You are on page 1of 6

Difailkan oleh pihak Responden

Diikrarkan pada :
Difailkan pada :

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU


PENGGULUNGAN SYARIKAT NO. 28-197-08/2012

Dalam perkara mengenai Seksyen 218 Akta Syarikat, 1965

Dan

Dalam perkara mengenai Bayou Bay Development Sdn Bhd

Diantara

Zulkifli Mohamad Khair


(berdagang atas nama dan gaya AA Management)
…Pempetisyen

Dan

Bayou Bay Development Sdn Bhd


(No. Syarikat : 901882-P)
…Responden

AFIDAVIT SOKONGAN RESPONDEN

Saya, TAN TEOW KEAT (NO. K/P: 581125-07-5355) seorang warganegara

Malaysia yang cukup umur dan bekerja sebagai seorang "Chief Operating Officer" di syarikat

Responden Bayou Bay Development Sdn Bhd dan mempunyai alamat di No. 82, Jalan SS

19/4A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya berikrar dan

menyatakan seperti berikut :

1. Saya adalah "Chief Operating Officer" Bayou Bay Development Sdn Bhd iaitu

Responden yang dinamakan di atas dan saya telah diberi kuasa dengan sempurna dan

sepenuhnya oleh Responden untuk mengikrarkan Afidavit ini bagi pihak Responden.
2

2. Fakta-fakta yang dikemukakan disini adalah dalam pengetahuan saya dan/atau


daripada rekod-rekod Responden yang saya mempunyai akses sepenuhnya melainkan
dinyatakan sebaliknya.

3. Saya mengikrarkan Afidavit ini untuk menyokong permohonan Responden dalam

Saman Dalam Kamar yang difailkan di sini untuk antara lainnya suatu perintah bahawa

jumlah sebanyak RM4,719,580.64 yang dipindahkan dari akaun Tetuan Justin Voon

Chooi & Wing menurut Perintah Mahkamah bertarikh 14/3/2013, ke dalam akaun

Tetuan R. Muthu & Co. di Public Bank Berhad Akaun Nombor 31109217-15 sebagai

pemegang amanah (stakeholder) pada/sekitar 28/3/2013 berserta dengan segala faedah

yang terjana dipindahkan ke dalam akaun peguamcara Responden sebagai pemegang

amanah sehingga pelupusan Rayuan di Mahkamah Rayuan dalam Rayuan Sivil No. J-

02-1563-07/2012. Untuk mengelak dari apa-apa keraguan, saya merujuk kepada

kesemua suratcara yang difailkan dalam Petisyen ini dan menerima pakai kesemua

Afidavit oleh pihak Responden sebagai menyokong permohonan Responden dalam

Saman Dalam Kamar di sini.

4. Saya merujuk kepada Perintah Mahkamah yang Mulia ini yang bertarikh 14/3/2013.

Saya menyatakan bahawa pada 14/3/2013, Mahkamah yang Mulia ini telah antara

lainnya memerintahkan bahawa keseluruh prosiding Petisyen Penggulungan Syarikat

terhadap Responden dalam tindakan ini digantungkan sehingga pelupusan rayuan

Bayou Bay Development Sdn Bhd iaitu Responden yang dinamakan di atas di

Mahkamah Rayuan dalam Rayuan Sivil No. J-02-1563-07/2012 melalui Notis Rayuan

bertarikh 26/6/2012 terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang diberikan

pada 31/5/2012 (“Rayuan tersebut”) atas syarat jumlah penghakiman dan faedah

(RM4,662,209.43) yang dipegang oleh peguamcara Responden dalam akaun simpanan

tetap sebagai pemegang amanah (‘stakeholder’) termasuk segala faedah yang terjana

dalam akaun simpanan tetap tersebut diberikan dalam tempoh 21 hari dari tarikh
3

perintah ini kepada peguamcara Pempetisyen sebagai pemegang amanah

(‘stakeholder’) sehingga pelupusan Rayuan tersebut, untuk didepositkan ke dalam

akaun simpanan tetap peguamcara Pempetisyen yang menjana faedah.

5. Saya menyatakan bahawa pada 27/3/2013, peguamcara Responden telahpun memberi

notis kepada Tetuan R.Muthu & Co. selaku peguamcara Pempetisyen pada masa itu

bahawa pihak Responden sedang mengaturkan pindahan wang sejumlah

RM4,719,580.64 ke dalam akaun Tetuan R. Muthu & Co. di Public Bank Berhad

Akaun No. 31109217-15 sebagai pemegang amanah. Sesalinan surat peguamcara

Responden bertarikh 27/3/2013 dilampirkan di sini sebagai Ekshibit TK-1.

6. Saya menyatakan bahawa selaras dengan Perintah bertarikh 14/3/2013 tersebut, pada

28/3/2013, peguamcara Responden telahpun memindahkan keseluruh RM4,662,209.43

berserta dengan kesemua faedah yang terjana iaitu dalam jumlah sebanyak

RM4,719,580.64 ke dalam akaun Tetuan R. Muthu & Co. iaitu peguamcara

Pempetisyen pada masa itu. Saya menyatakan bahawa jumlah RM4,719,580.64 tersebut

telah dipindahkan ke dalam akaun Tetuan R. Muthu & Co. di Public Bank Berhad

Akaun No. 31109217-15. Sesalinan Borang Permohonan Kiriman Wang dilampirkan di

sini sebagai Ekshibit TK-2.

7. Sejurus itu, pihak peguamcara Responden telah melalui surat bertarikh 28/3/2013

memaklumkan pindahan wang pemegang amanah tersebut (‘stakeholder sum’) kepada

Tetuan R. Muthu & Co. Sesalinan surat bertarikh 28/3/2013 dilampirkan di sini sebagai

Ekshibit TK-3.

8. Saya menyatakan bahawa pada 3/4/2013, peguamcara Responden menerima emel dari
Pempetisyen berhubung dengan ketidakpuasan Pempetisyen terhadap Tetuan R. Muthu
4

& Co. Sesalinan emel Pempetisyen bertarikh 3/4/2013 dan surat Pempetisyen kepada
Tetuan R. Muthu & Co. dilampirkan di sini sebagai Ekshibit TK-4.

9. Saya menyatakan bahawa pihak Responden telahpun mengarahkan peguamcara


Responden supaya tidak berkomunikasi dengan Pempetisyen memandangkan Tetuan
R.Muthu & Co adalah peguamcara Pempetisyen pada masa itu, Maka, pihak
peguamcara Responden telahpun melalui emel bertarikh 3/4/2013 kepada Encik John
Fernandez dari Tetuan R. Muthu & Co. dan menyalinkan emel tersebut kepada
Pempetisyen, memaklumkan yang sama. Sesalinan emel peguamcara Responden
dilampirkan di sini sebagai Ekshibit TK-5.

10. Saya menyatakan bahawa kemudiannya, pada 5/4/2013, peguamcara Responden


menerima emel dari Pempetisyen yang melampirkan suatu Notis Niat Pihak Untuk
Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguam yang bertarikh 4/4/2013. Sesalinan
emel Pempetisyen bertarikh 5/4/2013 berserta dengan Notis Niat Pihak Untuk
Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguam yang bertarikh 4/4/2013 adalah
dilampirkan secara kolektifnya di sini sebagai Ekshibit TK-6.

11. Saya dimaklumkan oleh peguamcara Responden dan sesungguhnya percaya dan
menyatakan bahawa pada 8/4/2013, Encik John Fernandez dari Tetuan R Muthu
memaklumkan kepada peguamcara Responden bahawa Tetuan R Muthu telah
kononnya kembali menjadi peguamcara Pempetisyen. Namun, saya menyatakan
bahawa dalam rekod Responden, Pempetisyen masih bertindak sendiri melalui Notis
Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguam yang bertarikh
4/4/2013.

12. Berdasarkan fakta-fakta yang dibentangkan di atas yang merupakan perubahan dalam
situasi yang drastik, saya dinasihati oleh peguamcara Responden dan sesungguhnya
percaya dan menyatakan bahawa memandangkan dalam rekod pihak Responden, pihak
Pempetisyen kini tidak direpresentasikan oleh peguam tetapi telah bertindak secara
5

sendiri dan memandangkan fakta bahawa terdapat pertikaian di antara Tetuan R Muthu
dengan Pempetisyen, maka jumlah RM4,719,580.64 berserta dengan faedah yang
terjana tidak boleh dipegang oleh Tetuan R. Muthu & Co. kerana dalam rekod, Tetuan
R. Muthu ia telah berhenti menjadi peguamcara Pempetisyen dan sekiranyapun Tetuan
R.Muthu benar kembali menjadi peguamcara Pempetisyen, jelas terbukti bahawa
peguamcara Pempetisyen tidak layak dan/atau sesuai untuk memegang jumlah
RM4,719,580.64 tersebut sebagai pemegang amanah (stakeholders) kerana wujudnya
pertikaian di antara Pempetisyen dengan peguamcaranya. Saya juga dinasihati oleh
peguamcara Responden bahawa setiap Perintah Mahkamah secara implikasi
memberikan "liberty to apply".

13. Saya juga menyatakan bahawa berdasarkan fakta-fakta di atas, jelasnya terdapat
pertikaian di antara Pempetisyen dengan peguamcara Pempetisyen yang terdahulu iaitu
Tetuan R. Muthu & Co.

14. Saya dinasihati oleh peguamcara Responden dan sesungguhnya percaya dan

menyatakan bahawa memandangkan Perintah Mahkamah bertarikh 14/3/2013

memerintahkan penggantungan bersyarat, jumlah RM4,719,580.64 tersebut berserta

dengan faedah tidak boleh dilepaskan kepada Pempetisyen kerana Rayuan tersebut di

Mahkamah Rayuan masih belum didengar dan masih belum diputuskan.

15. Oleh itu, demi kepentingan keadilan dan imbangan kesenangan, saya menyatakan

bahawa peguamcara Responden harus dan lebih layak memegang RM4,719,580.64

tersebut berserta dengan kesemua faedah yang terjana, sebagai pemegang amanah

sementara menunggu pelupusan penuh Rayuan tersebut.

16. Maka, atas dasar keadilan saya dengan rendah diri memohon untuk perintah

sepertimana yang dipohon dalam Saman Dalam Kamar yang difailkan di sini.
6

Berkenaan dengan afidavit oleh seorang deponen )


Bernama TAN TEOW KEAT )
Diikrarkan pada )
di Johor Bahru ) Di hadapan saya,
(Terjemahan tidak diperlukan ) )

_____________________
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan Responden ini difailkan oleh Tetuan Justin Voon Chooi & Wing,
peguamcara Responden yang mempunyai alamat penyampaian di d6-5-13A, Bangunan
Perdagangan d6, 801 Jalan Sentul 51000 Kuala Lumpur.Tel : 018-922 8880/1/2 /Faks : 03-
9235 1122 [Rujukan kami : JCW/L0087/07/12 (RTN) - JV/LCP/ling]

You might also like