You are on page 1of 4

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH, PAHANG

Guaman No. 22NCVc-01-435 tahun 2021

Antara
Patin Kancil Sdn. Bhd.
(No. Syarikat: 593245-A) .................................................................... …........ Plaintif

dan
Gobang Maju Sdn. Bhd.
(No. Syarikat: 238456-X) ............................................................................... Defendan

Kepada: Gobang Maju Sdn. Bhd.


No 36, Jalan Semantan 3,
Bandar Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

kamu bahawa dalam empat belas hari selepas penyampaian writ ini kepada kamu, termasuklah
hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan suatu kehadiran dimasukkan untuk diri
kamu dalam suatu kausa atas guaman Patin Kancil Sdn. Bhd, dan ambil perhatian, bahawa
dalam keingkaran kamu berbuat demikian plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan
penghakiman dan pelaksanaan.

DISAKSIKAN CHE SITI ZAIZIAN BINTI ABDUL KADIR, Pendaftar Mahkamah di


Mahkamah Sesyen Temerloh pada 31 haribulan Januari 2021.

.................................... ......................................
Peguam Plaintif Pendaftar, Mahkamah
Memorandum yang hendak Diturunkan pada Writ

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih dari enam bulan kalendar selepas tarikh di atas
melainkan jika diperbaharui melalui perintah mahkamah.

Defendan (atau defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan kehadiran


(atau kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui peguam di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah.

Seseorang defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan


kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan
menghantar kiriman Pos berharga RM10 berserta sampul surat
beralamat sendiri kepada Pendaftar, Mahkamah di Temerloh, Pahang.

Pengendorsan hendaklah dibuat pada writ sebelum pengeluaran


Pengendorsan tuntutan

Tuntutan plaintif adalah untuk:-


i. Kerugian berjumlah RM 800,000.00;
ii. Ganti rugi tertentu berikutan pelanggaran kontrak berjumlah RM60, 000.00.
iii. Injunksi kekal untukmenghalang pihak Defendan daripada megubah rekaan unit
‘LG19’.
iv. kos; dan
v. apa-apa tuntutan lain yang difikirkan perlu dan munadabah oleh Mahkamah.

Dan RM.10 (atau sekian jumlah sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan) untuk kos,
dan juga, jika plaintif memperoleh perintah untuk penyampaian ganti, jumlah wang
selanjutnya sebanyak RM 20. Sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar kepada plaintif
atau peguamnya dalam tempoh 8 hari selepas penyampaian writ ini (termasuklah hari
penyampaian), prosiding seterusnya akan ditangguhkan, tetapi sekiranya ternyata daripada
pengendorsan pada writ itu bahawa plaintif bermastautin di luar wilayah terjadual,
sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, atau bertindak
mengikut perintah atau bagi pihak seorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan
hanya ditangguhkan sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar ke dalam mahkamah
dalam masa yang tersebut itu dan notis pembayaran tersebut diberikan kepada plaintif atau
peguamnya.

Pengendorsan tentang peguam dan alamat

Writ ini dikeluarkan oleh Mr Faiez bin Malanjum daripada Messrs. Faiez & Associates
beralamat di No 22, Jalan Dato Bahaman, Bandar Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang Darul
Makmur peguam bagi plaintif tersebut yang alamatnya ialah No 58, Jalan Ahmad Shah,
Bandar Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Pengendorsan tentang penyampaian

Writ ini telah disampaikan oleh Shukri Yahya dengan cara penyampaian kediri iaitu dengan
meninggalkan satu Salinan writ ini di alamat berdaftr pejabat pihak Defendan kepada
defendan yang bernama Cik Sabrina Senrose atau yang telah mengaku kepada saya bahawa
dia ialah pengaragh bagi syarikat Defendan yang beralamat di No 36, Jalan Semantan 3,
Bandar Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur pada hari Jumaat pada 29 hari
bulan Januari 2021.

Diendorskan pada 29 hari bulan Januari 2021.

..............................
Penghantar Notis

You might also like