You are on page 1of 8

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU

DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA


GUAMAN NO. B53F-001-10 TAHUN 2019

ANTARA

SALEEM SAAED
(NO. K/PT: 651018-14-8893) … PLAINTIF

DAN

1. FAWAZ FAIRUZ
(NO. K/P: 691224-28-9801)

2. AWATNI NEWS SDN BHD


(NO. SYARIKAT: 6784930-MN)

3. BERITA 9 SDN BHD


(NO. SYARIKAT: 9984383-K) … DEFENDAN-DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN
(bagi menyokong Permohonan untuk Perintah Penzahiran Umum dan Afidavit
Menentusahkan Senarai Dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012)

Saya, SALEEM SAAED (NO. K/PT: 651018-14-8893), seorang warganegara India yang
cukup umur dan pada masa material telah memperoleh taraf pemastautin tetap di Malaysia
yang beralamat di 901, Taman Makmur, Jalan Pasir Puteh 2, Kubang Kerian 16150 Kota
Bharu, Kelantan Darul Naim, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan
seperti berikut :-

1. Saya adalah pihak Plaintif yang dinamakan di atas dan mempunyai kuasa yang
sempurna dan sepenuhnya untuk mengikrarkan Afidavit Sokongan ini untuk
menyokong Permohonan untuk Perintah Penzahiran Umum dan Afidavit
Menentusahkan Senarai Dokumen (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Permohonan”)
yang difailkan bersama Afidavit Sokongan ini.
1
2. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya di sini, fakta-fakta yang dideposkan di sini
adalah benar berdasarkan pengetahuan peribadi saya dan/atau daripada dokumen-
dokumen yang mana saya mempunyai akses sepenuhnya dan/atau nasihat daripada
peguamcara saya, kecuali yang dinyatakan sebaliknya.

3. Kenyataan-kenyataan yang dideposkan di sini adalah dalam Bahasa Melayu


memandangkan saya telah mempelajari dan berkemahiran dalam bahasa tersebut
sepanjang keberadaan saya di Malaysia.

4. Saya dengan rendah diri memohon Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada
Pernyataan Pembelaan yang bertarikh 9.10.2019 (selepas ini dirujuk sebagai
“Pernyataan Pembelaan”) yang difailkan oleh Defendan-Defendan sebagai
sebahagian daripada afidavit saya ini.

Sesalinan Pernyataan Pembelaan bertarikh 16.10.2019 dilampirkan di sini dan


ditandakan sebagai ekshibit “SS-1”.

FAKTA KES
5. Pada 08.8.2019, saya telah menyampaikan dakwah di Stadium Muhammad IV,
Kelantan yang menyeru umat Islam untuk tidak mendiskriminasi orang lain
berdasarkan penampilan, status sosial atau kepercayaan mereka.

6. Melalui satu siaran berita dan terbitan suratkhabar oleh Defendan Kedua dan Ketiga
berdasarkan kenyataan Defendan Pertama, saya telah dituduh menyentuh isu-isu
sensitiviti perkauman di Malaysia dalam dakwah tersebut.

7. Oleh hal yang demikian, tuntutan tort fitnah telah dibawa terhadap Defendan-
Defendan atas alasan bahawa terdapat satu tafsiran yang salah menerusi siaran dan
terbitan tersebut sehingga menyebabkan kerugian dan/atau kesusahan di pihak saya.
8. Pada 03.09.2019, peguamcara saya Tetuan Hanif Hassan & Co. telah mengeluarkan
surat tuntutan kepada Defendan Pertama untuk menuntut permohonan maaf secara

2
terbuka. Namun begitu, tuntutan tersebut telah diabaikan dan gagal dipenuhi oleh
Defendan Pertama.

SENARAI DOKUMEN
9. Saya ingin mengehendaki Defendan-Defendan untuk menyampaikan satu Senarai
Dokumen yang mana terhad pada dokumen-dokumen seperti berikut:-

9.1 Dokumen-dokumen seperti rakaman video dan/atau transkrip ucapan Plaintif


pada 8.8.2019 yang menunjukkan bahawa segala kenyataan dan/atau terbitan
dan/atau ulasan adalah berdasarkan dokumen tersebut, sepertimana yang
diplidkan oleh Defendan-Defendan pada Perenggan 5, 6, 7 dan 8 Pernyataan
Pembelaan;

9.2 Dokumen-dokumen yang mengandungi keseluruhan kenyataan-kenyataan


yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama mengenai dakwah yang
disampaikan oleh Plaintif;

9.3 Dokumen-dokumen yang menunjukkan wujudnya perhimpunan yang


bermotif untuk mengusir Plaintif keluar dari Malaysia diadakan di Kinta dan
Brickfields, sepertimana yang diplidkan oleh Defendan-Defendan pada
Perenggan 6.2 Pernyataan Pembelaan;

9.4 Dokumen-dokumen seperti draf-draf skrip pengulas berita Defendan Kedua,


skrip pengulas berita Defendan Kedua, perancangan untuk laporan berita
tersebut, draf artikel untuk penerbitan yang mempunyai kelulusan oleh
pegawai atasan Defendan Kedua dan Ketiga bagi tujuan siaran dan terbitan
dakwah Plaintif;

9.5 Dokumen-dokumen yang merupakan sumber dan/atau pengesahan daripada


mana-mana pihak berkaitan dengan ucapan Plaintif yang menjadi asas kepada
siaran dan/atau terbitan tersebut untuk menunjukkan Defendan Kedua dan
Ketiga sedang menjalankan skop kerja sebagai pihak media massa,
sepertimana yang diplidkan pada Perenggan 6.3 Pernyataan Pembelaan; dan

3
9.6 Dokumen-dokumen yang menunjukkan terdapatnya tindakan lanjut atau
tindakan pemulihan (remedial action) daripada Defendan-Defendan selepas
menerima surat tuntutan daripada Plaintif yang bertarikh 3.9.2019.

ALASAN PERMOHONAN
10. Saya menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang dipohon untuk penzahiran
tersebut adalah dokumen-dokumen yang telah dikenal pasti dan bukanlah suatu
permohonan penzahiran untuk mendapatkan dokumen yang belum pasti
kewujudannya. Saya ingin menjelaskan bahawa :-
a. Dokumen-dokumen tersebut telah diperinci berdasarkan Pernyataan
Pembelaan yang difailkan oleh Defendan-Defendan di mana Defendan telah
merujuk kepada dokumen tersebut sebelum kenyataan-kenyataan fitnah
dikeluarkan;

b. Dokumen-dokumen yang disenaraikan pada Perenggan 1.1, 1.3 dan 1.5 Notis
Permohonan merupakan sumber-sumber kepada kenyataan-kenyataan atau
siaran dan terbitan Defendan-Defendan dan telahpun diplidkan oleh Defendan-
Defendan dalam Pernyataan Pembelaan;

c. Dokumen-dokumen yang diperinci pada Perenggan 1.2 Notis Permohonan


boleh dikenalpasti kewujudannya kerana Defendan Pertama sendiri yang
mengeluarkan kenyataan-kenyataan berdasarkan dakwah saya dan seterusnya
Defendan Kedua dan Ketiga yang memainkan peranan dalam melaporkan
dan/atau menyiarkan kenyataan daripada Defendan Pertama;

d. Dokumen-dokumen yang disenaraikan pada Perenggan 1.4 Notis Permohonan


merupakan jenis-jenis dokumen yang biasa dikeluarkan oleh Defendan Kedua
dan Ketiga sebagai pihak media dalam perjalanan tugas biasa mereka; dan

e. Dokumen-dokumen yang dikenalpasti pada Perenggan 1.6 Notis Permohonan


adalah suatu bentuk bukti atau keterangan yang menunjukkan bahawa
Defendan-Defendan telah bertindak secara lanjut terhadap surat tuntutan
daripada peguamcara saya bertarikh 3.9.2019.

4
11. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dokumen-dokumen yang dipohon untuk tujuan
penzahiran adalah relevan kepada fakta isu bagi membantu untuk membuktikan
elemen-elemen tort fitnah, kerugian yang saya alami serta isu sama ada pembelaan-
pembelaan dapat dibawa oleh Defendan-Defendan. Saya ingin menjelaskan seperti
berikut :-
a. Dokumen-dokumen tersebut, jika diperiksa, dapat menentukan sama ada
wujudnya kenyataan fitnah oleh Defendan-Defendan dengan melihat sama ada
Defendan-Defendan telah mengulas dan/atau menokok tambah dan/atau
menafsir secara salah dakwah yang saya sampaikan pada 8.8.2019;

b. Dokumen-dokumen tersebut adalah relevan sebagai sumber dan asas kepada


kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama dan seterusnya terbitan
dan ulasan daripada Defendan Kedua dan Ketiga;

c. Defendan-Defendan sememangnya bergantung dan/atau bersandarkan pada


dokumen-dokumen tersebut pada semua masa material dan ini dapat dilihat
sama ada ia menyokong kes saya atau Defendan-Defendan;

d. Dokumen-dokumen yang disenaraikan dalam Perenggan 1.3 Notis


Permohonan tersebut adalah relevan bagi menunjukkan kesan dan kerosakan
yang saya alami selepas kenyataan fitnah dikeluarkan oleh Defendan Pertama
dan Kedua;

e. Dokumen-dokumen tersebut adalah relevan dalam menentukan sama ada


pembelaan pelaporan ataupun ‘qualified privilege’dapat dibawa oleh
Defendan Kedua dan Ketiga; dan

f. Dokumen-dokumen yang disenaraikan pada Perenggan 1.6 Notis Permohonan


adalah relevan untuk menunjukkan sama ada Defendan-Defendan telah
mengambil tindakan atau membuat penyelesaian alternatif sebelum saya
memulakan tindakan pada 2.9.2019.

5
12. Saya ingin menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang ingin dizahirkan berada
dalam milikan, jagaan atau kuasa Defendan-Defendan. Saya ingin menjelaskan seperti
berikut :-
a. Defendan Pertama merupakan pemilik kepada dokumen di Perenggan 1.2
Notis Permohonan tersebut kerana Defendan Pertama sendiri telah
mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan dakwah yang saya sampaikan.
Kemudiannya, Defendan Pertama telah menyampaikan kenyataan-kenyataan
tersebut kepada Defendan Kedua untuk tujuan laporan dan penerbitan. Secara
tidak langsung, Defendan Pertama mempunyai jagaan dan kuasa terhadap
dokumen tersebut;

b. Defendan Kedua dan Ketiga mempunyai milikan, jagaan dan kuasa ke atas
dokumen yang disenaraikan di Perenggan 1.1, 1.2, 1.3, 1.4 dan 1.5 Notis
Permohonan kerana dokumen tersebut merupakan langkah-langkah persediaan
sebelum suatu berita dilaporkan ataupun amalan biasa yang dilakukan oleh
pihak media massa sebelum terbitan dan/atau siaran berita dibuat;

c. Defendan-Defendan mempunyai milikan, jagaan dan kuasa terhadap dakwah


yang saya sampaikan yang pada keseluruhannya berlangsung selama lebih
kurang 1 jam kerana ia merupakan sumber utama kepada kenyataan-kenyataan
atau ulasan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan; dan

d. Defendan Pertama dan Kedua akan mempunyai milikan, jagaan dan kuasa
terhadap apa-apa dokumen yang menunjukkan tindakan penyelesaian atau
pemulihan selepas menerima atau mempunyai pengetahuan tentang surat
tuntutan daripada peguamcara saya.

13. Saya ingin menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang dipohon untuk penzahiran
bukanlah suatu dokumen yang dilindungi oleh undang-undang untuk dizahirkan.
Maka, penzahiran dokumen tersebut dapat membantu Mahkamah yang Mulia ini
untuk mengadili kes ini dengan lebih teliti dan lancar.

6
14. Setelah dinasihati oleh peguamcara saya, Tetuan Hanif Hassan & Co., saya ingin
menyatakan bahawa Permohonan untuk Perintah Penzahiran dan Afidavit
Menentusahkan Senarai Dokumen wajar dibenarkan atas sebab-sebab berikut:-
a. Dokumen-dokumen yang dipohon dalam bentuk tulisan, rakaman visual,
bunyi atau bentuk lain telah diperinci dan tidak berbentuk luas mengikut kausa
tindakan tort fitnah;
b. Dokumen-dokumen tersebut adalah relevan dengan fakta isu kausa tindakan
tort fitnah, kerugian yang saya dialami dan pembelaan yang dibawa oleh
Defendan-Defendan; dan

c. Dokumen-dokumen tersebut juga berada dalam milikan, jagaan dan kuasa


Defendan-Defendan pada semua masa material.

15. Atas alasan dan kenyataan yang dinyatakan di atas, saya dengan rendah diri memohon
kepada Mahkamah yang Mulia ini perintah seperti yang dipohon dalam Notis
Permohonan.

Berkenaan dengan afidavit oleh seorang deponen )


SALEEM SAAED )
(NO. K/PT: 651018-14-8893) )
Diikrarkan pada 4 haribulan Mac 2020 )
Di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim )
(Penterjemahan tidak diperlukan)

................................................
SALEEM SAAED

Di Hadapan Saya,

...................................................

7
Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT SOKONGAN ini telah diikrarkan oleh SALEEM SAAED pada 4.3.2020 dan
difailkan pada 4.3.2020 oleh Tetuan Hanif Hassan & Co., Peguamcara Plaintif yang
mempunyai alamat penyampaiannya di P.O Box 15, Bilik Latihan Guaman, Fakulti Undang-
Undang UKM, 43600, Bangi, Selangor. (No. Tel: 06-6316808; No. Faks 06-6314419)
(Ruj. Kami: CL/01/09/2019/SS)

You might also like