You are on page 1of 50

KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN

BIL. 4/2020 & 5/2020

10 & 11 MAC 2020

Encik Sariman bin Awang


Penolong Pendaftar Pertubuhan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu helpdesk_trg.ros@moha.gov.my


ISI KANDUNGAN

01 PENGENALAN JABATAN

02 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

03 KESALAHAN - KESALAHAN

04 PENGURUSAN KEWANGAN
01 PENGENALAN JABATAN
LOKASI IBU PEJABAT
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

D7
ARAS 8 & 9, BLOK D7
KOMPLEKS D,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62546 PUTRAJAYA

4
LOKASI JPPM NEGERI KELANTAN

 Ditubuhkan pada 02 Mac 2002


 Wisma Sukan, Jalan Telipot, Kota Bahru
 Keluasan pejabat - 4,953 kaki persegi
 2.5 km dari pusat Bandar Kota Bharu 5
OBJEKTIF JABATAN
Memastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak
sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang
Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.

Sebagai Jabatan Memantapkan


yang dinamik dan hubungan baik
kompeten dalam dengan pertubuhan
pengurusan dan meningkatkan
pertubuhan. penguatkuasaan
Akta Pertubuhan
1966

6
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan

7
AKTIVITI JABATAN

LAWATAN PREMIS PERTUBUHAN PEJABAT BERGERAK DI MAJLIS DAERAH

MAJLIS OUTREACH PROMOSI DAFTAR PERSATUAN 8


FUNGSI JABATAN
MENTADBIR DAN MENGUATKUASAKAN AKTA PERTUBUHAN
1966 DAN PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984
SERTA DASAR-DASAR MENGENAI PERTUBUHAN

UNIT SUMBER MANUSIA DAN UNIT PENGURUSAN UNIT PEMATUHAN


KHIDMAT PENGURUSAN PERTUBUHAN

 Pentadbiran Am  Pendaftaran Pertubuhan  Penyata Tahunan


 Pentadbiran Kewangan,  Kebenaran Menubuhkan  Pengeluaran Notis/Pembatalan.
 Perkhidmatan Cawangan  Pemeriksaan Ke Atas Pertubuhan
 Penjawatan  Pindaan Undang-undang  Membuat Siasatan/Aduan
 Pendaftaran Pegawai Harta  Mengambil Tindakan Pendakwaan
 Pendaftaran Pegawai Awam  Rayuan Pembatalan.
 Pembubaran  Carian Maklumat

9
www.eroses.gov.my

10
KATEGORI DAN TARAF PERTUBUHAN

PARTI
POLITIK
KEAGAMAAN KESELAMATAN TARAF

PERDAGANGAN KEBANGSAAN
IKHTISAS KEBAJIKAN

KEBUDAYAAN DAN HAK ASASI NEGERI


SOSIAL KESENIAN

LAIN-LAIN
REKREASI KESELAMATAN

11 KATEGORI
PIAGAM PELANGGAN
BIL URUSAN TEMPOH
Permohonan Pendaftaran Pertubuhan Induk baru yang lengkap dan
1 5 Hari Bekerja
memenuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966
Permohonan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan baru yang lengkap
2 5 Hari Bekerja
dan memenuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966
Permohonan Pindaan Perlembagaan yang lengkap dan memenuhi
3 23 Hari Bekerja
kehendak Akta Pertubuhan 1966
4 Permohonan Pendaftaran Pegawai Awam yang lengkap 1 Hari Bekerja
5 Permohonan Pendaftaran Pegawai Harta yang lengkap 1 Hari Bekerja
Menyiasat dan membuat keputusan terhadap aduan pertubuhan
6 179 Hari Bekerja
(tidak termasuk bagi kes pendakwaan)

Carian dokumen pertubuhan :


i. 1 Jam selepas bayaran dibuat
7 i. Melalui kaunter JPPM / Melalui Pos
ii. 1 Jam selepas proses reconcile
ii. Melalui eROSES

Penyediaan kertas pertimbangan / minit ceraian bagi permohonan


8 rayuan yang lengkap dan memenuhi kehendak Akta Pertubuhan 30 Hari Bekerja
1966
Penyediaan permohonan rayuan yang lengkap dan memenuhi
9 kehendak Akta Pertubuhan 1966 oleh JPPM Negeri kepada JPPM 10 Hari Bekerja
ibu pejabat
KEBEBASAN BERPERSATUAN

TERKANDUNG DALAM
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Perkara 10(2)(c)
Perkara 10(1)(c) ”Mengenakan sekatan jika
”Semua warganegara perlu/ mustahak bagi
adalah berhak membentuk kepentingan keselamatan
persatuan” negara, ketenteraman awam
atau akhlak”
TAFSIRAN

“PERTUBUHAN BERDAFTAR”
erti mana-mana pertubuhan yang pada masa itu
didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan
1966.

“PERTUBUHAN”
kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan
tidak kira apa jua jenis atau tujuannya sama
ada sementara atau kekal, yang mengandungi 7
orang atau lebih tetapi tidak termasuk
Kesatuan Sekerja, Syarikat Kerjasama dan lain-
lain lagi.

tidak termasuk kesatuan sekerja, syarikat, badan-badan sukan, persatuan


ibu bapa dan guru (PIBG), koperasi atau mana-mana badan yang
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. 14
PERANAN PERSATUAN

MENENTUKAN PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN


KESTABILAN POLITIK EKONOMI NEGARA SOSIAL

Mempengaruhi Memainkan peranan Dengan mengadakan


kestabilan politik dalam memajukan aktiviti-aktiviti
negara melalui pembangunan kemasyarakatan yang
program-program ekonomi negara boleh memberi impak
dan pelaksanaan melalui program- positif kepada ahli-
aktiviti-aktiviti program yang ahlidan masyarakat
sama ada secara memberi pulangan setempat.
langsung atau kepada ahli-ahli dan
tidak langsung masyarakat
SUMBER RUJUKAN UTAMA
PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

PERATURAN-PERATURAN
PERTUBUHAN 1984

AKTA PERTUBUHAN 1966


(AKTA 335)
PERLEMBAGAAN
02 PERTUBUHAN
PEMAHAMAN
KEPADA
PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

18
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

FASAL 1 Nama
 Nama pertubuhan
(Pertubuhan, Persatuan, Kelab, Badan dan lain-lain).
 Takrif Nama (jika ada).
 Taraf (Kebangsaan, Negeri dan Lain-Lain).

FASAL 2 Tempat Urusan


 Alamat urusan.
 Alamat surat-menyurat.

(*Tidak boleh diubah tanpa kelulusan Pendaftar)


FASAL 3 Matlamat
 Jelas dan tepat selaras nama pertubuhan
(tidak boleh terlalu umum)
(cth : mengeratkan hubungan sesama ahli).

FASAL 4 Keahlian
 Penentuan kriteria keahlian:
Ahli Biasa/Bersekutu/Kehormat/Seumur Hidup/
Remaja (18 tahun ke bawah), Umur, Jantina, Agama,
Bangsa, Tempat Tinggal dan kriteria lain.

 Pertubuhan khairat kematian


- ahli biasa (21-60 tahun),
- ahli bawah umur (16-20 tahun)

 Permohonan keahlian – dicadang / disokong dan diluluskan


dalam mesyuarat jawatankuasa. Sah sebagai ahli setelah
membayar yuran.
FASAL 5 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli

 Ahli perlu beri kenyataan bertulis dan


jelaskan hutang tertunggak.

 Pemecatan dan penggantungan keahlian.


Nyatakan sebab-sebab secara bertulis dan PECAH AMANAH
beri peluang membela diri.

FASAL 6 Sumber Kewangan

 Yuran masuk.
 Yuran berkala (bulanan/tahunan).
 Yuran seumur hidup.
 Sumbangan (bentuk wang/barangan).
 Kegiatan ekonomi.
FASAL 7 Mesyuarat Agung
 Jenis mesyuarat
(Mesyuarat Agung / Mesyuarat Agung Luar Biasa).
 Kekerapan mesyuarat .
 Korum.
 Agenda.
 Kaedah pelaksanaan (mengikut perlembagaan).

Notis mesyuarat Minit mesyuarat


FASAL 8 Jawatankuasa

 Bilangan Jawatankuasa.
 Kaedah dan syarat pelantikan Jawatankuasa.
 Mesyuarat Jawatankuasa.
 Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa / Agenda / Korum.
 Kaedah pelaksanaan (mengikut perlembagaan).

Notis mesyuarat
FASAL 9 Kewajipan-kewajipan Pegawai

 Kuasa dan tugas pemegang jawatan perlu jelas.


 Laksanakan tugas mengikut jawatan yang dipegang.

1. Pengerusi
- menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi
pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi
- memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha
- kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan
semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa.
- urusan surat menyurat
- menyimpan semua rekod Pertubuhan,
- menyimpan buku daftar ahli
- membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha
- menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa
ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari
- merekod penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa
- membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 Kewangan

 Menyimpan wang tunai


(ikut had pegangan tunai ditetapkan).
 Kuasa menandatangan cek – contoh : Pengerusi,
Setiausaha atau Bendahari.
 Had dan Kuasa perbelanjaan terbahagi kepada tiga:
i) Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
ii) Mesyuarat Jawatankuasa
iii) Mesyuarat Agung
 Tahun kewangan bermula : 1 Januari /1 April / 1 Julai /
1 Oktober.
FASAL 11 Juruaudit

 Pelantikan juruaudit / bilangan juruaudit .


 Lantikan seorang / dua orang.
 Ada tempoh lantikan.
 Tugas : memeriksa dan menyemak penyata kewangan.
 Membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan.

FASAL 12 Pentadbir Harta

 Boleh melantik tiga (3) orang pemegang jawatan utama


pertubuhan pada masa itu dan pelantikan disahkan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
 Aktiviti seperti menjual, menukar hak milik aset pertubuhan
mesti mengikut kaedah yang ditetapkan dalam
perlembagaan.

FASAL 12A Pemegang amanah (wajib bagi pertubuhan


Faedah Bersama)
 Tiga orang umur 21 tahun ke atas.
 Mana-mana ahli boleh dilantik selain daripada Setiausaha dan
Bendahari.
FASAL 13 Tafsiran Perlembagaan Pertubuhan
 Jawatankuasa boleh memberi tafsiran bagi apa-apa
perkara yang tidak jelas dan tidak terkandung dalam
perlembagaan.
 Keputusan itu adalah muktamat selagi tidak diubah oleh
keputusan dalam Mesyuarat Agung.

FASAL 14 Penasihat/ Penaung


 Jika PERLU / tidak wajib.
 Menyatakan persetujuan secara bertulis.

FASAL 15 Larangan
 Sebarang permainan berbentuk judi dilarang.
 Tidak mengganggu perniagaan.
 Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir
rumah ibadat/kuil/tokong.
 Keuntungan disalurkan kembali untuk pertubuhan dan
tidak boleh beri faedah, bonus dan seumpamanya kepada
ahli (khususnya khairat kematian).
FASAL 16 Pindaan Perlembagaan

 Dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung /


kaedah yang ditetapkan dalam perlembagaan.
 Dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar dalam tempoh 60
hari dari tarikh keputusan dibuat.
 Berkuatkuasa selepas diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 Pembubaran

 Adakan Mesyuarat Agung Khas keranannya.


 Persetujuan 3/5 ahli, (Khairat Kematian - 3/4) daripada
ahli yang berhak mengundi.
 Segala hutang dan tanggungan pertubuhan hendaklah
dijelaskan dan baki wang hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Khas.
 Dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar dalam tempoh 14
hari dari tarikh keputusan dibuat.
 Berkuatkuasa selepas diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Fasal 18 Bendera, Lambang dan Lencana

 Perlu ada keterangan dari segi reka bentuk dan maksud.


 Nyatakan simbol,perkataan dan seumpamanya.
 Nyatakan penjelasan warna yang ada.

(dilarang menggunakan lambang-lambang tertentu.Cth:


Bendera Kebangsaan, lambang kerajaan negeri, lambang
jabatan kerajaan dsb.)
PERTUBUHAN BERCAWANGAN

Fasal 19
Tatacara penubuhan dan pembubaran cawangan.

Fasal 20 Mesyuarat Agung Cawangan

 Jenis mesyuarat (Mesyuarat Agung / Mesyuarat Agung Luar Biasa).


 Kekerapan mesyuarat.
 Korum.
 Agenda.
 Kaedah pelaksanaan (mengikut perlembagaan).
PERTUBUHAN BERCAWANGAN
Fasal 21 Jawatankuasa Cawangan

 Bilangan Jawatankuasa.
 Kaedah dan syarat pelantikan Jawatankuasa.
 Mesyuarat Jawatankuasa.
 Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa / Agenda / Korum.
 Kaedah pelaksanaan (mengikut perlembagaan).

Fasal 22 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Cawangan

 Kuasa dan tugas pemegang jawatan perlu dijelaskan.


 Laksanakan tugas mengikut jawatan yang dipegang.
 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu
pemegang jawatan utama menjalankan tugas.
PERTUBUHAN BERCAWANGAN

Fasal 23 Kewangan cawangan

 Menyimpan wang tunai


(ikut had pegangan tunai ditetapkan).
 Kuasa menandatangan cek – contoh :
Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.
 Had dan Kuasa perbelanjaan terbahagi kepada tiga:
i) Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
ii) Mesyuarat Jawatankuasa
iii) Mesyuarat Agung
 Tahun kewangan bermula : 1 Januari /1 April / 1 Julai /
1 Oktober
 Laporan kewangan dihantar kepada induk /pusat.
03 KESALAHAN-KESALAHAN
KESALAHAN LAZIM DIBAWAH
AKTA PERTUBUHAN 1966

MEMINDA PERLEMBAGAAN DAN


/ ATAU ALAMAT TANPA
KELULUSAN PENDAFTAR TIDAK MENGEMUKAKAN PENYATA
(SEKSYEN 11) TAHUNAN (SEKSYEN 14)

PEMEGANG JAWATAN YANG


PEMEGANG
DISENARAI HITAM (SEKSYEN 49)
JAWATAN/PENASIHAT/ PEKERJA
YANG TIDAK LAYAK
(SEKSYEN 9A)
MENGGUNAKAN BENDERA,
LAMBANG, LENCANA ATAU
INSIGNIA TANPA KELULUSAN MENGEMUKAKAN MAKLUMAT
PENDAFTAR (SKSYEN 50) PALSU (SEKSYEN 54)
PENGURUSAN
04 KEWANGAN
3. PENGURUSAN
PENGURUSAN KEWANGAN
KEWANGAN

Pengurusan Kewangan pertubuhan


perlu diuruskan secara berkesan
kerana ia melibatkan transaksi
kewangan.

Setiap pertubuhan perlu mempunyai


buku-buku atau dokumen kewangan
seperti berikut :-
PENGURUSAN
3. PENGURUSAN
KEWANGAN
KEWANGAN

1. Buku Yuran
2. Buku Wang Tunai
3. Buku Lejar Am
4. Resit Rasmi
5. Fail-Fail Baucer Pembayaran termasuk
Bil-Bil .
6. Penyata Akaun bulanan dan tahunan.
7. Buku Cek dan Kenyataan Bank
PENYELENGGARAAN REKOD-REKOD
3. PENGURUSAN KEWANGAN
PERTUBUHAN

1. Buku Daftar Ahli


2. Buku Yuran
3. Buku Kira-Kira Kewangan
4. Buku Minit Mesyuarat Agung
5. Buku Minit Mesyuarat Jawatankuasa
6. Buku Resit
7. Buku Bank
8. Sijil Kelulusan Pendaftaran
9. Undang-undang tubuh pertubuhan
BUKU DAFTAR AHLI

NO. TARIKH NAMA


TARIKH
NAMA DAN DAN ALAMAT TEL &
BIL. MENJADI JANTINA TEMPAT PEKERJA
AHLI ALAMAT RUMAH EMEL
AHLI AHLI AN
LAHIR MAJIKAN
BORANG DAFTAR AHLI
BUKU REKOD YURAN
BUKU PENYATA KIRA-KIRA KEWANGAN
PENYATA
3. PENGURUSAN
TAHUNANKEWANGAN

Setiap pertubuhan berdaftar adalah dikehendaki


mengikut Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966
menghantar kepada Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia, Penyata Tahunan dalam
tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan
pertubuhan atau dalam tempoh hari selepas
berakhirnya setiap tahun kalendar jika tiada
mesyuarat agung tahunan.

Maklumat dikemaskini dalam sistem eROSES.


⇸ Senarai AJK
⇸ Penyata Kewangan
⇸ Minit Mesyuarat
SENARAI AJK
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
Penyata Penerimaan dan Pembayaran ( Receipts & Payment A/CS) bagi Tahun Berakhir…

PENERIMAAN PEMBAYARAN (Payment)


(Receipts)
Baki pada awal Tahun. Dalam Bank RM………………… Alat – Alat Tulis RM……………
Dalam Tangan RM………………… Bayaran Letrik dan Air
Yuran dari Ahli
RM………………… Gaji Pekerja:
Derma diterima
Elaun-Elaun
Faedah Bank RM………………… Bayaran Pengangkutan

Sewa diterima RM………………… Lain Lain


Bayaran(Nyatakan satu -
Lain-Lain RM………………… satunya)
Penerimaan(Nyatakan
satu-satunya) Baki pada akhir tahun: RM……………
RM………………… Dalam Bank
Dalam Tangan RM……………

JUMLAH RM………………….. JUMLAH RM…………….


KUNCI KIRA-KIRA

2. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) pada……………….

Tanggungan
Kepunyaan (Assets)
(Liabilities)
Kumpulan Wang a.Kepunyaan Tetap RM…………..
simpanan(General RM……… (fixed assets)
Fund Bangunan
RM…………..
Tambah Keuntungan Perabut
RM……… Lain Lain Kepunyaan
Atau Tolak Kerugian
RM……… (Nyatakan satu satu) RM………….
b. Kepunyaan Semasa RM………….
Hutang-Hutang kepada (Current Assets)
RM………
lain-lain tanggungan
(nyatakan satu RM……… Baki Dalam Bank
satunya Baki Dalam Tangan RM………….
Simpanan Tetap RM………….

JUMLAH
JUMLAH RM…….. RM………….

………………………..… ………………………….……….
NAMA: NAMA:
JAWATAN: JAWATAN:
PERINGATAN SEKSYEN 14
3. PENGURUSAN KEWANGAN
AKTA PERTUBUHAN 1966
 Peringatan Pertama - Sek.14(1) - tempoh diberi 30 hari

 Peringatan Kedua - Sek. 14(2) - tempoh diberi 30 hari

 Peringatan Ketiga - Sek. 14(5) – (Perintah Pembubaran


Sementara) – Tempoh diberi 30 hari

 Batal / Bubar – Sek.13(1)(d) – Pertubuhan yang menyalahi


undang-undang (Sek.14(7)

 Notis Tunjuk Sebab – Sek.13(2) (sehingga tempoh ditetapkan)

 Batal / Bubar – Sek.13(1)(c)(v) atau lain-lain Seksyen yang


berkaitan dengan Sek.13(2)

 Batal / Bubar – Sek.13(1)(c)(v) atau lain-lain Seksyen yang


berkaitan dengan Sek.13(2)
KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN
3. PENGURUSAN KEWANGAN
PERTUBUHAN DIBATALKAN
SEKSYEN MAKSUD
13(1)(c)(vii) Menjalankan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi
Perlembagaan Persekutuan atau negeri

13(1)(b) Pertubuhan yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan


ketenteraman Awam atau akhlak negara atau perintah yang dibuat
oleh Menteri Dalam Negeri

13(1)(a) Pertubuhan yang dibubarkan oleh ahli-ahlinya

13(1)(c)(i) Pendaftaran Pertubuhan diluluskan atas maklumat maklumat palsu


atau salah

13(1)(c)(iii) Pertubuhan berusaha mencapai tujuan lain daripada tujuan-tujuan


asal berdaftar

13(1)(c)(v) Pertubuhan yang tidak wujud lagi

13(1)(c)(ix) Pertubuhan yang menghadapi pertikaian diantara ahli-ahli atau


pemegang-pemegang jawatan tanpa penyelesaian

13(1)(d) Pertubuhan yang gagal menghantar Penyata Tahunan


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi di talian :

Tel: 09-6265885/09-6266886
Faks: 09-6267887

ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI:

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA


NEGERI TERENGGANU
NO. 4-9, TINGKAT 1,
WISMA PELADANG TERENGGANU,
JALAN SULTAN MOHAMAD
21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

http://www.eroses.gov.my
http://www.ros.gov.my
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU

Letih berjalan di tengah pekan,


Berehat sebentar di Kota Puteri;

TERIMA KASIH kami ucapkan,


Kerana sudi datang ke mari.

No. 4-9, Tingkat 1, Wisma Peladang Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09 - 626 5885 / 09 - 626 6886 | Faks: 09 - 626 7887

You might also like