You are on page 1of 6

AFIDAVIT JAWAPAN

Saya, Meor Ahmad Sukarno Bin Haji Abdul Latiph (No. Kad Pengenalan:

520820-03-5161), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai

alamat penyampaian di C-1-3 Indera Subang Condo, Jalan USJ 6/2L, UEP Subang

Jaya, 47610 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan dengan ini sesungguhnya berikrar

dan and menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah seorang pesara dan juga Setiausaha Badan Pengurusan

Perbadanan Pengurusan Kondominium Subang Indera (‘Perbadanan’), yang

dinamakan di atas dan telah diberikan kuasa sewajarnya oleh Defendan

untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihaknya.

2. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini

adalah daripada pengetahuan saya sendiri dan/atau daripada dokumen-

dokumen atau rekod-rekod kepunyaan Perbadanan, di mana saya

mempunyai akses yang tidak terhad dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha

Badan Pengurusan Perbadanan.

3. Saya mengikrarkan afidavit ini sebagai Jawapan kepada Afidavit Jawapan

yang diikrarkan oleh Chan Sau Meng pada 5hb November 2020 (‘Afidavit

Jawapan’). Saya juga merujuk kepada Notis Usul yang difailkan oleh

Perbadanan Pengurusan Kondominium Subang Indera (Perbadanan’) bagi

kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan (‘Notis Usul’) dan

juga Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh saya pada 21hb October 2020.

1
4. Merujuk kepada perenggan 3 Afidavit Jawapan, setelah dinasihati oleh

peguamcara, saya sesungguhnya mengakui bahawa adanya kesilapan

kekeranian yang ditidak disengajakan yang telah dilakukan oleh kerani

peguamcara Perbadanan dimana Perbadanan sepatutnya dinamakan

sebagai Pemohon dalam Notis Usul ini dan ACN Infra Sdn. Bhd. (‘ACN’)

sepatutnya dinamakan sebagai Responden. Namun, saya telah mengarahkan

peguamcara Perbadanan untuk memfailkan permohonon untuk

memperbetulkan kesilapan ini dan sesungguhnya memohon maaf kepada

Mahkamah yang Mulia ini atas apa-apa kesilapan yang telah dilakukan

5. Merujuk kepada keseluruhan perenggan 6 Afidavit Jawapan, setelah

dinasihati oleh peguamcara Perbadanan, saya mempertikaikan dan

menafikan kesemua pengataan-pengataan dalam perenggan-perenggan 6.3,

6.5, 6.6, 6.8, dan 6.9 Afidavit Jawapan dimana saya sesungguhnya

menyatakan bahawa mengikut keterangan yang telah dikemukakan semasa

perbicaraan kes ini di Mahkamah Tinggi, saksi Perbadanan iaitu saya sendiri

telah mengemukakan keterangan bahawa paip tersebut tersumbat dan

seterusnya telah bocor dan pecah kerana mengikut pengalaman Perbadanan,

adanya penghuni-penghuni yang membuang dan/atau mengalirkan sampah

dan artikel-artikel lain kedalam paip tersebut.

6. Merujuk kepada keseluruhan perenggan 6.4 (b) Afidavit Jawapan, setelah

dinasihati oleh peguamcara Perbadanan, saya sesungguhnya menyatakan

bahawa definisi harta bersama (‘common property’) seperti yang dinyatakan

dalam Akta Pengurusan Strata terutamanya Seksyen 2 Akta Pengurusan

Strata (SMA 2013) adalah terpakai bersamaan dengan Seksyen 59 SMA

2
2013 tersebut iaitu ianya adalah bersamaan dengan tugas-tugas dan

tanggungjawab badan pengurusan untuk mengurus dan menjaga harta

bersama (‘common property’) seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 59

Akta tesebut.

7. Merujuk kepada perenggan 6.4 (c) Afidavit Jawapan, setelah dinasihati oleh

peguamcara Perbadanan, saya sesungguhnya menyatakan bahawa definisi

dan tanggungjawab badan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam

Peraturan 3 Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata

(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 hanya dapat digunakan jikalau dan

pada masa badan pengurusan dalam tempoh pengurusan pemaju dan

tempoh pengurusan awal sahaja. Saya percayai peguamcara Perbadanan

akan berhujah lanjut mengenai perkara ini semasa pendengaran Notis Usul

kelak.

8. Merujuk kepada perenggan 6.4 (a) saya juga dinasihatkan oleh peguamcara

Perbadanan dan sesungguhnya menyatakan bahawa Peraturan 58 di

Bahagian XV Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan

Pengurusan) 2015 adalah tidak terpakai dalam kes ini dan saya mengulanggi

pengataan-pengataan dan avermen-averman saya dalam perenggan 6

hingga 8 Afidavit Sokongan saya sebelum ini.

9. Merujuk kepada keseluruhan perenggan 6.7 (a) & (b) Afidavit Jawapan,

setelah dinasihati oleh peguamcara Perbadanan, saya sesungguhnya

menyatakan bahawa pengamatan pengataan-pengataan ACN tidak

seharusnya diterimapakai kerana peruntukkan-peruntukkan SMA yang jelas

3
bahawa Perbadanan tidak bertanggungjawab kepada apa-apa peralatan atau

paip didalam premis ACN tersebut kerana ianya bukanlan harta bersama.

10. Merujuk kepada keseluruhan perenggan 7 Afidavit Jawapan, setelah

dinasihati oleh peguamcara Perbadanan, saya sesungguhnya mengulanggi

perenggan-perenggan 22 hingga 32 Afidavit Sokongan saya dimana paip

pembetungan tersebut bukan harta bersama kerana ia adalah paip

tersembunyi (dalam siling penyerahan) di dalam premis tersebut di bawah

tanggungan dan jagaan ACN dan pendirian Perbadanan adalah berasaskan

kepada fakta bahawa Perbadanan tidak mempunyai akses ke paip tersebut

kerana ia berada di dalam premis tersebut di bawah tanggungan dan jagaan

ACN.

11. Seterusnya, saya mengulangi bahawa paip pembetungan tersebut dalam

keadaan baik dan dapat diperbaiki sepanjang masa dan bahawa paip

tersebut sebenarnya adalah paip 'bebas servis' dan tidak ada kejadian

kebocoran atau aduan mengenai keadaan paip pembetungan tersebut dari

ACN selaku penyewa premis tersebut sebelum kejadian tersebut dan

bahawa kejadian tersebut adalah di luar pertimbangan dan kawalan

Perbadanan dan dengan itu Perenggan 8(3) Jadual Ketiga kepada

Peraturan-Peraturan adalah tidak terpakai dalam kes ini.

12. Merujuk kepada perenggan 8 Afidavit Jawapan, saya dinasihatkan oleh

peguamcara Perbadanan dan sesungguhnya menyatakan bahawa soalan-

soalan undang-undang terutamanya berkenaan definisi harta bersama

mengikut SMA 2013 dan juga seperti yang dinyatakan dalam Akta

4
Pengurusan Strata terutamanya Seksyen 2 SMA 2013 dimana harta

bersama adalah berkaitan dengan bangunan atau tanah yang dibahagikan,

bermaksud tanah seperti yang tidak terdapat dalam parcel, termasuk parcel

aksesori, atau blok sementara seperti yang ditunjukkan dalam pelan strata

yang diperakui.

13. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Perbadanan sesungguhnya

percaya bahawa cadangan rayuan ke Mahkamah Persekutuan akan

berkisarkan soalan-soalan prinsip am yang diputuskan buat pertama kali

memandangkan ianya akan menekankan tugas-tugas dan tanggungjawab

badan pengurusan untuk mengurus dan menjaga harta bersama (‘common

property’) seperti yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Strata

terutamanya Seksyen 59 Akta Pengurusan Strata (SMA 2013) dan juga

Peraturan 3 Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata

(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

14. Saya sesungguhnya dinasihati oleh peguamcara Perbadanan dan

sesungguhnya mengulanggi bahawa kes ini adalah kes berkepentingan

umum dan hujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan

memanfaatkan orang ramai berdasarkan persoalan undang-undang.

15. Oleh yang demikian, Perbadanan memohon perintah seperti dipohon dalam

Notis Usul yang difailkan di dalam ini.

Berkenaan dengan afidavit oleh seorang )

deponen bernama Meor Ahmad Sukarno Bin Haji )

Abdul Latiph )

5
Diikrarkan pada )

Di Kuala Lumpur pada pukul pagi/petang )

(terjemahan tidak diperlukan)

Di hadapan Saya,

---------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan Murali B. Pillai & Associates,
peguamcara bagi pihak Pemohon yang dinamakan di atas dan mempunyai alamat
penyampaiannya di Suite 1504/5, 15 th Floor, Wisma Lim Foo Yong, 86 Jalan Raja
Chulan 50200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2141 9073 / Fax: 03-2144 1205
[Ref:

You might also like