You are on page 1of 7

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN (BAHAGIAN KOMERSIAL) NO.

GUAMAN : D5-22IP-76 TAHUN 2013

Antara SHAIFUBAHRIM BIN MOHD [NRIC: 800815-02-5773] dan ... Plaintif

EM EXHIBITONS (M) SDN BHD [154356-X]

... Defendan

NELYDIA ROSE BINTI JUSOH [NRIC: 830216-06-5372] ******************************************************************************

PERNYATAAN PEMBELAAN
******************************************************************************

TETUAN AINA HUSNA & ASSOCIATES Lot 301-301A, 3rd Floor, The Curve, Mutiara Damansara Business Centre, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (Tel No: +603-6140 2234, Fax No: +603-6140 2256) (No. Fail: AH/C/001/12)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN (BAHAGIAN KOMERSIAL) NO. GUAMAN : D5-22IP-76 TAHUN 2013 Antara SHAIFUBAHRIM BIN MOHD [NRIC: 800815-02-5773] dan EM EXHIBITONS (M) SDN BHD [154356-X] NELYDIA ROSE BINTI JUSOH [NRIC: 830216-06-5372] ... Defendan ... Plaintif

PERYATAAN PEMBELAAN

1. Defendan-Defendan mengakui Perenggan 1 dan 2 Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 10 Februari 2013.

2. Defendan- Defendan menafikan sekeras- kerasnya Perenggan 3 dan 4 Pernyataan Tuntutan Plaintif. Plaintiff telah menyatakan bahawa PIKOM mewakili industri

informasi dan komunikasi di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan seperti menganjurkan pameran komputer di mana tanda dagang 'PC FAIR' adalah berkait rapat dengan perniagaan Plaintif.

3. Defendan-Defendan menyatakan bahawa perkataan PC Fair tidak berkait langsung dengan perniagaan Plaintif yang menganjurkan pameran ICT. Ini kerana perkataan PC FAIR adalah terma deskriptif umum digunakan oleh ramai peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan industri komputer. Perkataan PC FAIR juga mempunyai maksud kamus asas computer fair yang bermaksud Pameran Komputer didalam Bahasa Malaysia. Perkataan FC FAIR adalah terlalu umum dan ia tidak menggambarkan dan berkaitan dengan perniagaan Plaintif, ianya ternyata menggambarkan Pameran Komputer.Tambahan pula,perkataan PC FAIR adalah generik dan deskriptif, ia tidak menggambarkan nama baik dan reputasi Plaintif dan ia tidak boleh dibezakan oleh manamana peniaga yang khusus.

4. Defendan- Defendan mengakui Perenggan Plaintif.

5, 6, 7, and 8 Pernyataan Tuntutan

5. Defendan- Defendan menafikan sepenuhnya Perenggan 9 dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif dimana Plaintif menyatakan bahawa tanda 'PC EXPO' berkaitan dengan perkhidmatan yang dirangkumi oleh tanda dagang berdaftar Plaintif dan telah menyebabkan kekeliruan di antara tanda dagang 'PC FAIR' dan tanda 'PC EXPO'.

6. Walaubagaimanapun, Defendan-Defendan

berhujah bahawa perkataan PC EXPO

yang digunakan oleh Defendan- Defendan tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang dirangkumi oleh tanda dagang berdaftar Plaintif dan telah menyebabkan kekeliruan di antara tanda dagang 'PC FAIR' dan tanda 'PC EXPO'. Defendan- Defendan berhujah

bahawa pameran anjuran Plaintif pada setiap masa dipasarkan sebagai PIKOM PC FAIR, PC FAIR terbesar di Malaysia, dan perkataan PC FAIR terbesar di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat Pameran PC yang serupa didalam industri ini. Berdasarkan kepada keterangan tersebut nama baik dan sifat tersendiri Plaintif hanya termaktub dengan nama PIKOM PC FAIR dan bukan perkataan PC FAIR. Oleh itu, tanda dagang PC FAIR dan PC EXPO tidak akan menyebabakan kekeliruan kepada orang ramai.

7. Merujuk kepada Perenggan 10 Penyataan Tuntutan Plaaintif, Defendan-Defendan menafikan pernyataan Plaintif bahawa Plaintif telah menerima banyak aduan berkenaan dengan kerosakan barang-barang yang dibeli oleh pengguna semasa pameran berlangsung. Walau bagaimanapun ia telah terbukti bahawa barang-barang tersebut bukanlah daripada peserta-peserta pameran di PIKOM 'PC FAIR'. Hal ini telah menjejaskan reputasi baik perniagaan Plaintif.

8. Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintiff tidak menyatakan dengan jelas didalam Pernyataan Tuntutan Plaintif bahawa barang- barang rosak tersebut sebenarnya adalah dibeli daripada peserta pameran PC EXPO. Berdasarkan latar belakang perniagaan Plaintif dan Defendan-Defendan, Plaintif dan Defendan adalah penganjur kepada pameran komputer dan bukanlah peserta pameran komputer.

9. Selain itu, sebagai penganjur, Defendan Pertama adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat didalam Perjanjian diantara penganjur iaitu Defendan Pertama dan peserta

pameran yang telah dianjurkan oleh Defendan Pertama.Didalam Paragraph 12 Perjanjian diantara Defendan pertama dan peserta pameran, ia menyatakan bahawa:

(12) Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan yang berlaku kepada peserta pameran, pekerja mereka atau pakaian/ barangan mereka. Peserta dinasihatkan untuk menyediakan insurans mereka sendiri terhadap kerosakan dalam apa jua bentuk semasa pameran tersebut. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa tuntutan pihak ketiga terhadap peserta pameran"

10. Perenggan 12 Perjanjian diantara Defendan Pertama dan peserta pameran jelas menunjukkan bahawa PC EXPO tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada pihak ketiga kepada peserta pameran PC EXPO.Jadi, berdasarkan Perjanjian tersebut, Defendan- Defendan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aduan barang rosak yang dibeli oleh pengguna semasa pameran tersebut

berlangsung dan tiada fakta didalam Pernyataan Tuntutan Plaintif yang menyatakan bahawa barang yang rosak tersebut adalah daripada peserta pameran PC EXPO.Oleh yang demikian, tiada isu yang menyatakan bahawa menyebabkan reputasi Plaintif terjejas. Defendan- Defendan yang

11. Merujuk kepada Perenggan 11 Pernyataan Tuntutan Plaintif, Defendan-Defendan menyatakan bahawa Tanda dagang 'PC FAIR' adalah bukan hak milik Plaintif dan Defendan- Defendan tidak melanggar hak pendaftaran tanda dagang Plaintif dengan meggunakan tanda PC EXPO.Defendan- Defendan menyatakan bahawa ianya bukan

hak ekslusif Plaintiff untuk menggunakan perkataan PC FAIR kerana perkataan PC FAIR bukanlah perkataaan yang dicipta oleh Plaintif dan ianya hanyalah perkataan generik dan umum yang digunakan oleh ramai peniaga yang terlibat didalam industri komputer.

12. Tambahan lagi, disebabkan perkataan PC FAIR adalah perkataan yang generik dan umum yang memberi maksud pameran komputer didalam Bahasa Malaysia , jadi berdasarkan alasan polisi awam, Plaintif tidak boleh memonopoli dan menghalang orang awam ataupun peniaga daripada menggunakan perkataan yang merupakan sebahagian daripada perkataan daripada Bahasa Inggeris dan IT industry.

13. Defendan- Defendan mengakui Perenggan 12, 13, dan 14 Pernyataan Tuntutan Plaintif.

14. Defendan- Defendan menafikan Perenggan 15 dan 16 Penyataan Tuntutan dan berhujah bahawa Defendan Kedua tidak menyalahgunakan informasi didalam pangkalan data peserta pameran Plaintif untuk mempromosikan PC EXPO dan tidak melanggar kemungkiran maklumat sulit kepada Plaintif.Ini disebabkan Defendan Kedua hanya menggunakan kemahiran dan pengetahuannya sendiri didalam industri tersebut.

15. Tambahan lagi, bekas majikan tidak boleh bergantung kepada sesuatu maklumat yang umum tanpa dahulu membuktikan kesahihan maklumat itu bahawa maklumat itu adalah sulit.Plaintif juga tidak menyatakan dengan terperinci didalam Pernyataan Tuntutan

Plaintif cara yang digunakan oleh Defendan Kedua untuk menyalah- gunakan maklumat sulit tersebut.

16. Oleh yang demikian, Defendan Kedua tidak menyalah- gunakan informasi di dalam pangkalan data peserta pameran Plaintif kerana Defendan Kedua hanya menggunakan kemahiran dan pengetahuannya sendiri didalam industry ICT untuk menganjurkan dan mempromosikan PC EXPO.

Oleh itu, Defendan- Defendan memohon kepada Mahkamah yang Mulia agar menolak tuntutan Plaintif ditolak dengan kos.

Bertarikh pada 13 Februari , 2013

Messrs Aina Husna & Associates


........................................................ Tetuan Aina Husna & Associates ( Peguamcara bagi pihak Defendan- Defendan)

Pernyataan Pembelaan ini difailkan oleh Tetuan Aina Husna & Associates, Peguambela dan Peguamcara yang beralamat di Lot 301-301A, 3rd Floor, The Curve, Mutiara Damansara Business Centre, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-6140 2234, Fax: +603-6140 2256 (No. Fail: AH/C/001/12)

You might also like