Professional Documents
Culture Documents
Tuntutan Pengesahan Wasiat
Tuntutan Pengesahan Wasiat
DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
ANTARA
AAA BIN BBB PLAINTIF
KP : 123456
DENGAN
CCC BIN DDD DEFENDAN 1
KP : 123456
PERNYATAAN TUNTUTAN
1. Plaintif adalah anak angkat kepada…...(nama simati)…..KP :…..(No. KP simati)….(selepas ini di sebut
sebagai “si mati”) yang telah meninggal dunia pada..…(tarikh mati)….dan beralamat penyampaian di……
(Alamat Plaintif)…… Kuala Terengganu, Terengganu. No. Telefon :…………..(satu salinan Kad
Pengenalan Plaintif dilampirkan sebagai Lampiran 1).
2. Defendan 1 adalah adik beradik seibu sebapa kepada simati dan beralamat penyampaian di…(Alamat
Plaintif)…Kuala Terengganu, Terengganu. No. Telefon :…………..
3. Defendan 2 adalah adik beradik seibu sebapa kepada simati dan beralamat penyampaian di…(Alamat
Plaintif)…Kuala Terengganu, Terengganu. No. Telefon :…………..
4. Simati dalam semasa hayatnya telah memelihara seorang anak angkat lelaki iaitu Plaintif sejak dari umur
Plaintif 1 tahun sehinggalah ke tarikh kematian Simati. Sepanjang hayat simati, beliau tinggal di rumah
Plaintif bersama isteri dan anak-anak Plaintif. Untuk makluman Mahkamah, Plaintif tidak mempunyai
cahaya mata.
5. Simati semasa hayatnya telah mewasiatkan kepada Plaintif sekeping tanah yang memakai keterangan GM
1234 Lot 1222 Mukim Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
(satu salinan Geran Mukim dan Carian Rasmi bagi tanah tersebut dilampirkan sebagai Lampiran 2).
6. Semasa Simati meninggal dunia, beliau tidak meniggalkan waris-waris yang lain selain waris terdekat
beliau iaitu Defendan 1 dan Defendan 2 sebagai adik beradik seibu sebapa. Walau bagaimanapun,
Defendan 1 dan Defendan 2 juga telah mengetahui bahawa tanah tersebut telahpun diwasiatkan oleh Simati
kepada Plaintif semasa hayatnya.
7. Semasa Simati membuat wasiat tersebut, ianya dibuat secara bertulis dan disaksi dan ditandatangan oleh 2
orang saksi iaitu :
i. Nama: ………………….. KP: ………………….. Hubungan Dengan simati: ……………..
ii. Nama: ………………….. KP: ………………….. Hubungan Dengan simati: ……………..
(satu salinan surat wasiat bertarikh 11 Mei 2000 bagi tanah tersebut dilampirkan sebagai Lampiran 3).
8. Walaubagaimanapun, urusan pindahmilik tidak sempat dilakukan oleh Simati kepada Plaintif dan tanah
tersebut masih lagi didaftarkan di atas nama Simati sehingga ke hari ini. Pada 10 Ogos 2010, Defenden 2
telah membuat permohonan tarekah di Pejabat Pusaka Kecil, Kuala Terengganu untuk membuat
pindahmilik tersebut tetapi telah diarahkan untuk membuat Tuntutan Pengesahan Wasiat di Mahkamah
Tinggi Syariah Terenggganu. (satu salinan surat dari JKPTG bertarikh 11 Jun 2000 dilampirkan sebagai
Lampiran 3).
9. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan di atas, Plaintif memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia memerintahkan bahawa :-
i. Sebidang tanah yang memakai keterangan GM 1234 Lot 1222 Mukim Chabang Tiga, Kuala
Terengganu disabitkan sebagai harta yang diwasiatkan oleh Simati kepada Plaintif dan ;
ii. Mahkamah memerintahkan agar Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu hendaklah
mendaftarkan / turunmilik tanah berketerangan GM 1234 Lot 1222 Mukim Chabang Tiga, Kuala
Terengganu tersebut kepada Plaintif.
…..……………………………
Plaintif / Peguam Plaintif
PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh AAA BIN BBB, KP: 123456 beralamat penyampaian di
…………(Alamat Plaintif)…….… Kuala Terengganu, Terengganu.