUALITY CHECK FOR PRODUCT

Conducted By:
Mrs. Wan Tu Som Binti Wan Tu Tri

METHOD OF TEST PRODUCT RESULT

DYNE TEST Bread plastic bag PASS

OVEN TEST Bread plastic bag PASS

PRODUCTION TEST Bread plastic bag PASS


*Product is ready to sell

APPROVED BY:

Adrian
ADRIAN TAN

DIRECTOR OF

USI PACKAGE (M) SDN BHD

18
EKSHIBIT P-4

Sour
Dough
Bread

19
EKSHIBIT P-5

KONTRAK PENYEWAAN GUDANG

20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

You might also like