You are on page 1of 34

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH (5)


KOD DAN NAMA
PROGRAM /
DIPLOMA PERAKAUNAN
PROGRAM’S CODE &
NAME
SEMESTER SEMESTER 2 DIPLOMA

NO. DAN TAJUK


CONTENT STANDARD
DBE 2133 / UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
CONTENT STANDARD
NO. AND TITLE

UNIT 1: PENGENALAN
UNIT 2: UNDANG-UNDANG KONTRAK
NO. DAN LEARNING UNIT 3 : PENJUALAN BARANGAN
STANDARD / UNIT 4 : SEWABELI
LEARNING STANDARD UNIT 5 : PEMERBADANAN SYARIKAT
NO. AND STATEMENT UNIT 6 : UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
UNIT 7 : AGENSI

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. DBE 2133/KP (5/7)
Drp / of : 33

NAMA PELATIH /
TRAINER’S NAME
5.1 Pengenalan

Syarikat boleh didefinisikan sebagai entiti atau badan undang-undang yang dipisahkan
pendapatan dan asetnya daripada pelabur dan pemilik. Di Malaysia, hal ehwal syarikat dikawal
selia oleh undang-undang syarikat iaitu Akta Syarikat 2016 yang menguruskan ketetapan dan
peraturan persyarikatan di Malaysia.

Sebelum sesebuah syarikat berhak memulakan perniagaannya, ia mestilah ditubuhkan


secara sah dengan mematuhi kesemua prosuder penubuhan syarikat seperti yang telah ditetapkan
dalam Akta Syarikat 2016. Prosuder penubuhan syarikat ini bermula daripada carian nama
sehinggalah syarikat didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat.

Selepas syarikat didaftarkan, ia akan mempunyai kesan penubuhannya sendiri seperti


Entiti Berasingan jika dibandingkan dengan organisasi perniagaan yang lain. Prinsip Entiti
Berasingan ini mempunyai pengecualiannya tersendiri melalui kaedah kehakiman dan kaedah
statutori.

Bab ini akan membincangkan mengenai prosuder penubuhan syarikat dan juga kesan
penubuhan syarikat. Disamping itu, bab ini juga akan membincangkan pengecualian kehakiman
dan juga pengecualian statutori kepada kaedah am berkenaan dengan prinsip entiti berasingan.

5.1.1 Proses Pemerbadanan Syarikat

Pemerbadanan ialah satu proses undang-undang untuk membentuk suatu syarikat menjadi suatu
entiti korporat dengan mendaftarkannya dalam Pendaftar Syarikat (ROC).

Pendaftar Syarikat (ROC) pula ialah pejabat pentadbiran di bawah Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menguruskan pentadbiran Akta Syarikat 2016.

Agensi yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang syarikat


ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Proses penubuhan syarikat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


5.1.1 (a) Nama syarikat

Pihak yang ingin menubuhkan syarikat mestilah memohon kepada pihak Pendaftar
Syarikat untuk mengesahkan ketersediaan nama syarikat yang dicadangkan tersebut.
Perkara ini diperuntukkan oleh Seksyen 27 (1) Akta Syarikat 2016. Permohonan boleh
dibuat di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau melalui perkhidmatane-
lodgement melalui laman sesawang SSM.

E-lodgement merupakan sistem penyerahan dokumen dalam talian SSM. Melalui sistem
ini, segala dokumen-dokumen syarikat boleh diserahkan secara elektronik dan seterusnya
mempercepatkan proses penubuhannya.

Seksyen 27 (2) pula memperuntukkan bahawa, sekiranya Pendaftar Syarikat berpuas hati
dengan nama yang dicadangkan itu tidak tertakluk dibawah subseksyen 26 (1) Akta
Syarikat 2016 yang menyatakan sesuatu nama perniagaan itu dibenarkan jika:

i) Tidak wajar atau tidak boleh diterima


ii) Sama dengan nama sesebuah syarikat, perbadanan atau perniagaan yang sedia ada
iii) Sama dengan nama yang dirizabkan di bawah Akta Syarikat 2016
iv) Suatu nama yang diarahkan oleh Menteri kepada Pendaftar untuk tidak diterima
pendaftarannya.

Rujukan kes :
Angkasa Jurutera Perunding Sdn Bhd lwn Pendaftar Syarikat (Ketua Pegawai Eksekutif,
SSM) & Anor [2004] 5 ML].

Isu utama:
Adakah nama perniagaan Angkasa Consulting Services Sdn Bhd sama dengan nama
perniagaan Angkasa Jurutera Perunding?

Keputusan mahkamah:
Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua nama tersebut tidak sama dan ia
menggambarkan syarikat yang berbeza. Perkataan ‘services’ dan ‘jurutera’ dalam nama-
nama tersebut juga membawa maksud yang berbeza.

Sekiranya Pendaftar Syarikat berpuas hati dengan nama perniagaan tersebut (tertakluk dibawah
subseksyen 26 (1), pihak perniagaan boleh membuat bayaran fi, nama tersebut boleh dirizabkan
oleh Pendaftar Syarikat selama 30 hari daripada tarikh permohonan nama dibuat atau tempoh
yang lebih lama bergantung kepada kebenaran oleh Pendaftar. Ini merujuk dibawah Seksyen
27(5).

Di bawah Seksyen 26 (2) pula memperuntukkan bahawa Pendaftar mempunyai kuasa untuk
menentukan sama ada sesuatu nama yang disebut sebagai tidak wajar, tidak boleh diterima atau
bersamaan dengan nama perniagaan yang sedia ada atau yang sedang dirizabkan hendaklah
menyiarkan arahan berkaitannya di dalam Warta.

Bagi tujuan penubuhan syarikat, pihak yang ingin memohon untuk pengesahan ketersediaan
nama, boleh merujuk Seksyen 25 Akta Syarikat 2016 sebagai panduan pemilihan nama. Menurut
seksyen 25 (1) Akta Syarikat 2016, bagi sesebuah syarikat awam, nama syarikat hendaklah
berakhir dengan perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ manakala syarikat tidak terhad, nama syarikat
hendaklah berakhir dengan perkataan ‘Sendirian’ atau ‘Sdn’.

Larangan mengenai penggunaan nama perniagaan adalah isu yang penting kerana ia boleh
mengelirukan orang ramai. Contohnya daripada segi prosiding perundangan dan juga daripada
segi nama baik sesebuah perniagaan tersebut.

Sebagai contoh, di bawah Common Law sekiranya sesebuah syarikat mendapati terdapat sebuah
syarikat yang lain menggunakan nama yang sama atau serupa dengan syarikatnya, syarikat
tersebut berhak untuk memohon perintah injuksi untuk menyekat syarikat lain daripada
menggunakan namanya. Perintah injuksi (injuction) ialah suatu perintah yang dikeluarkan oleh
mahkamah untuk melarang atau menyekat sesuatu pihak daripada meneruskan tindakannya.

Rujukan kes:
North Chesire & Manchester Brewery Co. Ltd, lwn Manchester Brewery Co. Ltd (1989)
AC 83.

Manchester Brewery Co. Ltd telah menjalankan perniagaan secara besar-besaran di


Manchester. Terdapat sebuah syarikat lain iaitu New Chesire Brewery turut menjalankan
perniagaan yang berkaitan dengan bir di Manchester dan Macclesfield.

Pada tahun 1987, syarikat New Chesire telah dijual kepada Manchester Brewery Co. Ltd
yang kemudiannya telah menukar nama syarikat tersebut kepada North Chesire &
Manchester Brewery Co. Ltd.

Manchester Brewery Co. Ltd telah memohon perintah injuksi daripada mahkamah untuk
menyekat North Chesire & Manchester Brewery Co. Ltd daripada menggunakan nama
tersebut.
Responden iaitu Manchester Brewery Co. Ltd turut mendakwa bahawa sekiranya perayu
(North Chesire & Manchester Brewery Co. Ltd) terus menggunakan nama tersebut, ianya
akan mengelirukan orang ramai yang berurusan dengan kedua-dua syarikat, di mana
orang ramai akan menganggap bahawa kedua-dua syarikat mempunyai pertalian
sedangkan tidak.

Keputusan mahkamah:
House Of Lords (mahkamah) telah membenarkan perintah injuksi tersebut untuk
mengelakkan orang ramai daripada keliru kerana kedua-dua nama perniagaan tersebut
seakan-akan sama.

5.1.1 (b) Proses Pendaftaran

Selepas nama diluluskan oleh Pendaftar, pemohon hendaklah menghantar permohonan untuk
menubuhkan syarikat kepada Pendaftar. Menurut seksyen 14 (1) Akta Syarikat 2016, seseorang
yang berhasrat untuk membentuk suatu syarikat hendaklah membuat permohonan bagi
pemerbadanan kepada Pendaftar. Sesebuah syarikat tidak boleh dibentuk untuk sebarang tujuan
yang menyalahi undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14 (2) Akta
Syarikat 2016. Menurut Seksyen 14 (3) Akta Syarikat 2016, bagi tujuan permohonan perbadanan,
permohonan hendaklah disertakan dengan pernyataan yang terdiri daripada:
a) Nama syarikat yang dicadangkan
b) Status sama ada syarikat itu persendirian atau syarikat awam
c) Jenis perniagaan bagi syarikat yang dicadangkan itu
d) Cadangan alamat pejabat berdaftar syarikat yang dicadangkan
e) Nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap orang yang
menjadi anggota syarikat, jika ianya pertubuhan perbadanan, nombor pendaftaran dan
pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan itu;
f) Nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap orang yang
menjadi pengarah;
g) Nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap orang yang
menjadi setiausaha;
h) Dalam hal suatu syarikat terhad oleh saham, butir-butir mengenai kelas dan bilangan syer
yang hendak diambil oleh anggota;
i) Dalam hal suatu syarikat terhad oleh jaminan, amaun setakat yang ahli berjanji untuk
menyumbangkan kepada aset syarikat jika syarikat itu digulungkan; dan
j) Sebarang maklumat lain yang diperlukan oleh Pendaftar.

Disamping pernyataan di bawah seksyen 14 (3) Akta Syarikat 2016, seksyen 14 (4) Akta
Syarikat 2016 memperuntukkan permohonan untuk pemerbadanan juga hendaklah
disertakan dengan pernyataan daripada setiap penganjur atau pengarah yang
mengesahkan:
a) Persetujuannya untuk bertindak sebagai penganjur atau perlantikannya sebagai pengarah;
dan
b) Bahawa dia tidak dibatalkan kelayakkan di bawah Akta Syarikat 2016 untuk bertindak
sebagai penganjur atau pengarah.

Selepas pendaftar berpuas hati dengan permohonan (dokumen) itu dan apabila pembayaran
dibuat, Pendaftar boleh memasukkan butir-butir syarikat dalam daftar, memberikan nombor
pendaftaran syarikat sebagai nombor pendaftarannya; mengeluarkan notis pendaftaran mengikut
bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar. Notis pendaftaran sudah mencukupi untuk
menjadi bahan muktamad bahawa syarikat telah dipatuhi dan syarikat itu telah didaftarkan
dengan sewajarnya di bawah Akta Syarikat 2016. Akuan Perbadanan hanya akan dikeluarkan
setelah permohonan dan bayaran fi dibuat oleh syarikat.

Menurut Seksyen 18 (1) Akta Syarikat 2016, pada tarikh daftar dalam notis pendaftaran, wujud
syarikat dengan nama dan nombor pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam daftar prinsipal.
Selepas syarikat ditubuhkan, ia mempunyai kuasa seperti manusia biasa. Walaubagaimanapun,
ia tidak mempunyai tangan atau anggota badan yang lain untuk menjalankan tugas syarikat dan
tidak boleh bertindak secara peribadi. Oleh sebab itu, syarikat mestilah dikendalikan oleh
organnya iaitu pengarah, melalui mesyuarat lembaga pengarah dan ahli serta melalui mesyuarat
agung.

Apabila lembaga pengarah dan ahli dalam mesyuarat agung bertindak dalam kuasa yang
diberikan kepada mereka oleh perlembagaan syarikat, mereka dianggap sebagai syarikat itu
sendiri. Ringkasnya, jika seseorang pengarah mewakili fikiran dan kehendak syarikat,
tindakannya dianggap sebagai perbuatan syarikat. Justeru, apabila sesebuah syarikat ditubuhkan,
ia mempunyai personaliti yang istimewa dimana wujudnya entiti berasingan antara pihak yang
mentadbir syarikat dengan syarikat itu sendiri. Oleh itu, segala tanggungan adalah terletak ke
atas syarikat dan bukan ke atas individu yang mentadbirnya.
5.2.1 Kesan Pemerbadanan ke atas Sesebuah Perniagaan:

Selepas sesebuah syarikat diperbadankan, ia akan mempunyai beberapa kesan pemerbadanan


seperti berikut:

i. Wujudnya entiti yang terpisah daripada diri pemilik (Entiti Berasingan)


 Menurut Seksyen 20 (a) Akta Syarikat 2016, syarikat yang diperbadankan hendaklah
mempunyai keperibadian sah yang berasingan daripada keperibadian anggotanya.
 Syarikat adalah 1 entiti yang terpisah daripada ahli-ahlinya, dengan identiti, hak, kuasa
& tanggungjawab sendiri.
 Prinsip entiti berasingan ini dapat dilihat dalam kes Salomon lwn A.Salomon & Co.
Ltd dan Lee lwn Lee’s Air Farming Ltd.

ii. Kuasa sebuah pemerbadanan


 Syarikat yang telah diperbadankan mempunyai hak, kuasa & tanggungan sendiri serta
menjadi entiti undang-undang
 Seksyen 21 AS 2016 memperuntukkan bahawa syarikat dapat melaksanakan semua
fungsi undang-undang termasuklah:
o Kemampuan untuk mendakwa dan di dakwa;
o Keupayaan untuk memperoleh, memiliki, mengembangkan atau melupuskan
harta;
o Kemampuan untuk melakukan sebarang tindakan atau melakukan transaksi
 Seksyen 35 (2)(a)(b) AS 2016 pula memperuntukkan bahawa jika sekiranya
perlembagaan telah menetapkan objek-objek syarikat, maka syarikat dilarang
menjalankan perniagaan atau aktiviti yang tidak ada di dalam objek-objek tersebut.
 Syarikat mesti mempunyai kapasiti dan keupayaan penuh dalam mencapai tujuan
mempunyai kuasa yang tidak terhad tersebut, kecuali jika perlembagaan
memperuntukkan sebaliknya

iii. Boleh hidup selama-lamanya dan berkekalan (Kesinambungan hayat)


 Syarikat boleh wujud selama-lamanya selagi ia tidak dibubarkan dan akan terus
beroperasi walaupun berlaku perubahan ahli
 Pengekalan syarikat berakhir apabila ia dibubarkan di bawah akta syarikat

iv. Tanggungan anggota syarikat adalah terhad (liabiliti)


 Syarikat perlu tanggung hutangnya sendiri
 Pelabur membeli saham syarikat adalah untuk melindunginya daripada tanggungan
tidak terhad kepada hutang-hutang syarikat
 Tanggungan pemegang saham semasa penggulungan syarikat adalah terhad mengikut
jumlah saham atau sumbangan.

v. Syarikat boleh memasuki kontrak


 Fasal-fasal yang terdapat dalam perlembagaan membenarkan syarikat untuk
menjalankan aktiviti transaksi.
 Ahli lembaga pengarah bertanggungjawab untuk melaksanakan kontrak dan
melindungi kepentingan pemegang saham dan pemiutang syarikat.

vi. Harta syarikat bukan milik anggotanya (Memiliki Harta)


 Harta milik syarikat
 Wang yang dibayar anggota untuk membeli saham adalah menjadi milik syarikat
 Syarikat berkuasa memiliki hartanya sendiri melalui hasil daripada penggunaan modal
pemegang saham
 Harta boleh dipindah milik daripada syarikat kepada individu dengan prosedur
tertentu.

5.3 Prinsip Pengenepian/ Pengecualian Tirai pemerbadanan

Konsep tirai pemerbadanan ialah konsep yang menyifatkan syarikat sebagai entiti undang-
undang yang berasingan. Prinsip umum undang-undang syarikat memperuntukkan bahawa
apabila sesebuah syarikat diperbadankan , mahkamah biasanya tidak melihat di belakang tabir
untuk bertanya mengapa syarikat itu terbentuk atau siapakah yang mengawalnya. Melalui konsep
ini,ia akan memisahkan tanggungan syarikat dengan ahli-ahlinya. Kewujudan tirai perbadanan
ini akan memastikan ahli syarikat tidak akan bertanggungan terhadap sebarang liabiliti syarikat.

Namun begitu, kaedah am berkenaan prinsip entiti berasingan ini mungkin akan mewujudkan
beberapa masalah yang melibatkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Prinsip ini
mungkin akan disalahgunakan untuk faedah peribadi. Sebagai contoh, seorang pegawai syarikat
atau pengarah yang berhutang atas nama syarikat bagi kepentingan dirinya sendiri boleh
mendakwa beliau tidak bertanggungan kerana hutang itu dibuat atas nama syarikat dan hanya
syarikat yang bertanggungjawab. Justeru untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku,
mahkamah akan mengenepikan konsep tirai perbadanan.
Mahkamah boleh mengenepikan Tirai Perbadanan dalam dua kategori, iaitu melalui statutori dan
kehakiman.

5.3.1 Pengecualian Statutori

Pengecualian statutori merujuk kepada peruntukan-peruntukan dalam AS 2016 yang


mengenakan liabiliti ke atas individu yang bertanggungjawab secara peribadi. Dalam keadaan
ini, syarikat tidak akan bertanggungan atas perkara tersebut. Sebaliknya, pihak yang terlibat akan
bertanggungan secara peribadi.

5.3.1.1 Gagal membuat pengagihan kepada para pemegang saham daripada keuntungan.

Menurut Seksyen 131 (1) AS 2016, sesuatu syarikat hanya boleh membuat pengagihan kepada
pemgegang syer daripada keuntungan yang ada bagi syarikat jika syarikat menjadi solen. Solven
bermaksud keupayaan syarikat untuk membayar hutangnya.

Pemegang syer dalam sesebuah syarikat akan mengharapkan dividen daripada pelaburan mereka.
Namun begitu, undang-undang memperuntukkan bahawa agihan dividen hanya boleh dilakukan
daripada keuntungan yang diperoleh syarikat dan syarikat masih kekal solven selepas
pembayaran dibuat.

Sekiranya terdapat ahli atau pegawai yang melanggar undang-undang tersebut, ia boleh
dipenjarakan tidak lebih lima tahun, denda tidak lebih RM3 juta atau kedua-duanya sekali ke atas
pengarah, atau pegawai syarikat yang membayar atau memberi kuasa untuk membayar dividen
yang tidak wajar atau menyalahi undang-undang.

5.3.1.2 Kesalahan mengenai penyataan kesolvenan

Seseorang pengarah yang membuat penyataan kesolvenan tanpa alasan yang munasabah dalam
penyataan itu adalah salah dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
denda tidak melebihi RM500 ribu atau kedua-duanya sekali.

5.3.1.3 Pengurangan modal saham oleh mahkamah

Sesebuah syarikat dengan tertakluk kepada pengesahan oleh Mahkamah boleh mengurangkan
modal syer dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh seksyen 116 AS 2016. Untuk
tujuan tersebut, sekiranya pegawai syarikat dengan sengaja menyembunyikan nama pemiutang
yang berhak membanah pengurangan itu atau menyalahnyatakan amaun hutang atau tuntutan
hutang atau bersubahat dengan perkara ini, maka pegawai tersebut boleh dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau keduanya sekali.

5.3.1.4 Kesalahan kerana membuat kenyataan tidak berasas atau palsu

Seseorang pengarah yang membuat pernyataan di bawah perenggan 119 (2(a) AS 2016 berkaitan
pengurangan modal syer, adalah melakukan kesalahan jika pernyataan itu adalah palsu. Pengarah
tersebut boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau RM3 juta atau kedua-
duanya sekali

5.3.1.5 kesalahan berkaitan dengan bantuan kewangan (liabiliti jenayah)


Seksyen 123 (1) AS 2016 menyatakan bahawa, sesuatu syarikat tidak boleh memberikan bantuan
kewangan kepada mana-mana orang bagi urus niaga syernya sendiri. Mana-mana pegawai yang
melakukan kesalahan tersebut boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan
denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali

5.3.1.6 Kesalahan yang berkaitan dengan bantuan kewangan (liabiliti sivil)

Mahkamah mempunyai kuasa memerintahkan pihak yang didapati bersalah seperti di atas untuk
membayar pampasan sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan.

5.3.1.7 Kesalahan yang berkaitan dengan bantuan kewangan yang tidak melebihi 10%
dana pemegang syer

Sesebuah syarikat, boleh dengan ketetapan khas memberikan bantuan kewangan yang tidak
melebihi 10% dana pemegang syer mengikut syarat yang ditetapkan di bawah seksyen 126 AS
2016. Syarikat dan mana-mana pegawai yang melanggar kesalahan tersebut boleh dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM 3 JUTA atau kedua-
duanya sekali.

5.3.2 Pengecualian Kehakiman


Terdapat contoh-contoh situasi di mana dalam keadaan tertentu mahkamah tidak akan memakai
prinsip entiti berasingan. Sebaliknya mahkamah akan menganggap ahli dan syarikat sebagai satu
entiti. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengecualian kehakiman dalam prinsip tirai perbadanan.

5.3.2.1 Syarikat ditubuhkan mengelak tanggungjawab atau untuk melakukan fraud


Sesebuah syarikat kadang kala ditubuhkan bukan untuk menjalankan perniagaan sebaliknya
untuk mengelakkan daripada melaksanakan tanggungjawab atau melaksanakan frod. Mahkamah
tidak akan membenarkan syarikat digunakan sebagai jubah untuk menyamar penipuan dan tidak
aka membiarkan seseorang lari daripada tanggungjawab undang-undang
Contoh kes : Gilford Motor Company lawan Horne (1993)
5.3.2.2 Memberi kesan kepada niat sebenar pihak-pihak dalam perjanjian
Terdapat juga pihak-pihak yang cuba menggunakan prinsip entiti berasingan agar niat sebenar
sepertimana yang termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani dapat dielakkan. Dalam
situasi ini, mahkamah akan menyingkap tabir korporat untuk melihat siapakah yang mentadbir
syarikat dan melihat niat sebenar pihak-pihak yabg telah menandatangani perjanjian.

Contoh kes: Tay Tian Liang lawan Hong Say Tee & Ors [1995] 4 MLJ 529

5.3.2.3 Syarikat sebagai alter ego kepada pengawalnya


Apabila syarikat bertindak sebagai ejen atau alter ego controller.
Alter ego controller bermaksud keperibadian kedua yang diciptakan untuk membantu membawa
manfaat kepada controller dalam masa-masa tertentu. Ini berlaku apabila syarikat digunakan
sebagai topeng untuk melindungi fakta sebenar.
Contoh kes: Aspatra Sdn Bhd lawan Bank Bumiputera Malaysia Bhd [1988] ML 97

5.3.2.4 Wujud perhubungan agensi dengan syarikat induk dalam satu entiti
Syarikat induk dan anak syarikat merupakan satu kumpulan syarikat yang bertindak untuk
ekonomi keseluruhan syarikat. Berdasarkan prinsip umum, syarikat induk dan syarikat subsidiari
mempunyai entiti yang berasingan. Namun begitu, dalam keadaan tertentu mahkamah akan
menganggap syarikat induk dan syarikat subsidiari sebagai satu entiti. Hubungan antara syarikat
induk dan anak syarikat boleh dianggapkan sebagai hubungan ejen dan prinsipal jika dalam
keadaan tertentu.

Contoh kes : Hotel Jaya Puri Bhd lawan National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers
(1980)

5.4 PENGENALAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

Sesebuah syarikat adalah manusia tiruan ( an artificial legal person) yang wujud hasil ciptaan
undang- undang. Oleh sebab itu hanya menerusi proses undang-undang riwayat sesebuah
syarikat boleh ditamatkan dan namanya boleh dibatalkan daripada senarai Pendaftaran Syarikat.
Dalam banyak keadaan sesebuah syarikat digulungkan atau dibubarkan kerana insolvent atau tak
solven atau tidak mampu bayar hutang. Walaupun kebiasaannya sebab bagi syarikat dibubarkan
atau di bawah kuasa penerima (receivership) adalah kerana syarikat tidak mampu bayar hutang
atau tidak solven, syarikat boleh memasuki proses penggulungan atau kuasa penerima ketika
ianya adalah solven ( Aiman Nariman, Aisyah, Harnrahan, Ramsay, & stapledon, 2008).
Sepertimana yang dinyatakan syarikat menjadi insolven adalah punca atau sebab utama ianya
memasuki proses kuasa penerima atau penggulungan, namun kedua-dua proses ini adalah
berlainan matlamat Dan tujuan ( Aiman Nariman et al. 2008). Menurut Aiman Nariman et al.
(2008) kuasa penerima adalah satu cara untuk pemiutang-pemiutang terjamin (secured creditors)
mendapatkan kembali wang mereka dan penggulungan melibatkan pelantikan penyelesai
(liquidator) menjual aset-aset syarikat. Sekiranya berlaku penggulungan, perniagaan syarikat
akan diberhentikan; asetnya akan dijual; pemiutang-pemiutang akan dibayar; dan jika ada
lebihan aset akan dibahagikan kepada ahli-ahli, dan di akhir semua proses ini syarikat tersebut
dikatakan sudah terbubar dan tidak lagi wujud

Perbincangan dalam bab ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan
proses-proses sebelum penggulungan iaitu pelantikan penerima (receiver) atau penerima dan
pengurus (receiver and manager) dan penyelesai. Manakala bahagian kedua menerangkan jenis-
jenis penggulungan syarikat.

PENGGULUNGAN SYARIKAT

Penggulungan syarikat adalah proses di mana kewujudan sesebuah syarikat berakhir serta
asetnya ditakdir untuk faedah para pemiutang dan anggota. Pentadbir yang dipanggil penyelesai
dilantik untuk mengambil alih urusan syarikat, mengumpul aset, mengurus bayaran balik hutang
syarikat dan akhirnya mengagihkan mana-mana lebihan aset antara anggota-anggota syarikat
mengikut hak mereka atau menurut terma-terma yang termaktub di dalam pelembangaan
syarikat. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa, tujuan utama penggulungan syarikat adalah
untuk mengumpul Dan menilai aset syarikat untuk membayar hutang seterusnya mengurus
keutamaan anggota untuk mengagihkan lebihan aset sekiranya ada. Seksyen 432 (1) Akta
Syarikat 2016 menggariskan 2 jenis penggulungan, penggulungan secara sukarela Dan
penggulungan oleh mahkamah.

PENGGULUNGAN SECARA SUKARELA

Kebanyakan proses penggulungan syarikat adalah berbentuk penggulungan secara sukarela. Ia


dipanggil sebagai penggulungan sekarela kerana anggota atau pemiutang syarikat atas kehendak
mereka memohon untuk menggulungkan syarikat. Terdapat dua jenis penggulungan secara
sukarela; penggulungan oleh anggot dan penggulungan oleh pemiutang. Seksyen 432 (2) Akta
Syarikat 2016 menyatakan bahawa penggulungan secara sukarela boleh dibahagikan kepada 2
jenis; penggulungan oleh anggota dan penggulungan oleh pemiutang.

Suatu penggulungan sukarela boleh dilaksanakan melalui ketetapan sama ada


a) Melalui penggulungan sukarela anggota jika syarikat adalah solven dan penyelesai dilantik
oleh anggota dalam mesyuarat anggota; atau
b) Melalui penggulungan sukarela pemiutang jika syarikat tidak solven dan penyelesai dilantik
oleh pemiutang dalam mesyuarat pemiutang.

Terdapat satu perbezaan yang ketara yang membezakan antara penggulungan secara sukarela
oleh anggota dan oleh pemiutang. Perbezaan ini dinyatakan di dalam seksyen 444 Akta Syarikat
2016. Sekiranya Pengisytiharan Kesolven dibuat sebelum penggulungan dibuat, penggulungan
itu akan menjadi penggulungan anggota. Sekiranya Pengisytiharan Kesolven tidak dibut
penggulungan itu menjadi penggulungan pemiutang (Chan, 2014)

Penggulungan yang dalam hal pengisytiharan pengarah di bawah seksyen 443 telah dibuat,
merupakan suatu “penggulungan yang anggota’; dan penggulungan yang dalam hal
pengisytiharan itu tidak dibuat merupakan suatu “penggulungan sukarela pemiutang”.

Setelah proses penggulungan secara sukarela dimulakan, semua peniagaan syarikat perlu
dihentikan keran sebarang pindahan syer juga tidak dibenarkan. Ini dinyatakan di dalam Seksyen
442 Akta Syarikat 2016

1) Syarikat hendaklah terhenti daripada menjalankan perniagaannya dari permulaan


penggulungan kecuali setakat yang dikehendaki pada pendapat penyelesai bagi faedah
penggulungan nya.

2) Walau apa pun apa-apa jua sebaliknya dalam pelembagaan, kaedah korporat dan kuasa
korporat syarikat hendaklah diteruskan sehingga syarikat dibubarkan

3) apa-apa pemindahan syer, yang bukan suatu pemindahan yang dibuat kepada atau dengan
kebenaran penyelesai, dan apa-apa pengubahan dalam kedudukan anggota yang dibuat
selepas permulaan penggulungan, hendaklah terbatal.

Tarikh bermulanya proses penggulungan secara sukarela adalah pada tarikh resolusi bagi
penggulungan sekarela diluluskan. Seksyen 441 (1) (a) dan (b) Akta Syarikat 2016 menyatakan

Sesuatu penggulungan sukarela hendaklah bermula


a) Jika seseorang penyelesai interim dilantik sebelum ketetapan bagi penggulungan sukarela
diluluskan, pada masa apabila pengisyitiharan yang tersebut dalam seksyen 440 diserah
simpan dengan Pendaftar; dan
b) Dalam apa-apa hal lain, pada masa ketetapan bagi penggulungan sukarela diluluskan

5.4.1 PENGGULUNGAN OLEH ANGGOTA

Seksyen 2 Akta Syarikat 2016 mentafsirkan penggulungan oleh anggota sebagai “ suatu
penggulungan di bawah sub penggal 4 Penggal 1 Bahagian IV, jika suatu pengisyitiharan telah
dibuat dan diserah simpan di bawah seksyen 443”. Ia dilaksanakan berdasarkan permohonan
oleh anggota syarikat. Walau bagaimanapun, penggulungan oleh anggota hanya boleh dilakukan
sekiranya syarikat itu solven. Ia dimulakan oleh anggota-angota syarikat melalui resolusi semasa
mesyuarat anggota (aspalella, Marina, Nurli dan Ruzita, 2005). setelah resolusi diluluskan,
syarikat perlu menyerahkan satu salinan resolusi tersebut kepada pendaftar Syarikat dalam
tempoh 7 hari dan mengiklankan di dalam surat khabar yang diedarkan di seluruh Malaysia
berkenaan resolusi tersebut dalam tempoh 10 hari. Ini dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen
439 (2) Akta Syarikat 2016:
Sesuatu syarikat hendaklah

A. Menyerah simpan suatu salinan bercetak ketetapan itu dengan Pendaftar dalam masa tujuh
hari dari kelulusan suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela; dan
B. Memberikan notis tentang ketetapan itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara
meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara
meluas di Mlaysia dalam bahasa Inggeris dalam masa sepuluh hari selepas kelulusan
ketetapan itu.

Seksyen 439 (1) (b) Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa penggulungan oleh anggota boleh
dilakukan melalui 2 cara;

5.4.1.1 Penggulungan melalui resolusi biasa

Anggota boleh memangil mesyuarat bagi meluluskan resolusi untuk menggulungkan syarikat.
Resolusi yang diperlukan hanya resolusi biasa. Keadaan ini berlaku apabila;

i. Perlembangaan syarikat teleh menetapkan tempoh masa hayat syarikat. Sekiranya tempoh
yang telah ditetapkan tamat, maka syarikat tersebut boleh digulungkan.
ii. Perlembangaan syarikat telah menetapkan keadaan-keadaan tertentu di mana syarikat itu
boleh digulungkan. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, anggota boleh memohon untuk
menggulungkan syarikat (Chan, 2014)

Perkara di atas dinyatakan di dalam Seksyen 439 (1) (a) Akta Syarikat 2016

Suatu syarikat oleh digulung secara sukarela


a) Apabila tempoh, jika ada, yang ditetapkan bagi jangka masa syarikat oleh perlembangaan
tamat tempoh, atau peristiwa itu, jika ada, berlaku, yang apabila berlaku perlembangaan itu
memperuntukkan bahawa syarikat itu hendaklah dibubarkan dan syarikat itu dalam
mesyuarat agung teleh meluluskan suatu ketetapan yang menghendaki syarikat itu digulung
secara sukarela; atau

5.4.1.2 Penggulungan melalui resolusi khas

Sekiranya keadaan yang dinyatakan di dalam Seksyen 439 (1) (a) Akta Syarikat 2016 diatas
tidak berlaku, anggota masih memohon untuk menggulungkan syarikat. Walau bagaimanapun,
anggota hanya boleh memohon untuk menggulungka syarikat sekiranya syarikat adalah solven
(Rachagan, Pascoe & Joshi, 2010). Satu Pengisytiharan Kesolvenan perlu dibuat oleh syarikat
untuk memaklumkan bahawa syarikat adalah solven dan boleh digulungkan. Penggulungan
melalui cara ini dimulakan dengan meluluskan resolusi khas. Seksyen 439 (1)(b) Akta Syarikat
2016 menetapkan bahwa sekiranya anggota ingin memohon untuk menggulungkan syarikat, satu
resolusi khas perlu diluluskan oleh mesyuarat anggota.

1) Sesuatu syarikat boleh digulung secara sukarela


(b) jika syarikat memutuskan sedemikian melalui ketetapan khas

Memandangkan mesyuarat itu bertujuan untuk membentangkan resolusi khas, notis memanggil
mesyuarat mesti dihantar tidak kurang daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat. Resolusi khas
memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya 75% anggota yang berhak hadir, bersuara dan
mengundi dalam mesyuarat tersebut. (Aspalella et. al,. 2005. sebaik sahaja resolusi khas itu
diluluskan, penggulungan secara sukarela oleh anggota dikatakan bermula.

5.4.2 PENGGULUNGAN OLEH PEMIUTANG

Penggulungan oleh pemiutang ditafsirkn oleh Seksyen 2 Akta Syarikat 2016 sebagai “suatu
penggulungan di bawah sub penggal 5 Penggal 1 Bahagian IV”. ia merupakan penggulungan
yang dilaksanakan atas permintaan pemiutang syarikat. Penggulungan jenis ini sesuai
dilaksanakan apabila syarikat tidak solven. Dalam kes ini, pemiutang mempunyai kepentingan
sah untuk memohon pembubaran tersebut memandangkan syarikat tidak mampu membayar
harga (Arjunan, 2006). sama seperti Akta Syarikat 1965, Akta Syarikat 2016 tidak memberikan
tafsiran maksud pemiutang. Namun begitu, beberapa kes terdahulu seperti Re William Rockley
Ltd (1962) 1 WLR 555 telah mentafsirkan pemiutang sebagai seseorang yang syarikat masih
berhutang kepadanya pada tarikh petisyen Mahkamah Tinggi dalam Ganda Holding Bhd. Lwn.
Pamaron Holding Sdn. Bhd. (1989) 2 MLJ 346 memutuskan bahawa terdapat beberapa kategori
orang yang dianggap sebagai pemiutang dan layak untuk memfailkan petisyen untuk
menggulungkan syarikat. Antaranya adalah pemiutang terjamin (secured creditor), pemiutang
penghakiman (judgment creditor) dan pemegang serah hak (assignee).
Walaupun penggulungan ini dikenali sebagai penggulungan pemiutang, proses penggulungan
tidak boleh dimulakan oleh pemiutang. Ia berlaku sekiranya Pengisytiharan Kesolven gagal
dibuat (Aspalella, 2005) dan pengarah syarikat berpendapat bahawa syarikat tidak mampu
membayar hutang syarikat. Sekiranya situasi-situasi ini berlaku satu Mesyuarat anggota perlu
dipanggil. Mesyuarat ini perlu juga dihadiri oleh pemiutang-pemiutang syarikat. Mesyuarat ini
perlu memutuskan untuk menggulungkan syarikat dan melantik penyelesai.

Seksyen 440 (1) Akta Syarikat 2016 menggariskan bahawa satu Akuan Berkanun perlu
disediakan oleh pengarah setelah mesyuarat dipanggil. Akuan ini perlu menyatakan bahawa
syarikat tidak dapat meneruskan prniagaan disebabkan hutang-hutang syarikat san mesyuarat
yang dihadiri oleh anggota dan pemiutang telah diadakan. Setelah itu, seorang penyelesai interim
perlu dilantik.

Jika pengarah sesuatu syarikat membuat suatu akuan berkanun bahawa --


a) Syarikat tidak dapat meneruskan perniagaannya disebabkan liabilitinya; dan
b) Mesyuarat syarikat itu dan pemiutangnya telah dipanggil bagi suatu tarikh dalam masa tiga
puluh hari dari tarikh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengisytiharan

Pengarah hendaklah dengan serta merta melantik seorang penyelesai interim selepas akuan
berkanun itu diserah simpan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima

Berdasarkan penjelasan di atas, penggulungan oleh emiutang boleh bermula sebagai


penggulungan oleh anggota yang kemudiannya bertukar menjadi penggulungan oleh pemiutang.
Keadaan ini boleh berlaku dengan dua cara:

I. Mengikut anggota
Sekiranya anggota-anggota telah mengambil langkah-langkah untuk menggulung syarikat
secara penggulungan oleh anggota tetapi para pengarah tidak membuat pengisytiharan
Kesolven di bawah Seksyen 443 Akta Syarikat 2016, penggulungan oleh anggota tadi akan
bertukar sebagai penggulunggan oleh pemiutang.

II. Dengan melantik penyelesai


Seksyen 447 (1) Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa jika penyelesai yang dilantik dalam
penggulungan oleh anggota yang berpendapat bahawa syarikat tidak dapat membayar
keseluruhan hutangnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam Pengsytiharan Kesolvenan,
penyelesai mesti segera mengadakan mesyuarat pemiutang di bawah seksyen 449 Akta Syarikat
2016. sebaik sahaja mesyuarat itu diadakan, proses keseluruhan penggulungan akan diteruskan
sebagai penggulung peminjam. Ini dinyatakan di dalam Seksyen 447 (3) Akta Syarikat 2016.

5.43 PENGSYTIHARAN KESOLVENAN


Seksyen 443 (1) (a) dan (b) Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa para pengarah mesti
membuat pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa mereka telah siasatan ke atas hal-
ehwal syarikat dan berpendapat bahawa syarikat mampu membayar semua hutang sepenuhnya
dalam tempoh 12 bulan selepas permulaan penggulungan.

1) Jika bercadangkan untuk menggulungkan sesuatu syarikat secara sukarela, pengarah atau
dalam hal sesuatu syarikat yang mempunyai lebih daripada satu pengarah, majoriti pengarah
boleh --

a) Membuat suatu pengsytiharaan bertulis yang menyatakan bahawa pengarah itu telah
membuat siasatan tentang hal ehwal syarikat itu; dan
b) Dalam suatu mesyuarat pengarah, memberikan pendapat bahawa syarikat ituboleh
membayar hutang dengan sepenuhnya dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan
selepas permulaan penggulungan.

Pengisytiharan ini mesti dibuat sebelum notis panggilan mesyuarat anggota bagi membincangkan
penggulungan syarikat dihantar menggunakan borang yang ditetapkan. Ini dinyatakan dalam
Seksyen 443 (2) Akta Syarikat 2016.

2) Pengisytiharan dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pengarah sebelum tarikh notis
tentang mesyuarat yang dalamnya ketetapan bagi penggulungan syarikat akan dicadangkan
dihantar kepada anggota sesuatu syarikat

Pengisytiharan Kesolvenan tersebut perlulah mematuhi perkara-perkara yang termaktub di dalam


Seksyen 443 (3) Akta Syarikat 2016

3) Suatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat hendaklah terikat dengan pengsytiharan yang
mengandungi butir-butir yang disediakan sehingga tarikh terakhir yang dapat dilaksanakan
sebelum pengisytiharan itu dibuat seperti yang berikut;
a) Aset syarikat dan jumlah keseluruhanamaun yang dijangka diperoleh;
b) Liabiliti syarikat dan;
c) Anggaran perbelanjaan bagi penggulungan.

Seksyen 443 (4) (a) Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa Pensytiharan Kesolvenan perlu
dibuat semasa mesyuarat pengarah, tidak lebih dari 5 minggu sebelum mesyuarat anggota untuk
menggulungkan syarikat dan perlu diserahkan kepada pendaftar sebelum notis penggilan
mesyuarat anggota dihantar. Jika tidak, ia tidak boleh dikuatkuasakan.

4) Pengisytiharan yang dibuat oleh pengarah tidak mempunyai apa-apa kesan bagi maksud
Akta ini melainkan jika pengisytiharan itu --
a) Dibuat dalam mesyuarat pengarah yang disebut dalam sebseksyen (1);
b) Dibuat dalam masa lima minggu seaik sebelum ketetapan bagu penggulunan sukarela
diluluskan; dan
c) Diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh notis tentang mesyuarat yang
dalamnya ketetapan bagi penggulungan syarikat akan dicadangkan dihantar kepada
anggota syarikat.

Pengisytiharan Kesolvenan tidak boleh diambil ringan. Ia akan menjadi satu kesalahan jenayah
jika perisytiharan dibuat tanpa alasan yang munasabah mengenai Pengisytiharan Kesolven
syarikat yang keupayaan untuk membayar hutang dalam masa 12 bulan mulai tarikh permulaan
penggulungan. Seksyen 443 (5) menyatakan bahawa pengarah boleh dipenjarakan, didenda tidak
melebihi RM 3 juta atau kedua-duanya sekiranya melakukan kesalahn semasa pengisytiharan
solvensi.

Seseorang oengarah yang membuat pengisytiharan di bawah seksyen ini tanpa


mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapat bahawa syarikat boleh membayar
hutanya dengan sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, penjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang
berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lita ratus tinggit bagi setiap hari selama
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

5.4.4 MESYUARAT PEMIUTANG

Untuk melindungi kepentingan pemiutang semasa penggulungan, meraka dibenarkan


mengadakan mesyuarat mereka sendiri. Seksyen 449 Akta Syarikat 2016 menerangkan prosedur-
prosedur berkenaan mesyuarat ini. Mesyuarat pemiutang hendaklah diadakan pada hari yang
sama atau sehari selepas mesyuarat anggota di mana resolusi untuk penggulungan sekarela
dicadangkan di tempat dan masa yang mudak untuk majoriti pemiutang. Ia boleh di
dipengerusikan oleh Pengarah atau mana-mana pemiutang yang dipersetujui. Notis panggilan
mesyuarat perlu dihantar serentak dengan notis panggilan untuk mesyuarat anggota sekurang-
kuranya 7 hari sebelum mesyuarat. Notis panggilan mesyuarat tersebut mesti disertakan dengan
kenyataan yang menunjukkannama semua pemiutang dan jumlah tuntutan mereka. Di samping
itu, satu iklan berkenaan mesyuarat itu mesti dibuat dalam satu surat khabar Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat.

Mesyuarat pemiutang perlu dihadiri oleh salah seorang pengarah syarikat. Beliau perlu
mendedahkan penyata penuh berkenaan aset syarikat, kaedah dan cara di mana penilaian aset
telah dilakukan, senarai pemiutang dan anggaran tuntutan mereka. Pengarah tersebut juga perlu
mendedahkan kepada mesyuarat hal ehwal syarikat dan keadaan yang menyebabkan
penggulungan yang dicadangkan.

1) Syarikat hendaklah menyebabkan suatu mesyuarat pemiutang syarikat dipanggil pada hari
itu, atau hari yang berikutnya yang hendaklah diadakan mesyuarat yang dalamnya ketetapan
bagi penggulungan sukarela akan dicadangkan.
2) Jika mesyuarat pemiutang dipanggil di bawah subseksyen (1), syarikat hendaklah
menyebabkan notis tentang mesyuarat pemiutang itu dihantar melalui pos kepada pemiutang
serentak dengan penghantaran notis tentang mesyuarat syarikat.
3) Syarikat hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa dan di tempat yang mudah bagi
majoriti daripada nilai pemiutang dan hendaklah --
a) Memberikan notis melalui pos tentang mesyuarat itu kepada pemiutang sekurang-
kurangnya tujuh harigenap; dan
b) Menghantar kepada setiap pemiutang berserta notis mesyuarat itu, suatu pernyatan yang
menunjukkan nama semua pemiutang dan amaun tuntutan mereka.
4) Syarikat hendaklah menyebabkan notis tentang mesyuarat pemiutang diiklankan sekurang-
kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu dalam satu surat khabar yang diedarkan
secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan
secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.
5) Pengarah syarikat hendaklah --
a) Menyebabkan suatu pernyataan lengkap tentang hsl ehwal syarikat yang menunjukkan
berkenaan dengan aset, kaedah dan cara penilaian aset itu dijalankan, bersama-sama
dengan suatu senarai pemiutang dan aggaran amaun tuntutan mereka dibentangkan di
hadapan mesyuarat pemiutang; dan
b) Melantik seorang daripada pengarah untuk mengahdiri mesyuarat itu.
6) Oengarah yang dilantik sedemikian di bawah perenggan 5(b) dan setiausaha hendaklah
menghadiri mesyuarat dan menzahirkan kepada mesyuarat hal ehwal syarikat dan hal
keadaan yang membawa kepada penggulungan yang dicadangkan.
7) Pemiutang boleh melantik seorang daripada pemiutang atau pengarah yang dilantik di
bawah perenggan (5) (b) untuk mempengerusikan mesyuarat
8) Pengerusi hendaklah, dalam mesyuarat, menentukan sama ada mesyuarat itu telah diadakan
pada masa dan di tempat yang mudah bagi majoriti daripada nilai pemiutang dan
keputusannya adalah muktamad
9) Jika pengerusi memutuskan bahawa mesyuarat tidak diadakan pada masa dan di tempat yang
mudah bagi majoriti itu, mesyuarat itu hendaklah luput dan suatu mesyuarat selanjutnya
hendaklah dipanggil oleh syarikat dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan
10) Jika mesyuarat syarikat ditangguhkan dan ketetapan bagi penggulungan diluluskan dalam
suatu mesyuarat yang ditangguhkan, apa-apa ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat
pemiutang hendaklah mempunyai kesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan sebaik
selepas ketetapan bagi penggulungan itu diluluskan
11) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahn dan
boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

5.5 PENGGULUNGAN OLEH MAHKAMAH


Penggulungan oleh mahkamah dimulakan dengan permohonan oleh mana-mana pihak yang
disenaraikan di bawah Seksyen 464 Akta Syarikat 2016 kepada mahkamah bagi satu perintah
untuk menggulungkan syarikat. Permohonan ini mestilah berdasarkan salah satu alasan
penggulungan yang terkandung dalam Seksyen 465. mahkamah mempunyai kuasa sama ada
untuk membuat perintah penggulungan. Mahkamah tidak boleh membuat perintah penggulungan
wajib melainkan jika berpuas hati bahawa penggulungan sukarela tidak boleh diteruskan dengan
mengambil kira kepentingan pemiutang atau pencarum (Ranchagan, S. Et.al., 2010)

Keputusan untuk menggulungkan syarikat tidak boleh dibuat untuk tujuan yang tidak wajar atau
menyalahi undang-undang. Begitu juga, mahkamah tifak akan membenarkan penangguhan
penggulungan atas sebab-sebab ini. Di dalam kes Lim Yoke Kian lwn. Castle Development Sdn
Bhd (2000) 4 MLj 443, suatu syarikat telah, melalui resolusi khas, memutuskan bahawa ia akan
digulung oleh mahkamah. Pemengang saham syarikat kemudian memutuskan untuk
menangguhkan penggulungan untuk meminimumkan pembayaran cukai pendapatan. Mahkamah
Rayuan berpendapat bahwa penagguhan itu dipersetujui untuk tujuan yang tidak sah dan tidak
boleh dibenarkan. Penggulungan syarikat tersebut harus diteruskan.

Penggulungan dikatakan bermula pada tarikh perintah dikeluarkan oleh mahkamah. Walau
bagaimanapun, sekiranya terdapat resolusi bagi penggulungan sukarela sebelum petidyen
diserahkan ke mahkamah, tarikh permulaan penggulungan adalah pada tarikh rsolusi tersebut. Ini
dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen 467 (1) Akta Syarikat 2016.

1) Jika sebelum oenyerahan petisyen penggulungan suatu ketetapan telah diluluskan oleh
syarikat bagi penggulungan sukarela, penggulungan syarikat itu hendaklah disifatkan telah
bermula pada masa ketetapan itu diluluskan dan, melainkan jika difikirkan patut oleh
Mahkamah untuk mengarahkan selainnya setelah dibuktikan fraud atau kesilapan, segala
prosiding yang dijalankan dalam penggulungan sukarela itu hendaklah disifatkan tlah
dijalankan secara sah.
2) Dalam apa-apa hal lain, permulaan penggulungan hendaklahh pada tarikh perintah
penggulungan

5.5.1 Pihak yang Layak untuk Memohon Petisyen Penggulungan oleh Mahkamah.
Seksyen 464 (1) Akta Syarikat 2016 menyenaraikan orang0orang yang dibenarkan untuk
memfailkan petisyen untuk menggulungkan syarikat.

Sesuatu syarikat, sama ada digulung secara sukarela atau tidk, boleh digulung di bawah sesuatu
perintah Mahkamah atas petisyen mana-mana satu daripada yang berikut atau lebih:

a) Syarikat;
b) Mana-mana pemiutang, termasuklah pemiutang luar jangka atau perspektif, bagi syarikat;
c) Seseorang penyumbang atau mana-mana orang yang merupakan wakil diri kepada
penyumbang yang mati atau oemegang amanah bagi kebankrapan atau KEtua Pengarah
Insolvensi bagi estet penyumbang yang bankrap;
d) Penyelesai;
e) Menteri atas alasan yang dunyatakan dalam perenggan 465(1)(d) atau (1);
f) Dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan suatu institusi berlesen di bawah Akta
PErkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Isla 2013 dan yang
bukan merupakan suatu institusi anggota di bawah Akta PErbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011 (akta 720), Bank Negara Malaysia;
g) Dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan pengendali sistem pembayaran ditetapkan di
bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,
Bank Negara Malaysia;
h) Pendaftar atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(1)(k); atau
i) Dalam hal sesuatu institusi anggota di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
2011, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia yang disebut dalam seksyen 99 Akta itu.

5.5.2 Alasan-alasan Bagi Permohonan

Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memerintahkan penggulungan suatu syarikat jika
pempetisyen boleg membuktikan mana-mana keadaan yang disebutkan di dalam Seksyen 465
Akta Syarikat 2016.

(1) Mahkamah boleh mengarahkan penggulungan jika ---

(a) Syarikat melalui ketetapan khas memutuskan supaya syarikah hendaklah digulung oleh
Mahkamah;
(b) Syarikat ingkar dalam menyerah simpan akaun berkanun di bawah subseksyen 190(3);
(c) Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari pemerbadannya atau
menggantung perniagaannya selama satu tahun;
(d) Syarikat itu tidak mempunyai anggota;
(e) Syarikat tidak mampu untuk membayar hutangnya;

(f) Penfarah bertindak dalam hal ehwal syarikat demi kepentingan pengarah sendiri daripada
demi kepentingan anggota secara keseluruhan atau bertindak mingikut apa-apa cara lain yang
didapati tidak saksama atau tidak adil kepada anggota;
(g) Apabila tempoh, jika ada, ditetapkan bagi jangka masa syarikat oleh perlembangaan tamat
atau peristiwa, jika ada, yang sekiranya berlaku syarikat hendaklah dibubarkan sebagaimana
yang diperuntukkan dalam perlembangaan;
(h) Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama yang syarikat digulung;
(i) Syarikat memegang suatu lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan bahawa lesen itu telah dibatalkan atau diserahkan
balik;
(j) Syarikat menjalankan perniagaan dilesenkan tanpa dilesenkan dengan sewajarnya atau
syarikat menerima, mendapat atau mengambil deposit di Malaysia, dengan melanggar Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengikut mana-
mana yang berkenaan;
(k) Syarikat digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang
menjejaskan atau tidak bersesuain dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, kepentingan
awam, ketenteraman awam, keadaan yang baik atau prinsip moral di Malaysia; atau
(l) Menteri telah membuat pengisytiharan di bawah seksyen 590.

5.5.2.1 Resolusi Anggota Syarikat

Anggota syarikat telah memutuskan melalui resolusi khas agar syarikat itu digulung oleh
Mahkamah. Berbeza dengan mesyuarat biasa, mesyuarat untuk membentangkan resoluai khas ini
memerlukan 75% persetujuan anggota yang boleh hadir, didengar dengan mengundi dalam
mesyuarat. Notis untuk mesyuarat bagi meluluskan resolusi ini juga perlu dihantar 21 hari
sbeleum tarikh mesyuarat.

5.5.2.2 Syarikat tidak membuat laporan atau mesyuarat berkanun

Kegagalan sebuah syarikat awam untuk membuat Perisytiharan Berkanun di bawah Seksyen 190
Akta Syarikat 2016 dan menyerah simpan perisytiharan itu kepada Pendaftar Syarikat boleh
menyebabkan syarikat digulung. Peridytiharan Berkanun yang dimaksudkan adalah perisytiharan
yang mengesahkan keperluan yang berkaitan dengan penerbitan saham s. 190 (1) (a) dan (b) atau
2 (a) dan (b) telah dipatuhi.

5.5.2.3 Syarikat tidak memulakan atau menangguhkan perniagaannya.

Sekiranya syarikat tidak memulakan perniagaan dalam tempoh setahun dari tarikh ia di
perbadanan atau telah menangguhkan perniagaannya sepanjang tahun, petisyen untuk
menggulungkan syarikat boleh difailkan. Mahkamah bagaimanapun boleh menolak petisyen
tersebut jika petisyen itu ditentang oleh majoriti anggota syarikat atau mahkamah berpuas hati
dengan penjelasan berkenaan ketidakaktifan syarikat (Chan, W. M., 2014). di dalam kes Re
Tomlin Patent Horse Shoe Ltd. (1886) 55 LT 314, mahkamah memutuskan bahawa, apabila
sesebuah syarikat menggatung perniagaannya, mahkamah tidak akan membenarkan
penggulungan sehinggalah niat syarikat untuk menggantung perniagaan dan ketidakmampuan
untuk mengendalikan perniagaan dibuktikan.
5.5.2.4 Syarikat tidak mempunyai anggota

Syarikat yang tidak mempunyai sebatang anggota boleh digulungkan. Jumlah minimum anggota
adalah satu orang.

5.5.2.5 Syarikat tidak dapat membayar hutang

Petisyen untuk menggulungkan syarikat atas alasan kegagalan membayar hutang hendaklah
difailkan oleh pemiutang. Tiga keadaan di mana syarikat dikatakan tidak mampu membayar
hutang dinyatakan di dalam 466 (1) Akta Syarikat 2016

(1) Suatu syarikat hendaklah disifatkan tidak mampu untuk membayar hutangnya jika ---

(a) Syarikat itu berhutang dalam jumlah wang yang melebihi amaun yang ditetapkan oleh
Menteri dan seseorang pemiutang melalui penyerahan atau selainnya meyampaikan suatu notis
tuntutan, dengan sendiri atau melalui ejennya, yang menghendaki syarikat itu suoaya membayar
jumlah wang yang kena dibayar dengan meninggalkan notis itu di pejabat berdaftar syarikat itu,
dan syarikat itu selama dua puluh satu selepas penyampaian tuntutan itu mengabaikan membayar
jumlah wang itu atau dalam menjamin atau mencapai persetujuan baginyasehingga memuaskan
hati pemiutang.
(b) Pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan ke atas sesuatu penghakiman, dekri atau
perintah mana-mana mahkamah yang memihak kepada pemiutang syarikat dikembalikan tanpa
dijelaskan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya; atau
(c) Dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa syarikat tidak mamou untuk
membayar hutangnya; dan dalam menentukan sama ada sesuatu syarikat tidak mampu untuk
membayar hutangnya, Mahkamah hendaklah mengambil kira tanggungan luar jangka dan
perspektif syarikat itu.

(2) Suatu petisyen untuk menggulung suatu syarikat hendaklah difailkan di Mahkamah dalam
masa enam bulan dari tarikh tamat tempoh notis tuntutan yang dikeluarkan di bawah perenggan
(1)(a)

Apabila syarikat itu berhutang degan jumlah tertentu dan pemiutangnya telah memberikan notis
tuntutan yang menghendaki syarikat membayar jumlah yang terhutang oleh syarikat itu dalam
masa 21. Setakat 14 Febuari 2017, jumlah hutang masih tidak dapat dipastikan. Akta Syarikat
1965 menyatakan bahawa jumlah itu harus melebihi RM 500 (seksyen 218 (2)). Corporate Law
REform Committee mencadangkan peningkatan ke RM5000. JUmlah hutang yang dituntut
mestilah jumlah yang tetap dn tidak dipertikaikan. Didalam ke Ng Ah Kway Iwn. Tai Kit
Enterprise Sdn Bhd [1986] 1 MLJ 58 kedua-dua pihak mempertikaikan jumlah yang perlu
dibayar oleh responden. Pemetisyen menyatakan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang
kepada responden. Responden bagaimanapun tidak mempersetujui jumlah tersebut. Pempetisyen
menghantar notis tuntutan dan memfailkan petisyen penggulungan syarikat. Mahkamah
memutuskan (antara lain) bahawa hutang itu mesti dipastikan dan tidak dipertikaikan. Petisyen
penggulungan tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang yang dipertikaikan.
Dalam menentukan sama ada syarikat tidak dapat membayar hutangnya, ia hendaklah
mengambil kira liabiliti prospektiff dan luar jangka syarikat. Ujian ketidakupayaan unutk
membayar hutang adalah insolvensi komersial. Ia bermaksud, syarikat tidak dapat membayar
hutang semasa apabila tamat tempoh. Syarikat sedemikian mungkin masih “tidak dapat
membayar hutangnya” sekalipun ia mempunyai aset yang banyak. Aset-aset ini tidak dapat
dicairkan dengan segera untuk melangsiakan semua hutangnya.

5.5.2.6 Pengarah tidak berlaku adil kepada anggota

Petisyen penggulungan boleh difailkan pengarah telah bertindak demi kepentingan sendiri dan
bukannya kepentingan anggota secara keseluruhan. Ia juga boleh difailkan jika oengarah
bertindak secara tidak adil kepada anggota. Di dalam kes Re Cumberland Holdings Ltd (1974 -
1976) 1 ACLR 361 mahkamah telah memutuskan bahawa mempetisyen tidak perlu
membuktikan bahawa keseluruhan lembaga pengarah telah bertindak demi kepentingan sendiri.
Adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa majoriti pengarah di dalam lembaga pengarah
telah bertindak dengan kepentingan sendiri atau pengarah yang mempunyai kawalan terhadap
lembaga pengarah telah bertindak untuk kepentingan anggota termasuklah apa-apa perkara yang
perlu dipertimbangkan oleh lembaga pengarah. Ini termasuk pergambilalihan aset syarikat atau
hak anggota (Chan, W.M 2014)

5.5.2.7 Tamat tempoh tertentu atau tamat tempoh syarikat seperti yang dinyatakan dalam
perlembangaan.

Perlembangaan sebuah syarikat boleh menetapkan tempoh untuk syarikat itu wujud atau sesuatu
peristiwa yang jika berlaku akan membolehkan syarikat itu dibubarkan. Sekiranya tempoh hayat
syarikat itu telah tamat atau berlaku peristiwa seperti yang disebutkan di atas, maka petisyen
penggulungan syarikat boleh difailkan.

5.5.2.8 Mahkamah berpendapat bahawa ia adalah adil dan saksama bahawa syarikat itu
digulung

Alasan di bawah seksyen ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada permohonan untuk
menggulungkan syarikat sebagai remedi kepada penindasan anggota si dalam Seksyen 346 Akta
Syarikat 2016. Antara alasan yang membenrkan petisyen bagi menggulungkan syarikat di bawah
seksyen ini ailah:

a. Apabila anggota syarikat tidak lagi boleh menjalankan perniagaan secara bersama.
(Deadlock)

Kejayaan perniagaan syarikat bergantung pada pengurusan syarikat yang tepat. Tetapi jika
berlaku keadaan dimana anggota syarikat tidak mampu lagi bekerjasama dan gagal mencapai
persetujuan bersama dalam menguruskan syarikat sehingga menyebabkan perniagaan syarikat
tersebut tidak dapat diteruskan, mahkamah boleh meluluskan perintah untuk penggulungan
sekiranya petisyen difailkan. Namun begitu, mahkamah akan melihat siapa yang menyebabkan
masalah, yang enggan bekerjasama atau mencetuskan perbalahan antara anggota. Sekiranya
pempetisyen itu adalah orang yang menyebabkan masalah ini berlaku, permohonan
penggulungan tidak akan diluluskan (A. Rahman, A. et. Al., 2005). di dalam kes Re Yenidje
Tobacco Co. Ltd. [1016] 2 Ch 426 W. dan R. adalah dua pemegang saham dan pengarah
syarikat. Timbul konflik di antara mereka sehingga mereka bermusuh dan hanya berbicara
melalui setiausaha. Keadaan ini mengakibatkan kebuntuan dalam pengurusan ysarikat.
Mahkamah berpendapat ada alasan yang baik untuk meluluskan petiayen untuk menggulung
syarikat itu.

b. Apabila objektif utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong (Loss of company’s
substratum)

Sekiranya syarikat tidak dapat mencapai matlamat atau objektif syarikat, maka petisyen unutk
menggulungkan syarikat boleh difailkan. Di dalam ke Re German Date Coffee Co (1882) 20 Ch
D 169 sebuah syarikat telah diperbadankan untuktujuan menghasilkan penggati kopi yang
diperbuat dari kurma. Untuk melakukan ini, syarikat perlu mendapatkan satu paten daripada
negara Jerman. Jerman bagaimanapun enggan memberikan paten kepada syarikat tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa syarikat itu telah ditubuhkan dengan matlamat untuk
menghasilkan produk yang diproses

mengikut paten khusus. Apabila syarikat gagal mendapatkan paten tersebut,


para pemegang saham berhak unutk mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk
menjalankan perniagaan lain dan emohon penggulungan syarikat . mahkamah di dalam kes Re
Bleriot Aircraft Co. (1916), 32 T. L. R. 253 juga telah membenarkan petisyen penggulungan
syarikat apabila syarikat yang ditubuhkan untuk mendapatkan sebahagian ppemilikan di dalam
perniagaan pesawat M. Bleriot gagal memasuki kontrak pembelian milikan tersebut.

c. Syarikat ditubuhkan dan menjalankan perniagaannya untuk tujuan penipuan.

Anggota berhak untuk memastikan bahawa syarikat menjalankan perniagaan menurut terma-
terma di dalam undang-undang dan tidak melakukan penipuan ke atas mana-mana pihak.
Sekiranya syarikat diuruskan dengan cara penipuan atau bagi tujuan penipuan, anggota boleh
memfaikan petisyen bagi penggulungan syarikat. Didalam kes Re Thomas Eduards Brinsmead
dan anaknya bekerja untuk syarikat J. B. & Sons, pengilang piano. Mereka meninggalkan J. B. &
Sons Ltd. dan menjalankan perniagaan yang sama dengan J. B. & Sons. Sebuah prospektus
dikeluarkan untuk langganan orang ramai. J. B. & Sons memperoleh injuksi yang menghalang T.
E. B. & Sons Ltd daripada menggunakan B di dalam namanya. Pada masa yang sama, banyak
tindakan undang-undang telah diambil terhadap syarikat itu kerap melakukan penipuan dalam
prospektus. Mahkamah memutuskan bahawa syarikat perlu digulung.

d. Pecahan kepercayaan bersama

Anggota syarikat selalunya mempunyai harapan dan kesepakatan bersama (common


Understanding) tentang bagaimana syarikat dan diurus dan perniagaan akan dijalankan. Apabila
jangkaan tersebut tidak dipenuhi atau kesepatan bersama tidak dapat dicapai hingga berlaku
konflik petisyen untuk menggulungkan syarikat boleh difailkan. Di dalam ke Ebrahimi Iwn.
Westbourne Galleries Ltd [1973] AC 360 Ebrahimi dan Nazar adalah pemegang salah dan
sebuah syarikat. Mereka memilih untuk dibayar gaji pengarah dan bukan dividen di atas syer atas
sebab cukai. Beberapa tahun kemudian, anak lelaki Nazar, dilantik menganggotai lembaga
pengarah. Ebrahimi dan Nazar memindahkan saham mereka kepadanya. Selepas berlaku konflik
di antara para pengarah, Nazar dan anaknya memanggil mesyuarat syarikat dan meluluskan
resolusi bagi melucukan jawatan Ebrahimi sebagai pengarah. Ebrahimi memohon kepada
mahkamah untuk menggulungkan syarikat. House oh Lords memutuskan bahawa sebuah
syarikat adalah entiti yang berasingan dengan anggotanya dan mahkamah biasanya tidak akan
meluluskan permohonan sedemikian. Walau bagaimanapun, di dalm kes ini, House of Lords
beranggapan bahawa syarikat tersebut diuruskan menyerupi perkongsian (atau dikenali sebgai
kuasi-perkongsian). Ebrahimi mempunyai harapan agar fungsinya di dalam pengurusan syarikat
akan berterusan dan artikel-artikel di dalam

perlembangaan syarikat tidak akan digunakan untuk menentangnya dengan


cara ini. Berdasarkan hubungan peribadi antara pihak-pihak terbabit, adalah
tidak adil untuk membenarkan En Nazar dan anaknya menggunakan hak mereka bagi menentang
Ebrahimi demi memaksanya keluar dari syarikat itu. Oleh itu, adalah adil dan saksama jika
syarikat itu digulungkan.

5.5.2.9 Pembatalan lesen di bawah Akta Syarikat Kewangan 2013 atau Akta Syarikat
Kewangan Islam 2013

Sekiranya syarikat tersebut adalah institusi kewangan dan lesen syarikat itu untuk beroperasi
sebagai institusi kewangan itu telah dibatakan, syarikat tersebut boleh digulungkan. Petisyen ini
boleh difailkan oleh Bank Negara.

5.5.2.10 Syarikat telah menjalankan perniagaan lesen atau telah menerima deposit wang

Syarikat perlu mendapatkan lesen khas bagi menjalankan sesetengah jenis perniagaan. Sekiranya
lesen ini tidak diperoleh, makan syarikat boleh digulungkan. Pada masa yang sama, mana-mana
syarikat telah menerima deposit wang daripada orang ramai tanpa memtuhi peruntukan dalam
Akta Syarikat Kewangan 2013 atau Akta Syarikat Kewangan Islam 2013 boleh digulungkan.

5.5.2.11 Syarikat sedang digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau
sebarang tujuan yang memudaratkan atau tidak serasi dengan keamanan, kebajikan
keselamatan, kepentingan awam, ketenteraman atau moral yang baik di Malaysia

Mana-mana syarikat yang ditubuhkan tidak boleh mempunyai objektid yang menyalahi undang-
undang. Ia juga tidak boleh memudaratkan atau bercanggah dengan keamanan, kebajikan,
keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, serta moral yang baik di Malaysia.

5.5.2.12 Menteri Telah Membuat Perisytiharan Di Bawah Seksyen 590

Terdapat beberapa situasi di mana Menteri dibenarkan untuk mengisytiharkan siasat ke atas hal
ehwal syarikat. Situasi-situasi ini menyatakan di dalam Seksyen 590 Akta Syarikat 2016.
5.6 JURUAUDIT DAN SETIAUSAHA SYARIKAT

PENGENALAN

Peruntukan undang-undang berkaitan juruaudit disebbut bermula dari seksyen 262 sehingga 289
Akta Syarikat 2016 yang merangkumi, antara lain, syarat pelantikan, hak dan kewajipan, dan
jenis-jenis juruaudit. Manakala peruntukan berkenaan setiusaha pula dinyatakan mulai seksyen
235 hingga seksyen 242 Akta Syarikat 2016. Ia turut menyediakan peruntukan berkaitan syarat
kelayakan, hak seta kewajipan, dan syarat kehilangan kelayakan sebagai setiausaha.

JURUAUDIT

Bahagian ini membincangkan definisi juruaudit, kelayakan dan pelantikan, kuasa dan kewajipan
serta jenis-jenis juruaudit syarikat persendirian dan juruaudit syarikat awam.

5.6.1 Definisi Juruaudit

Seksyen 2 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa “juruaudit syarikat diluluskan” ertinya
‘seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya
tidak dibatalkan’. defnisi ini menunjukkan bahawa seseorang jururaudit itu hendaklah yang telah
diluluskan pelantikannya oleh Menteri.

5.6.2 Kelayakan dan Pelantikan Sebagai Juruaudit

Seksyen 264 (1) Akta Syarikat 2016 menggariskan beberapa kelayakan yang perlu ada pada
seseorang juruaudit. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa seseorang tidak boleh bersetuju
untuk dilantik sebagai juruaudit; bertindak sebagai juruaudit; dan menyediakan laporan audit
syarikat sekiranya;

(i) Dia bukan juruaudit syarikat yang diluluskan;


(ii) Dia berhutang dengan syarikat atau dengan perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan
syarikat itu menurut kuasa seksyen 7 bagi suatu amaun yang tidak melebihi sua pukul lima ribu
ringgit;
(iii) Dia atau suami atau isterinya ialah pegawai syarikat itu; dia seorang pekongsi, majikan atau
pekerja bagi pegawai syarikat itu; dia seorang pekongsi atau dia seorang pemegang syer atau
suami atau isterinya ialah pemengang syer bagi suatu perbadanan yang pekerjanya ialah pegawai
syarikat itu;
(iv) Dia bertanggungjawab bagi atau dia ialah pekongsi, majikan atau pekerja orang yang
bertanggungjawab bagi penyimpanan daftar anggota atau daftar pemegang debentuk syarikat itu;
(v) Dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan di dalam dan luar Malaysia kecuali dengan
keizinan Makkamah; atau
(vi) Dia telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan
yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tiga bulan atau lebih.

Seksyen 263 Akta Syrikat 2016 dengan jelas menyebut bahawa pelantikan juruaudit syarikat
perlulah mendapat kelulusan Menteri. Permohonan sebagai juruaudit hendaklah dibuat kepada
Menteri dan jika ‘dia berpuas hati bahawa pemohon mempunyai watak baik dan berwibawa
untuk melaksanakan kewajipan seorang juruaudit di bawah Akta ini, apabila fi yang ditetapkan
dibayar , meluluskan pemohon itu sebagai juruaudit syarikat’. walau bagaimanapun pelantikan
tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

5.6.3 Kuasa dan Kewajipan Juruaudit

Menurut Foo & Lee (2017), setiap juruaudit syarikat hendaklah melaporkan kepada anggota
tentang penyata kewangan, akaun syarikat serta apa-apa rekod berkaitan kedudukan kewangan.
Perkara ini tidak berbeza daripada peruntukan di bawah Akta SYarikat 1965 sebelum ini kecuali
tentang cara bagaimana mengemukakan laporan berkenaan oleh juruaudit.

Kuasa dan kewajipan juruaudit diperuntukkan di bawah seksyen 266 Akta Syarikat 2016, iaitu:

(1) Kewajipan untuk melaporkan penyata kewangan.


Juruaudit perlu melaporkan kepada anggota mengenai penyata kewangan, rekod perakaunan
syarikat dan rekod lain yang berkaitan dengan penyata kewangan, dan laporan itu hendaklah -

(a) Bagi syarikat awam, dibentangkan di hadapan syarikat pada mesyuarat agung tahunannya;
atau
(b) Bagi syarikat persendirian, diedarkan kepada anggotanya; atau dibentangkan di hadapan
syarikat itu pada suatu mesyuarat anggota.

(2) Kewajipan untuk membuat kenyataan atau pendapat


Juruaudit perlu menyatakan dalam laporan -

(a) Sama ada dia berpendapat bahawa penyata kewangan itu disediakan dengan sewajarnya
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan;
(b) Jika dia berpendapat bahawa penyata kewangan itu tidak disediakan mengikut suatu
piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai tertentu;
(c) Makluman bahawa dia tidak bertindak sebagai juruaudit bagi syarikat subsidiari yang
mana terdapat penyata kewangan disatukan;
(d) Apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan atau penyata
kewangan disatukan dan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam penyata kewangan
atau penyata kewangan yang disatukan itu tanpamengambil kira yang baginya perndapat
yang benar dan patut mengenai perkara yang diperkatakan dalam penyata kewangan

atau penyata kewangan yang disatukan itu tidak akan diproleh; dan
(e) Jika dia tidak berpuas hati mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a),
(b) atau (c), sebab bagi ketidakpuasan hati itu.

(3) Kewajipan untuk menyatakan kekurangan


Juruaudit hendaklah memberi pendapat serta menyatakan dalam laporannya butir-butir mengenai
apa-apa kekurangan, kegagalan atau kelemmahan dalam perkara-peraka berikut:

(a) Sama ada juruaudit telah mendapat semua maklumat yang dikehendaki;
(b) Sama ada rekod perekaunan, daftar dan rekod lain yang sepatutnya, telah disimpan oleh
syarikat itu mengikut peruntukan Akta;
(c) Sama ada penyata yang diterima daripada oejabat cawangan syarikat itu mencukupi; dan
(d) Sama ada tatcara dan kaedah yang digunkan oleh syarikat pemegang atau subsidiari
dalam mengira amaun yang dimasukkan dalam mana-,mana akaun yang disatukan itu
bersesuaian dengan hal keadaan penyatuan itu.

(4) Hak untuk mengakses


Juruaudit berhak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan
rekod lain, termaksuklah daftar syarikat dan berhak unutk menghendaki daripada mana-mana
pegawai syarikat itu di mana-mana juruaudit suatu syarikat yang berkaitan apa-apa maklumat
dan penjelasan yang dimuntanya bagi maksud audit.

(5) Hak terhadap penyata kewangan disatukan


Juruaudit syarikat pemegang yang memerlukan penyata kewangan disatukan -
(a) Berhak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod
lain, termasuklah daftar, bagi mana-mana subsidiari, jika perlu; dan
(b) Berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai atau juruaudit maana-mana
subsidiari yang dimasukkan dlaam penyata kewangan disatukan itu, atas perbelanjaan
syarikat pemegangan tiu, apa-apa maklumat dan penjelasan berhubung dengan hal ehwal
subsidiari itu yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan itu.

(6) Kewajipan untuk diperiksa


Laporan juruaudit ituhendaklah dilampirkan dengan atau diendors pada penyata kewangan dan
hendaklah, jika mana-mana anggota menghendaki sedemikian, dibaca di hadapan syarikat dalam
suatu mesyuarat agung dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana anggota pada
bila-bila masa yang munasabah.

(7) Hak untuk menghadiri mesyuarat


Juruaudit syarikat atau ejennya yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak untuk
menghadiri mana-mana mesyuarat agung syarikat dan untuk menerima semua notis, dan
komunikasi lain yang berhubungan dengan mana-mana mesyuarat agung yang anggotanya
berhak untuk menerima, dan untuk didengar pada mana-mana mesyuarat agung yang dia hadir
pada mana-mana bahagian urusan mesyuarat yang berkenaan dengan juruaudit itu atas
keupayaannya sebgai juruaudit.

(8) Kewajipan untuk melaporkan perlanggaran Akta


Jika seseorang juruaudit, dalam menjalankan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit
syarikat, hendaklah serta-merta melaporkan perkara berikut secara bertulis kepada Pendaftar jika
dia berpuas hati bahawa -

(a) Terdapat pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini; dan
(a) Hal keadaan adalah sebegitu yang pada pendapatanya perkara itu belum atau tidak akan
diperkatakan dengan sebaiknya dengan ulasan dalam laporannya dalam penyata kewangan atau
penyata kewangan disatukan itu atau membawa perkara itu ke perhatian pengarah syarikat atau,
jika syarikat adalah subsidiari, pengarah syarikat pemegang nya

(9) Kewajipan untuk melaporkan kesalahan fraud


Sebagai tambahan kepada subseksyen (8), jika seorang juruaudit dalam menjalankan
pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu syarikat awam atau suatu syarikat yang
dikawal oleh suatu syarikat awam berpendapat bahawa suatu kesalahan berat yang melibatkan
fraud atau kecurangan sedang berlaku atau telah dilakukan terhadap syarikat atau Akta ini oleh
pegawai syarikat, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis
kepada pendaftar.

(10) Hak untuk tidak bertnggungan atas laporan yang dibuat


Tiada kewajipan bagi seorang juruaudit syarikat boleh diambil dikira sebgai telah melanggar
kewajipan oleh sebab dia melaporkan perkara yang disebut dalam subseksyen (9) dengan suci
hati kepada Pendaftar:

5.6.4 Juru Audit Syarikat Persendirian


Seksyen 267 (1) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa syarikat persendirian hendaklah
melantik seorang juruaudit bagi setiap tahun kewangan syarikat tersebut. Pelantikan tersebut
boleh dibuat sama ada boleh melalui Lembaga atau anggota syarikat. Seksyen 267 (3)
menetapkan dua keadaan di mana Lembaga boleh melantik juruaudit iaitu:

(a) Dalam keadaan di mana syarikat baharu sahaja diperbbadankan, lantikan perlu dibuat dalam
tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tamat tempoh bagi pengemukaan penyata
kewangan pertama kepada Pendaftar; atau
(b) Untuk mengisi kekosongan biasa bagi jawatan juruaudit.

Anggota syarikat pula boleh melantik seorang juruaudit melalui ketetapan biasa apabila:

(a) Dalam hal tahun yang berikutnya selepas pengemukaan penyata kewangan yang pertama,
selama tempoh bagi pelantikan juruaudit itu;
(b) Jika Lembaga gagal untuk melantik juruaudit di bawah subseksyen (3)

Sekiranya berlaku kegagalan untuk melantik juruaudit oleh syarikat, di bawah seksyen 268 Akta
Syarikat 2016, Pendaftar turut diberi kuasa untuk melantik seorang atau lebih juruaudit atas
permohonan secara bertulis daripada mana-mana anggota syarikat itu.
Juruaudit syarikat persendirian juga dilantik atas terma yang tertentu. Seksyen 269 (1) Akta
Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa syarat pelantikan juruaudit syarikat persendirian adalah
seperti berikut:

(1) Dia tidak mengambil alih jawatan sehingga juruaudit terdahulu terhenti memegang jawatan,
melainkan jika dia ialah juruaudit yang pertama bagi syarikat itu. Walau bagaimanapun,
subseksyen (2) menyebutbahawa, seorang juruaudit boleh mengambil alih jawatan sebelum
juruaudit terdahulu terhentimemegang jawatan: (a) jika juruaudit terdahulu itu bukan juruaudit
tunggal: atau (b) jika dia dilantik sebagai juruaudit tambahan: dan
(2) Dia terhenti memegang jawatan tiga puluh hari dari pengedaran penyata kewangan kepada
anggota melainkan jika dilantik semula. Walau bagaimanapun, jika jawatan juruaudit menjadi
kosong di bawah perenggan (1)(b) dan tiada seorang pun juruaudit telah dilantik oleh anggota
syarikat, juruaudit yang memegang jawatan sebaik sebelum kekosongan itu hendaklah disifatkan
dilantik semula, melainkan jika dia telah dilantik oleh Lembaga;
(c) Perlembangaan menghendaki pelantikan semula yang sebenar;
(d) Pelantikan semula yang disiftkan itu dihalang oleh anggota di bawah seksyen 270; atau
(e) Anggota membuat ketetapan bahawa dia tidak patut dilantik semula.

Seksyen 281(1) Akta Syarikat 2016 memperuntukkn bahawa seseorang juruaudit yang ingin
meletak jawatan hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada syarikat di pejabat
berdaftarnya. Notis peletakan jawatan di bawah subseksyen (1) hendaklah membolehkan tempoh
jawatan juruaudit itu berakhir selepas dua puluh satu hari dari notis itu. Setelah menerima notis
peletakan jawatan tersebut, syerikat itu hendaklah menghantar suatu salinan notis kepada
Pendaftar dlam masa tujuh hari selepas menerima notis peletakan jawatan itu.

5.6.5 Juru Audit Syarikat Awam

Pelantikan juruaudit syarikat awam disebut di bawah seksyen 271 Akta Syarikat 2016. seseorang
juruaudit hendaklah dilantik bagi setiap tahun kewangan syarikat sama ada oleh Lembaga
sayrikat atau anggota syarikat. Lantikan oleh Lembaga syarikat hendaklah dibuat pada bila-bila
masa sebelum mesyuarat tahunan pertama syarikat; atau untuk mengisi kekosongan jawatan
tersebut. Jawatan tersebut seterusnya dipegang oleh juruaudit sehingga tamat mesyuarat agung
tahunan pertama bagi lantikan di bawah perenggan (2) (a); atau mesyuarat agung tahunan yang
akan datang bagi lantikan di bawah perenggan (2)(a). bagi lantikan yang dibuat oleh anggota
syarikat pula, ia hendaklah dibuat melalui ketetapan biasa pada mesyuarat gung tahunan, atau
jika syarikat tidak membuat lantikan sedemikian pada mesyuarat agung tahunan, atau jika
Lembaga tidak membuat lantikan . sekiranya syarikat gagl untuk melantik juruaudit bagi syarikat
awam, Pendaftar di bawah seksyen 272 Akta Syarikat 2016 boleh membuat lantikan tersebut atas
permohonan mana-mana anggota syarikat.

Setelah lantikan dibuat, juruaudit hendaklah memegang jawatan tersebut mengikut terma
pelantikannya dengan syarat dia tidak mengambil alih jawatan sehingga juruaudit sebelumnya
terhenti memegang jawatan kecuali jika dia adalah juruaudit pertama; dan dia terhenti memegang
jawatan apabila selesai mesyuarat agung tahunan yang berikutnya selepas pelantikannya kecuali
jika dia dilantik semula.
5.7 SETIAUSAHA

Bahagian ini membincangkan syarat dan pelantikan, peletakan jawatan, hilang kelayakan, dan
pemecatan seseorang setiausaha syarikat.

5.7.1 Syarat dan Pelantikan Setiausaha

Akta Syarikat 2016 tidak berbeza dengan Akta Syarikat 1965 berkenaan syarat pelantikan
seseorang setiausaha syarikat kecuali syarat berkenaan kebenaran seorang pemastautin tetap
Malaysia (Foo & Lee, 2017). seksyen 235 Akta Syarikat 2016 memperuntuhkan bahawa
sesebuah syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha yang
merupakan orang yang sebenar; berumur lapap belas tahun ke atas; dan warganegara atau
pemastautin tetap Malaysia. Beliau juga perlu menetap dan mempunyai tempat kediaman utama
di Malaysia. Di sampaing syarat-syarat tersebut, seseorang setiausaha itu juga hendaklah seorang
anggota kepada Jadual keempat atau seorang yang dilesenkan di bawah Akta Suruhanjaya
Syarikat Malaysia 2001.

Dari segi pelantikan setiuasaha, pengarah syarikat hendaklah apabila melantik seseorang
setiausaha, meletakkan terma dan syarat bagi pelantikan tersebut. Perkara ini disebut di bawah
seksyen 236 Akta Syarikat 2016. bagi sesebuah syarikat yang baharu diperbadankan, pelantikan
setiausaha pertama hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari pertama hendaklah dibuat
dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemerbadanan itu. Seksyen 236 (3) Akta Syarikat 2016
pula menyebut bahawa setiausaha yang dilantik perlulah memberi persetujuan bertulis untuk
dilantik sebagai setiausaha; seorang yang berkelayakan mengikut seksyen 235 (2); dan bukan
seorang yang hilang kelayakan di bawah seksyen 238. kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat
di atas akan menjadikannya satu kesalahn di bawah seksyen ini.

Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 menghendaki orang yang layak untuk dilantik sebagai
setiausaha berdaftar sebelum dia boleh bertindak sebagai setiausaha. Pendaftar akan menyimpan
daftar setiausaha yang mengandungi nama; alamat kediaman dan perniagaan; butir-butir
kelayakan yang di sebut di bawah seksyen 235 (2); da maklumat lain yang dikehendaki oleh
Pendaftar.

Sebelum didaftarkan, Pendaftar juga mengikut seksyen 240(3) Akta Syarikat 2016, boleh
menghendaki orang tersebut mengemukakan keterangan sehingga Pendaftar berpuas hati dengan
kelayakan yang dinyatakan dan mengenakan apa-apa syarat yang disifatkan patut. Sekiranya
syarat-syarat tersebut dipatuhi, Pendaftar hendaklah mencatatkan butiran yang diberikan didaftar
setiausaha dan mengeluarkan suatu perakaunan amalan.
5.7.2 Kewajipan Setiausaha

Seksyen 102 (1) Akta Syarikat 2016 menghendaki setiausaha syarikat untuk menyimpan daftar
anggota dengan sepatutnya dan menyenggarakan nya secara berkala. Semua butiran berkaitan
pengeluaran dan pemindahmilikan syer hendaklah dicatat dalam daftar tersebut.

Sekiranya setiausaha tidak menjalankan kewajipannya, ianya adalah satu kesalahan dan boleh,
apabil disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit san, dalam hal suatu kesalahan
yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan itu
berterusan selepas sabitan.

5.7.3 Peletakan Jawatan Setiausaha

Peletakan jawatan setiausaha dinyatakan di bawah seksyen 237 Akta syarikat 2016 di mana
seseorang setiausaha boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis kepada Lembaga
syarikat,kecuali jika perlembangaan syarikat atau terma lantikan menyatakan sebaliknya.
Sekiranya pengarah syarikat tidak dapat dihubungi untuk memaklumkan niatnya untuk meletak
jawatan, makluman berkenaan boleh dibuat kepada pendaftar. Kedudukan

Beliau sebagai setiausaha syarikat akan terhenti apabila habis tempoh tiga puluh hari dari sama
ada tarikh notis peletakan jawatan tersebut diberikan kepada Lembaga, atau tempoh yang
dinyatakan dalam perlembangaan atau terma lantikan; atau habis tempoh tiga puluh hari daru
tarikh notis kepada pendaftar. Walaupun telah meletakkan jawatanya sebagai setiausaha, beliau
masih bertanggungjawab ke atas apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan sebelum
dia mengosongkan jawatan tersebut.

5.7.4 Hilang Kelayakan Sebagai Setiausaha

Seseorang setiausaha dianggap hilang kelayakan untuk bertindak sebgai setiausaha sekiranya
keadaan-keadaan berikut yang disebut di bawah seksyen 238 Akta Syarikat 2016 berlaku:

1. Dia ialah seorang yang bankrap yang belum dilepaskan;


2. Dia disabitkn kesalahan bgi mana-mana kesalahan yang disebut di bawah seksyen 198; atau
3. Dia terhenti menjadi oemegang perakuan amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah
seksyen 241.

Walau bagaimanapun, sekiranya Pendaftar berpendapat bahawa setiausaha berkenaan gagal


untuk menunaikankewajipan sebgai setiausaha secara jujut dan usaha yang wajar, Pendaftar
boleh menghendaki setiausaha tersebut memberi tunjuk sebab mengapa beliau tidak patut
dihilangkan kelayakan untuk bertindak sebgai seorang setiausaha.
5.7.5 Pemecatan dan Kekosongan Jawatan Setiausaha

Pemecatan seseorang setiausaha hanya boleh dibuat oleh Lembaga syarikat megikut terma
pelantikan atau perlembangaan syarikat. Sekiranya berlaku kekosongan kepada jawatan
setiausaha, kekosongan tersebut hendaklah diisi dlaam tempoh tiga puluh hari.

You might also like