You are on page 1of 5

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO.: TAHUN 2022

ANTARA

ARKAN ROMA TRAD EST


[No. Pendaftaran: 1010390479] … Plaintif

DAN

1. RIPAC SDN BHD


[No. Pendaftaran: 1230569-X]

2. MOHD QHOLIF BIN SHAH IZRON DADAMEAH


[No. Kad Pengenalan: 790321-07-5601]

3. BURHAN @ OSMIZAR BIN ABDUL RAHMAN


[No. Kad Pengenalan: 710115-02-5563]

4. HISHAM SABBAGH A. FATTAH …Defendan-Defendan


[No. Pasport: N 011760554]

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif adalah sebuah syarikat dengan No. Pendaftaran 101390479 yang


mempunyai alamat pendaftaran di Jalan Abu Jaafar Al-Mansour, Daerah
Yarmouk, Riyadh, Arab Saudi.

2. Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta


Syarikat 2016 yang mempunyai alamat pendaftaran di No. 29 & 31, Jalan
Pedang 13/27, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dan alamat perniagaan di
D-3A-12, Capital 4, Oasis Square, Petaling Jaya, Selangor.

3. Defendan Kedua adalah seorang warganegara Malaysia dan merupakan


salah seorang pengarah dan pemegang syer di dalam syarikat Defendan
Pertama dan mempunyai alamat di 12A, Lintang Permai 3, Brown Garden,
11700 Gelugor, Pulau Pinang.
4. Defendan Ketiga adalah seorang warganegara Malaysia dan merupakan
salah seorang pengarah dan pemegang syer di dalam syarikat Defendan
Pertama dan mempunyai alamat di 298, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr
Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Defendan Keempat adalah seorang warganegara Syria dan merupakan salah


seorang pengarah dan pemegang syer di dalam syarikat Defendan Pertama
dan mempunyai alamat di F-001, Block F, D’ Melor Condominium, 5300
Persiaran Ceria, 63000 Cyberjaya, Selangor.

6. Plaintif telah memasuki suatu perjanjian jual-beli dengan Defendan Pertama


bagi membeli pelbagai barang-barang ganti yang berkualiti tinggi (selepas ini
dirujuk sebagai ‘barang- barang ganti tersebut’ dengan harga RM
1,500,000 setahun pada 11 Jun 2019 (selepas ini dirujuk sebagai
“Perjanjian”). Antara isi kandungan Perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

i. Pembeli akan memulakan bayaran sebanyak 20% daripada jumlah


kesuluruhan belian sebaik sahaja Perjanjian ditandatangani;

ii. 80% daripada jumlah kesuluruhan belian perlu dibayar sebelum dua
puluh lima hari dari tarikh pengiriman barang-barang ganti tersebut dari
Malaysia.

iii. Pihak kedua perlu membekalkan kesemua barang-barang ganti yang


telah ditempah oleh pihak Pertama dalam tempoh 120 hari dari tarikh
penerimaan bayaran yang pertama, iaitu 20% daripada jumlah
kesuluruhan belian.

iv Jika pihak kedua gagal memenuhi bahagian kontraknya, pihak pertama


. mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian tersebut dan pihak
kedua bertanggungjawab untuk menanggung segala perbelanjaan yang
berkaitan.

v. Pihak kedua perlu membayar denda sebanyak 300 Riyal untuk setiap
hari kelewatan dalam tempoh 120 hari tersebut. Jika kelewatan itu telah
melebihi tempoh 120 hari tersebut, parti pertama berhak untuk
mendapat Kembali jumlah kesuruhan belian dalam tunai berserta
dengan saman denda kelewatan tersebut.

7. Plaintif telah membuat pembayaran sebanyak RM4,000,000 secara ansuran


seperti berikut kepada Defendan Pertama:

i. Melalui Invois Proforma No. ART/HA/001/2020 sebanyak RM


184,925.99 yang diterima oleh Enas Mudalllal pada 20 Januari 2020;

ii. Melalui Invois Proforma No. ART/HAA/002/2020 sebanyak RM


163,361.72 yang diterima oleh Enas Mudallal pada 20 Januari 2020;
dan

iii. Melalui Invois Proforma No. ART/HA/003/2020 sebanyak RM


24,548.35 yang diterima oleh Enas Mudallal pada 20 Januari 2020.

Butir-Butir Pecah Kontrak (Breach of Contract)

8. Defendan Pertama telah melakukan pecah kontrak (breach of contract)


kepada Perjanjian tersebut.

8.1 Defendan Pertama telah melanggar Perjanjian tersebut apabila gagal


menghantar barang-barang ganti tersebut kepada pihak Plaintif
walaupun telah melebihi tempoh tarikh penyempurnaan kontrak iaitu
empat (4) bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani (120 hari)
walaupun telah menerima bayaran daripada Plaintif.

9. Justeru itu, kegagalan Defendan Pertama untuk menghantar barang-barang


ganti tersebut dalam Perjanjian tersebut walaupun telah melebihi tempoh
tarikh penyempurnaan kontrak adalah satu perbuatan pecah kontrak (breach
of contract).
Butir-Butir Lifting the Corporate Veil

10. Penyingkapan tirai korporat (lifting the corporate veil) hendaklah dilakukan ke
atas Defendan Kedua, Ketiga, dan Keempat kerana mereka merupakan
minda dan tubuh Defendan Pertama.

10.1. Defendan Kedua, Ketiga, dan Keempat telah menandatangani


Perjanjian tersebut bagi pihak Defendan Pertama;

10.2. Defendan Kedua, Ketiga, dan Keempat telah mengeluarkan invois-


invois proforma dan menyerahkan kepada Plaintif bagi pihak Defendan
Pertama;

10.3. Plaintif sering berhubung dan berkomunikasi dengan Defendan Kedua,


Ketiga, dan Keempat dalam urusan jual beli barang-barang ganti
tersebut;

10.4. Defendan Kedua, Ketiga, dan Keempat adalah minda dan tubuh
Defendan Pertama (mind and brain of the company) di mana kesemua
keputusan Defendan Pertama adalah dibuat secara bersama oleh
Defendan Kedua, Ketiga, dan Keempat.

11. Selain itu, Defendan Pertama juga seolah-olah ingin melarikan diri dari liabiliti
kerana tidak lagi beroperasi di alamat perniagaan yang dinyatakan di dalam
proforma invois yang dikeluarkan, halaman Facebook dan juga Internet. Fakta
bahawa halaman Facebook Defendan Pertama masih menggunapakai alamat
perniagaan tersebut menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah
memperdaya pelanggan mereka. Oleh itu, corporate veil perlu disingkap

12. Justeru itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Plaintif memohon kepada


Mahkamah yang Mulia perintah-perintah seperti berikut: -

i. Pembayaran semula RM165,614.85 oleh Defendan Pertama kepada


Plaintif;
ii. Denda kelewatan, RM 360.95 dikira pada kadar harian bermula dari
tarikh pengiriman sehingga tarikh 120 hari selepas pengiriman barang-
barang ganti tersebut;

iii. Gantirugi am (general damages) untuk pecah kontrak (breach of


contract);

iv. Kos tindakan ini;

v. Kos atas dasar peguam dan anakguam; dan

vi. Lain-lain relif yang Mahkamah yang Mulia ini fikirkan adil dan patut.

Bertarikh pada 14 hari bulan September 2022.

……..……………………………………………
PEGUAMCARA BAGI PLAINTIF

Pernyataan Tuntutan ini telah dikeluarkan oleh Tetuan Mu’az Aiman Halem Auzan &
Associates bagi Pihak Plaintif di alamat penyampaiannya ialah E-5-10, Starparc Point
Commercial Centre, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 012-2956784 Fax: 03-41310574 E-mel: mahakl@mahalaw.com.my
[Ruj. Kami:MAHA/KL/PCP/PPKRENGIT/22(ZHK)]

You might also like