You are on page 1of 12

1

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PERINTAH TEGAHAN / INJUNKSI


PEMBEKUAN TRANSAKSI HARTA (EX-PARTE)

PERMOHONAN NO :________________________ 2023

ANTARA

MARIA BINTI AZLAN


NO. KP :XXXX-11-XXXX PEMOHON
DENGAN

FAHRI BIN ABU


NO. KP :XXXX-11-XXXX RESPONDEN

NOTIS PERMOHONAN (EX-PARTE)

AMBIL PERHATIAN bahawa Pemohon yang dinamakan di atas bercadang untuk memohon
kepada Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Terengganu pada___
haribulan___2023 ; jam___pagi/petang untuk mendapatkan suatu perintah interim bahawa :

a) Responden dan/atau agen-agennya dihalang daripada memindahmilik, menggadai,


atau menjalankan atau memasuki sebarang urusniaga/transaksi atau mengenakan
sebarang bebanan atau sekatan, atau melupuskan dalam apa-apa bentuk hak atau
kepentingan Responden di dalam harta/aset alih dan tidak alih berikut sehingga
tuntutan harta sepencarian diputuskan :***

i. Sebidang tanah yang memakai keterangan GM 2121, Lot 1234 Mukim


Kubang Parit, Kuala Terengganu (1/2 bahagian) ;
ii. Sebuah rumah yang didirikan di atas tanah yang memakai keterangan
hakmilik GRN 1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong, Marang Terengganu (1/1
bahagian) ;
iii. Wang Simpanan di dalam Akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang
didaftarkan di atas nama Responden (No. Akaun : 3456-78-91011-12).

b) Memerintahkan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, Terengganu


mendaftarkan perintah tegahan ini ke atas bahagian yang didaftarkan di atas nama
Responden bagi tanah tanah yang memakai keterangan GM 2121, Lot 1234 Mukim
2

Kubang Parit, Kuala Terengganu (1/2 bahagian) sehingga ada perintah lain ke
atasnya ;***
c) Pemohon dibenarkan untuk melanjutkan tempoh serta mengekalkan Kaveat
Persendirian yang telah didaftarkan oleh Pemohon di Pejabat Pengarah Tanah Dan
Galian Negeri Terengganu melalui No. Perserahan : 012/2021 bagi tanah yang
memakai keterangan GRN 1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong, Marang
Terengganu DAN, bahawa Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah Dan
Galian Negeri Terengganu bagi tanah tersebut hendaklah sebaik sahaja menerima
perintah ini mengekalkan Kaveat Persendirian No. Perserahan : 012/2021 tersebut
sehingga ada suatu perintah muktamad berhubung hartanah berkenaan dikeluarkan
oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.***

d) Pengurus Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Negeri Terengganu


hendaklah membekukan Akaun Amanah Saham Bumiputera yang didaftarkan di atas
nama Responden (No. Akaun : 3456-78-91011-12) bermula tarikh perintah ini
diserahkan kepada pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Negeri
Terengganu sehingga ada suatu perintah muktamad berhubung harta berkenaan
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. ***

e) Bahawa Pemohon hendaklah menyerahkan Perintah di dalam tindakan ini beserta


satu salinan Notis Permohonan (Ex Parte), Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh
Pemohon serta Perakuan Segera kepada Responden dalam tempoh 7 hari dari
perintah ini dikeluarkan dan Pemohon hendaklah memfailkan affidavit penyampaian
kepada Mahkamah;
f) Bahawa Responden dibenarkan untuk memfailkan affidavit jawapan bagi
mengenepikan Perintah ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan perintah
tersebut;
g) Bahawa Pemohon adalah bertanggungan untuk membayar gantirugi kepada
Responden jika didapati kemudiannya perintah ex parte Interim ini tidak patut
dikeluarkan;
h) Bahawa tarikh pendengaran inter parte ditetapkan oleh Mahkamah dalam tempoh 30
hari dari perintah ini keluarkan;
i) Bahawa tempoh kuatkuasa perintah ex-parte Interim ini adalah berkuatkuasa hanya
bagi tempoh 30 hari dari perintah ini dikeluarkan;

2. Alasan-alasan Permohonan ini ialah :


1. )
2. ) (Nyatakan Alasan-alasan)
3

3. )

3. Permohonan ini disokong dengan Afidavit Maria binti Azlan yang diangkat sumpah
dan difailkan bersama ini.

Bertarikh pada haribulan 2023.

METERAI PENDAFTAR

NOTIS PERMOHONAN EX-PARTE ini difailkan oleh Maria binti Azlan, A11 Kampung
Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu.

Catatan : *** ubah jika perlu mengikut kesesuaian.


4

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PERINTAH TEGAHAN / INJUNKSI


PEMBEKUAN TRANSAKSI HARTA (EX-PARTE)

PERMOHONAN NO :________________________ 2023

ANTARA

MARIA BINTI AZLAN


NO. KP :XXXX-11-XXXX PEMOHON
DENGAN

FAHRI BIN ABU


NO. KP :XXXX-11-XXXX RESPONDEN

AFIDAVIT

Saya, Maria Binti Azlan, No. KP : XXXX-11-XXXX seorang warganegara Malaysia yang
cukup umur dan beralamat di A12345 Kampung Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu
No. Telefon : 012-3456789 sesungguhnya bersumpah dan menyatakan sebagaimana
berikut:

1. Saya adalah Pemohon di dalam tindakan ini dan segala apa yang saya nyatakan di
sini adalah di dalam pengetahuan saya dan rekod-rekod yang ada pada saya
melainkan yang dinyatakan sebaliknya.
[ Dilampirkan satu salinan Kad Pengenalan Pemohon yang ditandakan sebagai
Ekshibit “MA 1”].

2. Saya adalah bekas isteri kepada Responden dan bekerja sebagai Pastry Chef di
Roselle Bakery Sdn. Bhd.

3. Responden adalah bekas suami saya yang beralamat penyampaian di 123,


Kampung Losong Masjid, 21200 Kuala Terengganu. No. Telefon : 019-8765432.
Responden bekerja sebagai Pengurus Roselle Bakery Sdn. Bhd.

4. Saya dan Responden telah berkahwin mengikut Hukum Syarak pada 11 Mac 2011
bersamaan 21 Rabiul Awwal 1432H di Masjid Iman, Kuala Terengganu berwalikan
bapa kandung, Ali bin Mohd. Pada 01 Januari 2015 bersamaan 18 Muharam 1436H,
Saya dan Responden telah bercerai talaq satu kali pertama di Mahkamah Syariah
Kuala Terengganu.
5

[ Dilampirkan satu salinan Surat Cerai / Perintah Mahkamah NO.:…. dan ditandakan
sebagai Ekshibit “MA 2”].

5. Sepanjang tempoh perkahwinan, sehinggalah perceraian berlaku, saya dan


Responden telah memperolehi aset-aset (harta alih dan tidak alih) sepertimana
berikut :

i. Sebidang tanah yang memakai keterangan GM 2121, Lot 1234 Mukim


Kubang Parit, Kuala Terengganu (1/2 bahagian) ;
ii. Sebuah rumah yang didirikan di atas tanah yang memakai keterangan
hakmilik GRN 1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong, Marang Terengganu (1/1
bahagian) ;
iii. Wang Simpanan di dalam Akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang
didaftarkan di atas nama Responden (No. Akaun : 3456-78-91011-12).

[ Dilampirkan satu salinan Carian Rasmi Terbaru bagi tanah-tanah tersebut yang
ditandakan sebagai Ekshibit “MA 3” dan “MA 4” & Penyata Akaun ASNB bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2015 yang ditandakan sebagai Ekshibit “MA 5”].

6. Untuk makluman Mahkamah, ketiga-tiga aset tersebut diperolehi dalam tempoh


perkahwinan hasil usaha bersama saya dan Responden yang memperolehi sumber
pendapatan sebagai ahli perniagaan berkaitan industri makanan iaitu Roselle Bakery
Sdn. Bhd.
[ Dilampirkan satu salinan Penyata Kewangan Syarikat bagi Tahun Berakhir 31
Disember 2015 yang ditandakan sebagai Ekshibit “MA 6”].

7. Saya juga telah memasukkan Kaveat Persendirian bagi tanah yang memakai
keterangan GRN 1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong, Marang Terengganu dan
ianya telah didaftarkan dengan No. Perserahan : 012/2021.
[ Dilampirkan satu salinan Resit Rasmi Kaveat Persendirian dan Notis Kemasukan
Kaveat yang ditandakan sebagai Ekshibit “MA 7” & “MA 8”].

8. Saya percaya bahawa selaku seorang isteri yang telah berkahwin selama 5 tahun,
saya berhak untuk menuntut dan memperolehi harta sepencarian di atas ketiga-tiga
aset alih dan tidak alih yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan. Tambahan
pula, saya telah memberikan sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan moral
terhadap Responden dalam memperolehi kesemua aset-aset tersebut.
6

9. Justeru, perintah tegahan ke atas semua harta yang dinyatakan di atas adalah amat
perlu. Ini kerana saya khuatir dan bimbang serta bagi mengelakkan Responden
bertindak memindahmilik harta-harta tersebut kepada pihak ketiga dan menjamin hak
saya apabila perintah harta sepencarian yang pada ketika ini masih dalam prosiding
perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu (No. Kes : 11200-017-0001-
2020) dikeluarkan oleh Mahkamah ini kelak. Saya yakin dan percaya bahawa
Responden mampu berbuat demikian sekiranya tiada tegahan dibuat berhubung
perkara tersebut.

10. Saya percaya permohonan ini tidak memprejudiskan hak Responden kerana
permohonan Perintah Sementara ini adalah bagi menjaga kepentingan pihak-pihak
sementara menunggu perintah harta sepencarian diputuskan.

11. Bertitik tolak dari itu, saya memohon agar Mahkamah ini mengeluarkan satu Perintah
Pembekuan Harta ke atas Responden dan agen-agennya agar aset-aset tersebut
tidak dilupuskan atau dipindahmilik atau ditransaksi sewenang-wenangnya kepada
pihak lain. Saya percaya perintah ini sangat penting untuk menjamin hak dan
kepentingan saya ke atas aset-aset tersebut.

12. Saya menegaskan bahawa Responden boleh membatalkan sebahagian atau


kesemua perintah yang diperolehi sekiranya kenyataan yang dibuat oleh saya ini
adalah tidak benar. Saya juga mengakujanji akan membayar apa-apa gantirugi atau
taksiran gantirugi akibat perintah yang diperolehi secara tidak benar tersebut.

13. Oleh yang demikian, saya memohon perintah sebagaimana yang dipohon di dalam
permohonan ini.

Diangkat sumpah pada


Haribulan 2023
Di Mahkamah Syariah Terengganu
0leh MARIA BINTI AZLAN
………………………………

Di hadapan saya,

……………………………
Pendaftar / Hakim

AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Maria binti Azlan, A11 Kampung Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu.
7

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PERINTAH TEGAHAN / INJUNKSI


PEMBEKUAN TRANSAKSI HARTA (EX-PARTE)

PERMOHONAN NO :________________________ 2023

ANTARA

MARIA BINTI AZLAN


NO. KP :XXXX-11-XXXX PEMOHON
DENGAN

FAHRI BIN ABU


NO. KP :XXXX-11-XXXX RESPONDEN

PERAKUAN SEGERA

Bahawa saya, Maria Binti Azlan, No. KP : XXXX-11-XXXX adalah Pemohon bagi
permohonan ex-parte ini yang beralamat di A11 Kampung Seberang Takir, 21300 Kuala
Terengganu dengan ini memperakukan bahawa permohonan di atas perlu dibicarakan
dengan segera kerana
1. harta-harta yang dinyatakan di dalam Notis Permohonan adalah termasuk di
dalam harta/aset yang dituntut dalam prosiding perbicaraan tuntutan harta
sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Kes No. 11200-017-0001-
2023.
2. Pemohon ingin menjaga kepentingan dan hak Pemohon di dalam harta tersebut
agar tidak dilupuskan sewenang-wenangnya oleh Responden sehingga
penyelesaian berhubung tuntutan harta sepencarian tersebut diselesaikan dan
dikeluarkan perintah Mahkamah berhubungan dengannya.

Bertarikh haribulan 2023

__________________
PEMOHON /PEGUAM

PERAKUAN SEGERA ini difailkan oleh Maria binti Azlan, A11 Kampung Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu.
8

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PERINTAH TEGAHAN / INJUNKSI


PEMBEKUAN TRANSAKSI HARTA (EX-PARTE)

PERMOHONAN NO :________________________ 2023

ANTARA

MARIA BINTI AZLAN


NO. KP :XXXX-11-XXXX PEMOHON
DENGAN

FAHRI BIN ABU


NO. KP :XXXX-11-XXXX RESPONDEN

PENGENALPASTIAN EKSHIBIT

Ini ialah ekshibit bertanda “MA 1” yang disebut dalam afidavit MARIA BINTI AZLAN, NO. KP
:XXXX-11-XXXX yang diangkat sumpah di hadapan saya pada
_______haribulan______2023.

Di hadapan,

………………………………
Pendaftar / Hakim
9

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PERINTAH TEGAHAN / INJUNKSI


PEMBEKUAN TRANSAKSI HARTA (EX-PARTE)

PERMOHONAN NO :________________________ 2023

ANTARA

MARIA BINTI AZLAN


NO. KP :XXXX-11-XXXX PEMOHON
DENGAN

FAHRI BIN ABU


NO. KP :XXXX-11-XXXX RESPONDEN

DI HADAPAN YANG ARIF


TUAN _________________________
HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU

PADA HARI INI , 1444H


BERSAMAAN 2023

DERAF PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Pemohon, Permohonan ini dipanggil untuk sebutan dan perbicaraan di dalam
Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu dalam kehadiran
Pemohon. Setelah mendengar keterangan Pemohon dan meneliti Afidavit permohonan Pemohon
MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PERINTAH-PERINTAH SEPERTI
BERIKUT:-

1. SAYA LULUSKAN Permohonan Interim Injunksi (Ex-Parte) Pemohon, Maria binti Azlan, KP:
XXXX-11-XXXX.

2. SAYA PERINTAHKAN bahawa Responden, Fahri bin Abu, No. KP : XXXXXX-11-XXXX


dan/atau agen-agennya dihalang daripada memindahmilik, menggadai, atau menjalankan
atau memasuki sebarang urusniaga/transaksi atau mengenakan sebarang bebanan atau
sekatan, atau melupuskan dalam apa-apa bentuk hak atau kepentingan Responden di dalam
harta/aset alih dan tidak alih berikut sehingga tuntutan harta sepencarian diputuskan :
10

iv. Sebidang tanah yang memakai keterangan GM 2121, Lot 1234 Mukim Kubang Parit,
Kuala Terengganu (1/2 bahagian) ;
v. Sebuah rumah yang didirikan di atas tanah yang memakai keterangan hakmilik GRN
1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong, Marang Terengganu (1/1 bahagian) ;
vi. Wang Simpanan di dalam Akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang didaftarkan
di atas nama Responden (No. Akaun : 3456-78-91011-12).

3. SAYA PERINTAHKAN Memerintahkan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu,


Terengganu mendaftarkan perintah tegahan ini ke atas bahagian yang didaftarkan di atas
nama Responden bagi tanah tanah yang memakai keterangan GM 2121, Lot 1234 Mukim
Kubang Parit, Kuala Terengganu (1/2 bahagian) sehingga ada perintah lain ke atasnya

4. SAYA PERINTAHKAN Pemohon, Maria binti Azlan, KP: XXXX-11-XXXX.dibenarkan untuk


melanjutkan tempoh serta mengekalkan Kaveat Persendirian yang telah didaftarkan oleh
Pemohon di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu melalui No. Perserahan
: 012/2021 bagi tanah yang memakai keterangan GRN 1234, Lot 12345 Mukim Bukit Payong,
Marang Terengganu DAN, bahawa Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah Dan
Galian Negeri Terengganu bagi tanah tersebut hendaklah sebaik sahaja menerima perintah
ini mengekalkan Kaveat Persendirian No. Perserahan : 012/2021 tersebut sehingga ada suatu
perintah muktamad berhubung hartanah berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi
Syariah Terengganu;

5. SAYA PERINTAHKAN Pengurus Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)


Negeri Terengganu hendaklah membekukan Akaun Amanah Saham Bumiputera yang
didaftarkan di atas nama Responden (No. Akaun : 3456-78-91011-12) bermula tarikh perintah
ini diserahkan kepada pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Negeri Terengganu
sehingga ada suatu perintah muktamad berhubung harta berkenaan dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

6. SAYA PERINTAHKAN ke atas Pemohon, Maria binti Azlan, KP: XXXX-11-XXXX


menyerahkan Perintah ini berserta dengan sesalinan Notis Permohonan, Afidavit Sokongan
Pemohon, dan Perakuan Segera yang berkaitan kepada Responden, Fahri @ Fredo
Fernando Bin Abdullah, No. Pasport : 12345678 (Warganegara Italy) dalam tempoh (7) hari
dari tarikh perintah dikeluarkan dan hendaklah menfailkan affidavit penyampaian kepada
Mahkamah.

7. SAYA PERINTAHKAN bahawa Responden, Fahri bin Abu, No. KP : XXXXXX-11-XXXX


dibenarkan untuk memfailkan affidavit jawapan bagi mengenepikan Perintah ini dalam tempoh
14 hari dari tarikh penerimaan perintah tersebut;
11

8. SAYA PERINTAHKAN Pemohon, Maria binti Azlan, KP: XXXX-11-XXXX. bertanggungan


untuk membayar ganti rugi kepada Responden jika didapati kemudiannya perintah Ex-Parte
ini tidak patut dikeluarkan.

9. SAYA PERINTAHKAN bahawa pendengaran Inter-Parte kes ini ditetapkan pada 2023.

10. SAYA PERINTAHKAN bahawa tempoh kuatkuasa perintah Ex-Parte ini setakat 2023.

DIBERI DI BAWAH TANDATANGAN saya dan Meterai Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di
Kuala Terengganu pada hari ini 1444H bersamaan 2023.

METERAI ………………………

HAKIM
12

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Dua (2) salinan borang (Notis Permohonan, Afidavit dan Perakuan Segera)
2. Salinan Borang MS 27 (Pengenalpastian Ekshibit) mengikut jumlah ekshibit
yang ingin ditandakan
3. Dua (2) salinan borang penyampaian saman di luar bidangkuasa (bagi
Responden yang berada di luar Terengganu/Malaysia).
4. Salinan KP Pemohon (1 salinan)
5. Salinan Surat Permastautinan Pemohon (bagi Pemohon yang alamat KP
diluar daerah di negeri Terengganu atau di luar daripada negeri Terengganu)
(1 salinan)
6. Salinan Surat Nikah / Surat Cerai / Perintah Mahkamah (mana yang berkaitan
kes) (1 salinan)
7. Salinan Sijil Carian Rasmi Terbaru (Bagi Setiap Lot Tanah) (1 salinan) - jika
berkaitan
8. Salinan Geran Kenderaan (1 salinan) – jika berkaitan
9. Salinan Penyata Aset-aset yang ingin diisytiharkan sebagai Harta
Sepencarian (contoh : Buku Akaun Bank, Penyata ASB, Penyata Tabung Haji,
Penyata KWSP, Pemilikan Syarikat, Surat Perjanjian Jual Beli/Pinjaman
Kerajaan/Pinjaman Bank dll yang terbaru) (jika berkaitan) (1 salinan)
10. Salinan Kaveat Persendirian (jika berkaitan) (1 salinan)
11. Lain-lain lampiran yang perlu dan relevan bagi menyokong kes (jika ada) (1
salinan)

You might also like