You are on page 1of 3

Perbezaan antara Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016

1) Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham

Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara perkara wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah
minimum mempunyai 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. Dalam proses memudahkan
pembukaan syarikat, SSM menetapkan hanya seorang sahaja sudah boleh membuka Sdn Bhd.
Bermaksud hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah sahaja sudah boleh
memulakan proses pembukaan Sdn. Bhd.

Namun untuk pemerbadanan Berhad, tetap memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang


saham dan 2 orang pengarah syarikat. Tiada perubahan untuk syarikat yang berstatus Berhad.

Kelebihan yang diberi ini juga perlu diambil kesempatan oleh mereka yang berniaga secara
perseorangan dan memerlukan entiti perniagaan berstatus Sdn Bhd. Ia juga memberi jalan
penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

2) Tiada Harga Par untuk unit modal

Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal
berbayar. Bermakna selepas ini, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan
berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.

Sebelum ini, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.

3) Tiada lagi Modal Dibenarkan

Dalam Akta Syarikat 1965, untuk kita meletakkan jumlah modal berbayar sebagai modal syarikat
bergantung pada jumlah maksimun modal dibenarkan. Bermaksud jika modal dibenarkan kita
hanya 400,000 unit, maka kita tidak boleh meletakkan modal berbayar melebihi 400,000 unit.
Dalam akta syarikat sebelum ini juga menetapkan setiap modal dibenarkan mempunyai bayaran
yang berbeza perlu dibayar ke SSM. Jadual bayaran tersebut seperti dibawah:-
Untuk Akta Syarikat 2016, tiada lagi wujud modal dibenarkan. Ini bermakna syarikat boleh
mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras.
Kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan syarikat
dalam meningkatkan modal berbayar.

Sebelum ini sering wujud kesukaran untuk naikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal
dibenarkan. Ini disebabkan perlu menunggu tingkatkan modal dibenarkan di SSM sebelum dapat
tingkatkan modal berbayar. Kini proses meningkatkan modal berbayar tidak perlu mengambil
masa yang lama dan mudah.

4) Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit

Dalam Akta Syarikat 1965, syarikat menyerahkan laporan tahunan “annual return” dan penyata
kewangan beraudit dalam tempoh 7 bulan 14 hari selepas tempoh akaun syarikat ditutup. Ini
bermakna, jika syarikat tutup tempoh akuan pada 31 Disember 2016, laporan tahunan dan
penyata kewangan beraudit hendaklah diserahsimpan di SSM pada 14 Februari 2017.

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata
kewangan sudah berubah. Selepas ini sebarang penyerahan laporan tahunan adalah mengikut
tarikh penubuhan syarikat. Manakala penyerahan laporan kewangan beraudit adalah 6 bulan
selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup. Dengan kewujudan akta ini, boleh mengurangkan
risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM. Dimana kelewatan sering berlaku
disebabkan tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah
ditetapkan.

5) Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”

Mesyuarat ini dilakukan untuk pembentangan oleh setiausaha syarikat mengenai penyata
kewangan beraudit, dividen, status pengarah serta pemegang saham. Mesyuarat ini dilakukan
untuk setiap tahun dan dalam tempoh 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat. Mesyuarat ini
wajib untuk dilaksanakan dan dengan kehadiran majoriti pemegang saham serta kesemua
pengarah.

Untuk Akta Syarikat 2016, mesyuarat ini tidak wajib lagi dilaksanakan. Ini bermakna syarikat boleh
memilih untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab akta ini dimansuhkan
ialah disebabkan kewujudan kemudahan hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham
sudah boleh ada dalam syarikat. Dengan wujud kemudahan, sebarang keputusan hanya atas
tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. Oleh sebab itu, SSM
menetapkan tidak diwajibkan lagi untuk diadakan mesyuarat tahunan.

6) Proses Pemerbadanan Syarikat

Proses pemerbadanan Syarikat dipermudahkan lagi untuk Akta Syarikat 2016. Selain hanya
seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu
mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn
Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. Namun syarikat ini tetap
perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia
diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh
dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut.
7) Cop meterai pemerbadanan “Common Seal”

Sebelum wujud Akta Syarikat 2016, cop meterai pemerbadanan wajib ada untuk setiap syarikat
yang berdaftar. Cop ini sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. Bermula 31 Januari
2017, tiada kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. Dengan wujudnya
kemudahan ini, akan mengurangkan kos untuk pemerbadanan syarikat dan mengelakkan dari
salahguna cop tersebut.

8) Sijil Syer “Share Certificate”

Sijil Syer/ sijil Saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Ia
menjadi pilihan samaada pemegang saham tersebut ingin memiliki sijil tersebut atau tidak.
Namun setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut didalam
Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.

9) Memorandum dan Artikel

Memorandum ialah dokumen yang diperlukan untuk menentukan hubungan syarikat dengan
luar. Manakala artikel ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Ia menjadi
kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat. Namun dengan kewujudan
Akta Syarikat 2016, memorandum dan artikel ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk disediakan
dalam proses pemerbadanan syarikat.

10) Sijil Pemerbadanan

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen
bukti pemerbadanan syarikat tersebut. Namun pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis
yang akan disediakan untuk membukti pemerbadanan syarikat tersebut.

Dengan wujud beberapa perubahan dalam Akta Syarikat 2016, sememangnya memudahkan
orang awam untuk memilih membuka Sdn Bhd dengan mudah. Dalam masa yang sama memberi
peluang banyak pada usahawan untuk memilih entiti perniagaan yang sesuai. Sebelum ini sering
wujud kesukaran membuka Sdn Bhd disebabkan terlalu banyak prosuder dan peraturan yang
menyukarkan. Diantara masalah yang wujud ialah kesalahan memilih rakan kongsi untuk
dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016 ini telah mengambilkira
banyak perkara yang berbangkit dan memikirkan penyelesaian masalah yang wujud.

You might also like