You are on page 1of 36

[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM,

[GUAMAN SIVIL NO. JA-22NCVC-86-04/2016]

ANTARA

SHAZ RESORT SDN BHD


(No. Syarikat: 1036533-U) … PLAINTIF

DAN

LOW KIM ONG


(NO. KP: 670626-08-6065)
(Berniaga atas nama dan gaya SY Construction
& Machinery Trading [No. Perniagaan: JM 0355616 -K])
… DEFENDAN

DAN

1. PEGAWAI DAERAH
PEJABAT DAERAH MERSING
… Pihak Ketiga yang Pertama

DAN

2. PEJABAT DAERAH MERSING


… Pihak Ketiga yang Kedua

DAN

3. PENTADBIR TANAH DAERAH MERSING


… Pihak Ketiga yang Ketiga

1
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

DAN

4. PEJABAT TANAH DAERAH MERSING


… Pihak Ketiga yang Keempat

DAN

5. KERAJAAN NEGERI JOHOR


… Pihak Ketiga yang Kelima

DAN

6. RIZAM BIN ALI (NO. K/P: 720308-01-5555)


(berniaga atas nama dan gaya sebagai
Aur Pesaka Jaya [No. Perniagaan JM.0205147-W])
… Pihak Ketiga yang Keenam

PENGHAKIMAN

Pengenalan

[1] Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan


terhadap Defendan untuk mendapatkan perintah-perintah
berikut:-

(a) Kos binaan jeti berjumlah RM4 juta;

(b) Sewa kren, pontoon, bot tunda dan bot berjumlah


RM620,000;

(c) Ganti rugi am untuk ditaksirkan;

(d) Faedah pada kadar 5% setahun mulai 24.4.2015 hingga


penyelesaian penuh;

2
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

(e) Kos;

(f) Lain-lain relif yang adil dan sesuai.

[2] Defendan telah mengemukakan Tuntutan Balas terhadap Plaintif


dan telah memfailkan Notis Pihak Ketiga terhadap Pihak Ketiga
yang Pertama hingga Keenam secara bersesama dan berasingan
untuk bertanggungjawab, menanggung dan menyumbang
kesemua kerugian yang dialami oleh Defendan di dalam kes ini
sekiranya Defendan didapati bertanggungan kepada tuntutan
Plaintif.

Latar belakang kes

[3] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang


menjalankan perniagaan hotel dan resort dan mempunyai alamat
berdaftar di No. 52, Jalan AU 1C/4J, Taman Keramat, 54200
Kuala Lumpur.

[4] Defendan adalah individu yang menjalankan perniagaan tunggal


atas nama dan gaya SY Construction & Machinery Trading yang
menjalankan perniagaan binaan bangunan, bengkel jentera dan
jual beli jentera dan mempunyai alamat perniagaan di Lot 894,
Jalan Selatan 8, Off Jalan Kempas Lama, Skudai, 81300 Johor
Bahru.

[5] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima adalah merupakan


pegawai dan agensi Kerajaan Negeri Johor yang terdiri daripada
Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing, Pentadbir
Tanah Daerah Mersing, Pejabat Tanah Daerah Mersing dan
Kerajaan Negeri Johor.

[6] Pihak Ketiga yang Keenam adalah individu yang menjalankan


perniagaan atas nama dan gaya Aur Pesaka Jaya dan mempunyai

3
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

alamat perniagaan di No.9, Jeti Pelabuhan Mersing, 86800


Mersing, Johor.

[7] Pada setiap masa material, Plaintif menjalankan projek


pembinaan jeti di kawasan Lot 102 Kampung Penaga, Mukim
Pulau Tinggi, Mersing, Johor (tanah kerajaan Lot 102).

[8] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima mengatakan


pembinaan jeti tersebut telah dilakukan di atas tanah kerajaan
Lot 102 iaitu tanah pantai yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri
Johor dan Plaintif tidak pernah pada masa material mempunyai
kelulusan Pihak Berkuasa untuk membina jeti tersebut.

[9] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima mengatakan status


Plaintif adalah sebagai penceroboh di atas tanah kerajaan Lot
102 tersebut dan telah mengeluarkan notis masing-masing
bertarikh 11.3.2015 dan 14.4.2015 untuk mengarahkan Plaintif
menghentikan pembinaan jeti tersebut dan mengosongkan tanah
kerajaan Lot 102 tersebut.

[10] Plaintif telah gagal mematuhi notis yang dikeluarkan oleh Pihak
Ketiga yang Pertama hingga Kelima. Pihak Ketiga yang Pertama
dan Kedua kemudiannya melalui surat bertarikh 22.4.2015 telah
melantik syarikat Pihak Ketiga yang Keenam sebagai kontraktor
bagi menjalankan kerja-kerja mencabut cerucuk dan merobohkan
jeti yang dibina Plaintif tersebut.

[11] Defendan adalah pemilik berdaftar kren di bawah nombor


pendaftaran JMR 2226 (kren Defendan). Kren Defendan
tersebut telah disewakan kepada Super Crane Machinery (M)
Sdn Bhd. (Super Crane) yang mana Defendan adalah juga
Pengarah kepada syarikat tersebut.

4
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[12] Pihak Ketiga yang Keenam telah menyewa kren Defendan


tersebut daripada Super Crane bagi menjalankan kerja-kerja
mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif di atas tanah
Pihak Ketiga yang Kelima.

[13] Pada 23.4.2015, Pihak Ketiga yang Keenam dengan


menggunakan Kren Defendan telah melakukan kerja-kerja
mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif tersebut
mengakibatkan Plaintif mengalami kerugian.

[14] Plaintif menuntut terhadap Defendan kos binaan jeti berjumlah


RM4juta, sewa kren, pontoon, bot tunda dan bot berjumlah
RM620,000 dan ganti rugi am untuk ditaksirkan.

[15] Defendan telah mengemukakan Tuntutan Balas terhadap Plaintif


dan memfailkan Notis Pihak Ketiga kepada Pegawai Daerah
Mersing, Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Pentadbir Tanah
Daerah Mersing, Pejabat Tanah Daerah Mersing, Kerajaan
Negeri Johor dan Rizam b. Ali yang berniaga atas nama dan
gaya sebagai Aur Pesaka Jaya untuk bertanggungjawab dan
menanggung serta menyumbang kesemua kerugian yang dialami
oleh Defendan di dalam kes ini sekiranya Defendan didapati
bertanggungan kepada tuntutan Plaintif tersebut.

Kes Plaintif

[16] Pada masa material Plaintif sedang menjalankan projek


pembinaan jeti di tanah kerajaan Lot 102.

[17] Pada 23.4.2015, Pihak Ketiga yang Keenam dengan


menggunakan kren Defendan telah melakukan kerja-kerja
mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif mengakibatkan
Plaintif mengalami kerugian.

5
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[18] Akibat daripada tindakan pencerobohan, perobohan dan


pemusnahan yang dilakukan oleh Defendan dan/atau wakilnya,
Plaintif telah mengalami kerugian dan telah menuntut kos binaan
jeti berjumlah RM4juta, sewa kren, pontoon, bot tunda dan bot
berjumlah RM620,000/- dan ganti rugi am untuk ditaksirkan.

[19] Plaintif menghujah bahawa Pegawai Daerah Mersing (Pihak


Ketiga yang Pertama) tidak mempunyai kuasa yang sah di bawah
seksyen 426A Kanun Tanah Negara (KTN) untuk menjalankan
fungsi penguatkuasaan iaitu meroboh, mencabut serta
memusnahkan cerucuk dan jeti Plaintif di tanah kerajaan Lot 102
tersebut.

[20] Plaintif selanjutnya menghujah hanya Pentadbir Tanah Mersing


(Pihak Ketiga yang ketiga) yang mempunyai kuasa untuk
menjalankan fungsi penguatkuasaan di bawah seksyen 426A,
seksyen 426B dan seksyen 426C KTN.

Kes Defendan

[21] Plaintif telah memulakan tindakan terhadap Defendan sebagai


pemilik kren Defendan yang telah mencabut cerucuk dan
merobohkan jeti Plaintif.

[22] Pegawai Daerah Mersing (Pihak Ketiga yang Pertama) telah


melalui surat bertarikh 22.4.2015 melantik Aur Pesaka Jaya
(Pihak Ketiga yang Keenam) untuk menjalankan kerja-kerja
mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif.

[23] Defendan sebagai pemilik kren Defendan tersebut telah melalui


syarikat Super Crane menyewakan kren tersebut kepada Aur
Pesaka Jaya. (Pihak Ketiga yang Keenam)

6
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[24] Defendan bukanlah pihak yang telah melakukan tort atau pelaku
tort terhadap jeti Plaintif. Oleh itu, Plaintif tidak mempunyai
sebarang kausa tindakan terhadap Defendan kerana Defendan
hanya menyewakan kren Defendan kepada Pihak Ketiga yang
Keenam.

[25] Defendan selanjutnya mengatakan Plaintif telah membina


cerucuk-cerucuk tersebut tanpa sebarang kelulusan dari Pejabat
Tanah Daerah. Oleh yang demikian, Pejabat Daerah Mersing
(Pihak Ketiga yang Kedua) telah mengarahkan untuk mencabut
cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif tersebut.

[26] Plaintif bukanlah pemilik kawasan di mana cerucuk dan jeti


dibina maka Plaintif adalah penceroboh dan tidak mempunyai
kausa tindakan terhadap Defendan atau mana-mana pihak.

[27] Defendan hanya menyewakan kren tersebut kepada Aur Pesaka


Jaya (Pihak Ketiga yang Keenam) untuk menjalankan kerja-kerja
yang telah diarahkan oleh Pihak Ketiga yang Pertama hingga
Kelima. Sekiranya Plaintif mengalami kerugian maka kerugian
tersebut perlu ditanggung dan dibayar oleh Pihak Ketiga yang
Pertama hingga yang Keenam.

[28] Defendan telah memfailkan Notis Pihak Ketiga terhadap Pihak


Ketiga yang Pertama hingga Keenam untuk bertanggungjawab,
menanggung serta menyumbang kesemua kerugian yang dialami
Defendan sekiranya Defendan didapati bertanggungan terhadap
tuntutan Plaintif.

Kes Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima

[29] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima menghujah Plaintif


tidak pernah pada bila-bila masa memiliki kawasan di tanah
kerajaan Lot 102.

7
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[30] Tanah di mana jeti tersebut dibina oleh Plaintif adalah milik
Kerajaan Negeri Johor (Pihak Ketiga yang Kelima) dan Plaintif
tidak pernah mempunyai kelulusan untuk membina jeti pada
bila-bila masa di atas tanah kerajaan Lot 102 tersebut.

[31] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima menyatakan status


Plaintif adalah sebagai penceroboh di atas tanah kerajaan Lot
102 tersebut. Selanjutnya Pihak Ketiga yang Pertama hingga
Kelima tidak pernah meluluskan Lesen Pendudukan Sementara
(Temporary Occupation Licence) (TOL) kepada Plaintif.

[32] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima tidak mempunyai


sebarang perjanjian dengan Defendan dan tidak pernah melantik
atau mengupah Defendan untuk mencabut cerucuk dan meroboh
jeti Plaintif di tanah kerajaan Lot 102.

[33] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Pihak Ketiga yang


Pertama hingga Kelima berhak untuk mengeluarkan notis-notis
bertarikh 11.3.2015 dan 14.4.2015 kepada Plaintif untuk
menghentikan pembinaan jeti dan mengosongkan tanah kerajaan
Lot 102 tersebut.

Kes Pihak Ketiga yang Keenam

[34] Pihak Ketiga yang Keenam tidak mengemukakan apa-apa


keterangan kerana tidak pernah hadir disepanjang perbicaraan di
mahkamah.

Senarai Saksi

[35] Plaintif telah mengemukakan 3 orang saksi untuk memberi


keterangan seperti berikut:

8
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

(i) Encik Abdul Wahid bin Adam (SP1);

(ii) Encik Hairul Nizam bin Mohd Nazri (SP2); dan

(iii) Hj. Md Zairi bin Zainal (SP3)

[36] Defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Low Kim


Ong (SD1).

[37] Pihak Ketiga yang Pertama hingga Kelima telah mengemukakan


seorang saksi iaitu Encik Mohd Faiz b. Salehon, Penolong
Pentadbir Tanah, Mersing (SPK1).

Dapatan dan Keputusan Mahkamah

[38] Terdapat beberapa isu untuk dibicarakan dalam kes ini.

Isu Pertama

Sama ada Defendan atau wakilnya telah menceroboh dan


memusnahkan jeti Plaintif

[39] Setelah meneliti dan menimbangkan keterangan saksi-saksi dan


dokumen-dokumen yang dikemukakan serta membaca Hujahan
Bertulis yang dikemukakan oleh kesemua pihak, saya
berpandangan Defendan atau wakilnya tidak menceroboh dan
memusnahkan jeti Plaintif berdasarkan kepada alasan-alasan
berikut:-

(a) Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa


Defendan adalah pemilik kren Defendan dan kren
Defendan ini kemudiannya telah disewa kepada Super
Crane. Pihak Ketiga yang Keenam kemudiannya telah
menyewa kren Defendan ini daripada Super Crane untuk

9
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

menjalankan kerja-kerja mencabut cerucuk dan meroboh


jeti Plaintif.

(b) Sebagai seorang ahli perniagaan yang menjalankan


perniagaan penyewaan jentera-jentera berat, tugas
Defendan adalah untuk memberi penyewaan kepada mana-
mana pelanggan yang ingin membuat penyewaan ke atas
jentera berat tersebut. Urusan penyewaan kren Defendan di
antara Defendan dan Pihak Ketiga yang Keenam adalah
urusan perniagaan biasa yang dijalankan seperti dengan
pelanggannya yang lain.

(c) Keterangan Defendan melalui Low Kim Ong (SD1) di


dalam kenyataan saksinya (DWS1) mengatakan:

2. S: Adakah kamu pemilik perniagaan SY


Construction & Machinery Trading?

J: Ya

3. S: Adakah salah satu jenis perniagaan kamu


adalah penyewaan jentera besar seperti kren?

J: Ya

4. S: Adakah kamu pemilik kren No. Pendaftaran


JMR 2226?

J: Ya

5. S: Adakah kamu telah menyewakan kren tersebut


kepada perniagaan Aur Pesaka Jaya?

J: Kren tersebut telah disewakan oleh Super Crane


Machinery (M) Sdn Bhd kepada Aur Pesaka

10
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

Jaya dan saya juga adalah pengarah bagi


syarikat Super Crane Machinery (M) Sdn Bhd.

6. S: Tahukah kenapa kren tersebut disewakan


kepada Aur Pesaka Jaya?

J: Saya tidak tahu dan saya hanya menyewakan


kren tersebut kepada Aur Pesaka Jaya.

7. S: Adakah kamu telah diberikan dengan


sebarang alasan kenapa kren tersebut
disewakan kepada Aur Pesaka Jaya.

J: Tidak ada.

8. S: Adakah kamu telah dimaklumkan secara


terperinci di mana dan untuk tujuan apa
kren tersebut disewa?

J: Tidak. (penekanan diberi)

(d) SD1 di dalam pemeriksaan balasnya mengatakan adalah


menjadi amalan perniagaan biasa di syarikatnya, apabila
kren Defendan disewakan kepada pihak lain, pekerjanya
akan membawa kren tersebut.

Muka surat 78 nota keterangan

SO: Adakah amalan biasa Mr. Low dan juga Super Crane
apabila kren ini disewakan kepada pihak lain,
siapakah pemandu kren in? Pekerja Mr. Low ataupun
pihak penyewa punya pemandu?

LOW: Yang membawa kren tersebut adalah pekerja Super


Crane Yg Arif, iaitu pekerja saya kerana saya adalah
Pengarah Syarikat Super Crane Yg Arif.

11
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

SO: Nama? Pekerja mesti ada nama?

LOW: Ganesan Yg Arif, operator.

(e) Berdasarkan kepada penyataan saksi Defendan (SD1)


(DWS1) dan pemeriksaan balas SD1, jelas menunjukkan
walaupun pekerja Defendan Ganesan terlibat dalam
memandu kren Defendan tetapi Defendan dan Ganesan
tidak terlibat dalam mencabut cerucuk dan merobohkan jeti
Plaintif tersebut. Ini ialah kerana kerja-kerja mencabut
cerucuk dan perobohan jeti dilakukan oleh Pihak Ketiga
Keenam yang telah dilantik oleh Pihak Ketiga yang
Pertama.

(f) Ganesan dan Defendan hanya terlibat dalam kes ini kerana
kren Defendan telah disewa oleh Pihak Ketiga yang
Keenam. Malah jika dilihat kepada keterangan SD1 jelas
menunjukkan SD1 tidak mengetahui tujuan mengapa kren
Defendan tersebut disewa oleh Pihak Ketiga yang Keenam.

(g) Daripada fakta kes ini jelas menunjukkan kerja-kerja


mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif dilakukan
oleh Pihak Ketiga yang Keenam setelah dilantik oleh Pihak
Ketiga yang Pertama dan Kedua untuk menjalankan kerja
mencabut cerucuk dan merobohkan jeti Plaintif dengan
menggunakan kren Defendan yang disewa daripada
syarikat Defendan. Walaupun kren Defendan tersebut
disewakan daripada syarikat Defendan tetapi Defendan
dan/atau wakilnya tidak mempunyai sebarang kaitan
dengan kerja-kerja mencabut cerucuk dan merobohkan jeti
Plaintif tersebut.

(h) Ini jelas dapat dilihat di dalam penyataan saksi (SD1)


(DWS1) Defendan yang mengatakan seperti berikut:-

12
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

14. S: Kenapakah kamu telah membuat tuntutan


terhadap Pihak Ketiga dinamakan dalam
tindakan?

J: Saya telah membuat tuntutan terhadap pihak


Ketiga dengan berniat bahawa sekiranya
tuntutan Plaintif terhadap saya dibenarkan
maka tuntutan tersebut adalah diakibatkan oleh
Pihak Ketiga yang harus menanggung kerugian
yang dialami oleh saya atau penanggung
kerugian terhadap penghakiman yang dibuat
terhadap saya atau jumlah yang dihakimi
terhadap saya dibayar oleh Pihak Ketiga.

15. S: Kenapakah kamu mengatakan Pihak Ketiga


yang bertanggungjawab terhadap tuntutan
Plaintif?

J: Kerana Pihak Ketiga yang telah melantik


kontraktor untuk mencabut cerucuk di Pulau
Tinggi. Kren tersebut yang telah disewakan
tersebut adalah kepunyaan saya tetapi saya
tidak mempunyai sebarang kaitan dengan
kerja-kerja mencabut cerucuk tersebut.

16. S: Adakah kamu setuju kerja-kerja mencabut


cerucuk telah dilakukan atas arahan oleh
Pihak Ketiga 1-5 terhadap pihak Ketiga Ke-
6.

J: Ya, kerja-kerja mencabut cerucuk telah


dilakukan atas arahan Pihak Ketiga 1-5
kepada pihak Ketiga Ke-6 yang telah
menyewa kren tersebut. (penekanan diberi)

13
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

(i) Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, saya berpendapat


kausa tindakan Plaintif yang sebenarnya adalah terhadap
Pihak Ketiga yang Pertama hingga Keenam dan bukannya
terhadap Defendan dan/atau wakilnya yang hanya
bertindak menyewakan kren Defendan tersebut kepada
pihak Ketiga yang Keenam.

Isu Kedua

Sama ada Defendan perlu membayar ganti rugi kepada Plaintif


seperti yang dipohon

[40] Berdasarkan dapatan saya yang Defendan tidak menceroboh dan


tidak memusnahkan jeti Plaintif, maka saya berpandangan
Defendan tidak perlu membayar apa-apa ganti rugi kepada
Plaintif.

[41] Seterusnya saya ingin menegaskan di dalam penghakiman ini,


sekiranya dapatan saya di dalam isu yang pertama ini adalah
salah dan Defendan atau wakilnya telah didapati menceroboh
dan memusnahkan jeti Plaintif, berapakah jumlah ganti rugi
yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

[42] Beban bukti adalah terletak dibahu Plaintif untuk membuktikan


yang beliau telah mengalami kerugian akibat daripada
pencerobohan dan pemusnahan jeti Plaintif oleh Defendan.

[43] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ong Ah Long v. Dr. S.


Underwood [1983] 2 MLJ 324 telah memutuskan:

It is a well established principle that special damages in


contrast to general damages have to be specificially
pleaded and strictly proved.

14
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[44] Plaintif telah menuntut daripada Defendan kerana kononnya


telah mengalami kerugian kos binaan jeti berjumlah RM4juta,
sewa kren, pontoon, bot tunda dan bot berjumlah RM620,000/-
dan ganti rugi am ditaksirkan.

[45] Setelah saya meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan


di mahkamah, saya mendapati Plaintif gagal mengemukakan
bukti yang menunjukkan beliau telah mengalami kerugian akibat
daripada perobohan jeti Plaintif tersebut.

[46] Keterangan saksi-saksi Plaintif telah membuktikan perkara ini.


Encik Hairul Nizam (SP2) semasa pemeriksaan balas telah
memberi keterangan seperti berikut:

Muka surat 39, 40, 41 Nota Keterangan

RV: Begitu ya. Ok tak apa. En. Hairul, tadi kata dah
bayar RM200,000 dan RM1.2 juta.

HAIRUL: Ya, saya.

RV: Jumlah yang sebegitu besar. Bolehkah kamu


menunjukkan kepada Mahkamah yang kamu telah
mengeluarkan invois kepada Plaintif bagi kerja -
kerja yang telah disiapkan?

HAIRUL: Tak bawa.

RV: Tak, kena hari ini di Mahkamah En. Hairul. Ada


tak di Mahkamah menunjukkan dokumen invois
kamu yang menunjukkan telah siap binaan dan bil
Plaintif?

HAIRUL: Tiada.

15
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

RV So bagaimana dengan invois bagi tahap pekerjaan


iaitu untuk RM1.2 juta itu? Ada tak sebarang
invois untuk menunjukkan kerja dah siap, suruh
Plaintif bayar duit ini?

HAIRUL: Tiada dalam Mahkamah.

RV: Duit ini tidak mungkin dibayar secara cash kan? Saya
percaya mesti secara cek.

HAIRUL: Ya.

RV: Ada sebarang bank slip menunjukkan Plaintif


telah bayar duit ini kepada kamu?

HAIRUL: Tiada di Mahkamah.

RV: Ada tak sebarang penyata akaun kamu


menunjukkan duit ini telah masuk dalam akaun
kamu atau ke akaun Sakiza?

HAIRUL: Tiada.

RV: Ada tak apa, at least Photostat cheque ke apa -apa


di Mahkamah mengatakan Shaz Resort dah bayar
duit ini?

HAIRUL: Juga tiada di Mahkamah.

RV: So saya cadangkan tidak ada apa-apa bukti


menunjukkan Shaz Resort dah bayar jumlah
RM200,000 dengan RM1.2juta ini di Mahkamah ini.

HAIRUL: Maksudnya?

RV: Saya katakan tidak ada sebarang bukti di


Mahkamah menunjukkan jumlah RM1.2 juta dan

16
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

RM200,000 ini telah dibayar oleh Shaz Resort


kepada Sakiza.

HAIRUL: Ya tiada bukti dalam mahakamah. (penekanan


diberi)

[47] SP2 selanjutnya di dalam pemeriksaan semula telah mengatakan


seperti berikut:-

Muka surat 43 Nota Keterangan

SO: Dengan izin, Yang Arif, En. Hairul, tadi peguam


cara ada bagi tahu, ada tanya tak ada bukti
bayaran RM200,000, tak ada bukti bayaran
RM1.2 juta oleh Shaz Resort kepada Sakiza
Indah.

HAIRUL: Ya.

SO: Jadi apa penjelasan berkenaan perkara ini? Dah


bayar ke belum?

HAIRUL: Sebenarnya memang bayaran telah dibuat cuma


dokumen itu tak ada di Mahkamah. (penekanan
diberi)

[48] Selanjutnya keterangan Haji Md. Zairi (SP3) di dalam


pemeriksaan balas telah mengatakan seperti berikut:-

Muka surat 21, 22 Nota Keterangan

RV: Tak kamu tengok dalam tuntutan, kamu yang IP tadi


itu. Tadi Tuan Haji ada kata ya di muka surat 6 tu
menyatakan tuntutan adalah terhadap kos pembinaan
RM4 juta dan sewa pontoon tunda, bot tunda semua
RM620,000 di muka surat 6 IP ini.

17
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

ZAIRI: Minta maaf Yang Arif, ya.

RV: Ya. Di muka surat IP juga di muka surat 5. Di


perenggan 9 itu mengatakan telah menyewa kren
untuk RM112,500, sewa pontoon tu RM225,000,
sewa bot tunda RM135,000, sewa bot RM67,500 dan
sewa pontoon RM80,000. Ada ya?

ZAIRI: Ada.

RV: Soalannya bolehkah kamu menunjukkan bahawa


kamu telah menyewa barang-barang ini. Bukti
yang mengatakan baawa kamu telah menyewa
barang-barang ini?

ZAIRI: Boleh Yang Arif.

RV: Di Mahkamah hari ini.

ZAIRI: Di Mahkamah hari ini. Semua bukti, resit-resit


semua berada di office Yang Arif.

YA: Ok.

RV: Tak, tiada di Mahkamah ya?

ZAIRI: Tiada Mahkamah.

RV: Tidak ada di Mahkamah tapi di office ya En. Haji


ya.

ZAIRI: Ya.

RV: Tuan Haji, saya mengatakan kamu tidak ada sebarang


bukti menunjukkan kamu telah membayar Sakiza
Indah jumlah RM4 juta untuk pembinaan jeti? Apa
yang saya maksudkan bukti di bukti di Mahkamah.

18
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

ZAIRI: Ya. Ulang soalan.

RV: Ok adakah kamu setuju, kamu tidak ada sebarang


bukt menunjukkan kamu telah membayar kepada
Sakiza Indah jumlah RM4 juta untuk membina
jeti?

ZAIRI: Saya ada bukti tapi jumlah RM1.4 juta.

YA: RM1.4 juta?

ZAIRI: Ya.

RV: Bolehkah kamu tunjuk bukti?

ZAIRI: Belum ada di Bundle A belum ada Yang Arif.

RV: Tidak ada ya.

ZAIRI: Belum disertakan ya.

RV: Bolehkah kamu tunjuk kepada Mahkamah kamu telah


membayar RM620,000 itu?

ZAIRI: Membayar kepada?

RV: Yang mengatakan sewa itu, sewa bot pontoon yang


belanja RM620,000. Adakah sebarang bukti?

ZAIRI: Ada bukti ada Yang Arif tapi di office juga belum
dikumpulkan resit.

YA: Bukti ada di office ya (penekanan diberi)

[49] Mahkamah mendapati jumlah ganti rugi yang dituntut oleh


Plaintif adalah banyak iaitu lebih kurang RM4.6 juta tetapi
malangnya Plaintif gagal mengemukakan bukti dalam bentuk
dokumen seperti invois dan sebagainya bagi membuktikan

19
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

perbelanjaan telah dikeluarkan bagi membina jeti Plaintif


tersebut.

[50] Berdasarkan kepada sebab-sebab di atas, saya menggunapakai


inferen bertentangan (adverse inference) di bawah seksyen 114
(g) Akta Keterangan 1950 terhadap Plaintif kerana gagal
mengemukakan bukti-bukti tersebut ke mahkamah [Rujuk kes
Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v. Petra
Perdana Berhad [2017] MLJU 1976; Letchumanan Chettiar
Alagappan @ L. Allagappan (sebagai pelaksana wasiat/executor
kepada SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho (si
mati) & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd [2017] MLJU 379].

[51] Anggapan inferen bertentangan terhadap Plaintif ini


diperkukuhkan lagi apabila SP3 sendiri mengaku di dalam
keterangan bahawa beliau tidak mempunyai bukti di mahkamah
untuk menunjukkan pembayaran RM4 juta dan RM620,000/-
tersebut telah dibuat.

Muka surat 23 Nota Keterangan

RV: Tapi tidak ada di Mahkamah ya En. Haji ya?

ZAIRI: Tak ada.

RV: Saya cadangkan kamu tidak ada sebarang


bukti di Mahkamah hari ini menunjukkan
pembayaran RM4 juga dan RN620,000.

ZAIRI: Ya setuju. (penekanan diberi)

[52] Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3 di atas, saya berpuas hati
yang Plaintif telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti di
mahkamah untuk menunjukkan terdapatnya pembayaran

20
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

sebanyak RM4 juta dan RM620,000/- telah dikeluarkan oleh


Plaintif sepertimana yang dituntut di dalam tuntutannya.

[53] Oleh yang demikian, kalaupun Defendan dalam kes ini didapati
telah menceroboh dan memusnahkan jeti Plaintif tetapi di atas
kegagalan Plaintif untuk mengemukakan bukti-bukti kerugian
dan ganti rugi yang ditanggung oleh Plaintif tersebut, maka saya
berpandangan Defendan tidak perlu membayar ganti rugi kepada
Plaintif seperti dituntut.

Isu Ketiga

Sama ada Defendan hanya telah menyewakan kren bernombor


JMR 2226 (Kren Defendan) kepada Pihak Ketiga yang keenam
untuk menjalankan kerja robohan atas arahan Pihak Ketiga yang
Pertama hingga Kelima

[54] Isu ini telahpun dijawap sepertimana yang telah diterangkan di


dalam perenggan 39 (a) hingga (i) di atas.

Isu Keempat

Sama ada Plaintif mempunyai kebenaran untuk mendirikan jeti


yang telah dirobohkan atas arahan Pihak Ketiga yang Pertama
hingga Kelima

[55] Setelah saya meneliti keterangan yang dikemukakan di


mahkamah, saya berpuas hati yang Plaintif tidak mempunyai
kebenaran untuk mendirikan jeti Plaintif di atas tanah kerajaan
Lot 102 tersebut menyebabkan jeti Plaintif tersebut telah
dirobohkan oleh Pihak Ketiga yang Keenam atas arahan Pihak
Ketiga yang Pertama hingga Kelima.

21
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[56] Sayugia diingatkan bahawa Pejabat Daerah Mersing melalui


surat mereka bertarikh 22.4.2015 melantik Pihak Ketiga yang
Keenam sebagai kontraktor untuk mencabut cerucuk dan
merobohkan jeti Plaintif di atas tanah kerajaan Lot 102.

[57] Ini dengan jelas telah dinyatakan oleh Encik Mohd Faiz bin
Salehon, Penolong Pentadbir Tanah, Mersing (saksi Pihak
Ketiga yang Pertama hingga Kelima) di dalam penyataan
saksinya (DPKS-1) dengan menyatakan seperti berikut:-

S5: Adakah anda terlibat di dalam hal merobohkan jeti yang


dibina di atas tanah kerajaan?

J5: Tidak

S6: Adakah sebarang kebenaran yang diberi oleh pihak


PTD/Kerajaan?

J6: Tidak.

S7: Siapakah yang membina jeti tersebut tanpa kebenaran?

J7: Berdasarkan Laporan yang dibuat, jeti dibina oleh


Shaz Resort.

S8: Jelaskan di mana kedudukan jeti tersebut? Siapakah


yang membina?

J8: Berdasarkan kepada pelan lokasi kedudukan jeti atau


lebih tepat pembinaan jeti (cerucuk) berada di atas
tanah kerajaan dan pembinaannya belum sampai ke
tanah milik Md Zairi bin Zainal.

S9: Adakah anda ditugaskan untuk menyediakan laporan


tentang pembinaan jeti tersebut?

22
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

J9: Tidak.

S10: Adakah Plaintif membina jeti di atas tanah Md Zairi


bin Zainal?

J10: Tidak, berdasarkan kepada pelan lokasi, pembinaan


jeti (cerucuk) berada di atas tanah kerajaan dan belum
sampai ke tanah milik Md. Zairi bin Zainal.

S11: Adakah Plaintif berjaya mendapat TOL ke atas tanah


di mana Plaintif membina jeti?

J11: Tidak.

S12: Adakah pembinaannya salah?

J12: Ya, salah kerana dibina di atas tanah kerajaan


(Seksyen 425 KTN 1965) dan tanpa kebenaran.

S13: Jika salah, apakah tindakan yang diambil oleh pihak


PTD?

J13: Telah memberi notis Pemberitahuan Atas


Pencerobohan Tanah Kerajaan di Daerah Mersing
bertarikh 19.3.2015, 24.3.3015 dan 14.4.2015 kepada
Plaintif untuk keluar/mengosongkan tanah kerajaan
tersebut.

S:15: Adakah laporan polis dibuat berkaitan pencerobohan dan


perobohan jeti tersebut?

J15: Ya, 2 laporan polis dibuat pada 16.4.2016 iaitu jam 8.39
pagi sebelum perobohan dan pada jam 16.29 petang
selepas perobohan.

23
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

S16: Adakah pihak Jabatan Laut memberi kelulusan untuk


pembinaan Jeti Plaintif?

J16: Penelitian saya mendapati pada awalnya Jabatan Laut telah


meluluskan permohonan tersebut dengan beberapa syarat
tetapi telah menarik balik kelulusan tersebut melalui surat
bertarikh 20/4/2015. Walau bagaimana pun, pencerobohan
Plaintif bukannya di kawasan Taman Laut malah di pantai
yang merupakan tanah hakmilik Kerajaan Negeri.

S17: Siapakah yang dilantik untuk merobohkannya?

J17: Syarikat Aur Pesaka Jaya dilantik oleh Pejabat Daerah


Mersing melalui surat bertarikh 22.4.2015 (di dalam
ikatan Dokumen Bersama Kedua (Part A) di tag -K.

S18: Adakah Defendan dilantik oleh Pihak Ketiga Pertama


hingga Kelima?

J18: Tidak. Ianya bukan dilantik oleh Pejabat Tanah


ataupun Pejabat Tanah Daerah kerana ia disewakan
daripada Defendan oleh Syarikat Aur Pesaka.

S19: Apakah Pihak Ketiga Pertama hingga Kelima


mempunyai sebarang hubungan dengan Defendan?

J19: Tidak.

S20: Adakah tindakan merobohkan jeti tersebut dilakukan


menurut undang-undang?

J20: Ya. (Penekanan diberi)

[58] Selanjutnya di dalam pemeriksaan balas, SPK1 ini telah


mengatakan seperti berikut:

24
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

Muka surat 99, 100, 101 Nota Keterangan

RV: Adakah kamu setuju kerja-kerja mencabut


cerucuk di Pulau Tinggi yang kepunyaan Plaintif
telah dicabut kerana telah membina tanpa
kebenaran?

FAIZ: Ya saya.

RV: Adakah cerucuk telah dibina atas tanah kerajaan?

FAIZ: Ya saya.

RV: Adakah benar oleh kerana Plaintif telah


mencerobohi tanah kerajaan maka notis
pemberitahuan pencerobohan telah dikeluarkan?

FAIZ: Ya saya.

RV: Adakah notis itu di Tab F, Bundle B?

FAIZ: Ya saya.

RV: Adakah Plaintif telah keluar dari tanah kerajaan


yang telah dicerobohi tersebut?

FAIZ; Melalui pengetahuan saya, Plaintif tidak keluar.

RV: Adakah benar oleh kerana Plaintif telah gagal


untuk keluar dari tanah kerajaan dan telah
membina jeti tanpa kelulusan maka telah melantik
Aur Pesaka Jaya untuk membuat kerja-kerja
mencabut cerucuk?

FAIZ: Ya berdasarkan surat ini.

25
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

RV: Adakah surat pelantikan Aur Pesaka Jaya iatu di


muka surat 36, Bundle A?

FAIZ: Ya saya.

RV: Adakah Aur Pesaka Jaya telah mencabut cerucuk-


cerucuk Plaintif seperti yang diarahkan?

FAIZ: Dari bacaan laporan saya, cerucuk semua telah


dicabut.

RV: Adakah kamu setuju kerja-kerja mencabut


cerucuk telah dilakukan oleh Aur Pesaka Jaya
atas arahan Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat
Daerah Mersing?

FAIZ: Berdasarkan laporan yang telah saya baca, ya


betul?

RV: Adakah kamu setuju Aur Pesaka Jaya telah


menyewa kren daripada Defendan untuk
menjalankan kerja-kerja mencabut cerucuk yang
telah diarahkan?

FAIZ: Ya saya berdasarkan surat Pejabat Daerah.


(penekanan diberi)

[59] Saksi Hj. Md Zairi b. Zainal (SP3) di dalam pemeriksaan semula


telah mengatakan seperti berikut:

SO: Tadi juga peguam cara ada tanya bila TOL tak di....
sekiranya lesen kedudukan sementara tak dibenarkan
maknanya Shaz Resort tak akan dibenarkan berada
atas tanah kerajaan. Ini tentang.... isu tentang tanah
kerajaan. Jadi pembinaan jeti ini atas tanah kerajaan
ataupun atas tanah TOL ataupun atas tanah yang

26
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

telah dapat kelulusan macam mana? Sila jelaskan


cara ringkas

ZAIRI: Atas tanah TOL.

[60] Saya dapati pihak Plaintif langsung tidak mengemukakan


sebarang bukti terutamanya surat kelulusan pembinaan jeti
Plaintif dan TOL yang merupakan bukti penting untuk
menunjukkan yang jeti Plaintif tersebut dibina setelah mendapat
kelulusan Pihak Berkuasa di atas tanah lot yang diberi kelulusan
TOL. Di atas kegagalan Plaintif mengemukakan surat kelulusan
dan TOL tersebut, saya membuat inference bertentangan
(adverse inference) terhadap Plaintif di bawah seksyen 114 (g)
Akta keterangan 1950.

[61] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas, mahkamah


membuat dapatan fakta bahawa:-

(i) Plaintif telah mendirikan jeti Plaintif di atas tanah milik


Kerajaan Negeri Johor (Pihak Ketiga yang Kelima).

(ii) Plaintif tidak pernah mempunyai kelulusan untuk membina


jeti pada bila-bila masa di atas tanah kerajaan Lot 102.

(iii) Plaintif tidak memiliki sebarang Lesen Menduduki


Sementara (TOL) di atas tanah kerajaan Lot 102 di mana
jeti Plaintif tersebut dibina.

(iv) Pada setiap masa, status Plaintif dan jeti Plaintif adalah
sebagai penceroboh di atas tanah kerajaan dan Plaintif
tidak mempunyai kuasa untuk membina jeti di atas tanah
kerajaan Lot 102 tersebut.

(v) Pencerobohan jeti Plaintif di tanah kerajaan adalah satu


kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN.

27
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

(vi) Plaintif tidak mempunyai hak sama ada daripada segi


undang-undang mahupun ekuiti untuk menduduki apatah
lagi mendirikan jeti Plaintif di atas tanah kerajaan Lot 102
tersebut.

[62] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sidek Hj. Muhamad & Ors
v. The Government of The State of Perak & Ors. [1982] CLJ
(Rep) 321 menyatakan seperti berikut:-

“It is clear beyond doubt that the appellants cannot succeed in


their action because they are squatters. Squatters have no right
either in law or in equity.”

[63] Dalam kes Muniandy A/L Subramaniam & Ors v. Majlis


Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan & Anor [2003]
6 MLJ 177 Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:-

The position of the temple in law is not unlike the appellants in


the Federal Court case of Sidek Muhamad & Ors v. The
Government of the State of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313. In
that case Raja Azlan Shah CJ (as His Highness was then) at p
314 said this:

... In our opinion there is one issue which lies at the heart at this
case. It is whether the appellants have a cause of action against
the respondents. The answer is obivious. It is clear beyond doubt
that they cannot succeed because they are squatters. Squatters
have no right either in law or in equity. (See McPhail v. Persons
Unknown CA). It does not lie in their mouths to assert that they
used and occupied the land as squatters.

Their position under the National Land Code is not dissimilar.


Section 48 of the Code is against them. It says that „No title to
State land shall be acquired by possession, unlawful occupation

28
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

or occupation under any licence for any period whatsoever.‟


Section 78 of the Code is also relevant. It says that alienation of
State land shall only be effected in accordance with the
provisions of Chapter 3, of Part Five and Chapter 2... Section
341 of the Code empowers the State Authority to dispossess any
squatters at any time. So the limitation period does operate
against the state. What equitable right or interest can be
conjured up for the squatters who have illegally occupied State
land? Squatters go into possession by, or as a result of, illegal
occupation of state land. Illegal occupation of State land is an
offence under s. 425 of the National Land Code. It is well
established that a court of equity will never assist squatters to
resist an order of possession illegally acquired; it will never
intervene in aid of wrong-doers. (See Grafton v. Griffin)...

[64] Saya dapati Plaintif di dalam kes ini cuba menunjukkan kepada
mahkamah bahawa pembinaan jeti Plaintif tersebut adalah sah
kerana terdapat satu perjanjian (P2) telah dimasuki di antara
Plaintif dan Sakiza Indah Sdn Bhd (Sakiza Indah).

[65] Pada pandangan saya, perjanjian di antara Plaintif dan Sakiza


Indah tersebut untuk membina jeti Plaintif adalah satu kontrak
yang tidak sah di bawah Akta Kontrak 1950 dan adalah void ab
initio.

[66] Ini ialah kerana tanah di mana jeti Plantif tersebut dibina adalah
terletak di atas tanah milik Kerajaan Negeri Johor (Pihak Ketiga
yang Kelima). Tanah tersebut bukan dimiliki oleh Plaintif
ataupun Sakiza Indah.

[67] Saya dapati objek kepada perjanjian ini adalah untuk


menceroboh tanah kerajaan dan dengan itu melanggar seksyen
24 Akta Kontrak 1950. Seksyen 24 tersebut memperuntukkan:-

29
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

24. The consideration or object of an agreement is lawful,


unless –

(a) It is forbidden by a law;

(b) It is of such a nature that, if permitted, it would defeat any


law;

(c) It is fraudulent;

(d) It involves or implies injury to the person or property of


another; or

(e) the court regards it as immoral, or opposed to public


policy.

In each of the above cases, the consideration or object of an


agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the
object or consideration is unlawful is void. (Penekanan diberi)

[68] Selanjutnya saya berpendapat Perjanjian P2 tersebut adalah


melanggar Seksyen 425 KTN. Di dalam kes Merong
Mahawangsa Sdn Bhd & Anor v. Dato’ Shazryl Eskay bin
Abdullah [2015] 5 MLJ 619, Mahkamah Persekutuan telah
menyatakan bahawa:

“[28] Thus, „It is well established that if a contract is, on its


face, illegal, the court will not enforce it, whether illegality is
pleaded or not‟. Lediaev v. Vallen [2009] EWCA Civ 156 per
Aikens LJ). Local authorities agreed.

[29] In Natha Singh v. Syed Abdul Rahman & anor [1962] 1


MLJ 265b, Hepworth J applied North Western Salt v.
Electrolytic Alkali Company and Lipton v. Powell, and held that
even where not pleaded the court has the right to intervene

30
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

where a contract is on the face of it illegal or its illegality is


brought to the notice of the court‟. ”

[69] Dalam kes Lim Kar Bee v. Duofortis Properties (M) Sdn Bhd
[1992] 2 MLJ 281 Mahkamah Agong menyatakan bahawa:

“Courts have always set their face against illegality in any


contract. It is very well settled that the courts take judicial
notice of such illegality and refuse to enforce the contract, and
such judicial notice may be taken at any stage, either at the
court of first instance or at the appellate stage irrespective of
whether illegality is pleaded or not where the contract is ex facie
illegal”

[70] Plaintif juga di dalam hujahannya telah membangkitkan isu


bahawa Pegawai Daerah Mersing (Pihak Ketiga yang Pertama)
tidak mempunyai kuasa yang sah di bawah seksyen 426A KTN
untuk menjalankan fungsi penguatkuasaan iaitu mencabut
cerucuk dan merobohkan jet Plaintif kerana menurut Plaintif
hanya Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang mempunyai kuasa
berbuat demikian.

[71] Malangnya saya dapati Plaintif gagal untuk menamakan Pegawai


Daerah Mersing, Pentadbir Tanah Mersing dan Kerajaan Negeri
Johor sebagai Defendan-Defendan di dalam kes ini. Kegagalan
Plaintif untuk menamakan mereka sebagai Defendan-Defendan
di dalam kes ini adalah cacat dan fatal terhadap kes Plaintif
kerana pihak-pihak adalah terikat dengan pliding.

[72] Dalam kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Bhd [2015] 6
MLJ 1 di muka surat 17 Mahkamah Persekutuan berkata:

31
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound


by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues
which they have not pleaded

[73] Selanjutnya di dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd
v. Mkini Dotcom Sdn Bhd [2018] 1 LNS 62, Mahkamah Rayuan
telah berkata:

[66] The fact that it is not within the contemplation of the


parties is unfair and prejudicial to the party against
whom such a defence is lavelled. This is the underlying
reason why parties are bound to their pleaded case.

[67] In the case of RHB Bank Bhd v. Kwan Chew Holdings


[2010] 1 CLJ 665, the Federal Court similarly criticized
the Court of Appeal for dealing with the appeal on an
unpleaded issue, finding that the proposition of the Court
of Appeal was not even pleaded by the respondent and that
parties must abide by their pleadings and it is not the
duty of the court to invent or create a cause of action or
a defence under the guise of doing justice for the
parties. (penekanan diberi)

[74] Dalam kes ini, Plaintif bukan sahaja tidak memplid malah tidak
menamakan Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing,
Pentadbir Tanah Mersing, Pejabat Tanah Mersing dan Kerajaan
Negeri Johor sebagai Defendan. Oleh itu, hujahan Plaintif
mengenai isu Pegawai Daerah Mersing tidak mempunyai
bidangkuasa membuat tindakan penguatkuasaan di bawah
seksyen 426A KTN adalah tidak diterima dan dengan itu ditolak
oleh mahkamah ini.

[75] Berdasarkan kepada sebab-sebab di atas, mahkamah mendapati


pihak Plaintif telah gagal membuktikan kesnya di atas kadar

32
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

kebarangkalian bahawa Defendan atau wakilnya telah


menceroboh dan memusnahkan jeti Plaintif dan dengan itu tidak
berhak untuk menuntut ganti rugi daripada Defendan.

Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif

[76] Defendan telah membuat Tuntutan Balas ke atas Plaintif kerana


nama Plaintif dikatakan telah disenarai hitam oleh pihak bank
kerana terdapatnya tindakan ini yang difailkan oleh Plaintif ke
mahkamah dan oleh itu Defendan telah gagal mendapat pinjaman
bagi tujuan untuk menyelesaikan baki harga pembelian.

[77] Plaintif dikatakan terpaksa mendapatkan pinjaman daripada


pihak yang lain dengan pembayaran faedah yang lebih tinggi.

[78] Walau bagaimanapun, saya dapati sewaktu perbicaraan di


mahkamah, Defendan tidak mengemukakan apa-apa dokumen
atau bukti untuk menunjukkan butir-butir kerugian yang
dikatakan dialami oleh Defendan tersebut. Malah di dalam
penyata saksi Defendan (DWS1) dan juga di dalam hujahan
bertulis Defendan, tidak ada sebarang keteranganpun mahupun
hujahan yang dikemukakan oleh Defendan untuk membuktikan
kerugian tersebut di mahkamah.

[79] Oleh itu, mahkamah percaya Defendan tidak berminat untuk


meneruskan Tuntutan Balasnya tersebut terhadap Plaintif.

[80] Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, mahkamah menolak


Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif.

33
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

Notis Pihak Ketiga Defendan terhadap Pihak Ketiga yang Pertama


hingga Keenam

[81] Berikutan dengan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan dan


Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif telah ditolak oleh
mahkamah, saya mendapati Defendan juga telah gagal
membuktikan tuntutan Pihak Ketiga ke atas Pihak Ketiga yang
Pertama hingga Keenam dan oleh itu, tuntutan Notis Pihak
Ketiga ke atas Pihak Ketiga yang Pertama hingga Keenam
adalah ditolak.

Kesimpulan

[82] Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di


atas, mahkamah telah:-

(a) menolak Tuntutan Plaintif terhadap Defendan tanpa kos.

(b) menolak Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif tanpa


kos.

(c) menolak Tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga yang


Pertama hingga Keenam tanpa kos.

Bertarikh: 14 MEI 2018

(AHMAD KAMAL MD SHAHID)


Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi
Johor Bahru.

34
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

KAUNSEL:

Bagi pihak plaintif - Shahruddin Osman; T/n Hanif & Co


Peguambela & Peguamcara
Unit LP-06, Menara TJB
No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti
80000 Johor Bahru
Johor.

Bagi pihak defendan - R Vasanthan; T/n Julie Lim, Vasanthan & Co


Peguambela & Peguamcara
Lot 21-02, Level 21, Public Bank Tower
No. 19, Jalan Wong Ah Fook
81000 Johor Bahru
Johor.

Bagi pihak ketiga pertama hingga kelima - Abdul Malik Ayob;


Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri; Pejabat Penasihat
Undang-Undang Negeri Johor
Aras 2, Bangunan Dato‟ Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79100 Iskandar Puteri
Johor.

Kes-kes yang dirujuk:

Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324

Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v. Petra Perdana
Berhad [2017] MLJU 1976

Letchumanan Chettiar Alagappan @ L. Allagappan (sebagai


pelaksana wasiat/executor kepada SL Alameloo Achi alias Sona Lena

35
[2018] 1 LNS 600 Legal Network Series

Alamelo Acho (si mati) & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd [2017]
MLJU 379

Sidek Hj. Muhamad & Ors v. The Government of The State of Perak &
Ors. [1982] CLJ (Rep) 321

Muniandy A/L Subramaniam & Ors v. Majlis Perbandaran Langkawi


Bandaraya Pelancongan & Anor [2003] 6 MLJ 177

Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor v. Dato ’ Shazryl Eskay bin
Abdullah [2015] 5 MLJ 619

Natha Singh v. Syed Abdul Rahman & anor [1962] 1 MLJ 265b

Lim Kar Bee v. Duofortis Properties (M) Sdn Bhd [1992] 2 MLJ 281

Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Bhd [2015] 6 MLJ

Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v. Mkini Dotcom Sdn Bhd
[2018] 1 LNS 62

Perundangan yang dirujuk:

Kanun Tanah Negara, ss. 425, 426A, 426B, 426C

Akta Keterangan 1950, s. 114 (g)

Akta Kontrak 1950, s. 24

36

You might also like