You are on page 1of 7

LAD4193

CIVIL TRIAL ADVOCACY

SEMESTER I, 2023/2024

ASSIGNMENT: BUNDLE OF PLEADINGS

PREPARED BY: SYAFA & ASSOCIATES

LECTURE/TUTORIAL GROUP: KLB1 / TLB3

GROUP MEMBERS:

NO. NAME MATRIC NUMBER


1. HAYATUL HUSNA BINTI MAT DIN 1192051
2. NUR AINA AZMEEZA BINTI AZMI 1192053
3. SYAFAWATUL HUSNA BINTI RAMLI 1192055
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO. BA-34NCTU-97531-44-2023

ANTARA

USI PACKAGE (M) SDN BHD

(COMPANY NO. 5236172001) … Plaintif

DAN

EVERLYFRESH SDN BHD

(COMPANY NO. 9976151995) …Defendan

BUNDLE OF PLEADINGS

MADIHAH & PARTNERS SYAFA & ASSOCIATES


Plaintiff’s Solicitors Defendant’s Solicitors
No. 8, LTC 1, Diagon Alley, Bandar Baru Nilai, 28th Floor UBN Tower 10, Jalan P Ramlee,
71800 Nilai, Negeri Sembilan 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-3218 7148 Tel: 011-5157 2042
Fax: 03-5041 5923 Fax: +601-7637 6787
Email: madihahpartners@gmail.com Email: syafaandassociates@gmail.com
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO. BA-34NCTU-97531-44-2023

ANTARA
USI PACKAGE (M) SDN BHD …PLAINTIF
(NO. SYARIKAT: 5236172001)
DAN
EVERLYFRESH SDN BHD …DEFENDAN
(NO. SYARIKAT: 9976151995)

PERNYATAAN PEMBELAAN
1. Perenggan 1 dan 2 Pernyataan Tuntutan Plaintif (selepas ini dikenali sebagai “Pernyataan
Tuntutan”) adalah diakui setakat latar belakang, alamat penyampaian dan hubungan rakan
perniagaan dimana dengan Plaintif dan Defendan menjalankan perniagaan mengenai kontrak
jualbeli beg plastik untuk menjual roti yang dikilangkan oleh Plaintif.

2. Defendan memperakui Perenggan 3 Pernyataan Tuntutan setakat maklumat bahawa


Defendan telah membuat pesanan pada 22 Jun 2022, sebanyak 1,000,000 beg plastik roti
“T/SourDough Bread 555gm” daripada plaintif melalui Nota Pesanan S11710 dan serahan beg
plastik roti tersebut dibuat secara berperingkat supaya ruang gudang Defendan dapat
memuatkan beg plastik roti tersebut.

PENAFIAN BUTIR-BUTIR TUDUHAN PLAINTIF

3. Defendan memperakui Perenggan 4 Pernyataan Tuntutan setakat maklumat bahawa


Defendan meminta Plaintif mengilang beg plastic roti dan melakukan penghantaran secara
berperingkat melalui Nota Pesanan S11710. Namun demikian, Defendan memplidkan
bahawa Plaintif telah gagal melakukannya secara berperingkat seperti yang diarahkan oleh
Defendan.

4. Perenggan 5 dan 6 Pernyataan Tuntutan adalah diakui.


5. Defendan memperakui Perenggan 7 setakat maklumat bahawa defendan akan memberikan
arahan untuk penghantaran beg platik roti. Namun, defendan memplidkan bahawa tiada
arahan bertulis daripada Defendan di dalam Nota Pesanan S13833 yang mengarahkan Plaintif
untuk mengilangkan beg plastic roti tersebut secara sekaligus. Sebaliknya, Defendan
mengarahkan Plaintif untuk membuat pengilangan secara berperingkat mengikut jadual
produksi bagi memastikan ruang penyimpanan Defendan mencukupi. Oleh yang demikian,
Plaintif telah gagal untuk mematuhi arahan bertulis Defendan apabila melakukan
pengilangan sebanyak 900,000 beg plastik roti setakat 28 Februari.

6. Perenggan 8, 9, dan 10 Pernyataan Tuntutan adalah diakui.

7. Merujuk kepada Perenggan 11 Pernyataan Tuntutan, Defendan menafikan dan memplidkan


bahawa keputusan “Production Test”, “Dyne test”, dan “Oven test” yang dinyatakan oleh
Plaintif adalah tidak benar. Ini kerana keputusan “Dyne test” dan “Oven test” yang dilakukan
oleh DICU (Malaysia) Sdn Bhd pada 23 Mei 2023 menemui kecacatan pembuatan pada beg
plastic roti tersebut yang bermula pada hari kelima ujian tersebut dijalankan.

8. Perenggan 12 Pernyataan Tuntutan adalah diakui. Namun, defendan memplidkan bahawa


kesemua penghantaran yang dibuat pada 5 Mac 2023 tidak mempunyai kualiti yang sesuai
diperdagangkan untuk tujuan pembungkusan roti. Defendan juga memplidkan bahawa
Plaintif mempunyai pengetahuan penuh terhadap pernyataan itu kerana Plaintif telah
menjalankan ujian terhadap beg plastik roti tersebut.

PENAFIAN BUTIR-BUTIR KERUGIAN & KESUSAHAN

9. Defendan juga memperakui Perenggan 13 Pernyataan Tuntutan setakat maklumat bahawa


defendan enggan menerima dan/atau mengambil baki 633,600 beg plastik roti tersebut yang
masih lagi berada di dalam gudang Plaintif. Tetapi, defendan memplidkan bahawa
pengilangan beg plastik roti yang disimpan di gudang Plaintif dilakukan tanpa persetujuan
Defendan. Ini kerana arahan bertulis Defendan mengarahkan pengilangan dilakukan secara
berperingkat mengikut jadual produksi.

10. Perenggan 14 Pernyataan Tuntutan adalah dinafikan. Defendan memplidkan bahawa


tuntutan pihak plaintif adalah tidak munasabah kerana: -

10.1. Merujuk kepada Perenggan 14(a) dan (b) Pernyataan Tuntutan, tuntutan
sebanyak RM1,108,504.00 dan kadar faedah 5% setahun perlu diketepikan oleh
Mahkamah Yang Mulia. Defendan memplidkan bahawa keseluruhan beg plastik roti
yang dihantar pada 5 Mac 2023 adalah tidak memenuhi piawaian yang diminta oleh
Defendan kerana kualitinya menunjukkan ianya tidak sesuai untuk diperdagangkan
dengan tujuan pembungkusan roti.
10.2. Merujuk kepada Perenggan 14(c) Pernyataan Tuntutan, tuntutan tersebut tidak
lagi relevan jika tuntutan Plaintif yang sebelumnya diketepikan oleh Mahkamah Yang
Mulia.

10.3. Merujuk kepada Perenggan 14(d) Pernyataan Tuntutan, tuntutan yang diminta
oleh Plaintif perlu diketepikan oleh Mahkamah Yang Mulia. Defendan memplidkan
bahawa pengilangan beg plastik roti oleh Plaintif yang kemudian disimpan di dalam
gudang Plaintif adalah dilakukan tanpa persetujuan dan bertentangan dengan arahan
bertulis dari Defendan.

10.4. Merujuk kepada Perenggan 14(e) Pernyataan Tuntutan, tuntutan agar baki
633,600 beg plastik roti tersebut dihantar kepada Defendan adalah tidak relevan.
Defendan memplidkan bahawa baki beg plastik roti tersebut dikilangkan bukan
mengikut arahan bertulis Defendan. Oleh itu, tuntutan ini tidak lagi relevan.

10.5. Merujuk kepada Perenggan 14(f) dan (g) Pernyataan Tuntutan, tuntutan-tuntutan
Plaintif tersebut tidak lagi relevan jika penghakiman memihak kepada Defendan.

11. Melainkan dan kecuali apa yang diakui secara nyata di sini, Defendan menafikan setiap dan
semua dakwaan seperti yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutan sebagaimana ia yang
sama dinyatakan di sini secara seriatim.

12. Oleh yang demikian, Defendan dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia
ini agar keseluruhan tuntutan Plaintif ditolak dengan kos.

Bertarikh pada 24 haribulan JULAI, 2023.

SYAFA

Syafa & Associates


Peguamcara Defendan
PERNYATAAN PEMBELAAN ini telah difailkan oleh SYAFA & ASSOCIATES peguamcara plaintif
yang mempunyai alamat penyampaian di 28th Floor UBN Tower 10, Jalan P Ramlee 50250 Kuala
Lumpur, Malaysia.
Tel: +6011-51572042, Faks: +601-76376787, Email: syafaandassociates@gmail.com
[No. Ruj: CL/12/04/23]
MEMORANDUM KEHADIRAN (O. 12, R. 2)
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO. BA-34NCTU -97531-44-2023

ANTARA
USI PACKAGE (M) SDN BHD
(NO. SYARIKAT: 5236172001)
…PLAINTIF
DAN
EVERLY FRESH SDN BHD
(NO. SYARIKAT: 9976151995)
...DEFENDAN

MEMORANDUM KEHADIRAN
Kepada, Pendaftar,
Masukkan kehadiran untuk USI PACKAGE SDN BHD, Defendan dalam tindakan ini.
Bertarikh pada ……29….. haribulan ……Julai…. , 2023.

SYAFA

Syafa & Associates


(Peguamcara Defendan)

MEMORANDUM KEHADIRAN ini telah difailkan oleh SYAFA & ASSOCIATES, peguamcara bagi
Defendan yang mempunyai alamat penyampaian di 28th Floor UBN Tower 10, Jalan P. Ramlee, 50250
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +6011-51572042
Faks: +601-76376787
Email: syafaandassociates@gmail.com
[No. Ruj: CL/12/04/23]

You might also like