You are on page 1of 262

TERHAD

PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BIL 3/2008

FUNGSI PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN,


PERANAN KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA DALAM
PEROLEHAN TANAH UNTUK KEGUNAAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN DAN PENGURUSAN TANAH-TANAH
PERSEKUTUAN SELEPAS PEROLEHAN

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PERSEKUTUAN)


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

TERHAD
TERHAD

2 TERHAD
TERHAD

SENARAI PEKELILING / PINDAAN

BIL. TAJUK PEKELILING BIL. PEKELILING

3 TERHAD
TERHAD

4 TERHAD
TERHAD
PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BIL 3/2008

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

i. Fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Peranan Kementerian / 7 - 11


Jabatan Pengguna Dalam Perolehan Tanah Untuk Kegunaan Kerajaan
Persekutuan Dan Pengurusan Tanah-Tanah Persekutuan Selepas
Perolehan

ii. Lampiran ‘A’ - Peranan / Fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 13

Lampiran ‘B’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 15


Untuk Mendapat Suatu Hakmilik Di Atas Tanah
Kerajaan / Tanah Rizab Persekutuan

Lampiran ‘C’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 43


Untuk Memohon Perizaban Tanah Persekutuan

Lampiran ‘D’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 49


Untuk Memohon Mendapatkan Permit Ruang
Udara

Lampiran ‘E’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 55


Untuk Mendapatkan Lesen Pendudukan
Sementara (LPS)

Lampiran ‘F’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 63


Untuk Mendapat Suatu Tanah Milik Di Bawah
Akta Pengambilan Tanah, 1960

Lampiran ‘F (6)’ - Permohonan Kementerian / Jabatan Pengguna 99


Untuk Pengambilan Tanah Bagi Tujuan
Menggunakan Tanah Milik Secara Sementara Di
Bawah (Bahagian VII), Akta Pengambilan Tanah
1960

Lampiran ‘G’ - Permohonan Pembelian Tanah Oleh Kerajaan 119


Persekutuan Daripada Orang Persendirian /
Syarikat / Badan Berkanun

Lampiran ‘H’ - Permohonan Bagi Mendaftarkan Perletakhakan 139


Tanah Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

iii. Lampiran ‘I’ - Pengurusan Tanah Persekutuan Selepas Perolehan 145 - 261

5 TERHAD
TERHAD

6 TERHAD
TERHAD

PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BIL 3/2008

FUNGSI PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN,


PERANAN KEMENTERIAN / JABATAN PENGGUNA DALAM
PEROLEHAN TANAH UNTUK KEGUNAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
DAN PENGURUSAN TANAH-TANAH PERSEKUTUAN
SELEPAS PEROLEHAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mengenai:

1.1 fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP);

1.2 peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dalam


perolehan tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan; dan

1.3 pengurusan tanah Persekutuan selepas perolehan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Secara umumnya, tanah Persekutuan dinyatakan di bawah


Bab IV Perlembagaan Persekutuan di dalam dua (2) bentuk
iaitu bentuk hakmilik dan rizab. Sementara itu, terdapat juga
tanah Kerajaan Negeri yang digunakan oleh Kerajaan
Persekutuan seperti yang dinyatakan di bawah Perkara
166(3) Perlembagaan Persekutuan (tanah di Pulau Pinang
dan Melaka).

2.2 Bagi tanah rizab, terdapat dua (2) bentuk pengiktirafan yang
diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu
7 TERHAD
TERHAD
tanah rizab yang diwartakan di bawah Perkara 85 (i), (ii) dan
(iv) serta tanah rizab yang diiktiraf secara automatik tanpa
warta iaitu tanah yang diduduki sebelum dan pada hari
Merdeka ianya menjadi kegunaan Kerajaan Persekutuan
[Perkara 85(5) (iii)].

2.3 Cara perolehan tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan


tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi
perlu mengikuti prosedur yang telah sedia ada di dalam
undang-undang tanah berkuatkuasa di negeri-negeri
berkenaan seperti Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, Akta
Pengambilan Tanah 1960 dan peraturan/kaedah yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak-pihak yang
berkenaan. Di bawah KTN, 1965 juga ada dinyatakan lain-
lain bentuk pemegangan tanah seperti permit, lesen
pendudukan sementara, permit ruang udara dan lain-lain di
mana ianya juga boleh dipegang oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PERANAN/FUNGSI PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN (PTP)

3.1 Di dalam setiap perolehan tanah Persekutuan terdapat


sekurang-kurangnya dua (2) pihak yang terlibat iaitu
Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan PTP. Secara
amnya KJP berperanan untuk mengenalpasti (termasuk
memohon tanah melalui PTP), membangun dan mengawal
tanah Kerajaan Persekutuan. Sementara PTP pula berperanan
sebagai ‘custodian’ kepada tanah-tanah Persekutuan.

3.2 PTP diperbadankan di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah


Persekutuan (Pemerbadanan) 1957 (Semakan 1988-Akta 349)
bagi menjalankan kuasa memiliki dan melupuskan tanah-
tanah kepada dan daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu,
8 TERHAD
TERHAD
segala harta tanah kepunyaan Kerajaan Persekutuan adalah
terletakhak di atas nama PTP.

3.3 Mengikut Akta berkenaan, ‘harta’ meliputi semua estet,


kepentingan, ismen dan hak, sama ada menurut ekuiti
atau undang-undang pada, kepada atau daripada harta
dan benda dalam tindakan.

3.4 Peranan/Fungsi PTP adalah seperti di Lampiran ‘A’.

4. CARA PEROLEHAN TANAH DAN PERANAN KJP

Secara umumnya terdapat tujuh (7) cara perolehan tanah untuk


projek-projek Kerajaan Persekutuan. Perolehan-perolehan ini
melibatkan status tanah yang berbeza seperti berikut:

4.1 Perolehan ke atas tanah Kerajaan Negeri dibuat melalui:

(a) permohonan pemberimilikan – sila rujuk Lampiran ‘B’;

(b) permohonan perizapan – sila rujuk Lampiran ‘C’;

(c) permohonan permit ruang udara – sila rujuk


Lampiran ‘D’; dan

(d) permohonan lesen pendudukan sementara – sila rujuk


Lampiran ‘E’.

9 TERHAD
TERHAD

4.2 Perolehan ke atas tanah milik untuk dibuat melalui:

(a) permohonan pengambilan tanah atau penggunaan


tanah secara sementara di bawah Akta Pengambilan
Tanah, 1960 - sila rujuk Lampiran ‘F’;

(b) pembelian tanah milik melalui Surat Pekeliling


Perbendaharaan Bil. 11/2007 (SPP 11/2007) - sila
rujuk Lampiran ‘G’; dan

(c) perletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah


Persekutuan melalui undang-undang yang diluluskan
oleh Parlimen - sila rujuk Lampiran ‘H’.

5. PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN SELEPAS PEROLEHAN

5.1 Tanah-tanah yang telah diperolehi perlu diuruskan dengan


cekap dan berkesan supaya penggunaannya dapat
dioptimumkan. Kaedah pengurusan ini dinyatakan seperti di
Lampiran ‘I’.

5.2 Semua perolehan tanah untuk kegunaan Kerajaan


Persekutuan dengan mengguna peruntukan/pembiayaan
sama ada melalui geran atau pinjaman dan sama ada
pembiayaan sepenuhnya atau sebahagian daripada kos
projek/perbelanjaan oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah
didaftar atas nama PTP.

10 TERHAD
TERHAD

5.3 Pegawai-pegawai KJP digalakkan untuk menghadiri kursus-


kursus tanah yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur
Negara (INSTUN) dari semasa ke semasa.

6. KUATKUASA PEKELILING

6.1 Pekeliling PTP Bil 2/2003 adalah dibatalkan

6.2 Pekeliling ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia


sahaja kecuali bagi urusan pembelian di bawah SPP 11/2007
dan perletakhakan tanah, yang akan berkuatkuasa di Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan, Labuan.

6.3 Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya


dikeluarkan.

[ DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF ]


Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Tarikh : 25 Jun 2008

Ruj : JKPTG/101/UTP/799-6
JKPTG/101/KPU/799-5 (6)

11 TERHAD
TERHAD

12 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘A’

PERANAN / FUNGSI PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

1. Mengurus perolehan tanah-tanah untuk kegunaan Kerajaan


Persekutuan (termasuk perletakhakan tanah kepada PTP).

2. Mengurus penyimpanan, penyelenggaraan dan pengemaskinian


rekod-rekod tanah Persekutuan.

3. Mengurus pelupusan tanah Persekutuan melalui penyewaan,


pajakan, pindah milik dan lain-lain urusniaga tanah termasuk
pelepasan/penyerahan balik tanah.

4. Mengurus pembayaran cukai tanah ke atas semua tanah milik


Persekutuan (cukai semasa).

5. Membantu KJP di dalam perancangan guna tanah yang belum


dibangunkan melalui pendekatan tukarguna tanah.

6. Membantu KJP di dalam pengurusan pengawalan tanah-tanah


Persekutuan.

7. Memberi nasihat teknikal di dalam bidang pengurusan dan


perundangan tanah kepada semua KJP dan Kerajaan Persekutuan.

13 TERHAD
TERHAD

14 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B’

PERMOHONAN OLEH KEMENTERIAN / JABATAN PENGGUNA


UNTUK MENDAPAT SUATU HAKMILIK DI ATAS TANAH
KERAJAAN/TANAH RIZAB PERSEKUTUAN

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan Catatan :-
Memiliki Tanah
Tanah-tanah di dalam Kawasan Pekeliling KPTG
Penempatan Beramai-ramai (Group Bil. 17/1976 –
Settlement Area) untuk kegunaan Lampiran ‘B(1)’
Kerajaan Persekutuan tidak boleh
dipohon milik kecuali dirizabkan sahaja
mengikut Seksyen 8, Akta Tanah
(Kawasan Penempatan Beramai-Ramai),
1960.

(i) KJP (a) Pastikan peruntukan mencukupi


untuk tujuan bayaran:

(i) pendaftaran permohonan;

(ii) cukai Tanah Tahun Pertama;

(iii) premium;

(iv) penyediaan dan pendaftaran


hakmilik;

(v) bayaran Caruman Parit (jika


dikenakan)

(b) Berunding dengan Pentadbir Tanah


Daerah (PTD) mengenai kesesuaian
tanah.

(c) Membuat lawatan ke atas tapak


bersama PTD dan JKPTG Negeri
berkenaan bagi menentukan
kesesuaian tanah.
2. Persediaan
Membuat
Permohonan

(i) KJP a) Perkara-perkara yang perlu diperolehi


daripada Pejabat Tanah (PT) ialah:

(i) Butiran Tanah;

15 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
Pelan tanah berkenaan yang
mengandungi:

 keluasan tanah;

 nombor P.T/nombor lot


(jika ada) termasuk juga
tanah-tanah yang
bersempadan;

 nama Mukim,
Seksyen/Bandar, Daerah
dan Negeri; dan

 sempadan kawasan
tanah yang dipohon perlu
diwarnakan merah.

(ii) Borang permohonan tanah


mengikut Kaedah Tanah Negeri
(Jadual 1); dan

(iii) Lain-lain maklumat diperlukan


(jika ada)

(b) Pengesahan status tanah daripada


JKPTG Negeri.

(c) Bayaran fee permohonan tanah (wang }


pos/cek) atas nama Pentadbir Tanah } Pekeliling PTP
berkaitan. Bagi Selangor atas nama } Bil 1/2007
‘Bendahari Negeri Selangor’. }- Lampiran ‘B (2)
}
Catatan: }
Sekiranya KJP ingin memasuki tapak
lebih awal maka KJP perlulah
mengemukakan permohonan kepada
Pentadbir Tanah melalui JKPTG selepas
permohonan pemberimilikan dibuat dan
fee dijelaskan.
3. KJP Membuat
Permohonan

(i) KJP KJP perlu mengemukakan permohonan


kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(PTP) bersama-sama perkara berikut:

(a) lapan (8) salinan borang Jadual 1; Kaedah Tanah


Negeri

16 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(b) lapan (8) salinan pelan yang lengkap


bagi semua negeri kecuali 45 salinan
bagi Negeri Melaka;

(c) cek/wang pos untuk fee pendaftaran;

(d) borang pengesahan daripada JKPTG


Negeri;

(e) Borang 'K' (jika tanah dibuat


pengambilan); dan

(f) Lain-lain maklumat yang diperlukan


(jika ada)

4. Menerima
Permohonan

(i) PTP (a) Menerima, menyemak dan buat charting


[Seksyen syit-litho/map-info.
Harta Tanah
Persekutuan (b) Menandatangani pelan dan borang
(SHTP)] permohonan.

(c) Menyediakan surat iringan.

(d) Mengemukakan dua (2) salinan


permohonan kepada Pentadbir Tanah.

(e) Dua (2) salinan permohonan kepada


Pengarah Tanah dan Galian Negeri
berkaitan.

(f) Sesalinan kepada KJP, agensi, JKPTG


Negeri dan simpanan dalam fail
permohonan.

5. Memproses/
Memantau
Permohonan

(i) Pentadbir Memproses permohonan untuk mendapatkan


Tanah (PT) kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
melalui Pengarah Tanah dan Galian.

(ii) JKPTG Negeri Pemantauan permohonan tanah akan dibuat


oleh JKPTG Negeri.

17 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
6. Penerimaan
Keputusan

(i) PTP (SHTP) Tindakan selepas mendapatkan keputusan


Pihak Berkuasa Negeri:

(a) Sekiranya ditolak, PTP akan


memaklumkan kepada KJP, jika ada
rayuan, KJP perlu kemukakan
permohonan semula; atau

(b) Sekiranya diluluskan :

(i) PTP semak kadar premium supaya: Keputusan MTN


Ke-49 bertarikh
(a) Mematuhi Kadar MTN: 7 April 1994
 Harga pasaran (Projek yang - Lampiran ‘B3’
memberi faedah langsung
kepada Kerajaan
Persekutuan);
 1/2 harga pasaran (projek
yang memberi faedah
kepada Negeri dan
Persekutuan); dan
 1/4 harga pasaran (projek
yang memberi faedah
kepada Negeri);

(b) dikenakan premium nominal Pekeliling KPTG


RM1,000.00 (untuk projek 1/1997 –
sekolah); Lampiran ‘B(4)’

(c) dikenakan premium nominal Cabutan


(untuk projek tapak komersial Keputusan MTN
Lebuhraya); Ke-52
– Lampiran ‘B5’
(d) Jika diluluskan mengikut MTN,
PTP akan mengemukakan
kepada KJP untuk menjelaskan
bayaran;

(ii) KJP (e) KJP hendaklah menjelaskan Kaedah Tanah


bayaran tuntutan dalam Negeri
tempoh 3 bulan dari tarikh
menerima Notis 5A KTN.
Bayaran hendaklah dijelaskan
terus kepada PT dan salinan
kepada JKPTG. Bayaran boleh
dibuat melalui cek/EFT; dan

18 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(f) Walau bagaimanapun , jika


KJP tidak mempunyai
peruntukan untuk
menjelaskan bayaran dalam
tempoh yang ditetapkan, KJP
bolehlah memohon
perlanjutan tempoh bayaran
Notis 5A sehingga 6 bulan lagi
atau bagi tempoh lain yang
diluluskan oleh PBN melalui
PTP kepada PT.

Catatan:

Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan


Bil. 7 Tahun 2007, bayaran hendaklah
dijelaskan dalam masa empat belas (14)
hari. Rujuk Lampiran ‘B (6)’.

7. Tindakan Selepas
Bayaran

(i) PTD/Pendaftar PTD/Pendaftar Hakmilik mendaftar dokumen


Hakmilik hakmilik dan kemukakan Notis 5F Kanun
Tanah Negara (KTN) kepada PTP.

8. Penerimaan
Hakmilik

(i) PTP (a) PTP menerima dokumen hakmilik melalui


JKPTG Negeri daripada PTD/Pendaftar
Hakmilik.

b) Satu salinan hakmilik tersebut akan


dihantar kepada KJP yang berkenaan
untuk rekod.

Catatan:

KJP hendaklah mengemukakan satu (1)


salinan Hakmilik kepada Agensi di
peringkat Negeri dan Daerah untuk
pembangunan dan pengawalan.

Carta Aliran seperti di Lampiran ‘B (7)’.

19 TERHAD
TERHAD

20 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (1)’

PEKELILING
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
BILANGAN 17/ 1976

Merizabkan Tanah Di Dalam kawasan Penempatan


Beramai-ramai ( Group Settlement Area)
Untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan

Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai
kuasa merizabkan tanah di dalam kawasan penempatan beramai-ramai untuk digunak an oleh
Kerajaan Persekutuan.

2. Bahawa adalah terdapat beberapa kawasan tanah di dalam kawasan penempatan


beramai-ramai telah diberi milik kepda Pesuruhjaya Tanah Persekutuan oleh kerana tanah-tanah
itu diperlukan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan. Tindakan seperti itu oleh pihak yang
berkuasa adalah bercanggah dengan peruntuk an-peruntukan seksyen 10 Akta Tanah ( Kawasan
Penempatan Beramai-ramai), 1960 yang menyatakan iaitu pemberian milik sesuatu ‘rural holding’
atau ‘urban holding’ hanyalah boleh dibuat masing-masing menurut peruntukan-peruntukan
di dalam undang-undang tersebut iaitu peruntukan seksyen 14 dan seksyen 27. Pihak
Peguam Negara telah memberi nasihat bahawa pemberian milik menurut peruntukan
seksyen-sekyen tersebut hanyalah untuk tujuan yang ditetapkan oleh undang-undang tersebut
sahaja dan tidak untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan. Perkatan-perkataan ‘public utility’
dalam sekyen 7 (3) adalah ditujukan kepada pengunaan tanah untuk kemudahan-kemudahan
awam seperti mengadakan kuasa elek trik, air, gas, kenderaan dan lain-lain dan tidak
termasuk pengunaan tanah untuk Kerajaan Persekutuan. Jika Kerajaan Persekutuan berk
ehendakkan sekeping tanah di dalam kawasan penempatan beramai-ramai untuk kegunaan
awam, cara memperolehinya ialah dengan menjadikan tanah itu sebagai tanah rizab menurut
peruntukan seksyen 8 undang-undang tersebut.

3. Pemungut-pemungut Hasil Tanah adalah dinasihatkan bahawa selepas sesuatu kawasan


yang tersebut di bawah ini diisytiharkan menurut salah satu daripada seksyen-sekyen Akta
Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai), 1960, maka tiap-tiap keping tanah di dalamya
yang dikehendaki untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan mahulah dijadikan rizab menurut
seksyen 8:

(a) Kawasan yang diis ytiharkan menurut seksyen 3 (1);

(b) Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan penempatan beramai-ramai


menurut Seksyen 4.

DATO’ ABDUL MANAF BIN MOHD NOR,


Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan

P.T.TM 252/6 S.K.1

Kuala Lumpur,
Oktober, 1976.

21 TERHAD
TERHAD

22 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (2)’

PEKELILING PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN


BILANGAN 1/2007

KEPERLUAN MENDAPATKAN PENGESAHAN


DARIPADA JKPTG NEGERI BAGI PERMOHONAN
TANAH (UNTUK MENDAPATKAN HAKMILIK/RIZAB)
UNTUK KEGUNAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN OLEH
KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA (KJP)
DAN FEE PERMOHONAN TANAH

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN SEKITAR

23 TERHAD
TERHAD

PEKELILING PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN BIL 1/2007

Keperluan Mendapatkan Pengesahan Daripada JKPTG Negeri Bagi


Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) Untuk Kegunaan
Kerajaan Persekutuan Oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) Dan Fee
Permohonan Tanah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:

(i) memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon

adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja;

(ii) membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi

yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan

(iii) membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi

pemantauan permohonan tanah ini.

2. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah bertanggungjawab untuk

memohon tanah bagi pihak Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

Sementara itu tugas KJP adalah mengenal pasti tapak, mengemukakan

permohonan kepada PTP di dalam borang yang ditetapkan serta menyediakan

peruntukan yang mencukupi untuk membayar premium dan lain-lain caj yang

dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

24 TERHAD
TERHAD

3. Tanah-tanah yang boleh dipohon oleh KJP bagi tujuan mendapatkan

Hakmilik/Rizab hanya tanah-tanah yang berstatus tanah kerajaan (State Land)

sahaja. Berdasarkan pengalaman Jabatan ini di dalam menerima permohonan-

permohonan di atas, terdapat tanah-tanah yang dipohon oleh KJP berstatus

tanah rizab persekutuan kegunaan kementerian lain dan tanah milik

persendirian.

4. Sehubungan dengan itu perkara di atas, semua KJP hendaklah

mendapatkan surat pengesahan daripada JKPTG Negeri mengenai status tanah

sebelum mengemukakan permohonan kepada PTP. Surat ini hendaklah

disertakan bersekali dengan Borang Permohonan Tanah (Jadual 1 Kepada

Peraturan Tanah Negeri atau Borang-borang lain seperti yang ditetapkan oleh

Pejabat Tanah) dan dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah Tanah Dan Galian,


Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian,
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(Seksyen Harta Tanah Persekutuan)
Aras 2-4, Blok Menara,
No. 25, Persiaran Perdana,
Wisma Sumber Asli, Presint 4,
62574 Putrajaya.

25 TERHAD
TERHAD

5. Setiap permohonan tanah perlu disertakan dengan bayaran (Fee)

permohonan seperti yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Negeri. Pentadbir

Tanah boleh menolak permohonan yang dikemukakan tanpa disertakan dengan

bayaran ini. Mengikut amalan sekarang, pihak KJP hanya mengemukakan

permohonan kepada PTP tanpa bayaran dan PTP pula semasa memanjangkan

permohonan tersebut kepada Pejabat Tanah akan meminta KJP mengemukakan

bayaran tersebut terus kepada Pentadbir Tanah. Berdasarkan amalan ini

Pentadbir Tanah tidak akan memproses permohonan tersebut sehinggalah

bayaran dibuat. Ini merupakan salah satu sebab berlakunya kelewatan

Pejabat Tanah memproses permohonan tersebut.

6. Sehubungan dengan perkara ini, di dalam borang pengesahan tersebut

ada dinyatakan jumlah fee yang perlu dibayar. Mulai dari tarikh kuatkuasa

Pekeliling ini, semua permohonan di perenggan 5 di atas hendaklah disertakan

dengan fee permohonan di dalam bentuk cek (berpalang), kiriman wang atas

nama Pentadbir Tanah berkenaan.

7. Contoh Borang Pengesahan tersebut adalah seperti di Lampiran ’A’.

26 TERHAD
TERHAD

8. Semua permohonan tanah yang tidak disertakan:

(i) Borang Permohonan (seperti dalam Jadual 1 Peraturan Tanah

Negeri / atau lain-lain borang yang ditetapkan);

(ii) Borang Pengesahan Status Tanah; dan

(i) Fee Permohonan

akan ditolak oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

9. Pekeliling ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sahaja dan

tidak di Sabah dan Sarawak.

10. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.

( DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF )


Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tarikh : 24 Oktober 2007

27 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN A

BORANG PENGESAHAN STATUS TANAH OLEH JKPTG NEGERI

Ketua Setiausaha
Kementerian.............................

Tuan,

Pengesahan Status Tanah Untuk Permohonan Tanah Oleh PTP Melalui


Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP)

Merujuk kepada perkara di atas, setelah disemak didapati bahawa tanah yang
akan dipohon oleh PTP adalah tanah;

(ii) Tanah Kerajaan Negeri yang telah dipersetujui oleh KJP; *

atau

(iii) Tanah Kerajaan Negeri akibat pengambilan tanah untuk *


Projek Persekutuan (Borang K disertakan)

2. Bersama ini disertakan pelan tapak berkenaan.

3. Fee permohonan ini ialah RM............................


Dan hendaklah dibayar atas nama Pentadbir Tanah ......................

Sekian, terima kasih.

Pengarah
JKPTG Negeri

* Tanda ( / ) di petak yang berkenaan.

s.k.

1. JKPTG (SHTP)
2. Jabatan .............................

28 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (3)’

KADAR BAYARAN PREMIUM BAGI TANAH KERAJAAN NEGERI YANG


DIBERIMILIK KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKUT
KEPUTUSAN MTN KE- 49 BERTARIKH 7 APRIL 1994

KADAR PREMIUM

BIL
NEGERI Kegunaan yang
Kegunaan yang
Kegunaan yang memberi faedah
memberi faedah
memberi faedah sepenuhnya
bersama Negeri /
kepada Negeri kepada
Persekutuan
Persekutuan

1 PAHANG ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

2 KELANTAN ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

3 SELANGOR ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

4 KEDAH ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

5 MELAKA ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

6 PERAK ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

7 PERLIS ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

8 JOHOR ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

9 PULAU PINANG ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

10 TERENGGANU ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran

NEGERI ¼ harga pasaran Harga pasaran


11 ½ harga pasaran
SEMBILAN

WILAYAH
12 PERSEKUTUAN ¼ harga pasaran ½ harga pasaran Harga pasaran
KUALA LUMPUR

29 TERHAD
TERHAD

30 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (4)’

PEKELILING
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
BILANGAN 1/1997

Penyeragaman Kadar Premium Tanah-Tanah Kerajaan Yang


Diberimilik Kepada Persekutuan Untuk Tapak Sekolah

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir


Tanah mengenai kadar premium tanah-tanah Kerajaan yang
diberimilik kepada Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah
hendaklah diseragamkan kepada nominal tidak melebihi RM 1,000
bagi setiap hakmilik.

2. LATARBELAKANG

2.1 Memandangkan pertumbuhan yang pesat dalam bidang pendidikan


maka sebahagian besar peruntukan yang ada digunakan untuk
memiliki tapak-tapak atau kawasan yang sesuai bagi dijadikan
sekolah dan institusi pendidikan. Sebahagian besar peruntukan
yang sedia ada digunakan untuk kos premium tapak/tanah dan
keadaan ini menjejaskan peruntukan untuk tujuan-tujuan lain yang
sama pentingnya dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian
Kerajaan Persekutuan berpendapat adalah Wajar Kerajaan-
kerajaan Negeri menyeragamkan kadar prem ium tanah-tanah
Kerajaan yang diberirnilik kepada Persekutuan bagi tapak sekolah
dengan dikenakan premium nominal bagi mengurangkan kos
membangunkan sekolah yang memberi faedah sepenuhnya kepada
rakyat/Kerajaan Negeri.

3. KEPUTUSAN MAJLIS TANAH NEGARA

3.1 Cadangan Kerajaan Persekutuan tersebut telah dibawa ke dalam


Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-53 yang telah diadakan
pada 25 April 1997 di mana mesyuarat telah bersetuju supaya
tanah-tanah Kerajaan Negeri yang diberimilik kepada Kerajaan
31 TERHAD
TERHAD
Persekutuan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi
Tujuan mendirikan sekoLah hendaklah dikenakan kadar premium
nominal tidak melebihi RM 1,000 bagi setiap hakmilik. Kadar ini
tidak termasuk tanah-tanah yang diambil balik oleh Pihak Berkuasa
Negeri dengan perbelanjaannya sendiri.

3.2. Fasal (4) Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan


bahawa apa-apa dasar yang dibentuk oleh MTN hendaklah dipatuhi
oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan.

4. PERAKUAN

4.1 Selaras dengan keputusan MTN tersebut maka dinasihatkan


pentadbir-pentadbir tanah supaya memperakukan kepada Pihak
Berkuasa Negeri kadar premium tidak melebihi RM 1,000 bagi
setiap hakmilik ke atas pemberimilikan tanah-tanah Kerajaan
kepada Kerajaan Persekutuan untuk tapak sekolah. Kadar nominal
ini hanya berkuatkuasa bagi kes-kes pemberimilikan tanah yang
diluluskan selepas tarikh keputusan MTN Ke-53 iaitu 25 April
1997. Bagi pemberimilikan tanah tapak sekolah yang diluluskan
sebelum 25 April 1997, kadar premium yang ditetapkan oleh MTN
Ke 49 iaitu 1/4 harga pasaran hendaklah dipatuhi.

5 PERSETUJUAN PENGARAH-PENGARAH TANAH DAN GALIAN

5.1 Pekeliling ini dikeluarkan dengan persetujuan semua Pengarah-


Pengarah Tanah Dan Galian.

6. TARIKH KUATKUASA

6.1 Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh Mesyuarat Majlis Tanah


Negara Ke-53 iaitu mulai 25 April 1997 bagi Negeri-Negeri di
Semenanjung Malaysia sahaja.

(DATO’ WAN ABDUL WAHID BIN HJ. WAN HASSAN)


Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

No. Fail : KTPK/101/UTP/799-4

Tarikh : 17 Oktober 1997


32 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (5)

Cabutan Minit Mesyuarat MTN Ke-52

5. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS

5.1 Kertas MTN Bil. 1/52/1996:


Cadangan Pengeluaran Hakmilik tanah Ke Atas
Tapak-Tapak Komersil Dalam Kawasan Lebuhraya Tol

5.1.1 Majlis mengambil maklum bahawa:

(a) Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke 49 pada 7 April,


1994 telah memutuskan supaya keseluruhan
tanah yang digunakan sebagai lebuhraya tol tidak
dikeluarkan hakmilik tetapi dikekalkan sebagai
jalan Persekutuan seperti amalan sekarang. Walau
bagaimanapun cadangan untuk mengeluarkan
hakmilik ke atas tanah-tanah yang digunakan
untuk kemudahan-kemudahan sampingan yang
berkaitan dengan lebuhraya seperti stesen
servis/minyak, gerai atau kedai, surau, pejabat
dan sebagainya akan dipertimbangkan semula oleh
Kerajaan Persekutuan;

(b) Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-51 pada 16


November, 1995 pula telah memutuskan supaya
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
mengkaji prosidur pelupusan dan syarat-syarat
yang seragam dan mengemukakan cadangan
untuk pertimbangan MTN;

(c) Perkara 83(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan


memperuntukan antara lainya bahawa apabila
Kerajaan Persekutuan menghendaki dan setelah
berunding, adalah menjadi kewajipan Kerajaan-

33 TERHAD
TERHAD
Kerajaan Negeri memberimilik tanah itu dengan
hakmilik pegangan kekal tanpa apa-apa sekatan
penggunaan tanah serta dikenakan premium
mengikut harga pasaran dan cukai tanah yamg
sewajarnya; dan

(d) bahawa premium dan cukai tanah bagi 60 lot


kawasan komersil Lebuhraya Tol Utara-Selatan
dianggarkan tidak melebihi RM1 juta.

5.1.2 Majlis bersetuju supaya:


(a) Kerajaan-Kerajaan Negeri mengeluarkan hakmilik
tanah bagi tapak-tapak komersil dalam kawasan
lebuhraya tol seperti kedai serbanika, stesen
minyak, restoran, motel dan bangunan pejabat;
dan

(b) hakmilik tanah terlibat didaftarkan atas nama


Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) secara
pegangan kekal tanpa sebarang sekatan
penggunaan tanah mengikut kehendak Perkara
83(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan, dengan
premium tanah mengikut harga pasaran (setelah
ditolak nilai pasaran pemajuan yang ditanggung
oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia) bagi tanah
Kerajaan dan premium nominal (RM10) bagi
tanah persendirian yang diambilbalik di bawah
Akta Pengambilan Tanah 1960 serta cukai
mengikut kadar yang ditetapkan dalam Peraturan
Tanah Negeri-Negeri berkenaan.

Tindakan : KTPK dan Kerajaan-


Kerajaan Negeri
34 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (6)

KEMENTERIAN KEWANGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN


BIL. 7 TAHUN 2006

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

PINDAAN KE ATAS ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) 103

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 1 Tahun 2002 telah meminda AP103
mengenai bil-bil hendaklah dibayar dengan segera. AP103(a) menghendaki bil-bil yang
diterima daripada pembekal dan kontraktor dibayar dengan segera tidak lewat daripada 30
hari dari tarikh bil tersebut diterima.

2. Mulai tarikh SPP ini, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah memastikan
bahawa bil dan tuntutan dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh
ianya diterima. Dengan itu, AP103 adalah dipinda seperti berikut:

“103(a) Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah meminta supaya semua bil
dan tuntutan disampaikan dengan seberapa segera. Dalam Arahan ini, bil dan
tuntutan-tuntutan adalah termasuk juga invois, borang perakuan bayaran
(Borang Perakuan bayaran Siri JKR 66) dan inden kerja sama ada di bawah
Peruntukan Mengurus, Pembangunan, Tanggungan atau Amanah. Mereka
hendaklah memastikan bahawa bil dan tuntutan itu dibayar dengan segera tidak
lewat daripada 14 hari dari tarikh ianya diterima atau selaras dengan syarat-
syarat perjanjian atau kontrak mengikut mana yang berkenaan.

(b) Bagi mematuhi Arahan di atas, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat
hendaklah menyenggara suatu Daftar Bil yang menunjukkan maklumat
seperti terkandung di dalam Lampiran V. Daftar ini hendaklah diperiksa
tidak kurang daripada sekali sebulan oleh Ketua Jabatan atau Ketua
Pejabat atau wakilnya yang diberi kuasa dan hendaklah ditandatangan
ringkas. Penyenggaraan Daftar Bil secara manual seperti di Lampiran V

35 TERHAD
TERHAD
adalah dikecualikan bagi Kementerian/Jabatan/Pusat tanggungjawab yang
melaksanakan sistem eSPKB di mana Daftar Bil adalah disediakan secara
elektronik.”

3. Dengan berkuat kuasanya SPP ini, SPP Bil. 1 Tahun 1999 (Tambahan Pertama
Kepada SPP Bil. 10 Tahun 1995), SPP Bil. 6 Tahun 2001 (Tambahan Kedua Kepada SPP
Bil. 10 Tahun 1995) dan SPP Bil. 1 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Tan Sri Izzuddin bin Dali)


Ketua Setiausaha Perbendaharaan

31 Oktober 2006

s.k. Ketua Setiausaha Negara


Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri

36 TERHAD
TERHAD

37 TERHAD
TERHAD

38 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘B (7)’

CARTA ALIRAN
PROSES MENGURUSKAN PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH

KJP sediakan peruntukan

KJP berbincang kesesuaian tapak


Dengan PT

KJP buat lawatan tapak

KJP dapatkan pelan dan Jadual 1


daripada PT

KJP dapatkan pengesahan JKPTG


Negeri

KJP sediakan bayaran Pendaftaran


(Cek/Wang Pos)

B KJP kemukakan permohonan


Kepada PTP

Dikembalikan
kepada KJP PTP terima permohonan

PTP buat semakan


Tidak
lengkap Lengkap

39 TERHAD
TERHAD

PTP proses permohonan dan


kemukakan kepada PT

Article I.
PT akan proses permohonan
untuk dapatkan kelulusan PBN

JKPTG Negeri buat pemantauan

B PT maklumkan keputusan kepada PTP


Pohon semula

Tolak
PTP terima keputusan

PTP maklum Lulus


Kepada. KJP
PTP buat semakan

Ada
Rayuan PTP kemukakan kelulusan kepada
KJP dan arahkan pembayaran oleh KJP
Tiada

KJP uruskan bayaran terus kepada


Tamat PT dan salinan bayaran kepada PTP

KJP pohon lanjut tempoh


(jika tiada peruntukan)

40 TERHAD
TERHAD
C

PT terima bayaran

PT uruskan pendaftaran
hakmilik

PT II.
Article kemukakan Notis 5F kepada
PTP

PTP terima Notis 5F

PTP arahkan JKPTG Negeri


mengambil hakmilik (Notis 5F)

PTP terima hakmilik daripada


JKPTG Negeri

PTP kemukakan salinan hakmilik


kepada KJP

Tamat

41 TERHAD
TERHAD

42 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘C’

PERMOHONAN KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA


UNTUK MEMOHON PERIZABAN TANAH PERSEKUTUAN

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan
Memiliki Tanah.

(i) KJP (a) Berunding dengan Pentadbir


Tanah Daerah (PTD) mengenai
kesesuaian tanah.

(b) Mengadakan lawatan ke atas


tapak bersama PTD dan JKPTG
Negeri bagi menentukan
kesesuaian tanah.

2. Persediaan
Membuat
Permohonan

(i) KJP (a) Perkara-perkara yang perlu


diperolehi daripada Pejabat Tanah
(PT) adalah:

(i) Butiran Tanah;

Pelan tanah berkenaan yang


mengandungi:

 keluasan tanah;

 nombor P.T/nombor lot


(jika ada) termasuk juga
tanah-tanah yang
bersempadan;

 nama Mukim, Seksyen/


Pekan/ Bandar, Daerah
dan Negeri; dan

 sempadan kawasan tanah


yang dipohon perlu
diwarnakan merah.

43 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(ii) Borang permohonan tanah


mengikut Kaedah Tanah
Negeri (jika ada); dan

(iii) Lain-lain maklumat yang


diperlukan (jika ada).

b) Pengesahan status tanah daripada


JKPTG Negeri.
}
c) Fee permohonan (wang pos/cek) } Pekeliling PTP
atas nama Pentadbir Tanah } Bi. 1/2007
Berkaitan (jika dikenakan) } Lampiran ’B(2)’
}
Catatan : }

- Fee permohonan perizaban tidak


dikenakan bagi Negeri Perlis,
Selangor, Melaka, Pahang dan
Kelantan.

- Sekiranya KJP ingin memasuki


tapak lebih awal maka KJP
perlulah mengemukakan
permohonan kepada PT melalui
JKPTG selepas permohonan
perizaban dibuat.

3. KJP Membuat KJP perlu mengemukakan Kaedah Tanah


Permohonan permohonan kepada Pesuruhjaya Negeri
Tanah Persekutuan (PTP) bersama-
(i) KJP sama perkara berikut:

(a) lapan (8) salinan borang (jika


ada);

(b) lapan (8) salinan pelan yang


lengkap bagi semua negeri
kecuali 45 salinan bagi Negeri
Melaka;

(c) pengesahan status tanah


daripada JKPTG Negeri; dan

(d) Fee permohonan (wang pos/cek);

(e) Borang K (jika tanah dibuat


pengambilan).

44 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

4. Menerima
Permohonan

(i) PTP [Seksyen a) Menerima, menyemak dan buat


Harta Tanah charting syit littho / ’map info’.
Persekutuan
(SHTP)] b) Menandatangani pelan dan borang
permohonan.

c) Menyediakan surat iringan.

d) Mengemukakan dua (2) salinan


permohonan kepada Pentadbir
Tanah.

e) Dua (2) salinan permohonan kepada


Pengarah Tanah dan Galian Negeri
berkaitan.

f) Sesalinan kepada KJP, Agensi


Kerajaan, JKPTG Negeri dan
simpanan dalam fail permohonan.

5. Memproses/
Memantau
Permohonan

(i) Pentadbir Memproses permohonan untuk


Tanah (PT) mendapatkan kelulusan pihak
Berkuasa Negeri (PBN) melalui
Pengarah Tanah dan Galian.

(ii) JKPTG Negeri Pemantauan permohonan perizapan


tanah akan dibuat oleh JKPTG Negeri.

6. Penerimaan
Keputusan

(i) PTP (SHTP) Tindakan selepas mendapatkan


keputusan Pihak Berkuasa Negeri:

(a) Sekiranya ditolak PTP akan


memaklumkan kepada KJP, jika
ada rayuan, KJP perlu kemukakan
permohonan semula; atau

45 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(b) Sekiranya diluluskan PTP akan


memaklumkan kepada KJP.

7. Penerimaan Warta

(i) PTP (SHTP) (a) PTP menerima salinan warta


daripada PT.

(b) Satu salinan warta tersebut akan


dikemukakan kepada KJP yang
berkenaan untuk rekod.

Catatan :

Carta Aliran seperti di


Lampiran ’C (1)’.

46 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘C (1)’

CARTA ALIRAN PROSES MENGURUSKAN


PERMOHONAN PERIZABAN TANAH

KJP berbincang mengenai


kesesuaian tapak dengan PT

KJP buat lawatan tapak

KJP dapatkan pelan dan


Borang Permohonan daripada
PT.

KJP dapatkan pengesahan dari


JKPTG Negeri.

KJP sediakan bayaran


Pendaftaran (Cek/Wang Pos)

KJP kemukakan permohonan


B kepada PTP.

Dikembalikan
Kepada KJP
PTP terima permohonan

Tidak Lengkap
PTP buat
Semakan

Lengkap

47 TERHAD
TERHAD

PTP proses permohonan dan


kemukakan kepada PT.

PT akan proses permohonan


untuk dapatkan kelulusan PBN.

JKPTG Negeri buat pemantauan.

Tolak

PTP terima kelulusan

Lulus

B PTP maklum PTP maklum kepada KJP.


kepada KJP
Pohon
Semula
PTP terima salinan warta
Rayuan daripada PT
Ada
Tiada
PTP kemukakan salinan warta
kepada KJP

Tamat

Tamat

48 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘D’

PERMOHONAN KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA


UNTUK MEMOHON MENDAPATKAN PERMIT RUANG UDARA

Hanya Negeri Pahang, Terengganu dan W.P Kuala Lumpur sahaja yang
mempunyai Kaedah Permohonan Permit Ruang Udara.

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan Memiliki
Permit

(i) KJP a) Pastikan Peruntukan mencukupi Seksyen 75A


untuk tujuan pembayaran: KTN
i) Fee Permohonan;

ii) Permit; dan

iii) Lain-lain bayaran yang


dikenakan.

b) Pelan Pembinaan yang telah


diluluskan oleh PBT yang
mengandungi Mukim / Bandar /
Pekan / Daerah dan Negeri.

c) Borang Permohonan mengikut


Kaedah Tanah Negeri (jika ada).

2. Persediaan
Membuat
Permohonan

(i) KJP KJP perlu mengemukakan permohonan Pekeliling PTP


kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007
(PTP) bersama-sama perkara berikut :

a) lapan (8) salinan borang


permohonan bagi semua negeri;

b) lapan (8) salinan pelan


pembangunan yang telah diluluskan
oleh PBT; dan

c) cek/wang pos bayaran permohonan


atas nama Pentadbir Tanah
berkaitan (jika ada); dan

d) surat pengesahan daripada JKPTG


49 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
Negeri.

Catatan:

Sekiranya KJP ingin memasuki tapak


lebih awal maka KJ P perlulah
mengemukakan permohonan kepada PT
melalui PTP.

3. Menerima
Permohonan

(i) PTP a) Menerima dan menyemak


[Seksyen Harta permohonan.
Tanah
Persekutuan b) Menandatangani pelan dan borang
(SHTP)] permohonan.

c) Mengemukakan dua (2) salinan


permohonan kepada Pentadbir Tanah.

d) Dua (2) salinan permohonan kepada


Pengarah tanah dan galian negeri
berkaitan.

e) Sesalinan kepada KJP.

f) Sesalinan kepada JKPTG Negeri.

g) Disimpan sesalinan di dalam fail.

4. Memproses /
Memantau
Permohonan

(i) Pentadbir Memproses permohonan untuk


Tanah (PT) mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri
melalui Pengarah Tanah Dan Galian.

(ii) JKPTG Negeri Pemantauan akan dibuat oleh JKPTG


Negeri.

5. Penerimaan
Keputusan

(i) PTP (SHTP) a) Sekiranya ditolak PTP akan


memaklumkan kepada KJP; atau

b) Sekiranya diluluskan:

50 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

i) PTP akan memaklumkan


kepada KJP dan KJP
hendaklah menyediakan
cek bayaran tahunan
seperti yang dikenakan
oleh PT. Cek hendaklah
dibuat di atas nama PT
dan dikemukakan terus
kepada PT berkaitan serta
di salinkan kepada PTP.
Bayaran juga boleh dibuat
melalui EFT;

ii) PTP menerima Permit


Menggunakan Ruang Udara
(Borang 4D KTN) daripada PT,
direkodkan dan disimpan;

iii) sesalinan akan dikemukakan


ke KJP;

iv) KJP bolehlah memulakan


(ii) KJP pembinaan struktur setelah
menerima salinan Borang
4D KTN;

v) KJP bertanggungjawab
untuk menjelaskan bayaran
tahunan permit tersebut
setiap tahun kepada PT; dan

vi) KJP perlu memaklumkan


kepada PTP sekiranya
permit tersebut tidak lagi
diperlukan supaya PTP
dapat memaklumkan kepada
PT.

Catatan:

Carta Aliran seperti di


Lampiran ’D (1)’.

51 TERHAD
TERHAD

52 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘D (1)’

CARTA ALIR
PERMOHONAN PERMIT MENGGUNAKAN RUANG UDARA

KJP kemukakan Permohonan

Kembalikan
kepada KJP

PTP terima dan semak


Tidak permohonan
Lengkap
Lengkap

Tandatangan Pelan dan Borang


Permohonan.

Kemukakan kepada Pentadbir


Tanah (PT)
(s.k: PTG, KJP, JKPTG, Negeri &
fail)

Maklum
kepada Terima kelulusan daripada Pihak
KJP Tidak Berkuasa Negeri.
Lulus
Lulus

Maklum kepada KJP untuk


sediakan cek bayaran permit
atas nama Pentadbir Tanah (PT),
kemukakan terus kepada PT
dan salinan ke PTP.

Terima Permit (Borang 4D)


daripada PTG.

Rekod dan simpan


-sesalinan dikemukakan kepada
KJP.

Tamat

53 TERHAD
TERHAD

54 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘E’

PERMOHONAN KEMENTERIAN / JABATAN PENGGUNA


UNTUK MENDAPATKAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan
Memiliki Tanah

(i) KJP (a) Pastikan peruntukan mencukupi


untuk tujuan bayaran:

(i) pendaftaran permohonan;

(ii) deposit jika perlu (sebagai Seksyen 68A


jaminan bagi pemulihan tanah KTN
apabila LPS tamat); dan

(iii) tahunan LPS.

(b) Berunding dengan Pentadbir Tanah


Daerah (PTD) mengenai kesesuaian
tapak.

(c) Mengadakan lawatan ke atas tapak


berkenaan bersama PT dan JKPTG
Negeri bagi menentukan kesesuaian
tapak.

2. Persediaan
Membuat
Permohonan

(i) KJP (a) Maklumat-maklumat yang perlu


diperolehi daripada Pejabat Tanah:

(i) Butiran Tanah;

 pelan tanah yang


mengandungi:-

 keluasan tanah;

 nombor Lot / nombor P.T.


tanah yang dipohon (jika ada)
termasuk tanah-tanah yang
bersempadan;

55 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

 nama Mukim / Seksyen /


Pekan / Bandar, Daerah
dan Negeri; dan

 sempadan tanah yang


dipohon perlu diwarnakan
merah.

(ii) Borang Permohonan mengikut


Kaedah Tanah Negeri berkenaan
(jika ada); dan

(iii) Lain-lain maklumat yang


diperlukan (jika ada).

(iv) Pengesahan status tanah


daripada JKPTG Negeri.

(v) Fee permohonan mengikut


Kaedah Tanah Negeri (wang pos
atau cek atas nama Pentadbir
Tanah berkaitan) jika ada.

Catatan:

Sekiranya KJP ingin memasuki tapak


lebih awal maka KJP perlulah
mengemukakan permohonan kepada
PT melalui PTP untuk dipanjangkan
kepada PT.

3. Membuat
Permohonan

(i) KJP KJP perlu mengemukakan permohonan


kepada PTP bersama-sama perkara
berikut:

(i) lapan (8) salinan Borang Kaedah Tanah


Permohonan mengikut Kaedah Negeri
Tanah Negeri berkenaan (jika
ada);

(ii) lapan (8) salinan pelan


lengkap bagi semua negeri
kecuali Melaka sebanyak 45
salinan; dan

56 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(iii) Wang Pos atau Cek atas nama


Pentadbir Tanah (PT) berkaitan
sebagai bayaran pendaftaran
permohonan (jika ada).

4. Menerima
Permohonan

(i) PTP (a) Menerima, menyemak dan membuat


[(Seksyen Harta charting dalam syit litho/map-info.
Tanah
Persekutuan – (b) Menandatangani pelan dan borang
(SHTP)] permohonan.

(c) Menyediakan surat iringan.

(d) Mengemukakan dua (2) salinan


permohonan kepada PT.

(e) Dua (2) salinan permohonan kepada


Pengarah Tanah dan Galian (PTG)
Negeri berkenaan.

(f) Sesalinan kepada KJP, agensi, JKPTG


Negeri dan simpanan dalam fail

5. Memproses/
Memantau
Permohonan

(i) Pentadbir Tanah Memproses permohonan Lesen Borang 4A


(PT) Pendudukan Sementara untuk (Seksyen 67,
mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa KTN)
Negeri (PBN) melalui Pengarah Tanah dan
Galian (PTG)/Exco/PTD (mana-mana yang
berkenaan – Seksyen 12 KTN).

(ii) JKPTG Negeri Pemantauan akan dibuat oleh JKPTG


Negeri.

57 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

6. Penerimaan
Keputusan

(i) PTP (SHTP) Tindakan selepas keputusan permohonan


diperolehi dari PBN:

(a) Sekiranya ditolak PTP akan


memaklumkan kepada KJP. Jika ada
rayuan KJP perlu kemukakan
permohonan semula; atau

(b) Sekiranya diluluskan:

(i) PTP akan memaklumkan kepada


KJP untuk menjelaskan bayaran
tahunan; dan

(ii) KJP (ii) KJP menyediakan cek bayaran Kaedah Tanah


tahunan LPS seperti surat Negeri
kelulusan Pentadbir Tanah. Cek
hendaklah dibuat atas nama PT
dan dikemukakan terus kepada
PT berkenaan dan disalinkan
kepada PTP;

7. Penerimaan LPS

(i) PTP (SHTP) (a) PTP menerima LPS (Borang 4A) KTN
melalui JKPTG Negeri daripada
Pentadbir Tanah:

(i) LPS direkodkan dan disimpan; dan

(ii) Satu salinan LPS dihantar kepada


KJP untuk rekod dan simpanan.

(ii) KJP (b) KJP memasuki tanah setelah


menerima salinan LPS daripada PTP.

Catatan:

KJP hendaklah mengemukakan satu (1)


salinan kepada agensi di peringkat
Negeri dan Daerah untuk pembangunan
dan pengawalan.

58 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

8. Pembayaran
LPS

(i) KJP (a) KJP bertanggungjawab menjelaskan


bayaran tahunan LPS tersebut setiap
tahun kepada PT; dan

(b) LPS hendaklah diperbaharui pada


tahun berikutnya, KJP perlulah
mengemukakan permohonan untuk
membaharui LPS kepada PTP dan
PTP akan mengemukakan LPS
tersebut kepada PT berkenaan untuk
diperbaharui.

Catatan:

Setiap pembaharuan LPS oleh PT tidak Seksyen 67


boleh melebihi tiga (3) kali kecuali KTN
mendapat kelulusan PBN terlebih
dahulu.

KJP perlu memaklumkan kepada PTP


sekiranya LPS tersebut tidak
diperlukan lagi supaya PTP dapat
memaklumkan kepada PT berkaitan.

Catatan:

Carta Aliran seperti di Lampiran ’E (1)’

59 TERHAD
TERHAD

60 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘E (1)’

CARTA ALIRAN PERMOHONAN


MENDAPATKAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)

KJP pastikan peruntukan


mencukupi

KJP berunding dengan PTD &


mengadakan lawatan bersama PT
& JKPTG Negeri untuk tentukan
kesesuaian tapak

KJP menyediakan maklumat seperti:


(i) Borang Permohonan
(ii) Pelan Tanah
(iii) Bayaran

KJP kemukakan permohonan


kepada PTP
Kembalikan
kepada KJP

PTP Semak Permohonan


Tidak Lengkap

Lengkap

Tandatangan Pelan dan Borang


Permohonan (Mengikut Kaedah-
Kaedah Tanah Negeri).

Kemukakan kepada Pentadbir Tanah (PT)


(s.k: PTG, KJP, JKPTG Negeri & fail)

Maklum KJP, jika ada


rayuan kemukakan Terima keputusan daripada Pentadbir
permohonan semula Tanah (PT)
Tolak

Lulus

Maklum keputusan kepada KJP untuk


sediakan cek bayaran tahunan atas
nama PT, kemukakan terus kepada PT
dan salinkan ke JKPTG Negeri.

KJP sediakan cek bayaran tahunan,


kemukakan kepada PT dan salinkan
kepada PTP.

A
61 TERHAD
TERHAD

Terima LPS (Borang 4A, KTN)


daripada PT

Rekod dan simpan


- Sesalinan dikemukakan kepada KJP.

KJP mengemukakan satu (1) salinan


kepada agensinya di peringkat Negeri
dan Daerah.

KJP memulakan projek

Tamat

62 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F’

PERMOHONAN KEMENTERIAN /JABATAN PENGGUNA


UNTUK MENDAPATKAN SUATU TANAH MILIK DI BAWAH
AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

1. Dua (2) tahun sebelum perlaksanaan projek, Kementerian/Jabatan Pengguna


(KJP) hendaklah mencari tapak yang sesuai dengan berunding dengan agensi-
agensi yang berkaitan serta memastikan peruntukan kewangan telah
mencukupi.

2. KJP boleh memohon pengambilan tanah sama ada melalui pengistiharan di


bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) jika sekiranya
tanah milik yang dicadang untuk dibuat pengambilan tersebut perlu dibuat
kajian kesesuaian tapak terlebih dahulu ataupun boleh terus memohon untuk
dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960 jika sekiranya tanah
tersebut telah dipastikan kesesuaiannya untuk dibuat pengambilan. Bagi
projek berbentuk jajaran, KJP diminta memohon pengistiharan pengambilan di
bawah Seksyen 4, APT 1960 terlebih dahulu.

3. Sekiranya semasa permohonan pengambilan sedang diproses, jika KJP ingin


membuat sebarang perubahan/pindaan ke atas pelan pengambilan atau lot
tanah atau keluasan tanah yang hendak diambil, maka KJP hendaklah
memaklumkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan JKPTG
Negeri dan mengemukakan butir-butir tanah dan pelan pengambilan yang
baru. Sekiranya melibatkan perubahan-perubahan yang besar, maka PTP dan
JKPTG Negeri akan memproses semula permohonan tersebut sebagai satu
permohonan yang baru.

4. Jika sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan/ditarik balik/


ditangguhkan, maka KJP hendaklah memaklumkam kepada JKPTG
Negeri/Pentadbir Tanah Daerah (PTD) secara bertulis dengan salinan kepada
PTP hasrat tersebut dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan/penarikan
balik/penangguhan tersebut dipohon. KJP juga hendaklah menyediakan
peruntukan untuk membayar sebarang kos kerosakan semasa kerja-kerja
ukur, kajian tanah serta kerosakan lain akibat daripada proses pengambilan
ini seperti yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah (PT). Sebarang permohonan
pembatalan/penarikan hanya boleh dipertimbangkan selagi Notis Borang ‘K’
belum diserahkan kepada tuan tanah. Walau bagaimanapun, bagi pengambilan
tanah melalui Sijil Perakuan Segera (Borang I), KJP tidak boleh menarik balik
permohonan.

6. Bagi permohonan penangguhan, KJP diingatkan bahawa pengistiharan di


bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8, APT 1960 akan masing-masing luput
kuatkuasanya selepas satu (1) tahun dan dua (2) tahun dari tarikh
pengistiharan. Sebarang permohonan yang tertangguh melebihi tempoh
tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu permohonan baru jika
cadangan pengambilan ingin diteruskan kelak.

7. Bagi tanah yang terletak di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA)


ataupun di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Rancangan Tanah
Pinggir, tindakan pengambilan tanah hanya boleh dilakukan setelah kawasan
63 TERHAD
TERHAD
tersebut atau bahagian yang terlibat dengan pengambilan itu dibatalkan
dahulu sebagai Kawasan Penempatan Berkelompok/Rancangan Tanah Pinggir.
Sila rujuk Pekeliling KPTG Bil 4/1986 seperti di Lampiran ‘F (1).

8. KJP juga boleh memohon pengambilan menduduki dan menggunakan tanah


untuk kegunaan sementara seperti membina jalan lencongan, jambatan
sementara awam dan sebagainya bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
Sila rujuk Lampiran ‘F (6).

9. Badan-Badan Berkanun di Semenanjung Malaysia juga boleh memohon


pengambilan tanah dengan syarat Badan-Badan Berkanun tersebut di bawah
Akta penubuhan masing-masing ada memperuntukkan suatu peruntukan
yang membolehkannya mengambil tanah secara paksa di bawah APT, 1960.
Sila rujuk Pekeliling PTP Bil. 1/2005 seperti di Lampiran ‘F (8)’.

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan
Pengambilan
Tanah Untuk
Diwartakan Di
bawah Seksyen
4, APT 1960

(i) KJP (a) KJP berbincang dengan JKPTG


Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah
berhubung dengan cadangan untuk
mendapatkan tanah yang mungkin
akan diambil untuk diwartakan di
bawah Seksyen 4, APT 1960 bagi
membolehkan KJP memasuki tapak
untuk mengkaji kesesuaian tanah
(soil test) serta lain-lain maklumat
dan keperluan sebelum
mengemukakan permohonan.

(b) Semasa menentukan kesesuaian


tapak, KJP perlu mengambil
perhatian kepada perkara-perkara
berikut:

(i) menentukan spesifikasi


projek;

(ii) memastikan projek yang


dicadangkan bersesuaian
dengan perancangan
pembangunan;

64 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(iii) memastikan tiada bantahan


oleh masyarakat setempat
(politik/orang awam/NGO);

(iv) elakkan tapak yang


mempunyai bebanan sosial
yang rumit

(v) menyediakan peruntukan


yang mencukupi

(c) KJP mengemukakan permohonan


kepada PTP perkara-perkara Pekeliling PTP
berikut: Bi. 1/2003
seperti
(i) surat iringan beserta satu (1) Lampiran
salinan borang permohonan ’F(2)’

(ii) salinan pelan pengambilan


yang lengkap (mengikut skala)
yang mengandungi ;

 butir-butir tanah terkini


seperti senarai No. lot/PT
yang terlibat, nombor.
hakmilik, Mukim dan
Daerah di mana tanah
tersebut berada; dan

 bilangan salinan pelan yang


mencukupi [berbeza
mengikut negeri iaitu
Kuala Lumpur dan
Terengganu (40 salinan),
Selangor, Perak, Perlis,
Kedah, Pulau Pinang,
Negeri Sembilan, Johor,
Pahang dan Kelantan (25
salinan) manakala Melaka
(30 salinan);

(iii) pengesahan peruntukan


kewangan yang mencukupi
untuk membiayai kos
pampasan kerosakan akibat
kerja-kerja ukur dan kajian
tanah.

65 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(ii) PTP [Seksyen (d) PTP menerima, menyemak dan


Pengambilan seterusnya mengemukakan
Tanah (SPT)] permohonan kepada Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan
disalinkan kepada Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK), JKPTG Negeri
dan juga Pejabat Tanah Daerah (PTD).

(iii) JKPTG Negeri (e) JKPTG Negeri / Pentadbir Tanah (PT)


/ PT (bagi negeri-negeri yang proses
pengambilan tanah tidak
diuruskan oleh JKPTG Negeri) akan
memproses permohonan bagi
mendapatkan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri (Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK)/Menteri Besar
/Ketua Menteri dan diwartakan di
bawah Seksyen 4, APT 1960

Catatan :

Bagi Negeri Selangor, Perak, Kelantan,


Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor, kuasa meluluskan telah
diturunkan kepada Menteri Besar
manakala bagi Negeri Pahang, Pulau
Pinang dan Terengganu masih lagi di
bawah bidang kuasa MMK. Bagi W. P
Kuala Lumpur kelulusan di bawah
bidangkuasa Jawatankuasa Kerja Tanah
W.P Kuala Lumpur.

(iv) KJP (f) KJP boleh memasuki tanah dan


membuat kerja-kerja ukur dan
mengkaji kesesuaian tanah hanya
setelah PTG mengeluarkan Borang
‘B’.

(g) Segala gantirugi kerosakan ke atas


tanah akibat kerja-kerja ukur dan
mengkaji kesesuaian tanah
sebagaimana yang dinilai oleh PT
akan dibayar oleh KJP kepada tuan
tanah sekiranya tanah tersebut
didapati tidak sesuai dan tidak jadi
dibuat pengambilan.

66 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(h) Dalam tempoh setahun, jika KJP


mendapati tanah tersebut sesuai
dibuat pengambilan, maka KJP
hendaklah memohon pengistiharan
pengambilan tanah di bawah
Seksyen 8, APT 1960.

(i) Jika sekiranya pada akhir tempoh


sembilan (9) bulan, KJP merasakan
kajian tidak dapat diselesaikan
dalam tempoh satu (1) tahun, maka
KJP perlu membuat permohonan
baru untuk pengistiharan di bawah
Seksyen 4, APT 1960

2. Permohonan
Pengambilan
Tanah Untuk
diwartakan Di
Bawah Seksyen
8, APT 1960

(i) KJP (a) KJP berbincang dengan JKPTG


Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah
bagi memastikan tanah tersebut
akan dibuat pengambilan untuk
diwartakan di bawah Seksyen 8,
APT 1960.

(ii) JKPTG (b) JKPTG Negeri/PT akan membawa


Negeri / PT cadangan ini untuk dibincangkan dan
mendapatkan persetujuan Mesyuarat
Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

(iii) KJP (c) KJP mengemukakan permohonan Pekeliling PTP


kepada PTP perkara-perkara Bil. 1/2003
berikut:

a) Surat iringan beserta satu (1)


salinan borang permohonan;

b) Salinan pelan pengambilan yang


lengkap (mengikut skala) yang
mengandungi ;

67 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

 butir-butir tanah terkini


seperti yang tercatat dalam
kedua-dua syit litho di
Pejabat Tanah dan Pelan
Akui di Pejabat JUPEM
yang berkenaan;

 skala sama seperti dalam


syit litho Pejabat Tanah;

 menggunakan warna
berlainan untuk
menandakan kawasan dan
status tanah yang terlibat
dengan pengambilan -
warna merah (tanah
berimilik), kuning (tanah
kerajaan), hijau (tanah
rizab hutan) oren (tanah
milik Persekutuan), coklat
(tanah rizab negeri) dan
biru muda (tanah rizab
Persekutuan);

 jadual yang mempunyai


maklumat tanah yang
tepat, lengkap dan terkini
mengenai Mukim, Daerah,
nombor syitlitho, nombor
lot dan nombor hakmilik

 pelan pengambilan yang


mempunyai jadual
berasingan mengenai
sebarang tanah milik/ rizab
Persekutuan, tanah rizab
Negeri dan tanah
kosong/kerajaan, serta
keluasan yang diperlukan
untuk kegunaan projek
(bagi projek berbentuk
jajaran); dan

 bilangan salinan pelan yang


mencukupi [berbeza
mengikut negeri iaitu
Kuala Lumpur dan
Terengganu (40 salinan),

68 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
Selangor, Perak, Perlis,
Kedah, Pulau Pinang,
Negeri Sembilan, Johor,
Pahang dan Kelantan (25
salinan) manakala Melaka
(30 salinan);

c) Sijil Carian Rasmi yang terkini


bagi lot-lot tanah yang terlibat;

d) Ulasan Jabatan Teknikal dan


Laporan Kajian Kesan Alam
Sekitar (EIA) jika perlu;

e) Persetujuan Jawatankuasa
Pembangunan Daerah/
Jawatankuasa seumpamanya.

f) Pengesahan peruntukan yang


mencukupi termasuk kos
penandaan, pengukuran,
bayaran ‘ex-gratia’, bayaran
kenaikan ‘award’ Pentadbir
Tanah, pelarasan permohonan
ukur, pecah pisah (severence),
kesan mudarat (injurious
affection) dan lain-lain kos
serta mengambil kira kos
tambahan dari harga tanah asal
sebanyak 15% - 30% ; dan

g) Surat Perakuan Segera (Borang


‘I’). Jika tanah tersebut
diperlukan segera. (Bayaran caj
8% setahun akan dikenakan
mulai dari tarikh pengeluaran
Borang K hingga tarikh bayaran
pampasan dibuat).

(iv) PTP (SPT) (d) PTP menerima, menyemak dan


seterusnya mengemukakan permohonan
kepada Pejabat PTG dan disalinkan
kepada Pejabat SUK, JKPTG Negeri dan
juga PTD.

(v) JKPTG (e) JKPTG Negeri/PT akan memproses


Negeri / PT permohonan bagi mendapatkan
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
(MMK)/Menteri Besar/Ketua Menteri

69 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
untuk dibuat pengistiharan di bawah
Seksyen 8, APT 1960. PTG akan
mengeluarkan Borang ‘D’.

(vi) KJP (f) KJP akan membuat penandaan


kawasan pengambilan apabila
dimaklumkan oleh PT. Manakala bagi
projek-projek berbentuk jajaran, KJP
hendaklah mengarahkan Jurukur
Berlesen untuk membuat penandaan.

3. Hadir Siasatan

(i) KJP Setelah menerima Notis Perbicaraan


dalam Borang ’E’ daripada Pentadbir
Tanah, KJP hendaklah menghantar wakil
yang mempunyai pengetahuan mengenai
projek yang akan dilaksanakan bagi
pengambilan tanah tersebut di dalam
setiap siasatan yang dijalankan.

4. Pembayaran
Pampasan Di
Bawah Seksyen
14, APT 1960

(i) KJP (a) Setelah KJP menerima senarai


bayaran pampasan dalam Borang
‘H’ daripada Pentadbir Tanah, maka
tindakan-tindakan berikut
hendaklah diambil dengan segera;

(i) Menguruskan penyediaan cek- Surat


cek bayaran pampasan ataupun Pekeliling
melalui Electronic Fund KPTG Bil.
Transfer (EFT) terus ke akaun 2/2007
orang yang berkepentingan dan seperti di
pembayaran ini hendaklah Lampiran F’3’
dimaklumkan kepada Pentadbir
Tanah mengikut butir-butir
yang dinyatakan dalam Borang
‘H’ serta bayaran lain-lain kos
(Jika bayaran menggunakan
cek, maka cek-cek tersebut
hendaklah dihantar kepada
JKPTG Negeri/PT untuk
diserahkan kepada orang-orang
yang berkepentingan);

70 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(ii) Sekiranya pembayaran Rujuk Jadual


pampasan tidak dibuat dalam Caj Bayaran
tempoh tiga (3) bulan dari Denda Lewat
tarikh penyerahan Borang ‘H’, (8%) dan
maka caj bayaran lewat akan Kaedah Kiraan
dikenakan kepada KJP dengan seperti
kadar 8% setahun daripada Lampiran
jumlah pampasan; ‘F (4)’

(iii) Jika KJP hendak membuat


bantahan terhadap amaun
pampasan bagi sesuatu lot
tanah melebihi RM 15,000.00
maka KJP hendaklah membuat
pembayaran sebanyak 75%
sahaja daripada amaun
pampasan dan menahan baki
25% sehingga enam (6) minggu
dari tarikh Borang ‘H’
diserahkan kepada KJP. Jika
KJP tiada bantahan, maka KJP
hendaklah menjelaskan baki
25% tersebut selepas tamat
tempoh tersebut. Walau
bagaimanapun, sekiranya KJP
mempunyai bantahan, maka
baki 25% tersebut hendaklah
disimpan sehingga mendapat
perintah mahkamah.

5. Rayuan Atau
Bantahan Di
Bawah Seksyen
37(3) dan
Seksyen 49,
APT 1960

(i) KJP (a) KJP boleh membuat rayuan/bantahan


ke Mahkamah Tinggi jika difikirkan
award yang telah diberi dalam Borang
‘H’ terlalu tinggi.

(b) Jika KJP memutuskan untuk membuat


bantahan ke Mahkamah Tinggi, maka
hendaklah disediakan Borang ‘N’ dan
dihantar terus kepada Pentadbir
Tanah dan hendaklah sampai

71 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
kepadanya dalam tempoh enam (6)
minggu dari tarikh penyampaian
Borang ‘G’ kepada KJP (jika wakil
KJP tidak hadir semasa perbicaraan
tempoh adalah enam (6) minggu
daripada tarikh terima Borang ‘H’
atau enam bulan daripada tarikh
Borang ‘G’ mana-mana yang
terdahulu tamat. Borang ‘N’ yang
diterima oleh Pentadbir Tanah
selepas tempoh tersebut tidak boleh
diambil apa-apa tindakan kecuali
mendapat perintah Mahkamah Tinggi.
KJP hendaklah mengemukakan
Borang ‘N’ beserta bayaran deposit
RM3,000.00 atas nama ‘Pentadbir
Tanah’.

(c) Jika KJP tidak bersetuju dengan


keputusan Mahkamah Tinggi maka
KJP boleh membuat rayuan ke
Mahkamah Persekutuan di bawah
Seksyen 49, APT 1960.

6. Keputusan
Mahkamah
Mengenai
Bantahan
Amaun
Pampasan

(i) KJP (a) KJP akan menerima daripada


Pentadbir Tanah keputusan
Mahkamah Tinggi atau Mahkamah
Persekutuan mengenai bantahan
daripada KJP atau orang yang
berkepentingan sama ada terdapat
pertambahan /pengurangan /kekal
mengenai amaun pampasan. Satu
salinan keputusan Mahkamah
tersebut hendaklah dikemukakan
kepada PTP untuk tujuan rekod.

(b) Sekiranya terdapat pertambahan


amaun pampasan, bayaran yang
perlu dibuat kepada orang yang
berkepentingan adalah (tertakluk
kepada keputusan Mahkamah):

72 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(i) bayaran pampasan tambahan;

(ii) faedah 8% setahun atas


pampasan tambahan yang
dikira daripada tarikh tanah
diambil milik (tarikh Borang
K) hingga tarikh pembayaran
pampasan tambahan ke
Mahkamah Tinggi atau kepada
orang yang berkepentingan;

(iii) pampasan 25% yang telah


ditahan pembayarannya di
bawah Seksyen 29(A), APT
1960; dan

(iv) faedah 8% setahun ke atas


pampasan 25% yang telah
ditahan pembayarannya di
bawah Seksyen 29(A), APT
1960 yang dikira daripada
tarikh pembayaran pampasan
75% sehingga tarikh
pembayaran pampasan 25%
tersebut.

(c) KJP hendaklah dengan segera


menguruskan penyediaan cek
bayaran ataupun melalui EFT
bayaran pampasan tambahan dan
pampasan 25% kepada orang yang
berkepentingan melalui Pentadbir
Tanah yang berkenaan atau kepada
Pendaftar Mahkamah Tinggi (jika
diperintah oleh Mahkamah).

(d) Setelah dipastikan tarikh


penyampaian cek atau melalui EFT
bayaran pampasan tambahan dan
bayaran 25% kepada orang yang
berkepentingan atau kepada
Pendaftar Mahkamah Tinggi, maka
KJP hendaklah dengan segera
menguruskan pembayaran faedah
8% setahun kepada orang yang
berkepentingan.

73 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

7. Pengambilan
Tanah Secara
Rasmi Di Bawah
Seksyen 22, APT
1960

(i) KJP (a) Apabila KJP menerima daripada


Pentadbir Tanah notis pengambilan
milik tanah (taking possession)
secara rasmi dalam Borang ‘K’ dan
telah diendoskan dalam Dokumen
Hakmilik Daftar, maka KJP bolehlah
memasuki dan menggunakan tanah.

(b) Seterusnya KJP perlulah


mengemukakan permohonan kepada
PTP sama ada tanah tersebut hendak
dipohon pemberimilikan ataupun
perizapan (Rujuk Lampiran ‘B’ dan
Lampiran ‘C’)

(c) KJP juga perlu mengambil langkah-


langkah penjagaan dan kawalan ke
atas tanah yang telah dibuat
pengambilan tersebut.

Catatan;

Carta Aliran seperti di Lampiran


’F (5)’.

74 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (1)’

PEKELILING
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
BILANGAN 4/1986

Pengambilan Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Tanah Bagi Tanah Yang Diwartakan Sebagai
Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai prosedur
yang perlu diikuti bagi mengambil tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tanah yang diwartakan
sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960.

2. Bagi melaksanakan apa-apa projek pembangunan dalam penempatan berkelompok kadangkala


didapati sebahagian tanah tersebut perlu diambil balik di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Tanah-tanah
yang perlu diambil ini adalah selain daripada tanah rizab untuk kegunaan awam yang telah atau akan
diwartakan di bawah seksyen & Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

3. Tanah-tanah dalam kawasan penempatan berkelompok yang terlibat dengan pengambilan tanah
adalah seperti berikut:

3.1. Tanah yang telah diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 dan hakmilik berasingan telah didaftarkan;

3.2. Tanah yang telah diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 tetapi belum ada hakmilik secara berasingan. Nama peneroka ddaftar
dalam Daftar Pegangan;

3.3. Tanah yang telah diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960. Tanah telah dimajukan oleh Agensi pembangunan tanah/wilayah dan
hakmilik telah didaftarkan atas nama agensi tersebut;

3.4. Tanah yang diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan


Berkelompok) 1960. Tanah telah dimajukan oleh Agensi pembangunan tanah/wilayah tetapi
belum ada Daftar Pegangan;

3.5. Tanah yang belum diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 tetapi tanah telah dimajukan oleh Agensi pembangunan tanah/wilayah
dengan kebenaran Kerajaan Negeri (Tanah Kerajaan);

3.6. Tanah yang belum diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 tetapi tanah telah dimajukan oleh Agensi pembangunan tanah/wilayah
dengan kebenaran Kerajaan Negeri (Tanah Rizab Hutan).

4. Jabatan Peguam Negara telah menyatakan bahawa bagi tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai
kawasan penempatan berkelompok di bawah seksyen 4 Akta yang berkenaan, tindakan pengambilan
tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 akan hanya boleh diambil setelah kawasan tersebut
ataupun bahagian yang terlibat dengan pengambilan tanah dibatalkan dahulu sebagai kawasan
penempatan berkelompok di bawah seksyen 44 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960. Oleh itu prosedur yang perlu diikuti bagi mengambil balik tanah dalam kawasan
penempatan berkelompok adalah seperti berikut:

75 TERHAD
TERHAD
4.1. Bagi tanah-tanah seperti di para 3.1 hendaklah diambil tindakan di bawah seksyen 44 Akta
Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan diikuti dengan tindakan di
bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Bayaran pampasan adalah mengikuti peruntukan
Akta Pengambilan Tanah 1960 dan dibayar kepada tuan tanah berdaftar/orang
berkepentingan;

4.2. Bagi tanah seperti di para 3.2 hendaklah diambil tindakan di bawah seksyen 44 Akta Tanah
(Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan ikuti dengan tindakan di bawah
Akta Pengambilan Tanah 1960. Bayran pampaan adalah mengikut peruntukan Akta
Pengambilan Tanah 1960 dan dibayar kepada Agensi yang membangun tanah yang akan
mengagih kepada mereka yang didaftar dalam Daftar Pegangan setelah ditolak kos tertentu
bagi membantu tanah tersebut;

4.3. Bagi tanah seperti di para 3.3 hendaklah diambil tindakan di bawah seksyen 44 Akta Tanah
(Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan diikuti dengan tindakan mengikut
peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960. Bayaran pampasan adalah mengikut
peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan dibayar kepaa agensi yang namanya
didaftarkan sebagai pemilik;

4.4. Bagi tanah seperti di para 3.4 hendaklah diambil tindakan di bawah seksyen 44 Akta Tanah
(Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Bahagian tanah yang terlibat dengan
pewartaan Pembatalan akan menjadi tanah Kerajaan. Bayaran pampasan adalah dibuat
kepada agensi pembangunan tanah atas apa-apa kemajuan sahaja seperti kos membersih
tanah bagi kawasan yang terlibat, harga pokok yang telah ditanam dan sebagainya;

4.5. Bagi tanah di para 3.5 tanah tersebut adalah masih tanah Kerajaan. Jika tanah tersebut
terlibat dengan apa-apa pembangunan agensi pelaksanaan hendaklah membuat
perundingan dengan agensi pembangunan tanah bagi menentukan dan membayar apa-apa
bayaran kos pembangunan yang telah dibelanjakan. Pentadbir Tanah Daerah bolehlah
menyelaraskan bayaran pampasan;

4.6. Bagi tanah-tanah seperti di para 3.6 tanah tersebut masih lagi tanah Kerajaan/rizab. Jika
tanah tersebut diperlukanuntuk melaksanakan apa-apa projek status Rizab Hutan
hendaklah dibatalkan dahulu. Bahagian Tanah yang terlibat akan jadi tanah Kerajaan.
Agensi pelaksana hendaklah membuat perundingan dengan agensi pemabngunan tanah
bagi menentukan dan membayar apa-apa bayaran kos pembangunan yang telah
dibelanjakan. Pentadbir-Tanah Daerah bolehlah menyelaraskan bayaran pampasan.

5. Bagi maksud mengambil tindakan membatalkan sesuatu kawasan penempatan berkelompok,


Pentadbir Tanah daerah bolehlah memohon persetujuan Y.B. Menteri dengan mengemukakan
kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan 4 salinan pelan tanah dan butir-butir lengkap
mengenai kawasan penempatan berkelompok itu.

6. Di dalam kes-kes di mana sesuatu tanah dalam kawasan penempatan berkelompok telah diambil
balik di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 tanpa mengeluarkannya dahulu daripada kawasan
penempatan berkelompok, maka tindakan perlulah diambil untuk diwartakan tanah tersebut di bawah
seksyen 44 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dengan berkuatkuasa
pada suatu tarikh sebelum Warta yang telah dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi
tanah itu.

7. Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah adalah dinasihatkan supaya mengikuti prosedur yang dinyatakan
di para 4, 5 dan 6 bagi mengambil balik tanah yang telah atau akan diwartakan di bawah Akta Tanah
(Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

t.t
DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI NORDIN
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan

Fail No: KKTKW/1032-10

Tarikh: 22hb November, 1986

76 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (2)’

PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BILANGAN 1/2003

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH


BAGI MAKSUD AWAM OLEH KEMENTERIAN DAN JABATAN
PERSEKUTUAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1. TUJUAN

Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua
Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon
pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta
Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

2. PENGENALAN

2.1. Di Semenanjung Malaysia, Kementerian dan Jabatan Persekutuan


mempunyai 4 cara pilihan untuk memperoleh tapak projek.

(a) memohon tanah kosong Kerajaan Negeri;

(b) membeli tanah secara rundingan dari pemilik atau pemaju


hartanah;

(c) memohon tukar guna tanah dengan Kementerian atau Jabatan


lain mengikut prosedur yang ditetapkan; dan

(d) mengambil tanah secara paksa di bawah APT 1960.

Oleh kerana tanah kosong Kerajaan Negeri semakin berkurangan,


(dan kalau pun ada mungkin tidak sesuai dari segi lokasi atau rupa
bentuk fizikal) dan perolehan melalui pembelian pula kadangkala
tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, maka kaedah
pengambilan tanah secara paksa merupakan alternatif yang boleh
ditimbangkan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan.

77 TERHAD
TERHAD

2.2. Urusan pengambilan tanah walau bagaimanapun kadangkala tidak


dapat dilaksanakan secara cepat mengikut tempoh keperluan tapak
atas beberapa sebab. Antaranya ialah kelemahan dalam merancang
dan memilih tapak oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan.
Kelemahan ini malangnya hanya terserlah dan disedari kemudian,
iaitu semasa permohonan diproses oleh Pentadbir Tanah. Akibatnya,
Kementerian dan Jabatan Persekutuan membazir masa dan tenaga
kerana terpaksa mencari tapak-tapak baru.

2.3. Kelemahan-kelemahan perancangan yang sering dikenal pasti


termasuklah:-

(a) tapak yang dipilih tidak sesuai dari segi fizikal seperti berbukit,
curam, mudah ditenggelami air, tanah gambut, lokasi yang tidak
mesra pelanggan dan sebagainya,

(b) tapak mempunyai bebanan sosial yang merumitkan seperti


setinggan, keperluan pemindahan penduduk, pembangunan
sedia ada, dan bantahan penduduk,

(c) projek yang dicadangkan tidak sesuai dengan perancangan


pembangunan persekitaran dan di bantah oleh pemimpin dan
Jabatan teknikal peringkat tempatan,

(d) butir-butir tanah tidak kemas kini,

(e) spesifikasi projek berubah dan memerlukan tambahan atau


pengurangan saiz tapak; dan

(f) kesilapan dalam membuat anggaran kos pengambilan yang


boleh menyebabkan urusan pengambilan ditangguhkan
sementara mendapatkan peruntukan tambahan.

2.4. Sebagai langkah untuk mengatasi sebarang kelewatan, garis


panduan ini menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh
Kementerian dan Jabatan Persekutuan semasa memohon
pengambilan tanah.

3. PROSEDUR PEMILIHAN DAN KAJIAN KESESUAIAN TAPAK

3.1. Dua tahun sebelum perlaksanaan projek, pihak Kementerian/


Jabatan Persekutuan yang memerlukan tanah (selepas ini disebut
agensi pemohon) hendaklah mencari dan menentukan tapak atau
jajaran projek yang sesuai. Untuk maksud tersebut, agensi pemohon
78 TERHAD
TERHAD
hendaklah berunding dengan Pegawai Daerah, Jabatan Perancang
Bandar dan Desa (JPBD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
JKPTG negeri yang berkenaan. Rundingan ini hendaklah meliputi
kesesuaian lokasi dengan perancangan guna tanah sekitarnya,
keadaan fizikal tanah, aksesibiliti serta mengambil kira isu-isu sosial
dan ekonomi penduduk tempatan. Keputusan rundingan ini
hendaklah diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat (sulit)
sehinggalah pengambilan tanah yang berkenaan diwartakan di
bawah seksyen 4 atau seksyen 8 APT 1960.

3.2. Setelah tapak projek dipilih, agensi pemohon hendaklah


mendapatkan ulasan rasmi jabatan-jabatan teknikal mengenai
kesesuaian tapak projek termasuk laporan kajian kesan alam sekitar
(EIA), jika perlu. Jabatan-jabatan teknikal ini ialah JPBD/PBT, JKR
dan JPS peringkat daerah. Agensi pemohon juga dikehendaki
membuat semakan butir-butir tanah dengan rekod di pejabat tanah
yang berkenaan. Dengan mengambil kira butir-butir tanah dan
ulasan-ulasan jabatan teknikal berkenaan, agensi pemohon
hendaklah membentangkan cadangan pengambilan tersebut kepada
Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau apa-apa Jawatankuasa
seumpamanya di peringkat daerah untuk persetujuan.

3.3. Sekiranya PBN ada menentukan peraturan yang perlu dipatuhi


semasa memilih dan menentukan kesesuaian tapak, termasuk sama
ada perlu atau tidak permohonan di bentang kepada Jawatankuasa
Pembangunan Daerah, pihak agensi pemohon hendaklah mematuhi
peraturan tersebut.

4. PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH

4.1. Setelah tapak projek dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan


Daerah atau apa-apa jawatankuasa lain seumpamanya, agensi
pemohon hendaklah memutuskan sama ada pemilihan tapak ini
telah muktamad atau masih memerlukan kajian teknikal lanjut seperti
kerja ukur atau kajian tanah (soil test) sebelum dapat di
muktamadkan. Sekiranya telah muktamad, agensi pemohon boleh
terus mengemukakan permohonan pengisytiharan pengambilan
tanah di bawah seksyen 8 APT 1960. Sekiranya masih memerlukan
kajian, agensi pemohon hendaklah memohon pengisytiharan
cadangan pengambilan tanah di bawah seksyen 4 terlebih dahulu.
Pengisytiharan di bawah seksyen 4 bertujuan untuk memberi kuasa
kepada agensi pemohon dan ejen-ejennya untuk memasuki tanah
dan membuat kerja-kerja pengukuran dan kajian tanah. Selepas
kajian tanah, agensi pemohon hendaklah membuat permohonan
pengisytiharan di bawah seksyen 8 jika cadangan pengambilan
hendak diteruskan. Bagi sebarang projek baru yang berupa jajaran,
agensi pemohon di minta memohon pengisytiharan pengambilan di
bawah seksyen 4 terlebih dahulu.
79 TERHAD
TERHAD

4.2. Apabila pengisytiharan dibuat di bawah seksyen 4 APT 1960, agensi


pemohon diberi tempoh selama 1 tahun selepas pewartaan untuk
menyelesaikan kajian dan memutuskan sama ada hendak
meneruskan pengambilan atau tidak. Agensi pemohon hendaklah
memberitahu Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG)
perkembangan hasil kajian kesesuaian tapak dalam tempoh 9 bulan
dari tarikh pewartaan itu. Jika pada akhir tempoh 9 bulan itu agensi
pemohon merasakan kajian tidak akan dapat diselesaikan dalam
tempoh satu tahun yang dibenarkan, agensi pemohon hendaklah
membuat permohonan baru untuk pengisytiharan semula di bawah
seksyen 4. Jika hasil kajian mendapati tapak yang dipilih adalah
sesuai dan muktamad agensi pemohon hendaklah memohon kepada
KPTG untuk pengisytiharan dibuat di bawah seksyen 8.

4.3. Sekiranya tanah yang diisytiharkan di bawah seksyen 8 diperlukan


segera, agensi pemohon boleh memohon supaya tanah itu diambil
melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) di bawah seksyen 19 APT
1960. Namun demikian, walaupun APT 1960 membenarkan
sebarang tanah termasuk yang mempunyai bangunan diambil
melalui surat perakuan segera, agensi pemohon dinasihatkan
supaya memohon surat perakuan segera hanya bagi lot-lot tanah
yang tiada sebarang bangunan. Agensi pemohon juga hendaklah
menyediakan peruntukan secukupnya untuk membayar denda lewat
atas kadar 8% setahun mulai tarikh tanah diambil milik secara rasmi.

4.4. Setelah memutuskan sama ada untuk memohon pengisytiharan di


bawah seksyen 4 atau di bawah seksyen 8 APT 1960 dan sama ada
pengambilan ini dibuat secara biasa atau melalui surat perakuan
segera, agensi pemohon hendaklah mengemukakan permohonan
pengambilan tanah melalui Ketua Setiausaha Kementerian masing-
masing kepada KPTG. KTPG akan membuat permohonan rasmi
kepada pihak Kerajaan Negeri. Format surat permohonan
pengambilan tanah oleh agensi pemohon adalah seperti di
Lampiran ‘A’ bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 4,
dan Lampiran ‘B’ bagi permohonan pengisytiharan di bawah
seksyen 8. Dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang perlu
dikemukakan adalah seperti dalam senarai semak di Lampiran C
bagi permohonan di bawah seksyen 4 dan Lampiran D bagi
permohonan di bawah seksyen 8 iaitu:

(a) Pelan pengambilan tanah yang lengkap mempunyai ciri-ciri


berikut:

(i) Butir-butir tanah terkini seperti yang tercatat dalam


kedua-dua syitlitho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri berkenaan.

80 TERHAD
TERHAD
(ii) Menggunakan skala sama seperti skala dalam syitlitho di
Pejabat Tanah;

(iii) Menggunakan warna yang berlainan untuk menandakan


kawasan dan status tanah yang terlibat dengan
cadangan pengambilan seperti warna merah untuk tanah
beri milik, kuning untuk tanah Kerajaan, hijau untuk tanah
rizab hutan dan biru untuk tanah rizab sungai.

(iv) Mengandungi jadual yang menyatakan butir-butir tanah


yang tepat, lengkap dan kemas kini mengenai Mukim,
Daerah, Nombor syitlitho, Nombor Lot dan Nombor Hak
milik.

(v) Bagi projek berbentuk jajaran, pelan pengambilan juga


perlu mempunyai jadual berasingan mengenai sebarang
tanah milik/rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan
tanah kosong Kerajaan, serta keluasan yang diperlukan
untuk kegunaan projek.

(vi) Bilangan salinan pelan pengambilan yang mencukupi.

(b) Sijil Carian Rasmi atau Sijil Carian Persendirian yang terkini
bagi lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan.

(c) Ulasan jabatan teknikal dan laporan kajian kesan alam sekitar
jika perlu, serta persetujuan Jawatankuasa Pembangunan
Daerah atau Jawatankuasa seumpamanya.

(d) Bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8,


pengesahan bahawa peruntukan yang mencukupi telah
disediakan untuk membiayai kos-kos berikut:

(i) Peruntukan yang mencukupi telah disediakan untuk


membiayai kos pampasan, kos menanda kawasan, dan
kos menjaga dan mengawal tanah selepas pengambilan
seperti pembinaan pagar dan kawalan pencerobohan
dan

(ii) Sijil Perakuan Segera (Borang I APT 1960) diperlukan


atau tidak.

(e) Bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 4,


pengesahan bahawa peruntukan yang mencukupi telah
disediakan untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat
kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

81 TERHAD
TERHAD

4.5. Setelah menerima permohonan, KPTG bertanggungjawab


mengemukakan permohonan tersebut bersekali dengan dokumen-
dokumen dan pelan pengambilan kepada PTG negeri dan
menghantar salinan-salinan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri,
Pentadbir Tanah Daerah berkenaan dan Pengarah JKPTG Negeri.
Permohonan ini akan diproses seterusnya oleh JKPTG negeri
termasuk mendapatkan kelulusan MMK Negeri, pewartaan,
menguruskan perbicaraan serta urusan pembayaran pampasan dan
mengambil milik tanah secara rasmi.

5. PENANDAAN KAWASAN PENGAMBILAN

Agensi pemohon hendaklah bersedia membuat penandaan kawasan


pengambilan apabila dimaklumkan oleh Pentadbir Tanah. Bagi projek-
projek berbentuk jajaran, agensi pemohon hendaklah mengarahkan jurukur
projek untuk membuat penandaan.

6. KEHADIRAN SEMASA PERBICARAAN PENGAMBILAN TANAH

Apabila diberitahu oleh Pentadbir Tanah, agensi pemohon hendaklah


menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil dalam setiap perbicaraan
dan wakil ini hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai permohonan
pengambilan itu dan bersedia memberi keterangan dan keputusan.

7. BAYARAN PAMPASAN

Setelah selesai perbicaraan dan amaun pampasan ditetapkan, agensi


pemohon perlulah berhubung dengan JKPTG Negeri untuk mendapatkan
salinan Borang H yang telah disempurnakan. Agensi pemohon hendaklah
dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan mengemukakan cek bayaran
atas nama setiap pihak yang ditetapkan dalam Borang H tersebut kepada
JKPTG Negeri. (Agensi pemohon akan dikenakan denda lewat atas kadar
8% setahun jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 3 bulan ini).
JKPTG Negeri bertanggungjawab menyerahkan cek kepada setiap orang
yang berhak.

82 TERHAD
TERHAD

8. MENGAMBIL MILIK TANAH SECARA RASMI

Semasa menyerahkan cek bayaran pampasan kepada setiap pihak yang


berkepentingan, JKPTG Negeri bertanggungjawab menyampaikan sekali
notis Borang K (Notis Tanah Telah Diambil Milik Secara Rasmi) kepada
pemilik dan salinannya kepada KPTG dan agensi pemohon untuk
memasuki dan mengambil milik tapak.

9. PINDAAN KE ATAS PELAN PENGAMBILAN ATAU LOT TANAH

Sekiranya semasa permohonan sedang diproses, agensi pemohon ingin


membuat sebarang perubahan ke atas pelan pengambilan atau lot tanah
atau keluasan tanah yang hendak diambil, agensi pemohon hendaklah
memaklumkan kepada KPTG dan JKPTG Negeri dan mengemukakan butir-
butir tanah dan pelan pengambilan yang baru. Kecuali bagi perubahan-
perubahan yang kecil, KPTG dan JKPTG negeri akan memproses semula
permohonan ini sebagai satu permohonan baru.

10. PEMBATALAN, PENARIKAN BALIK DAN PENANGGUHAN


PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH

10.1. Sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan atau ditarik balik


atau ditangguhkan, agensi pemohon hendaklah memberitahu JKPTG
negeri secara bertulis dengan salinan kepada JKPTG hasrat tersebut
dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan/ penarikan
balik/penangguhan dipohon. Agensi pemohon juga hendaklah
menyediakan peruntukan untuk membayar sebarang kos kerosakan
semasa kerja ukur, kajian tanah dan kerosakan dan pampasan lain
akibat urusan pengambilan ini yang ditetapkan oleh Pentadbir
Tanah. Sebarang permohonan pembatalan atau penarikan balik
hanya boleh dipertimbangkan selagi notis Borang K belum
diserahkan kepada pemilik.

10.2. Bagi permohonan penangguhan, agensi pemohon diingatkan


bahawa pengisytiharan di bawah seksyen 4 dan seksyen 8 akan
masing-masing luput kuat kuasanya selepas 1 tahun dan 2 tahun
dari tarikh pewartaan. Sebarang permohonan yang tertangguh
melebihi tempoh tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu
permohonan baru, jika cadangan pengambilan ingin diteruskan
kelak.

83 TERHAD
TERHAD

11. RUJUKAN KE MAHKAMAH

Agensi pemohon yang tidak berpuas hati dan membantah keputusan


perbicaraan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah berkaitan amaun pampasan,
boleh memohon untuk merujuk ke mahkamah dengan mengemukakan
Borang N (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah)
APT 1960 yang lengkap kepada JKPTG Negeri. Tempoh masa bagi
mengemukakan permohonan bantahan bagi agensi pemohon yang hadir
semasa perbicaraan ialah enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah
membuat award dalam Borang G (Award Pampasan Bertulis). Bagi agensi
pemohon yang tidak hadir semasa perbicaraan ialah enam minggu dari
terima notis Borang H (Notis Award Dan Tawaran Pampasan) atau dalam
masa enam bulan dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award dalam
Borang G, mengikut mana yang lebih dahulu tamat tempohnya, dan lain-
lain syarat permohonan yang diperuntukkan di bawah seksyen 37, 38 dan
39 APT 1960.

12. TINDAKAN-TINDAKAN SELEPAS PENGAMBILAN

Setelah tapak diambil milik secara rasmi, agensi pemohon hendaklah


mengambil tindakan membuat permohonan untuk perizaban atau
pemberimilikan tanah kepada KPTG, dengan mematuhi Pekeliling
KPTG/PTP dan mengambil langkah-langkah penjagaan dan pengawalan
tanah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/1987 atau apa-apa
Pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

13. PERKARA-PERKARA AM

13.1. Agensi-agensi pemohon dikehendaki memperuntukkan masa


sekurang-kurangnya selama 1 tahun dari tarikh permohonan
dikemukakan kepada KPTG untuk urusan pengambilan tanah di
dalam jadual perlaksanaan projek masing-masing. Tempoh ini juga
hendaklah diambil kira dalam menetapkan tarikh penyerahan tapak
kepada kontraktor-kontraktor semasa menyediakan surat perjanjian
kontrak.

13.2. Bagi projek-projek yang berbentuk jajaran, agensi-agensi pemohon


juga dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat para perunding
tanah (Land Consultants) untuk membantu dalam melicinkan urusan
pengambilan tanah.

84 TERHAD
TERHAD

14. TARIKH BERKUAT KUASA

14.1. Tarikh berkuat kuasa Pekeliling ini mulai dari tarikh ianya
dikeluarkan.

14.2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 3/79 bagi
perkara 3(a), (b) dan (c) adalah dibatalkan.

15. PENUTUP

15.1. Dengan adanya garis panduan ini, adalah diharapkan Kementerian-


kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan dapat membuat
perancangan lebih awal dan mengambil tindakan mengikut kaedah-
kaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan apabila
memerlukan tapak untuk kegunaan masing-masing.

( DATO’ ISMAIL BIN DOLLAH HARUN )


PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

Rujukan Fail : KTPK/101/SPT/799 SJ.1


Tarikh : 26 Disember 2003

85 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘A’
(Seksyen 4)
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
(Seksyen Pengambilan Tanah)
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Aras 3, Blok Menara
Lot 4G3, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574, Putrajaya.

Tuan,

Permohonan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 4, APT 1960 Untuk Pengambilan Tanah Bagi
Maksud Awam.

Adalah dimaklumkan bahawa tanah yang dinyatakan dalam jadual di bawah mungkin perlu diambil
di bawah APT 1960 untuk kegunaan Kementerian ini.

Kementerian ini memohon supaya tanah-tanah tersebut diisytiharkan oleh PBN di bawah seksyen
4 APT 1960 dan dikeluarkan Borang B (Kuasa Untuk Membuat Kerja Ukur) untuk membolehkan
ejen-ejen Kementerian ini memasuki dan membuat kajian dan kerja ukur.

Saya mengesahkan bahawa peruntukan telah disediakan untuk membayar pampasan ke atas
sebarang kerosakan di atas tanah berkenaan akibat dari pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

Saya juga mengesahkan bahawa cadangan pengambilan ini telah dibentangkan dan dipersetujui
oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

……………………….
b.p. Ketua Setiausaha

JADUAL
(Pengisytiharan Seksyen 4)

a. Tujuan Pengambilan:
b. Butiran Tanah:

Bilangan Jenis/No. No. Mukim/Pekan/Bandar Daerah/Jajahan Keluasan


Hak milik Lot/No.
P.T.

c. Pelan Cadangan disertakan.

86 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘B’
(Seksyen 8)
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
(Seksyen Pengambilan Tanah)
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Aras 3, Blok Menara, Lot 4G3, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574, Putrajaya.

Tuan,

Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1) (a) Dan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan
Tanah 1960.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah memutuskan supaya tanah yang dinyatakan dalam Jadual di bawah
diambil oleh PBN di bawah seksyen 3(1) (a) APT 1960 dan diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960.

Saya mengesahkan bahawa:

(1) tanah telah disiasat dan didapati sesuai dari segi fizikal.

(2) segala bentuk bebanan dan pendudukan atas tanah telah diambil kira.

(3) rujukan telah dibuat dengan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan JPBD dan juga telah
dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

(4) Butir-butir tanah dalam Jadual di bawah telah disemak dengan Pejabat Tanah.

(5) Keperluan jalan masuk dan perparitan telah diambil kira.

Saya juga mengesahkan bahawa:

(1) Peruntukan untuk kos pengambilan termasuk kos penandaan kawasan telah disediakan.

(2)* Surat Perakuan Segera (Borang I) diperlukan.

Bersama-sama ini disertakan Pelan Pengambilan, sijil carian rasmi/persendirian dan ulasan-ulasan jabatan teknikal yang
berkenaan.

Sekian, terima kasih.

………………………….
b.p. Ketua Setiausaha
*potong yang tidak berkenaan

JADUAL
(Pengisytiharan Seksyen 8)
a. Tujuan:
b. Butiran Tanah:

Bil Jenis / No. Hak milik No. Lot/ No. Mukim/ Daerah/ Tuan Punya Keluasan lot Anggaran Luas
atau Kependudukan P.T. Pekan/ Jajahan Berdaftar atau yang Akan
Bandar Pendudukan yang Diambil
direkodkan

c. Tarikh Tanah Dikehendaki:

Pengesahan

Saya mengesahkan bahawa butir-butir tanah ini telah disemak dengan rekod Pejabat Tanah yang berkenaan dan disahkan
benar.

………………………………………………
(Tandatangan Pegawai Projek)

87 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN ‘C’

SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH
DI BAWAH SEKSYEN 4

Nama Projek : ………………………………………………………………

………………………………………………………………

BIL TINDAKAN TANDAKAN (√)

LENGKAP TIDAK LENGKAP

1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

2. Pengesahan peruntukan yang mencukupi


untuk membiayai kos pampasan
kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan
kajian tanah.

88 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘D’

SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH
DI BAWAH SEKSYEN 8

Nama Projek : ………………………………………………………………

………………………………………………………………

BIL TINDAKAN TANDAKAN (√)

LENGKAP TIDAK LENGKAP

1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

2. Sijil Carian Rasmi/Persendirian yang


terkini.

3. Ulasan dari Jabatan-Jabatan Teknikal.

4. Ulasan dari Jabatan Alam Sekitar *

5. Persetujuan Jawatankuasa
Pembangunan Daerah atau
Jawatankuasa seumpamanya.

6. Pengesahan peruntukan yang mencukupi


termasuk kos penandaan dan lain-lain
kos.

7. Surat Perakuan segera (Borang I) .*

*Potong jika tidak perlu

89 TERHAD
TERHAD

90 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (3)’

JKPTG/101/SPT/799-2 ( )
20 November 2007

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/Datin/Tuan,

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN BIL. 2/2007:


BAYARAN PAMPASAN PENGAMBILAN TANAH OLEH KEMENTERIAN
MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT)

Perhatian Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/Datin/ Tuan adalah ditarik kepada
perkara di atas.

2. Surat Pekeliling ini dikeluarkan berikutan daripada keputusan Mesyuarat


Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara Bil. 8/2007 yang dipengerusikan oleh
Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 19 November 2007 yang
memutuskan supaya semua Kementerian menguruskan bayaran pampasan
pengambilan tanah secara Electronic Fund Tranfer (EFT). Ini adalah bertujuan
untuk mempercepatkan lagi perolehan tanah bagi projek-projek Kerajaan
Persekutuan.

3. Sehubungan dengan keputusan tersebut mulai dari tarikh Surat


Pekeliling ini, Kementerian-Kementerian dengan ini hendaklah membuat
pembayaran pampasan pengambilan tanah terus kepada akaun bank semua
pihak berkepentingan melalui EFT dalam masa tidak lebih dari tujuh (7) hari
dari tarikh penerimaan notis Borang H daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian (JKPTG) Negeri-Negeri.

4. Surat Pekeliling KPTG Bil. 1/2007 bertarikh 21 Mei 2007 adalah dibatalkan.

91 TERHAD
TERHAD

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t
(DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF)
Ketua Pengarah Tanah dan Galian

s.k

Ketua Setiausaha Negara


Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Blok B5 dan B6
Pusat Pentadbiran Keraaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah
Uni Penyelarasan dan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Keraaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Kementerian Kewangan
Kompleks Kementerian Kewangan
Aras 10 (Tengah), Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuuan
62502 PUTRAJAYA

Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 14, Blok Menara 4G3, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 PUTRAJAYA

92 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (4)

CAJ BAYARAN LEWAT (8%)


AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

BIL PERKARA JENIS TEMPOH KIRAAN CAJ SEKSYEN


BAYARAN

1. Tidak membayar atau tidak Bayaran Pada atau Dari tarikh ‘due date’ 32(1)
mendeposit pampasan ke Pampasan sebelum “due hingga bayaran pampasan
Mahkamah. (100%). date” 100% atau deposit 100%
dibuat.

2. Tidak membayar atau tidak Bayaran Pada atau Dari tarikh ‘due date’ 32(1A)
mendeposit pampasan ke Pampasan sebelum “due hingga bayaran pampasan
Mahkamah. (75%) yang date” 75% atau deposit 75%
tertakluk dibuat.
kepada
seksyen
29A(1).

3. Semasa membuat bayaran Bayaran Pada atau Caj kepada amaun 25% di 29A(5)
pampasan yang ditahan pampasan 75% sebelum “due kira dari tarikh bayaran
(25%) sama ada, ada telah dibayar. date”. pampasan 75% hingga
pengurangan atau tidak oleh tarikh bayaran 25% dibuat.
Mahkamah.

4. Semasa membuat bayaran Bayaran Pada atau Caj kepada amaun 25% di 32(1B)
pampasan yang ditahan pampasan 75% sebelum “due kira dari tarikh “dua date”
(25%) sama ada, ada tidak dibayar. date”. hingga bayaran atau
pengurangan atau tidak oleh deposit 75% dibuat.
Mahkamah.

5. Membayar bayaran Bayaran - Caj kepada amaun yang 32(2)


penyelarasan selepas ukur pampasan bagi lebih di kira dari tarikh
halus. kawasan yang “taking possession’ atau
lebih dan nilai pampasan dibayar yang
bayaran ikut mana dahulu hingga tarikh
nilaian pada bayaran lebih itu dibuat.
Borang G.

6. Membayar bayaran Bayaran - Caj kepada bayaran yang 48


pampasan selepas mendapat pampasan lebih itu di kira dari tarikh
perintah Mahkamah. yang lebih “taking possession’ hingga
tinggi daripada tarikh bayaran lebih dibuat
award kepada orang
Pentadbir berkepentingan atau
Tanah. kepada Mahkamah.

93 TERHAD
TERHAD

KAEDAH KIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT


SEKSYEN 32(1) AKTA PENGAMBILAN TANAH

PROJEK : TAPAK PEJABAT IMIGRESEN TANJUNG, KOTA BHARU


MUKIM : PENDEK

LOT PENERIMA AWARD TARIKH GENAP TARIKH JUMLAH CARA AMAUN


BORANG ‘H’ TERIMA MASA BAYARAN HARI PENGIRAAN CAJ LEWAT
BORANG ‘H’/ LEWAT CAJ
PENGELUARAN
BORANG ‘K’
(PERAKUAN
SEGERA)

Lot 123 Roslan bin Daud RM123,748.00 22.09.02 21.12.02 21.12.03 67 hari 123,748.00 x 8% x 67 RM1,817.23
PT 65 KP:650724045263 ---------------------------
365

Lot 456 Nor Aini bt. RM 61,874.00 22.09.02 21.12.02 26.02.03 67 hari 61,874.00 x 8% x 67 RM 908.61
PT 84 Sulaiman ---------------------------
KP:690904086263 365

Lot 787 Uwis Qorni bin RM 60,624.00 22.09.02 21.12.02 26.02.03 67 hari 60,624.00 x 8% x 67 RM 890.25
PT 910 Abdullah ---------------------------
KP:680803066752 365

JUMLAH RM3,616.09

94 TERHAD
TERHAD

95 TERHAD
TERHAD

96 TERHAD
TERHAD

97 TERHAD
TERHAD

98 TERHAD
Lampiran ‘F (6)’
TERHAD

PERMOHONAN KEMENTERIAN /JABATAN PENGGUNA UNTUK


PENGAMBILAN TANAH BAGI TUJUAN MENGGUNAKAN TANAH MILIK
SECARA SEMENTARA DI BAWAH (BAHAGIAN VII)
AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Membuat
Permohonan

(i) KJP (a) KJP berunding dengan JKPTG Seksyen 57,


Negeri / Pentadbir Tanah (PT) APT 1960
bagi tujuan memohon
penggunaan tanah secara
sementara.

(b) Tempoh kegunaan tanah


hendaklah tidak lebih daripada
tiga (3) tahun dan selepas itu
tanah berkenaan akan
dikembalikan semula kepada
tuan tanah.

(c) KJP perlu memastikan perkara-


perkara yang berikut:

(i) mempunyai peruntukan


kewangan yang mencukupi
untuk membayar
pampasan dan kos
pemulihan tanah (Jika
perlu dapatkan ulasan
Jabatan Perkhidmatan dan
Penilaian Harta (JPPH);
dan

(ii) tempoh jangkamasa tanah


dikehendaki, tarikh yang
dijangka untuk memasuki
tanah dan tarikh
mengembalikannya kepada
tuan tanah.

(d) KJP mengemukakan kepada PTP


permohonan rasmi pengambilan
tanah di bawah Seksyen 57, APT
1960 beserta pelan pengambilan
yang lengkap (mengikut skala)
yang mengandungi:

99 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(i) butir-butir tanah terkini


seperti senarai No. lot/PT
yang terlibat, nombor
hakmilik, Mukim dan
Daerah di mana tanah
tersebut berada;

(ii) bilangan salinan pelan


yang mencukupi [berbeza
mengikut negeri iaitu
Kuala Lumpur dan
Terengganu (40 salinan),
Selangor, Perak, Perlis,
Kedah, Pulau Pinang,
Negeri Sembilan, Johor,
Pahang dan Kelantan (25
salinan) manakala Melaka
(30 salinan); dan

(iii) menggunakan warna yang


berlainan untuk
menandakan kawasan dan
status tanah yang terlibat
dengan pengambilan iaitu
warna merah (tanah
berimilik), kuning (tanah
kerajaan), hijau (tanah
rizab hutan) dan biru
(tanah rizab sungai)

2. Menerima dan
Mengemukakan
Permohonan.

(j) PTP [Seksyen PTP menerima, menyemak dan


Pengambilan mengemukakan permohonan kepada
Tanah (SPT)] Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
(PTG) dan disalinkan kepada Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),
JKPTG Negeri dan juga Pejabat Tanah
Daerah (PTD).

100 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

3. Memproses
Permohonan

(i) JKPTG Negeri (a) JKPTG Negeri/PT memproses


/ PTD permohonan untuk menggunakan
tanah milik secara sementara bagi
mendapatkan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri (MMK)/Menteri
Besar/Ketua Menteri.

(b) JKPTG Negeri/PT mengeluarkan


Borang ’Q’ kepada tuan tanah
(disalinkan kepada KJP dan PTP)
yang menetapkan tempoh
jangkamasa tanah dikehendakki,
tarikh siasatan untuk
merundingkan bayaran pampasan
dengan tuan tanah.

(c) JKPTG Negeri/PT akan


mengadakan rundingan/siasatan
berhubung bayaran pampasan
kepada tuan tanah dan wakil KJP
perlu hadir.

4. KJP Memasuki
Tanah.

(i) KJP (a) Apabila KJP menerima perintah


bayaran pampasan (sama ada
secara pukal atau berkala)
daripada JKPTG Negeri/PT, maka
KJP hendaklah menguruskan
penyediaan bayaran sama ada
melalui EFT /Cek kepada Tuan
Tanah dan dihantar melalui
Pentadbir Tanah.

(b) KJP boleh memasuki tanah


sebagaimana tarikh yang
dinyatakan dalam Borang ‘Q’.

101 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

5. Mengembalikan
Tanah Kepada
Tuan Tanah

(i) KJP Setelah selesai penggunaan tanah


dan keadaan tanah telah dipulihkan
seperti keadaan asal dengan
perbelanjaan KJP, maka KJP
hendaklah memaklumkan kepada
JKPTG Negeri/PT cadangan tarikh
untuk mengembalikan tanah
tersebut kepada tuan tanah.
(Disalinkan kepada PTP)

Catatan;

Carta Aliran seperti di


lampiran ’F (7)’.

102 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (7)’

CARTA ALIRAN PERMOHONAN KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA


UNTUK PENGAMBILAN TANAH BAGI TUJUAN MENGGUNAKAN SUATU
TANAH MILIK SECARA SEMENTARA DI BAWAH (BAHAGIAN VII)
AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

KJP berunding dengan JKPTG


Negeri/PTD

KJP kemukakan permohonan

Kembalikan
Ke KJP PTP terima permohonan

Semak

Tidak Lengkap

Lengkap

PTP kemukakan permohonan ke PTG


(salinkan kepada Pejabat SUK, JKPTG
Negeri dan PTD)

JKPTG Negeri/PTD proses permohonan


untuk dapatkan kelulusan PBN

JKPTG Negeri/PTD keluarkan Borang ‘Q’


dan adakan runding bicara

KJP masuk tanah

KJP kembalikan tanah selepas


penggunaan selesai (dalam bentuk asal)

Tamat

103 TERHAD
TERHAD

104 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘F (8)’

PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BILANGAN 1/2005

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH


PERENGGAN 3 (1)(a) APT 1960 (AKTA 486) OLEH BADAN-BADAN
BERKANUN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. TUJUAN

1.1. Tujuan Pekeliling ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua
yang berkenaan mengenai tatacara pengambilan tanah oleh Badan-
badan Berkanun di mana mengikut Akta penubuhan masing-masing
ada memperuntukkan suatu peruntukan yang membolehkan
mengambil tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah
(APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

1.2. Pekeliling ini adalah tidak terpakai kepada Badan-badan Berkanun


yang tidak mempunyai kuasa mengambil tanah secara paksa di
dalam Akta penubuhannya.

2. PROSEDUR PENGAMBILAN TANAH

2.1. Mengikut pemahaman dan amalan sebelum ini, Badan-badan


Berkanun hanya boleh memohon pengambilan tanah di bawah
seksyen 3(1)(b) APT 1960 (Akta 486) sahaja. Walau bagaimanapun
Peguam Negara melalui pandanganya yang terbaru telah
memutuskan seperti berikut:

(i) Badan-badan Berkanun yang mana di dalam Akta


penubuhannya ada menyatakan suatu peruntukan yang ianya
boleh mengambil tanah secara paksa di bawah APT 1960
(Akta 486) dan suatu perisytiharan yang dibuat mengenai
tujuan pengambilan tanah sedemikian hendaklah disifatkan
sebagai tujuan awam di bawah Akta 486 itu, maka
pengambilan hendaklah dibuat mengikut perenggan 3(1)(a).

105 TERHAD
TERHAD

(ii) Maksud tujuan awam disini ditakrifkan iaitu terhad kepada


tujuan penubuhan Badan tersebut sahaja kerana pengambilan
tanah dibuat bagi menjalankan fungsi penubuhan yang
melibatkan secara langsung kepentingan awam (masyarakat)
dan bukannya kepentingan individu tertentu.

(iii) Jika sekiranya Badan-badan Berkanun itu tidak mempunyai


peruntukan bagi membolehkan ianya mengambil tanah milik
secara paksa di dalam Akta penubuhannya, maka Badan-
badan Berkanun itu tidak boleh membuat permohonan
pengambilan tanah mengikut perenggan 3(1)(a) Akta 486,
tetapi boleh membuat permohonan mengikut perenggan
3(1)(b) sahaja.

2.2. Badan-badan Berkanun yang boleh membuat permohonan


pengambilan tanah di perenggan 3(1)(a) Akta 486 adalah seperti di
LAMPIRAN ‘1’.

3. PEMILIHAN DAN KAJIAN KESESUAIAN TAPAK

3.4. Dua tahun sebelum perlaksanaan projek, Badan-badan Berkanun


yang memerlukan tanah hendaklah mencari dan menentukan tapak
yang sesuai. Untuk maksud tersebut, Badan-badan Berkanun
hendaklah berunding dengan Pegawai Daerah/Ketua Jajahan,
Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) yang berkenaan. Rundingan ini hendaklah meliputi
kesesuaian lokasi dengan perancangan guna tanah sekitarnya,
keadaan fizikal tanah, aksesibiliti serta mengambil kira isu-isu sosial
dan ekonomi penduduk tempatan. Keputusan rundingan ini
hendaklah diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat (sulit)
sehinggalah pengambilan tanah yang berkenaan diwartakan di
bawah seksyen 4 atau seksyen 8 APT 1960.

3.5. Setelah tapak projek dipilih, Badan-badan Berkanun hendaklah


mendapatkan ulasan rasmi jabatan-jabatan teknikal mengenai
kesesuaian tapak projek termasuk laporan kajian kesan alam sekitar
(EIA), jika perlu. Jabatan-jabatan teknikal ini ialah JPBD/PBT atau
kedua-duanya, JKR dan JPS peringkat daerah. Badan-badan
Berkanun juga dikehendaki membuat semakan butir-butir tanah
dengan rekod di pejabat tanah yang berkenaan. Dengan mengambil
kira butir-butir tanah dan ulasan-ulasan jabatan teknikal berkenaan,
Badan-badan Berkanun hendaklah mengemukakan cadangan
pengambilan tersebut kepada Pegawai Daerah/ Ketua Jajahan untuk
dibentangkan di Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau apa-apa

106 TERHAD
TERHAD
Jawatankuasa seumpamanya di peringkat daerah/ jajahan untuk
persetujuan.

3.6. Sekiranya PBN ada menentukan peraturan yang perlu dipatuhi


semasa memilih dan menentukan kesesuaian tapak, termasuk sama
ada perlu atau tidak permohonan di bentang kepada Jawatankuasa
Pembangunan Daerah, Badan-badan Berkanun hendaklah
mematuhi peraturan tersebut.

4. PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH

4.2. Setelah tapak projek dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan


Daerah atau apa-apa jawatankuasa lain seumpamanya, Badan-
badan Berkanun hendaklah memutuskan sama ada pemilihan tapak
ini telah muktamad atau masih memerlukan kajian teknikal lanjut
seperti kerja ukur atau kajian tanah (soil test) sebelum dapat di
muktamadkan. Sekiranya telah muktamad, Badan-badan Berkanun
boleh terus mengemukakan permohonan pengisytiharan
pengambilan tanah di bawah seksyen 8 APT 1960. Sekiranya masih
memerlukan kajian, Badan-badan Berkanun hendaklah memohon
pengisytiharan cadangan pengambilan tanah di bawah seksyen 4
terlebih dahulu. Pengisytiharan di bawah seksyen 4 bertujuan untuk
memberi kuasa kepada Badan Berkanun dan ejen-ejennya untuk
memasuki tanah dan membuat kerja-kerja pengukuran dan kajian
tanah.

4.3. Apabila pengisytiharan dibuat di bawah seksyen 4 APT 1960, Badan


Berkanun diberi tempoh selama 1 tahun selepas pewartaan untuk
menyelesaikan kajian dan memutuskan sama ada hendak
meneruskan pengambilan atau tidak. Jika hasil kajian mendapati
tapak yang dipilih adalah sesuai dan muktamad Badan Berkanun
hendaklah memohon untuk pengisytiharan dibuat di bawah seksyen
8.

4.3. Sekiranya tanah yang diisytiharkan di bawah seksyen 8 diperlukan


segera, Badan Berkanun boleh memohon supaya tanah itu diambil
melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) di bawah seksyen 19 APT
1960. Namun demikian, walaupun APT 1960 membenarkan
sebarang tanah termasuk yang mempunyai bangunan diambil
melalui surat perakuan segera, Badan Berkanun dinasihatkan
supaya memohon surat perakuan segera hanya bagi lot-lot tanah
yang tiada sebarang bangunan. Badan Berkanun juga hendaklah
menyediakan peruntukan secukupnya untuk membayar caj bayaran
lewat atas kadar 8% setahun mengikut Kaedah ini.

107 TERHAD
TERHAD

4.4 Setelah memutuskan sama ada untuk memohon pengisytiharan di


bawah seksyen 4 atau di bawah seksyen 8 APT 1960 dan sama ada
pengambilan ini dibuat secara biasa atau melalui surat perakuan
segera, Badan Berkanun hendaklah mendapatkan persetujuan atau
pengesahan terlebih dahulu dari Kementerian masing-masing.
Dalam hal ini Kementerian perlu menimbang faktor sumber
kewangan bagi pengambilan tersebut, hak milik tanah berkenaan
dan sebagainya. Jika sekiranya Kementerian memutuskan hak milik
akan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,
permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Tanah dan Galian dengan mematuhi tatacara yang diterangkan
melalui Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2003.

4.5 Jika sekiranya Kementerian memutuskan yang sebaliknya iaitu hak


milik akan didaftarkan atas nama Badan Berkanun itu sendiri maka,
Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan
pengambilan tanah terus kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri
dan salinan kepada Kementerian masing-masing. Format surat
permohonan pengambilan tanah adalah seperti di Lampiran ‘A’ bagi
permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 4, dan Lampiran ‘B’
bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8. Dokumen-
dokumen dan maklumat-maklumat yang perlu dikemukakan adalah
seperti dalam senarai semak di Lampiran C bagi permohonan di
bawah seksyen 4 dan Lampiran D bagi permohonan di bawah
seksyen 8. Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama
dengan perkara-perkara berikut:-

4.5.1 Pengesahan mengenai tujuan pengambilan dan projek yang


akan dilaksanakan serta pengakuan bahawa pengambilan
ini adalah semata-mata untuk tujuan tersebut;

4.5.2 Pengesahan bahawa tapak telah dilawati dan disiasat sesuai


dari segi bentuk fizikal muka bumi dan perancangan guna
tanah sekitar;

4.5.3 Pengesahan bahawa rujukan telah dibuat kepada Jabatan-


jabatan teknikal dan segala pandangan teknikal telah di
ambil kira. (Sertakan ulasan-sulasan teknikal berkenaan);

4.5.4 Pengesahan bahawa peruntukan kewangan secukupnya


telah disediakan;

4.5.5 Menentukan bahawa permohonan adalah di bawah seksyen


4 atau seksyen 8;

108 TERHAD
TERHAD

4.5.6 Menyatakan sama ada Sijil Perakuan Segera (Borang I, APT


1960) diperlukan atau tidak.

4.5.7 Pelan pengambilan tanah yang lengkap yang mempunyai ciri-


ciri berikut:

(vi) Butir-butir tanah terkini seperti yang tercatat dalam


kedua-dua syitlitho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri berkenaan.

(vii) Menggunakan skala sama seperti skala dalam syitlitho


di Pejabat Tanah;

(viii) Menggunakan warna yang berlainan untuk


menandakan kawasan dan status tanah yang terlibat
dengan cadangan pengambilan seperti warna merah
untuk tanah milik, kuning untuk tanah Kerajaan, hijau
untuk tanah rizab hutan dan biru untuk tanah rizab
sungai.

(ix) Mengandungi jadual yang menyatakan butir-butir tanah


yang tepat, lengkap dan kemas kini mengenai Mukim,
Daerah, Nombor syitlitho, Nombor Lot/ No.P.T dan
Nombor Hak milik.

(x) Bagi projek berbentuk jajaran, pelan pengambilan juga


perlu mempunyai jadual berasingan mengenai
sebarang jenis tanah iaitu tanah milik/rizab, tanah milik
Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah Kerajaan,
serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan projek.

(xi) Bilangan salinan pelan pengambilan yang mencukupi.

4.5.8 Sijil Carian Rasmi atau Sijil Carian Persendirian yang terkini
bagi lot-lot/ No. P.T tanah yang terlibat dengan pengambilan.

4.5.9 Bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8,


pengesahan bahawa peruntukan yang mencukupi telah
disediakan untuk membiayai kos-kos berikut:

(iii) Peruntukan yang mencukupi telah disediakan untuk


membiayai kos pampasan, kos menanda kawasan dan
sebagainya.

109 TERHAD
TERHAD

4.6. Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah Berkenaan
akan tanggungjawab untuk memproses permohonan tersebut
berpandukan kepada Pekeliling KPTG Bilangan 3/1979 dan
Pekeliling lain yang berkaitan.

5. PENANDAAN KAWASAN PENGAMBILAN

Badan Berkanun hendaklah bersedia membuat penandaan kawasan


pengambilan apabila dimaklumkan oleh Pentadbir Tanah. Bagi projek-
projek berbentuk jajaran, Badan Berkanun hendaklah mengarahkan
juruukur projek untuk membuat penandaan.

6. KEHADIRAN SEMASA PERBICARAAN PENGAMBILAN TANAH

Apabila diberitahu oleh Pentadbir Tanah, Badan Berkanun hendaklah


menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil dalam setiap perbicaraan
dan wakil ini hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai permohonan
pengambilan itu dan bersedia memberi keterangan dan keputusan.

7. BAYARAN PAMPASAN

Setelah selesai perbicaraan dan amaun pampasan ditetapkan, Badan


Berkanun perlu berhubung dengan Pentadbir Tanah berkenaan untuk
mendapatkan salinan Borang H yang telah disempurnakan. Badan
Berkanun hendaklah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan
mengemukakan cek bayaran atas nama setiap pihak yang ditetapkan
dalam Borang H tersebut kepada Pentadbir Tanah. (Badan Berkanun akan
dikenakan denda lewat atas kadar 8% setahun jika pembayaran tidak
dibuat dalam tempoh 3 bulan ini). Pentadbir Tanah bertanggungjawab
menyerahkan cek kepada setiap orang yang berhak.

8. MENGAMBIL MILIK TANAH SECARA RASMI

Semasa menyerahkan cek bayaran pampasan kepada setiap pihak yang


berkepentingan, Pentadbir Tanah bertanggungjawab menyampaikan sekali
notis Borang K (Notis Tanah Telah Diambil Milik Secara Rasmi) kepada
pemilik dan salinannya kepada Badan Berkanun untuk memasuki dan
mengambil milik tapak.

110 TERHAD
TERHAD

9. PINDAAN KE ATAS PELAN PENGAMBILAN ATAU LOT TANAH

Sekiranya semasa permohonan sedang diproses, Badan Berkanun ingin


membuat sebarang perubahan ke atas pelan pengambilan atau lot/ No. P.T
tanah atau keluasan tanah yang hendak diambil, Badan Berkanun
hendaklah memaklumkan kepada Pentadbir Tanah berkenaan dan
mengemukakan butir-butir tanah dan pelan pengambilan yang baru. Kecuali
bagi perubahan-perubahan yang kecil, Pentadbir Tanah akan memproses
semula permohonan ini sebagai satu permohonan baru.

10. PEMBATALAN, PENARIKAN BALIK DAN PENANGGUHAN


PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH

10.1. Sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan atau ditarik balik


atau ditangguhkan, Badan Berkanun hendaklah memberitahu
Pentadbir Tanah secara bertulis dengan hasrat tersebut dengan
menyatakan sebab-sebab pembatalan/ penarikan balik/
penangguhan dipohon. Badan Berkanun juga hendaklah
menyediakan peruntukan untuk membayar sebarang kos kerosakan
semasa kerja ukur , kajian tanah dan kerosakan dan pampasan lain
akibat urusan pengambilan ini yang ditetapkan oleh Pentadbir
Tanah. Sebarang permohonan pembatalan atau penarikan balik
hanya boleh di pertimbangkan selagi notis Borang K belum
diserahkan kepada pemilik.

10.2. Bagi permohonan penangguhan, Badan Berkanun diingatkan


bahawa pengisytiharan di bawah seksyen 4 dan seksyen 8 akan
masing-masing luput kuat kuasanya selepas 1 tahun dan 2 tahun
dari tarikh pewartaan. Sebarang permohonan yang tertangguh
melebihi tempoh tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu
permohonan baru, jika cadangan pengambilan ingin diteruskan
kelak.

11. RUJUKAN KE MAHKAMAH

Badan Berkanun yang tidak berpuas hati dan membantah keputusan


perbicaraan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah berkaitan amaun pampasan,
boleh memohon untuk merujuk ke mahkamah dengan mengemukakan
Borang N (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah)
APT 1960 yang lengkap kepada Pentadbir Tanah. Tempoh masa bagi
mengemukakan permohonan bantahan bagi Badan Berkanun yang hadir
semasa perbicaraan ialah enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah
membuat award dalam Borang G (Award Pampasan Bertulis). Dan bagi
agensi pemohon yang tidak hadir semasa perbicaraan ialah enam minggu
dari terima notis Borang H (Notis Award Dan Tawaran Pampasan) atau
111 TERHAD
TERHAD
dalam masa enam bulan dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award
dalam Borang G, mengikut mana yang lebih dahulu tamat tempohnya, dan
lain-lain syarat permohonan yang diperuntukan di bawah seksyen 37, 38
dan 39 APT 1960.

12. TINDAKAN-TINDAKAN SELEPAS PENGAMBILAN

Setelah tapak diambil milik secara rasmi, Badan Berkanun hendaklah


mengambil tindakan membuat permohonan untuk pemberimilikan atau
perizapan tanah berkenaan kepada Pentadbir Tanah.

13. PERKARA-PERKARA AM

13.1. Badan-Badan Berkanun dikehendaki memperuntukkan masa


sekurang-kurangnya selama 1 tahun dari tarikh permohonan
dikemukakan kepada Pentadbir Tanah untuk urusan pengambilan
tanah di dalam jadual perlaksanaan projek masing-masing. Tempoh
ini juga hendaklah diambil kira dalam menetapkan tarikh penyerahan
tapak kepada kontraktor-kontraktor semasa menyediakan surat
perjanjian kontrak.

13.2. Bagi projek-projek yang berbentuk jajaran, Badan Berkanun juga


dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat para perunding tanah
(Land Consultants) untuk membantu dalam melicinkan urusan
pengambilan tanah.

14. TARIKH BERKUAT KUASA

14.1. Pekeliling ini dikeluarkan dengan persetujuan semua Pengarah


Tanah dan Galian, Kementerian dan Badan-badan Berkanun
berkenaan dan berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan.

112 TERHAD
TERHAD

15. PENUTUP

15.1. Dengan adanya garis panduan ini, adalah diharapkan Badan-badan


Berkanun dapat membuat perancangan lebih awal dan mengambil
tindakan mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan apabila memerlukan tapak untuk kegunaan masing-
masing.

PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

Rujukan Fail : JKPTG/101/SPT/917

Tarikh : 11.1.2005

113 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 1

Akta Penubuhan Badan Berkanun Yang Membenarkan Pengambilan


Tanah

BIL. SEKSYEN AKTA

1. 59 Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474)

2. 27 Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 (Akta 489)

3. 29 Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 (Akta 69)

4. 29 Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 (Akta 70)

5. 29 Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75)

6. 29 Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 (Akta 104)

7. 31 Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 110)

8. 29 Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203)

9. 22 Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 (Akta 231)

10. 29 Akta Lembaga Kemajuan Kedah 1981 (Akta 249)

11. 30 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 (Akta 282)

12. 29 Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423)

13. 28 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1992 (Akta 480)

14. 30 Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 563)

15. 25 Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609)

114 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘A’
(Seksyen 4)

Pengarah Tanah dan Galian Negeri


........................................................
........................................................

Y. Bhg. Dato’/Tuan,

Permohonan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 4, APT 1960 Untuk Pengambilan Tanah Bagi Maksud Awam

Adalah dimaklumkan bahawa tanah yang dinyatakan dalam jadual di bawah mungkin perlu diambil di bawah
APT 1960 untuk kegunaan Badan Berkanun ini.

Badan Berkanun ini memohon supaya tanah-tanah tersebut diisytiharkan oleh PBN di bawah seksyen 4 APT
1960 dan dikeluarkan Borang B (Kuasa Untuk Membuat Kerja Ukur) untuk membolehkan ejen-ejen Badan
Berkanun ini memasuki untuk membuat kajian dan kerja ukur.

Saya mengesahkan bahawa peruntukan telah disediakan untuk membayar pampasan ke atas sebarang
kerosakan di atas tanah berkenaan akibat dari pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

Saya juga mengesahkan bahawa cadangan pengambilan ini telah dibentangkan dan dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pembangunan Daerah/ Jajahan yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

……………………….
Pengurus Besar

JADUAL

(Pengisytiharan Seksyen 4)

a. Tujuan Pengambilan :

b. Butiran Tanah :

Bilangan Jenis/No. Hak milik No. Mukim/Pekan/Bandar Daerah/ Keluasan


Lot/No. Jajahan
P.T

c. Pelan Cadangan Pengambilan disertakan.

115 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘B’
(Seksyen 8)

Pengarah Tanah dan Galian Negeri


.........................................................
.........................................................

Y. Bhg. Dato’/Tuan,

Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1) (a) Dan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 8 Akta
Pengambilan Tanah 1960

Adalah dimaklumkan bahawa Badan Berkanun ini telah memutuskan supaya tanah yang dinyatakan dalam Jadual di bawah
diambil oleh PBN di bawah seksyen 3(1) (a) APT 1960 dan diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960.

Saya mengesahkan bahawa:

(1) tanah telah disiasat dan didapati sesuai dari segi fizikal

(2) segala bentuk bebanan dan pendudukan atas tanah telah diambil kira

(3) rujukan telah dibuat dengan Pejabat Daerah/ Jajahan, Pihak Berkuasa Tempatan dan JPBD
dan juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

(4) Butir-butir tanah dalam Jadual di bawah telah disemak dengan Pejabat Tanah.

(5) Keperluan jalan masuk dan perparitan telah diambil kira.

Saya juga mengesahkan bahawa:

(1) Peruntukan untuk kos pengambilan termasuk kos penandaan kawasan telah disediakan.

(2)* Surat Perakuan Segera (Borang I) diperlukan.

Bersama-sama ini disertakan Pelan Pengambilan, sijil carian rasmi/persendirian dan ulasan-ulasan jabatan teknikal yang
berkenaan.

Sekian, terima kasih.


………………………….
Pengurus Besar
*potong yang tidak berkenaan

JADUAL
(Pengisytiharan Seksyen 8)
a. Tujuan:

b. Butiran Tanah:

Bil Jenis / No. Hak milik No.Lot/ Mukim/ Daerah/ Tuan Punya Berdaftar Keluasan lot/ Anggaran Luas Yang
atau Kependudukan No.P.T. Pekan/ Jajahan Atau Pendudukan yang No. P.T Akan Diambil
Bandar direkodkan

c. Tarikh Tanah Dikehendaki

Pengesahan

Saya mengesahkan bahawa butir-butir tanah ini telah disemak dengan rekod Pejabat Tanah yang berkenaan dan disahkan
benar.

………………………………………………
Pegawai Projek

116 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘C’

SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH
DI BAWAH SEKSYEN 4

Nama Projek : ………………………………………………………………

………………………………………………………………

BIL TINDAKAN TANDAKAN (√)

LENGKAP TIDAK LENGKAP

1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

2. Pengesahan peruntukan yang mencukupi


untuk membiayai kos pampasan
kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan
kajian tanah.

117 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘D’

SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH
DI BAWAH SEKSYEN 8

Nama Projek : ………………………………………………………………

………………………………………………………………

BIL TINDAKAN TANDAKAN (√)

LENGKAP TIDAK LENGKAP

1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

2. Sijil Carian Rasmi/ Persendirian yang


terkini.

3. Ulasan dari Jabatan-Jabatan Teknikal.

4. Ulasan dari Jabatan Alam Sekitar *

5. Persetujuan Jawatankuasa
Pembangunan Daerah atau
Jawatankuasa seumpamanya.

6. Pengesahan peruntukan yang mencukupi


termasuk kos penandaan dan lain-lain
kos.

7. Surat Perakuan segera (Borang I) .*

*Potong jika tidak perlu

118 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘G’

PERMOHONAN PEMBELIAN TANAH OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN


DARIPADA ORANG PERSENDIRIAN/SYARIKAT/BADAN BERKANUN

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Cadangan
Pembelian
Tanah/Bangunan Catatan:

Semua urusan pembelian Surat Pekeliling


tanah/bangunan mengikut SPP Perbendaharaan
11/2007 perlu dilakukan melalui Bil. 11/2007
Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SPP 11/2007)
(SHTP) JKPTG sahaja pada ketika - Seperti di
ini. Lampiran ’G (1)’.

(i) KJP KJP perlu melantik seorang pegawai


yang bertanggungjawab untuk
mengesahkan semua bayaran dan
syarat jual beli dilaksanakan
sehingga hakmilik tanah sempurna
didaftar di atas nama PTP.

(a) KJP hendaklah mengenalpasti


tanah/bangunan bagi cadangan
pembelian dan hendaklah:

(i) Berbincang pada peringkat


awal dengan pemilik tanah;

(ii) Lawatan bersama dengan


pemilik tanah, KJP dan
JKPTG untuk memastikan
tapak:

 mempunyai jalan masuk;


 mempunyai kemudahan
asas dan utiliti;
 tiada setinggan; dan
 keadaan muka bumi;

(iii) Membuat semakan dan


mendapatkan Salinan
Hakmilik/Carian Rasmi
Terkini/Pelan Tanah dari
Pejabat Tanah dan
memastikan:

119 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
 pemilik tanah sebenar;
 tiada bebanan berdaftar
(gadaian/kaveat/pajakan
/lain-lain);
 tempoh pegangan tanah
oleh pemilik berdaftar
sekurang-kurangnya
lebih dari 5 tahun; dan
 tanah pegangan pajakan
seeloknya mempunyai
baki tempoh pegangan
sekurang-kurangnya
lebih dari 60 tahun.

Catatan:

KJP juga perlu memastikan


tanah/bangunan yang hendak dibeli
bukan berstatus Tanah Rizab
Melayu/Tanah Adat/Tanah Native
Title (bagi Negeri Sabah &
Sarawak).

(Walau bagaimanapun Tanah Rizab


Melayu di Negeri Johor, Kedah,
Melaka, Kelantan (dengan
kebenaran PBN) dan Terengganu
(dengan kebenaran Sultan) (Ruler in
Council) boleh dipindahmilik
kepada PTP).

b) Bagi mendapat kelulusan


pembelian daripada Pegawai
Pengawal (KSU), KJP perlu
mendapat ulasan daripada:

(i) Perakuan daripada PTP;

(ii) Nilaian daripada JPPH; dan

(iii) Memenuhi borang Senarai


Semak Pematuhan Arahan
Jawatankuasa Pengawas
Harta Kerajaan (JPHK) jika
melibatkan pembelian
bangunan (seperti di
Lampiran ‘G (2)’).

120 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

Catatan:
PTP memberi perakuan berdasarkan
dokumen yang dikemukakan oleh
KJP (salinan Hakmilik/Carian Rasmi
Tanah/Pelan Tanah).

c) Setelah mendapatkan kelulusan


dari pegawai pengawal KJP
hendaklah :

(i) mewujudkan Jawatankuasa


Rundingan Harga (wakil PTP
dan JPPH adalah ahli wajib);
dan

(ii) Mempastikan mesyuarat


rundingan harga turut
dihadiri oleh Penjual.

Catatan:

Pegawai Pengawal hendaklah


melantik pengerusi Jawatankuasa
Rundingan Harga secara bertulis
dan disalinkan kepada PTP (SHTP,
JKPTG).

2. Mesyuarat
Rundingan Harga

(i) KJP (a) Rundingan harga dengan Penjual SPP 11/2007.


diadakan bagi menentukan harga
pembelian dan terma-terma
perjanjian. Sekiranya :

(i) harga dan terma perjanjian


dipersetujui, kemukakan
keputusan kepada Pegawai
Pengawal untuk
dimuktamadkan; dan

(ii) harga dan terma perjanjian


tidak dipersetujui,
kemukakan keputusan
kepada Pegawai Pengawal
untuk pembatalan/ dirunding
semula.

121 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

3. Menandatangani
Surat Perjanjian
Jual-Beli

(i) KJP (a) Sekiranya persetujuan pembelian


telah diperolehi, KJP hendaklah
meminta penjual menyediakan
draf perjanjian jual beli dengan
mengambil kira syarat dan terma
asas kerajaan. Deraf perjanjian
jual beli :

(i) disemak oleh Penasihat


Undang-Undang (PUU) KJP;
dan

(ii) PTP [Seksyen (ii) Setelah semakan oleh PUU KJP,


Harta Tanah draf perjanjian tersebut
Persekutuan dikemukakan kepada PTP
(SHTP)] untuk semakan lanjut oleh PUU
JKPTG.

(iii) KJP (b) KJP meminta pihak penjual


menyediakan sepuluh (10) salinan
perjanjian jual beli yang telah
disemak oleh PTP. Perjanjian
hendaklah ditandatangani oleh
penjual terlebih dahulu sebelum
ditandatangani oleh PTP.

(iv) PTP (SHTP) (c) PTP menandatangani perjanjian dan


kembalikan kepada KJP untuk
dimatikan setem oleh penjual. KJP
kemukakan 1 salinan yang telah
disetemkan kepada PTP untuk
simpanan dan rekod.

Catatan:
KJP perlu memastikan bayaran
kepada Penjual dijelaskan mengikut
kaedah bayaran seperti yang
ditetapkan di dalam Para 8.1, 8.2,
8.3 dan 8.4 SPP 11/2007.

122 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

4. Pindah Milik
Tanah

(i) KJP (a) Penjual menyediakan Borang


Pindahmilik / Memorandum Of
Transfer beserta Borang Setem
(PDS 15) :

(i) Tiga (3) salinan Borang 14A


KTN bagi Semenanjung;

(ii) Tiga (3) salinan Borang G bagi


Sarawak;

(iii) Tiga (3) salinan Borang LSF


18 Schedule xiii bagi Sabah.

(b) Borang Pindahmilik serta enam


(6) salinan Borang Setem (PDS
15) hendaklah ditandatangani
oleh Penjual terlebih dahulu dan
dikemukakan kepada PTP melalui
KJP untuk ditandatangani;

(ii) PTP (SHTP) (c) Selepas PTP menandatangani


Borang Pindahmilik dan PDS 15,
PTP akan mengemukakannya
semula kepada KJP untuk urusan
pendaftaran pindahmilik di Pejabat
Tanah oleh Penjual;

(iii) KJP (d) Selepas pendaftaran pindahmilik


kepada PTP disempurnakan, KJP
kemukakan dokumen hakmilik
asal kepada PTP untuk tujuan
rekod dan pembayaran cukai.

Catatan:
KJP perlu memastikan bayaran
kepada Penjual dijelaskan mengikut
kaedah bayaran seperti yang
ditetapkan di dalam Para 8.1, 8.2,
8.3 dan 8.4 SPP 11/2007.

(e) Setelah proses perolehan tanah


selesai, KJP bertanggungjawab
untuk membangunkan dan
mengawal tanah tersebut.

123 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

5. Tanah
Berhakmilik
Strata

(i) KJP (a) Bagi pembelian bangunan


bertingkat (Hakmilik Strata) KJP
kemukakan nama Pegawai dan
KJP kepada PTP sebagai Proksi
PTP untuk hadir di dalam
Mesyuarat Perbadanan
Pengurusan (MC).

(b) Segala yuran pengurusan yang


dikenakan oleh MC bagi pihak
PTP hendaklah dibayar oleh KJP.

Catatan;

Carta Aliran seperti di


lampiran ’G (3)’

124 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘G (1)’

S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld. 23(10)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

TATACARA PEMBELIAN TANAH


DARIPADA ORANG PERSEORANGAN, SYARIKAT DAN PERBADANAN

Tujuan

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan memaklumkan tatacara yang perlu
dipatuhi oleh semua Kementerian/Agensi dalam menguruskan pembelian tanah daripada
orang perseorangan, syarikat dan perbadanan.

Latar Belakang

2. Kementerian Kewangan memandang serius terhadap kelewatan kontraktor memasuki


tapak akibat kelewatan Kementerian/Agensi menyelesaikan urusan pembelian tanah untuk
projek pembangunan. Kelewatan ini boleh mengakibatkan projek-projek yang dirancang
tertangguh dan perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan.

3. Sehubungan itu, bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan, Kementerian


Kewangan telah meminda peraturan bagi memudahkan Kementerian/Agensi mendapatkan
tanah yang diperlukan secara pembelian terus daripada orang perseorangan, syarikat dan
perbadanan.

Syarat dan Tatacara Pembelian Tanah

4. Bagi maksud pembelian tanah berkenaan, syarat dan tatacara yang ditetapkan di
Lampiran A hendaklah dipatuhi. Di samping itu, Kementerian/Agensi juga dikehendaki
mematuhi peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
125 TERHAD
TERHAD

Kuat Kuasa

5. SPP ini berkuat kuasa pada tarikh ianya dikeluarkan dan terpakai bagi semua
Kementerian/Agensi yang diberi peruntukan/pembiayaan Kerajaan Persekutuan sama ada
melalui geran peruntukan atau pinjaman dan sama ada pembiayaan sepenuhnya atau
sebahagian daripada kos projek/perbelanjaan. Dengan berkuat kuasanya SPP ini, SPP
Bilangan 1 Tahun 2003 adalah terbatal.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah)


Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia.

17 Disember 2007

s.k.

Ketua Setiausaha Negara


Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri

126 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN A
SPP BIL. 11 TAHUN 2007

TATACARA PEMBELIAN TANAH DARIPADA ORANG PERSEORANGAN,


SYARIKAT DAN PERBADANAN

1. Pembelian tanah bagi maksud SPP ini adalah pembelian tanah berbentuk:

(a) Tanah kosong mengikut peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh Ketua
Pengarah Tanah dan Galian; atau

(b) Tanah berserta dengan bangunan sama ada bangunan telah siap atau sedang
dalam pembinaan (termasuk pembelian di dalam sesuatu skim strata).

2. Pembelian adalah tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi dan hendaklah dibuat
melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan dipindah milik serta didaftarkan di
atas nama PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN.

3. Pembelian tanah milik orang perseorangan, syarikat dan perbadanan dibenarkan


sekiranya pemilik berkenaan telah mempunyai hak milik bagi tempoh sekurang-
kurangnya 5 tahun serta bebas daripada sebarang bebanan dan syarat kegunaan yang
akan menghalang daripada sebarang pembangunan yang dicadangkan. Pembelian
tanah di bawah para 1(a) berserta cadangan membina infrastruktur atau cadangan
membina bangunan oleh pemilik tanah tidak dibenarkan.

4. Pegawai Pengawal diberi kuasa meluluskan pembelian sesuatu tanah secara terus
melalui rundingan harga daripada pemilik yang berdaftar/pemaju tanpa perlu merujuk
kepada Kementerian Kewangan. Pegawai Pengawal bermaksud Ketua Setiausaha
Kementerian seperti yang termaktub di dalam Seksyen 15A Akta Acara Kewangan
1957. Sehubungan dengan itu, Pegawai Pengawal hendaklah memastikan setiap
permohonan dikemukakan bersekali dengan perakuan daripada Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta (JPPH).

5. Bagi pembelian tanah di bawah para 1(b), Kementerian/Agensi hendaklah mematuhi


semua peraturan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawas Ke Atas Harta-harta
Kerajaan (JPHK), Jabatan Perdana Menteri. Satu senarai semak bagi pematuhan ke
atas semua arahan JPHK hendaklah disertakan semasa memohon kelulusan Pegawai
Pengawal bersekali dengan perakuan JKPTG dan JPPH.

6. Satu Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat Kementerian/Agensi hendaklah


ditubuhkan dan wajib dianggotai oleh wakil-wakil daripada JKPTG, JPPH dan
dipengerusikan oleh pegawai di Kementerian/Agensi yang dilantik secara bertulis oleh
Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan. Pelaksanaan rundingan harga hanya
dibenarkan selepas semua peraturan di para 1 hingga 5 di atas dipatuhi. Tugas-tugas
Jawatankuasa Rundingan Harga ini adalah seperti berikut:

(a) mendapatkan maklumat-maklumat tanah yang lengkap;


127 TERHAD
TERHAD

(b) memastikan tapak yang hendak dibeli bebas daripada sebarang bebanan
(encumbrances) dan syarat kegunaan tanah hendaklah bersesuaian dengan
cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan;

(c) mengadakan rundingan harga dengan pemaju/pemilik bagi mendapatkan


harga yang berpatutan dengan memastikan harga pembelian hendaklah
tidak melebihi harga penilaian yang ditentukan oleh JPPH dan mencatatkan
keputusan rundingan tersebut;

(d) memaklumkan dan merundingkan terma-terma bagi Perjanjian Jual Beli;


dan

(e) memperakukan harga yang telah dirunding kepada Pegawai Pengawal untuk
keputusan muktamad.

7. Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan terma perjanjian


yang muktamad, Jawatankuasa boleh memperakukan kepada Pegawai Pengawal untuk
membatalkan pembelian tersebut.

8. Kaedah pembayaran hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

8.1 Bagi pembelian tanah di bawah para 1(a):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian


ditandatangani;

(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer (Sabah
dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G
(Sarawak) dan Borang LSF 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk
didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan; dan

(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama PTP.

8.2 Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang telah siap di bawah para 1(b):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian


ditandatangani;

(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer (Sabah
dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G
(Sarawak) dan Borang LSF 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk
didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan;

(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama PTP; dan

128 TERHAD
TERHAD

8.3 Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang sedang dalam proses
pembinaan di bawah para 1(b):

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian


ditandatangani;

(b) 20% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer


(Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G
(Sarawak) dan Borang LSF 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk
didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan serta setelah hak milik
didaftarkan di atas nama PTP; dan

(c) baki 70% untuk bayaran seterusnya hendaklah dibuat mengikut kaedah
bayaran kemajuan projek-projek Kerajaan yang berkuat kuasa.

8.4 Bagi pembelian di bawah para 1(b) yang melibatkan bangunan di dalam
sesuatu skim strata:

(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian


ditandatangani;

(b) 85% mengikut kemajuan pembinaan bangunan; dan

(c) baki 5% dibayar setelah hak milik strata bagi bangunan berkenaan
didaftarkan di atas nama PTP.

9. Bagi pembelian yang melibatkan pembinaan, pemilik/pemaju hendaklah dikenakan


syarat supaya mengemukakan bon pelaksanaan sebanyak 5% daripada keseluruhan
harga pembelian. Tempoh sah laku bon pelaksanaan hendaklah meliputi 12 bulan
selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

10. Kementerian/Agensi hendaklah melantik pegawai yang sesuai untuk mengesahkan


semua bayaran dan memantau pelaksanaan sepenuhnya syarat-syarat jual beli tanah
sehingga sempurna didaftarkan di atas nama PTP. Walaupun Perjanjian Jual Beli
ditandatangani oleh PTP, Kementerian/Agensi boleh memasukkan nama
pengurus/pentadbir kontrak di dalam perjanjian tersebut di atas nama jawatan pegawai
di Kementerian/Agensi yang membiayai pembelian tanah bagi memudahkan
pengurusan dan pemantauan kontrak.

11 Sekiranya perjanjian ditamatkan atas sebab kegagalan pemilik/pemaju


menyempurnakan obligasinya, Kementerian/Agensi hendaklah memastikan bayaran
tertentu yang telah dibuat kepada pemilik/pemaju dikutip balik dengan dikenakan
kadar faedah tidak kurang daripada 8% setahun dan terma ini hendaklah dimasukkan
dalam Perjanjian Jual Beli.

Kementerian Kewangan Malaysia


Disember 2007
129 TERHAD
TERHAD

130 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘G (2)’

CHECKLIST BAGI PERMOHONAN PEMBELIAN


HARTA UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA
PENGAWAS KE ATAS HARTA-HARTA KERAJAAN

A. KEPERLUAN ASAS

Ada Tiada
1. Kelulusan Peruntukan dari
Unit Perancangan Ekonomi, JPM
(Belanjawan) Bil. Surat

2. Kelulusan dari Bahagian Pengurusan


dan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan

a) Pembelian secara Rundingan


Terus; dan

b) Pembelian secara Tender

Bil. Surat

3. Laporan dari Jabatan Penilaian dan


Perkhidmatan Harta, Kementerian
Kewangan
Bil. Surat:

4. Kelulusan dari Bahagian Saraan,


Jabatan Perkhidmatan Awam
(Jika permohonan untuk Rumah
Khas Jabatan sahaja)
Bil. Surat:

5. Ulasan dari Cawangan Arkitek,


Jabatan Kerja Raya
Bil Surat:

6. Ulasan dari Jabatan Ketua Pengarah


Tanah dan Galian (JKPTG)
Bil. Surat:

7. Surat tawaran pemaju

NOTA : Sila sertakan salinan surat kelulusan/laporan di mana berkaitan.

131 TERHAD
TERHAD

B. PERKARA-PERKARA TANAH DAN HAKMILIK

1. Jenis Borang .......................


1.1 11A, 5B atau 5C

1.2 11B, 5D atau 5E

2. Jenis Hakmilik

2.1 Hakmilik Pendaftar


(Registry Title)

2.2 Hakmilik Pejabat Tanah


(Land Office Title)

3. Nombor Daftar Hakmilik

3.1 No. Geran .......................

3.2 No. Hakmilik Sementara .......................

3.3 No. Entry .......................

3.4 No. Serial Pejabat Tanah .......................

3.5 No. Lot .......................

3.6 Nama Mukim .......................

3.7 Nama Daerah .......................

4. Jenis Hakmilik

4.1 Pajakan (Lease)

4.2 Selama-lamanya (Free Hold)

5. Jika Pajakan

132 TERHAD
TERHAD

5.1 Pajakan 99 tahun

5.2 Pajakan 60 tahun

5.3 Pajakan 30 tahun

5.4 Tarikh mula pajakan ……………………

6. Cukai Tanah: Telah Bayar Belum Bayar

(Sertakan salinan resit bayaran)

7. Kategori Tanah/Jenis Kegunaan

7.1 Bangunan
Kediaman/Perniagaan
7.2
Perusahaan
7.3
Pertanian
7.4
Tiada

7.5 Telah membuat permohonan ....................................................


Untuk tukar syarat kepada ....................................................
....................................................

8. Nyatakan Syarat .......................................................................................

9. Keluasan tiap-tiap lot adalah dalam bentuk

9.1 Meter Persegi

9.2 Ekar

10. Adakah nombor lot sama dengan pelan yang


dikepilkan

10.1 Sama

10.2 Tidak

133 TERHAD
TERHAD

NOTA : Hakmilik yang telah ada No. Lot adalah lebih baik daripada
plot (sementara) kerana Kerajaan tidak akan dikenakan
bayaran ukur dan batu sempadan kelak.

11. Adakan nama tempat dicatatkan di atas hakmilik

11.1 Ada

11.2 Tiada

12. Tarikh pengeluaran hakmilik/mula bermilik

13. Tarikh kelulusan hakmilik (semak bila


permohonan diluluskan supaya ia tidak
terbatal dengan sendirinya/lupus)

14. Nama pemilik berdaftar ................................................

14.1 Adakah
ianya

i) Tuan Punya (Proprietor)

ii) Pemegang Amanah (Trustee)

iii) Jika Pemegang Amanah


(Sertakan Surat Kuasa/Perjanjian)

15. Adakah ianya

15.1 Tanah Bandar

15.2 Tanah Desa

16. Duti Setem

16.1 Siapa membayar ..............................................

16.2 Sudah bayar/belum ...............................................

134 TERHAD
TERHAD

17. Pendaftaran

17.1 Siapa membayar ......................................

17.2 Telah serah untuk daftar/belum ......................................

Sudah Belum
18. Sama ada hakmilik telah/belum
dilepaskan dari cagaran/pajakan

Sama ada hakmilik telah ditandatangani


oleh Pendaftar/Pemungut Hasil Tanah
Bersama Copnya

C. PERKARA-PERKARA BANGUNAN

1. Jenis harta yang hendak dibeli .....................................................................


........................................................................................................................

2. Jumlah Unit .........................

3. Adakah spesifikasi harta yang hendak .........................


Dibeli mengikut spesifikasi Jabatan
Kerja Raya

4. Adakah harga pembelian termasuk lain-lain kemudahan seperti surau


tangki najis, pondok pengawal dan lain-lain. Jika ada sila nyatakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

D. PERKARA-PERKARA TAPAK Ada Tiada

1. Pelan Tapak

2. Pelan Bangunan

3. Pelan Lantai

135 TERHAD
TERHAD

4. Pelan Rupabumi (Perspective Plan)

5. Pelan Kawasan Sekitar (Lokasi)

E. GAMBAR

1. Tapak

2. Bangunan

2.1 Pandangan Depan

2.2 Pandangan Belakang

2.3 Pandangan Tepi

2.4 Pandangan Dalaman

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH


JABATAN PERDANA MENTERI

136 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘G (3)’

CARTA ALIR PROSES MENGURUSKAN


PEMBELIAN TANAH KOSONG / TANAH BESERTA BANGUNAN

KJP kenalpasti tapak

KJP buat lawatan tapak .

KJP buat semakan di


Pejabat Tanah

KJP berbincang di peringkat


Tidak Setuju awal dengan pemilik tanah

Setuju

KJP dapatkan perakuan PTP,


laporan JPPH & lengkapkan Senarai
Semak JPHK (untuk pembelian
bangunan)

KJP dapatkan kelulusan cadangan


pembelian daripada Pegawai
Pengawal

KJP mewujudkan Jawatankuasa


Runding Harga.

KJP mengadakan Mesyuarat


Runding Harga.

Tidak Setuju

KJP memperakukan
Pembatalan Setuju
Pembelian kepada
Pegawai Pengawal.
A
Tamat

137 TERHAD
TERHAD

Penjual sedia draf Perjanjian Jual


Beli.

Semakan PUU KJP.

Semakan PUU, JKPTG.

KJP kemukakan Perjanjian Jual Beli


yang ditandatangani oleh Penjual
untuk ditandatangani oleh PTP.

Penjual sediakan Borang Pindahmilik


dan PDS 15, tandatangan dan
kemukakan kepada PTP.

PTP menandatangani Borang


Pindahmilik dan PDS 15 yang
lengkap dan teratur.

KJP mengemukakan hakmilik


asal kepada PTP.

PTP terima hakmilik asal dan


rekod.

Selesai.

138 TERHAD
Lampiran ‘H)’
TERHAD
PERMOHONAN BAGI MENDAFTARKAN PERLETAKHAKAN
TANAH KEPADA PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

1. Perletakhakan ialah proses memindahhak milik tanah yang berdaftar atas


nama penjawat-penjawat awam sebelum wujud Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 (Akta 349) dan tanah-tanah yang berdaftar atas nama
Agensi Persekutuan yang telah dibubarkan melalui Akta Parlimen kepada
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

2. Perletakhakan yang dimaksudkan adalah Perletakhakan Statutori di


bawah Seksyen 415, Kanun Tanah Negara (KTN) yang perlu diuruskan
melalui PTP dan Perintah Perletakhakan yang dikeluarkan oleh
Mahkamah bagi merampas hartanah yang diperolehi secara tidak sah oleh
penjenayah untuk diletakhak kepada PTP mengikut Akta Dadah
Merbahaya (Perampasan Harta), 1988 (Akta 340) atau Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613) yang mana pendaftarannya
diuruskan di bawah Seksyen 420, KTN.

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN


PERHATIAN

1. Permohonan
Perletakhakan

(i) KJP (a) KJP hendaklah mengesan dan


mengenalpasti tanah-tanah
kegunaan kementerian yang
berdaftar atas nama penjawat
awam atau tanah-tanah yang
berdaftar atas nama agensi
Persekutuan di bawahnya yang
telah dibubarkan melalui Akta
Parlimen.

(b) KJP mendapatkan hakmilik asal


(DHKK). Sekiranya tiada dalam
simpanan atau hilang, KJP
hendaklah mendapatkan salinan
yang diakui sah atau perakuan
carian rasmi daripada Pejabat
Pendaftar Hakmilik/ Pejabat
Tanah berkenaan.

(c) KJP mengisi dan mengemukakan


Borang Permohonan
Perletakhakan Tanah (Borang 30A
KTN) kepada PTP dengan
disertakan dokumen-dokumen
berikut:

139 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

(i) Hakmilik asal atau salinan


yang diakui sah atau perakuan
carian rasmi;

(ii) Salinan resit cukai tanah tahun


semasa);

(iii) Surat Akuan Berkanun bagi


mengesahkan hakmilik asal
hilang (jika berkenaan

(iv) Salinan Akta Pembubaran


agensi Kerajaan Persekutuan
(jika berkenaan); dan

(v) Bayaran permohonan


perletakhakan mengikut
kadar yang ditetapkan dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri.

Catatan:-

[(iii) dan (iv) tidak perlu disertakan


sekiranya melibatkan agensi yang
sama dan pernah dikemukakan
dalam permohonan terdahulu ]

KJP hendaklah merujuk kepada


Pejabat Tanah berkenaan untuk
mengetahui kadar bayaran
pendaftaran permohonan )

2. Proses
Permohonan

(i) PTP (a) PTP meneliti dan menguruskan


permohonan pendaftaran
perletakhakan.

(b) Sekiranya tanah berdaftar atas nama Seksyen 7(1)


Chief Secretary / Agensi yang Akta PTP, 1957
dibubar PTP menandatangani dan (Akta 349)
seterusnya mengemukakan Borang Dan Akta
30A KTN dengan disertakan Pembubaran
dokumen-dokumen di Para 1.3 Agensi
140 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN
kepada Pendaftar Hakmilik / Berkenaan
Pentadbir Tanah berkenaan untuk
tindakan pendaftaran perletakhakan.

(c) Sekiranya tanah terlibat berdaftar -Seksyen 7(2)


atas nama penjawat awam, PTP Akta PTP, 1957
mengemukakan permohonan bagi (Akta 349)
mendapatkan perintah DYMM Yang
DiPertuan Agong untuk meletakhak
tanah terlibat kepada PTP terlebih
dahulu.

(d) PTP menerima salinan warta perintah -Seksyen 415


dari Bahagian Istiadat, Pejabat Kanun Tanah
DYMM Yang DiPertuan Agong. Negara
(Akta 56/1965)
(e) PTP menandatangani dan
mengemukakan Borang 30A, KTN
dengan disertakan dokumen-
dokumen di Para 1.3 dan 2.4 kepada
Pendaftar Hakmilik / Pentadbir
Tanah berkenaan untuk tindakan
pendaftaran perletakhakan.

Catatan:
JKPTG Negeri akan
bertanggungjawab memantau
proses pendaftaran perletakhakan
di peringkat pejabat tanah.

3. Pendaftaran
Perletakhakan

(i) PT Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah


mendaftarkan perletakhakan tanah dan
mengemukakan hakmilik asal (DHKK)
kepada PTP.

141 TERHAD
TERHAD
LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL RUJUKAN
PERHATIAN

4. Penerimaan
Hakmilik

(i) PTP PTP menerima hakmilik asal (DHKK)


daripada Pendaftar Hakmilik/ Pentadbir
Tanah dan menghantar satu salinan
fotostat kepada KJP berkenaan untuk
rekod dan simpanan.

Catatan:

Carta Aliran seperti di


Lampiran ’H (1)’

142 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘H (1)’

CARTA ALIRAN PERMOHONAN BAGI MENDAFTARKAN


PERLETAKHAKAN TANAH KEPADA PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN

KJP mengesan/mengenalpasti tanah atas nama


Penjawat Awam/Agensi dibawahnya yang telah
dibubarkan

KJP mendapatkan hakmilik asal (DHKK)/salinan


hakmilik yang diakui sah/perakuan carian rasmi
daripada Pendaftar Hakmilik/PTD

KJP sediakan surat Akuan Berkanun jika hakmilik


asal hilang dan cek bayaran permohonan

KJP mengisi dan mengemukakan permohonan perletakhakan


(Borang 30A, KTN , hakmilik asal/salinan/carian rasmi, surat
akuan berkanun, salinan resit cukai tanah, salinan Akta
Pembubaran Agensi dan bayaran permohonan) kepada PTP

Daftar / buka Fail

Tidak
Lengkap Lengkap

Semak Nama Pemilik Tanah

Semak permohonan

Permohonan mendapatkan
Lain-Lain Perintah Perletakhakan drpd.
Status
YDP Agong
Penjawat Awam

Nama Chief
Secretary / Agensi Terima Warta Perintah
Persekutuan Yang Perletakhakan drpd. YDP Agong
Dibubarkan

Sediakan Surat Iringan Kepada Pendaftar


Hakmilik/PTD dan Turunkan Cop Mohor
Dalam Borang 30A KTN

143 TERHAD
TERHAD

PTP Tandatangan Borang 30A serta Surat Iringan dan


Kemukakan Kepada Pendaftar Hakmilik/PTD Berserta
Dokumen-Dokumen Berkaitan

Pendaftar Hakmilk/PTD
Daftarkan Perletakhakan

PTP Terima DHKK Daripada Pendaftar


Hakmilk/PTD dan Rekodkan

Hantar Satu Salinan DHKK


Kepada KJP Untuk Simpanan

KJP kemaskinikan rekod


maklumat tanah dan simpan
salinan DHKK

Tamat

144 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘I’

PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN SELEPAS


PEROLEHAN

1. Perolehan tanah-tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan


adalah untuk memenuhi tanggungjawabnya seperti yang
dinyatakan di dalam Senarai Pertama (Senarai Persekutuan) dan
Senarai Ke-tiga (Senarai Bersama) kepada Jadual Ke-Sembilan
Perlembagaan Persekutuan.

2. Tanah-tanah Persekutuan (termasuk kepentingan di atasnya) yang


perlu diuruskan dapat diklasifikasi kepada lima (5) seperti berikut:

2.1 Tanah-tanah yang telah didaftarkan atas nama PTP (termasuk


telah dikeluarkan hakmilik, permit, permit ruang udara dan
lain-lain);

2.2 Tanah-tanah yang telah dirizabkan untuk kegunaan Kerajaan


Persekutuan di bawah Perkara 85(5) Perlembagaan
Persekutuan;

2.3 Tanah-tanah dalam Negeri Pulau Pinang dan Melaka yang


diduduki, diguna, dikawal dan diuruskan untuk kegunaan
Persekutuan di bawah Perkara 166(3) Perlembagaan
Persekutuan;

2.4 Tanah-tanah selain dari Negeri Pulau Pinang dan Melaka yang
diduduki, diguna, dikawal dan diuruskan untuk kegunaan
Persekutuan di bawah Perkara 166(4) Perlembagaan
Persekutuan; dan

145 TERHAD
TERHAD

2.5 Tanah-tanah yang dikeluarkan Borang ‘K’ di bawah Akta


Pengambilan Tanah, 1960 (APT 1960) di mana peruntukan
pengambilan tanah tersebut adalah dari peruntukan Kerajaan
Persekutuan. Ini juga termasuk tanah yang
digunakan/diduduki sementara di bawah Seksyen 57, APT
1960.

3. Secara umumnya terdapat dua (2) pihak yang perlu menguruskan


tanah-tanah Persekutuan ini iaitu PTP dan KJP. Fungsi
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dinyatakan seperti di dalam
Lampiran ‘A’. Manakala KJP pula berfungsi untuk membangunkan
dan mengawal tanah-tanah ini.

4. Pada kebiasaannya tidak semua tanah yang telah diperolehi dapat


dibangunkan dengan segera disebabkan oleh pelbagai masalah
termasuk masalah mendapatkan peruntukan. Oleh itu langkah
pengawalan perlu dibuat. Bagi membolehkan pengawalan dibuat,
KJP hendaklah:

4.1 Menyimpan Maklumat Tanah

Mempunyai maklumat lengkap mengenai semua tanah di


bawah kawalannya dengan membina satu pengkalan data
tanah Persekutuan sama ada secara manual atau komputer.
Maklumat ini boleh diperolehi melalui Seksyen Harta Tanah
JKPTG di dalam bentuk kad 283 (tanah rizab), kad 284
(Tanah Milik) dan salinan hakmilik atau salinan warta.
Semua maklumat ini dikategorikan sebagai ‘SULIT’ oleh PTP
dan hendaklah disimpan juga oleh KJP di peringkat
Persekutuan, Negeri dan Daerah;

146 TERHAD
TERHAD

4.2 Perlantikan Pegawai

Melantik pegawai yang bertanggungjawab untuk mengawal


maklumat-maklumat ini dan maklumkan kepada Seksyen
Harta Tanah JKPTG. Begitu juga dengan perlantikan pegawai
di peringkat Negeri dan Daerah juga hendaklah dibuat oleh
KJP dan dimaklumkan kepada JKPTG Negeri dari masa ke
semasa;

4.3 Kenalpasti Tanah dan Sempadan

Memastikan pegawai-pegawai di peringkat negeri dan daerah


dari masa ke semasa mengetahui sempadan setiap tanah
diperolehi melalui bantuan dari JKPTG Negeri. Pegawai
berkenaan hendaklah mempastikan bahawa tanah-tanah di
bawah kawalannya di kawal sama ada melalui pemagaran
atau lain-lain kaedah;

5. Kerajaan Persekutuan memandang serius berhubung dengan


pengawalan tanah Persekutuan ini. Untuk itu Kerajaan
Persekutuan telah mengeluarkan beberapa arahan, pekeliling dan
langkah-langkah pengawalan :

5.1 Pekeliling Perbendaharaan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1987 (Pengurusan Tanah-


Tanah Yang Diambil Balik Oleh Kerajaan Persekutuan Untuk
Projek Pembangunan). Rujuk Lampiran ‘I (1)’;

147 TERHAD
TERHAD

5.2 Keputusan Jemaah Menteri

Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 8 November


2000 semasa menimbangkan Kertas No. 72/2244/2000
berhubung dengan kawalan ke atas tanah-tanah Persekutuan
bagi mengelakkan daripada berlakunya pencerobohan telah
membuat keputusan berikut:

(i) Tanah-tanah Persekutuan dikawal dengan lebih ketat


oleh semua Kementerian/Jabatan bagi mengelakkan
daripada berlakunya pencerobohan;

(ii) Kementerian/Jabatan mendapatkan peruntukan yang


secukupnya untuk memagar dan mengawal tanah-
tanah persekutuan yang tidak disewakan atau belum
dimajukan; dan

(iii) Tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang tidak


diperlukan lagi dilepaskan atau diserah balik kepada
Kerajaan-Kerajaan Negeri berdasarkan syarat-syarat
yang dipersetujui antara kedua-dua pihak;

5.3 Tindakan Susulan Oleh PTP

Susulan daripada keputusan di atas, PTP telah pun


memaklumkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian
melalui suratnya seperti di Lampiran ‘I (2)’;

148 TERHAD
TERHAD

5.4 Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan

(i) Jabatan Audit Negara juga pada tahun 1999 telah


membuat audit ke atas tanah Persekutuan dan
mendapati terdapat kepincangan dalam urusan tanah
Persekutuan dan hasil penemuannya ialah:

a) 804 Lot dengan keluasan 7224.12 hektar tidak


dibangunkan;

b) tanah-tanah ini tidak dibangunkan untuk tempoh


dari 5 – 90 tahun; dan

c) Kerajaan boleh kehilangan hasil dalam bentuk


sewaan bagi 50 lot tanah yang tidak
dibangunkan sejumlah RM3.27 juta setahun;

(i) Susulan dari Laporan Audit ini tindakan menyeluruh


telah dibuat dengan penubuhan Jawatankuasa seperti
berikut :

a) Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan


di Peringkat Persekutuan ditubuh pada 24 Jun
2002.

Pengerusi : KPTG
Ahli : Semua Kementerian

149 TERHAD
TERHAD

b) Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan


di Peringkat Kementerian;

Pengerusi : KSU/TKSU
Ahli : Semua Jabatan
Wakil JKPTG

Surat mengenai penubuhan Jawatankuasa telah


dihantar kepada semua Ketua Setiausaha oleh
KPTG melalui surat KTPK/101/704/30/15-4
(28) bertarikh 2 September 2002.

c) Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan


Peringkat JKPTG. Surat Arahan KPTG Bil.
1/2002 telah dikeluarkan kepada semua JKPTG
Negeri mengenai penubuhan Jawatankuasa ini.
Sila rujuk Lampiran ‘I (3)’;

5.5 Penyewaan/Pajakan Tanah Persekutuan

Salah satu bentuk pengawalan tanah Persekutuan yang boleh


digunakan adalah dengan menyewa atau memajak tanah-
tanah ini kepada pihak yang berminat. Pendekatan ini
mempunyai serampang dua mata iaitu untuk mengelak dari
berlakunya pencerobohan ke atas tanah berkenaan di
samping pihak Kerajaan dapat memperoleh hasil dari
sewaan/pajakan tersebut.

150 TERHAD
TERHAD

5.5.1 Sewaan Tanah

Sewaan tanah Persekutuan ini adalah untuk tempoh di


antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Selaku Tuan
Tanah dan Pegawai Pengawal tanah rizab Persekutuan,
PTP akan memproses permohonan penyewaan setelah
mendapat ulasan daripada KJP dan KJP perlu
mengemukakan ulasan dengan kadar segera. Perjanjian
penyewaan perlu ditandatangani oleh PTP dengan
penyewa. Untuk membolehkan urusan penyewaan ini
dijalankan dengan lebih telus. Dua (2) Jawatankuasa
telah ditubuhkan iaitu:

(i) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan


Yang Terletak Di Luar Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur;

Jawatankuasa secara pentadbiran ini ditubuhkan


sejak tahun 2000 lagi dengan keanggotaannya
seperti berikut:

Pengerusi : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan


Ahli : TKPTG (P)
Pengarah Seksyen Harta Tanah
Persekutuan, JKPTG
Urusetia : Seksyen Penguatkuasa Dan Hasil
Persekutuan (SPHP)

151 TERHAD
TERHAD

(ii) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan


Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada


14 Jun 2006 telah mengarahkan supaya
ditubuhkan Jawatankuasa di atas dengan
keahliannya terdiri daripada:

Pengerusi : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan


Ahli : Kementerian Kewangan;
Kementerian Wilayah
Persekutuan;
Kementerian dan Jabatan
Pengguna ;
Bahagian Pengurusan Hartanah,
Jabatan Perdana Menteri ;
Pejabat Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur;
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;
Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan
Harta (JPPH).
Urusetia : JKPTG (SPHP)

5.5.2 Sewaan Ruang Bangunan

Sewaan ruang bangunan Persekutuan ini adalah untuk


tempoh di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.
Kementerian atau Jabatan (KJP) yang mengawal
bangunan Persekutuan yang berkenaan boleh

152 TERHAD
TERHAD
mengurus, memproses dan meluluskan permohonan
sewaan ruang bangunan yang dikawalnya. Setelah
kelulusan diberi, KJP perlu mengemukakan perkara-
perkara berikut ke JKPTG (SPHP):

i) surat kelulusan KJP;

ii) perjanjian sewaan yang telah ditandatangai oleh


penyewa; dan

ii) laporan penilaian JPPH;

PTP selaku Tuan Tanah bagi tanah berimilik dan Pegawai


Pengawal bagi tanah rizab Persekutuan, maka hanya PTP
yang boleh menandatangani Perjanjian Sewaan Ruang
Bangunan berkenaan.

5.5.3 Pajakan Tanah

Pajakan tanah Persekutuan dibuat untuk tempoh yang


melebihi tiga (3) tahun dan kuasa untuk meluluskan
adalah Jemaah Menteri. Semua permohonan perlu
dikemukakan kepada PTP dan PTP akan hanya
menyediakan Kertas Jemaah Menteri setelah:

i) pihak KJP memberi persetujuan untuk memajak


tanah berkenaan;

ii) jika tidak ada KJP lain yang memerlukan tanah


tersebut (PTP akan menawarkan tanah ini kepada
KJP lain terlebih dahulu).

153 TERHAD
TERHAD

Jika diluluskan oleh Jemaah Menteri, Perjanjian


Pajakan akan ditandatangani oleh PTP dengan Pemajak.

5.6 Tukar Kegunaan Tanah Di Antara Kementerian.

Tanah-tanah yang tidak lagi digunakan oleh sesebuah KJP


boleh ditukarguna kepada KJP yang lain melalui salah satu
pendekatan berikut:

5.6.1 Penyerahan Kawalan Tanah Oleh KJP Kepada PTP


Dan Tawaran Oleh PTP Kepada KJP Yang
Memerlukannya.

Jika pihak KJP tidak memerlukan lagi tanah yang


dikawalnya, maka tanah tersebut boleh diserahkan
kawalan tersebut kepada PTP (SPHP) dan PTP pula
akan menawarkan tanah tersebut kepada KJP yang lain
untuk mengawalnya. Jika ada KJP yang
memerlukannya, kawalan di atas tanah ini akan
berubah dan rekod akan dipinda. Jika tidak ada KJP
yang berminat tanah tersebut akan dikawal terus oleh
PTP atau diserah balik kepada Pihak Berkuasa Negeri
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;

5.6.2 Tukar Guna Tanah Di Antara KJP

Salah satu lagi bentuk kawalan yang boleh


dilaksanakan oleh KJP bagi mengelakkan tanah
berkenaan terbiar dan dikhuatiri diceroboh adalah
melalui proses tukar guna ini. Terdapat tiga (3) kaedah
tukar guna yang boleh digunapakai iaitu:

154 TERHAD
TERHAD

(i) Tukar Guna Tanah Di Antara Jabatan Di Dalam


Kementerian Yang Sama.

Proses ini boleh dilakukan dan diluluskan oleh


Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan
di peringkat Kementerian sahaja. Selepas
diluluskan ianya perlu dimaklumkan kepada
Pejabat PTP (SHTP) untuk pengemaskinian rekod;

(ii) Tukar Guna Tanah Antara Kementerian Dan


Dipersetujui Oleh Kementerian Yang
Mengawal.

Jika ada sesuatu Kementerian yang memerlukan


tanah kegunaan Kementerian lain, maka
permohonan hendaklah dibuat kepada PTP
(SPHP) untuk diproses. Jika KJP berkenaan
bersetuju maka pihak PTP boleh meluluskan
permohonan tersebut dan pemakluman kepada
Kementerian yang memohon akan dibuat dan
rekod akan dipinda dengan memasukkan KJP
yang baru. Pendekatan ini adalah selaras dengan
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Pembangunan dan Kegunaan Tanah Kerajaan
Persekutuan Bil. 4/2007 pada 9 Julai 2007.
Sila rujuk cabutan Minit Mesyuarat di atas
seperti Lampiran ‘I (4)’.

155 TERHAD
TERHAD

iii) Tukar Guna Tanah Antara Kementerian Di


Mana Kementerian Yang Mengawal Tidak
Bersetuju.

Permohonan tukar guna ini juga perlu melalui


PTP (SPHP) dan jika KJP tidak bersetuju ianya
akan diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Khas Pembangunan Dan Kegunaan Tanah
Kerajaan Persekutuan yang dipengerusikan oleh
Ketua Sstiausaha Negara. Sila rujuk cabutan
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Pembangunan dan Kegunaan Tanah Kerajaan
Persekutuan Bil. 4/2007 seperti di Lampiran ‘I
(4)’.

Catatan :

Untuk memudahkan urusan tukarguna tanah


ini, KJP adalah dinasihatkan supaya
menghubungi JKPTG Negeri terlebih dahulu
untuk melihat lokasi dan kesesuaian tanah
tersebut sebelum mengemukakan permohonan
tukar guna tersebut kepada PTP. Surat
pengesahan daripada JKPTG Negeri perlu
disertakan semasa memohon kepada PTP
(SPHP).

156 TERHAD
TERHAD

5.7 Pelepasan/Penyerahan Balik Tanah Kepada Pihak


Berkuasa Negeri (PBN)

Jika PBN memerlukan tanah Kerajaan Persekutuan


permohonan sedemikian perlulah dikemukakan oleh
Pentadbir Tanah Daerah dengan menggunakan borang di
dalam Pekeliling KPTG Bil. 22/1976 dan kemukakan
kepada PTP (SPHP). Kuasa untuk membuat keputusan
permohonan sebegini adalah kuasa Jemaah Menteri. Namun
demikian Jemaah Menteri di dalam Mesyuaratnya pada
25 Julai 1990 telah menurunkan kuasa kepada tiga (3)
Menteri untuk membuat keputusan iaitu Menteri yang
mengawal tanah berkenaan, Menteri Kewangan dan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar. PTP akan merujuk kepada
KJP sebelum memproses permohonan sedemikian.

5.8 Tempoh Pengawalan Tanah Oleh KJP.

Bagi membolehkan penggunaan tanah Persekutuan secara


maksima, maka tempoh pengawalan tanah oleh KJP telah
dihadkan kepada lima (5) tahun sahaja bermula dari tanah
diberimilik/diwartakan. Pekeliling ini dikeluarkan
berasaskan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Tindakan Negara (JKTN) Bil. 6/2007. Sila rujuk Pekeliling
KPTG Bil. 2/2007 seperti di Lampiran ‘I (5)’.

5.9 Pelupusan Tanah Persekutuan Melalui Pindahmilik.

Sebarang bentuk pelupusan sebegini hanya akan diputuskan


oleh Jemaah Menteri terutamanya bagi kes-kes penswastaan

157 TERHAD
TERHAD
atau di dalam kes-kes tertentu sebagaimana yang
diputuskan oleh Jemaah Menteri.

5.10 Penyediaan Kertas Jemaah Menteri Oleh KJP Yang


Melibatkan Tanah

Semua Kertas Jemaah Menteri yang disediakan oleh KJP dan


melibatkan tanah hendaklah dirujuk kepada Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mendapatkan ulasan.

5.11 Penguatkuasaan Ke Atas Setinggan

(i) Tindakan penguatkuasaan adalah merupakan alat


terakhir untuk mengawal tanah Persekutuan. Selaku
tuan tanah atau pengawal tanah rizab, PTP boleh
mengambil tindakan mahkamah untuk mengeluarkan
setinggan-setinggan itu. Namun demikian oleh kerana
tanah-tanah Kerajaan Persekutuan ini diperolehi
untuk tujuan kegunaan awam, maka Kanun Tanah
Negara telah dipinda pada tahun 1992 untuk
mentakrifkan tanah Kerajaan Negeri termasuk juga
tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan
Persekutuan bagi tujuan penguatkuasaan (Seksyen
425(2), KTN);

(ii) Dalam hubungan ini KJP perlulah berhubung dengan


Seksyen Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan, JKPTG
atau JKPTG Negeri untuk tujuan penyelarasan bagi
tindakan penguatkuasaan. Dasar-dasar berhubung
dengan penempatan setinggan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa oleh PBN dan Kerajaan Persekutuan
perlulah dipatuhi; dan

158 TERHAD
TERHAD

(iii) Oleh kerana tindakan penguatkuasaan perlu dijalankan


dengan berhati-hati maka JKPTG telahpun
mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pengurusan
Pentadbiran Tanah Bil. 2/1998 bertajuk ‘Panduan
Pengurusan Tindakan Penguatkuasaan’ Kepada
Pentadbir Tanah Daerah. Sila rujuk Lampiran ‘I (6)’.

6. Pembayaran Caruman Membantu Kadar Sebagai Ganti Kepada


Cukai Pintu Kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

6.1 Mengikut Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan, tanah-


tanah Kerajaan Persekutuan tidak perlu dibayar cukai pintu
tetapi dikenakan Caruman Membantu Kadar berdasarkan
kepada formula yang tertentu. Bayaran ini dibuat melalui
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan
bukannya oleh KJP atau PTP. Surat Pekeliling Ketua
Pengarah Kerajaan Tempatan BKT Bil. 401 bertarikh 26
Januari 1980 seperti di Lampiran ‘I (7)’ adalah dirujuk.

6.2 Berdasarkan kepada Pekeliling tersebut adalah menjadi


tanggungjawab KJP memaklumkan kepada Jabatan Kerajaan
Tempatan melalui Borang ‘E’ mengenai perolehan tanah
tersebut untuk tindakan. Oleh yang demikian jika pihak KJP
menerima notis tafsiran cukai pintu dari Pihak Berkuasa
Tempatan, maka KJP perlulah mengemukakan notis
berkenaan berserta Borang ‘E’ kepada Jabatan Kerajaan
Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT).

159 TERHAD
TERHAD

6.3 Tindakan di atas perlu diambil oleh KJP dengan mengisi


Borang ‘E’ kepada Pekeliling itu jika tanah berkenaan diserah
balik, dipajak atau dipindah milik.

7. Meroboh Bangunan, Melepaskan, Menjual Atau Memajak Tanah


– Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan.

7.1 Apabila bangunan kerajaan dirobohkan atau tanah diserah


balik atau dijual atau dipajak, KJP dengan serta merta
hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Kerajaan
Tempatan, KPKT melalui Borang ‘E’. Sila rujuk Lampiran ‘I
(8)’. Ini bagi membolehkan Penguasa Tempatan menilai
semula/mengeluarkan hartanah berkenaan dari senarai
caruman membantu kadar.

7.2 Sebelum sebarang rancangan merobohkan mana-mana


bangunan kerajaan, kelulusan Ketua Pengarah Kerja Raya
hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Permohonan dibuat
melalui JKR Daerah/Negeri – Borang permohonan seperti di
Lampiran ‘I (9)’.

8. Pengurusan Bangunan Bertingkat (Hakmilik Strata).

8.1 Bayaran penyelenggaraan untuk bangunan bertingkat sama


ada bagi kegunaan yang dikawal sepenuhnya atau dikawal
sebahagian adalah menjadi tanggungjawab KJP.

8.2 Bagi pengawalan sebahagian bangunan bertingkat (pembelian


sebahagian dari bangunan bertingkat) KJP hendaklah

160 TERHAD
TERHAD
mengemukakan nama Pegawai kepada PTP (SHTP) sebagai
‘proxy’ kepada PTP untuk menghadiri Mesyuarat Perbadanan
Pengurusan (sebaik-baiknya Pegawai yang mendiami petak di
bangunan tersebut dicadangkan sebagai proksi. Sila rujuk
Surat Pekelilling KPTG Bil. 3/2001 seperti di
Lampiran ‘I (10)’.

9. Pembinaan Bangunan Berdekatan Dengan Sasaran Penting,


Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengeluarkan garis


panduan mengenai perkara ini. Sila rujuk Surat Pekeliling Am
Sulit Bil 1 Tahun 1985 bertarikh 25 Januari 1985 seperti di
Lampiran ‘I (11)’.

161 TERHAD
TERHAD

162 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘I (1)’

163 TERHAD
TERHAD

164 TERHAD
TERHAD

165 TERHAD
TERHAD

166 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘I (2)’

(SALINAN)

Ruj. Kami : KTPK ( R ) SP&HP/458


JLD.3 ( 8 )
Tarikh : 4 Zulhijah 1421
28 Februari 2001

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Blok 9, Kompleks Kerajaan,
Jalan Duta,
50592 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengangkutan Malaysia,
Tingkat 3, 5, 6, 7 & 9,
Wisma Perdana,
Jalan Dungun, Damansara Height,
50616 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerja Raya,
Blok A, Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Perusahaan Utama,
Tingkat 6 – 8, Menara Daya Bumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50654 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia,
Tingkat 1, Wisma Damansara,
Jalan Semantan,
50668 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Dan Industri (MITI)
Blok 10, MITI, Kompleks Pejabat Kerajaan,
Jalan Duta,
50622 KUALA LUMPUR.

167 TERHAD
TERHAD

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertanian,
Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50642 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna,
Menara Dayabumi, Jalan Sultan,
50623 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pusat Bandar Damansara Blok J,
50604 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Penerangan Malaysia
Tingkat 5, Wisma TV,
Angkasapuri, Bukit Putra,
50610 KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
Peti Surat 5 0 7, Tingkat 6, 21, 34 – 36,
Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
45, Jalan Tun Ismail,
KUALA LUMPUR

Ketua Setiausaha,
Kementerian Sumber Manusia,
Blok B Utara, Jalan Damanlela,
Pusat Bandar Damansara,
50530 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar,
Tinglat 14, Wisma Sime Darby,
Jalan Raja Laut,
50662 KUALA LUMPUR.

168 TERHAD
TERHAD

Ketua Setiausaha,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Paras 4 dan 5, Blok K,
Pusat Bandar Damansara,
Peti Surat 12579,
50782 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Jalan Padang Tempak,
50634 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Tingkat 5 – 10 & 12, Bangunan Amanah Capital,
Jalan Raja Chulan,
50506 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Perpaduan Negara
Dan Pembangunan Masyarakat,
Tingkat 19, 20 dan 21, Wisma Bumi Raya,
Jalan Raja Laut,
50562 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Blok D, Kompleks Pejabat Damansara,
Jalan Dungun, Damansara Height,
50590 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pembangunan Usahawan,
Tingkat 22 – 26, Medan MARA,
Jalan Raja Laut,
50652 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Luar Negeri Malaysia,
Wisma Putra,
50602 KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 6 & 6, Blok K,
Pusat Bandar Damansara,
50570 KUALA LUMPUR.
169 TERHAD
TERHAD

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan,

Kawalan Ke Atas Tanah-Tanah Persekutuan Bagi


Mengelakkan Daripada Berlakunya Pencerobohan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Tanah-Tanah Kerajaan


Persekutuan sebahagian besarnya telah dibangunkan oleh Kementerian
untuk pelbagai tujuan. Walau bagaimanapun sebahagian kecil
daripadanya masih belum dibangunkan lagi. Tanah-tanah yang belum
dibangunkan ini jika tidak di kawal akan memungkinkan ianya diceroboh
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya :

(i) pembangunan di atas tanah berkenaan tidak dapat


dilaksanakan mengikut jadual/tertangguh apabila
peruntukan telah diperolehi;

(ii) kerajaan Persekutuan akan mengalami kehilangan hasil


daripada tanah tersebut (ianya boleh disewakan) sedangkan
setiap tahun Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar cukai
tanah kepada Kerajaan Negeri dan caruman bantuan kadar
kepada pihak berkuasa Tempatan; dan

(iii) Kerajaan Persekutuan mungkin perlu menyediakan


peruntukan tambahan untuk mengeluarkan penceroboh.

2. Sehubungan dengan perkara ini, Jemaah Menteri di dalam


mesyuaratnya pada 8 November 2000 telah membuat keputusan seperti
berikut :

(i) “Tanah-tanah Persekutuan dikawal dengan lebih ketat


oleh semua Kementerian/Agensi bagi mengelakkan
daripada berlakunya pencerobohan.

(ii) Kementerian/Jabatan mendapatkan peruntukan yang


secukupnya untuk memagar dan mengawal tanah-tanah
persekutuan yang tidak disewakan atau belum dimajukan;
dan

(iii) Tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang tidak diperlukan


lagi dilepaskan atau diserahkan balik kepada Kerajaan-
Kerajaan Negeri berdasarkan syarat-syarat yang
dipersetujui antara kedua-dua pihak”.

170 TERHAD
TERHAD

3. Oleh yang demikian sukacita kiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan


mengambil tindakan dan menyampaikan keputusan ini kepada Jabatan-
Jabatan di bawah Kementerian di peringkat Persekutuan, Negeri dan
Daerah supaya pelaksanaan keputusan ini menjadi lebih berkesan.

Kerjasama Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan di dalam hal ini saya dahulukan


dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t
( DATO’ HAJI MOHD ESA BIN SHARIFF )
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

s.k.
Ketua Setiausaha Negara,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Ketua Setiausaha,
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
Tingkat 11, Wisma Tanah,
Jalan Semarak,
KUALA LUMPUR

Ketua Audit Negara,


Pejabat Ketua Audit Negara,
Jalan Cenderasari,
50518 KUALA LUMPUR.

Ketua Pengarah,
Unit Perancangan Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B6, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

171 TERHAD
TERHAD

Ketua Pengarah,
Unit Permodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU),
Blok B2, Komplek Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Ketua Pengarah,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, (ICU)
Aras 1 & 2, Blok Barat dan Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
SELANGOR.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
PERLIS.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
PULAU PINANG.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
KEDAH.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
PERAK.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
NEGERI SEMBILAN.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
MELAKA.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri.
PAHANG.

172 TERHAD
TERHAD

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri
TERENGGANU.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri
KELANTAN.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri
JOHOR BAHRU.

Pengarah,
JKPTG Cawangan Negeri
KUALA LUMPUR.

173 TERHAD
TERHAD

174 TERHAD
PEJABAT KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
TERHAD Lampiran ‘I (3)’
(THE OFFICE OF DIRECTOR GENERAL OF LAND AND MINES)
TINGKAT 7, WISMA TANAH,
JALAN SEMARAK, TELEFON : 03 – 2934540
50576 KUALA LUMPUR, 03 – 2921566 Samb. 304
MALAYSIA FAKSIMILI : 03 - 2934188

Semua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian,


Cawangan Negeri.

ARAHAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN


BIL. 1/2002

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMANTAUAN TANAH PERSEKUTUAN

1. TUJUAN

1.1 Arahan ini dikeluarkan untuk meminta semua Pengarah Jabatan


Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Cawangan Negeri
menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Tanah-Tanah
Persekutuan di Negeri-negeri.

1.2 Jawatankuasa ini penting untuk memberi penekanan kepada


penyelarasan, pengawalan dari pencerobohan, pembangunan,
penyewaan dan pelepasan serta penyerahan tanah-tanah
Persekutuan. Dengan adanya Jawatankuasa ini kerja-kerja di atas
akan dibuat secara lebih teratur dan berkesan.

2. TANAH-TANAH PERSEKUTUAN

2.1 Tanah-tanah Persekutuan diperihalkan dalam perenggan 2


Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil.
24/1982 (seperti di Lampiran A).

175 TERHAD
TERHAD

2.2 Di samping itu, ada juga undang-undang lain yang mempunyai


peruntukan bagi tanah yang terletakhak pada Persekutuan. Bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, seksyen 5(1)
AKta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 dan seksyen 5(1) Akta
Perlembagaan (Pindaan) 2001 masing-masing memperuntukkan
tanah Kerajaan yang belum lagi dilupuskan terletakhak pada
Persekutuan. Namun tanah Kerajaan di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak termasuk dalam skop Arahan
ini.

3. PERANAN JAWATANKUASA

3.1 Peranan Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan ini ialah


seperti yang berikut:

(i) Memantau permohonan-permohonan tanah baru bagi


projek-projek baru;

(ii) Menyelaras rekod tanah Persekutuan antara Jabatan Ketua


Pengarah Tanah dan Galian dengan Jabatan-Jabatan
Persekutuan sebagai pengguna tanah;

(iii) Memantau kedudukan tanah dan kegunaan tanah (bagi


tanah berimilik, memastikan tanah digunakan selaras
dengan terma yang tercatat dalam hakmilik serta
mempastikan cukai, caruman dan apa-apa caj yang
dikenakan oleh pihak berkuasa tanah, pihak berkuasa
tempatan atau pihak lain dibayar mengikut masa yang
ditetapkan dan ini termasuk mempastikan Jabatan
Pengguna menjelaskan bayaran kelulusan pemberimilikan
dalam masa yang ditetapkan);

176 TERHAD
TERHAD

(iv) Mengenalpasti tanah-tanah Persekutuan yang tidak


digunakan dan mengambil tindakan yang wajar bagi
menentukan tanah tidak diceroboh;

(v) Mengambil tindakan bersama untuk mengeluarkan


penceroboh/setinggan sebagaimana prosedur yang terdapat
dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/2001
dan Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bil.
2/1998;

(vi) Membincangkan jadual pembangunan tanah Persekutuan


dengan Jabatan Persekutuan yang ditanggungjawabkan
untuk menggunakan tanah;

(vii) Mengkaji penukaran kegunaan tanah Persekutuan dari satu


Jabatan ke satu Jabatan Persekutuan yang lain;

(viii) Mencadangkan penyewaan terhadap tanah yang belum


dibangunkan atau tidak digunakan supaya Persekutuan
mendapat hasil dari tanah tersebut sekaligus mengelakkan
pencerobohan;

(ix) Membincangkan pelepasan tanah yang dirizabkan bagi


maksud Persekutuan dan tanah yang disebut dalam Perkara
166(3) Perlembagaan kepada Negeri dan penyerahan tanah
yang terletakhak pada Persekutuan kepada Negeri.

3.2 Di samping itu Jawatankuasa ini juga boleh berperanan


mempastikan bahawa pengambilan balik tanah bagi projek-projek
Persekutuan adalah mengikut jadual. Pemantauan ke atas proses
pengambilan balik tanah tersebut perlu dijalankan secara berkesan
agar masalah tapak dapat diatasi serta pelaksanaan projek tidak
terjejas.

177 TERHAD
TERHAD

4. KEAHLIAN

4.1 Keahlian Jawatankuasa ini ialah seperti yang berikut:

(i) Pengerusi : Pengarah JKPTG Cawangan Negeri


(ii) Ahli : Semua Jabatan Persekutuan Peringkat
Negeri (agensi pengguna tanah)
Wakil Pengarah Tanah dan Galian Negeri
(Wakil Pentadbir Tanah bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya)
Pentadbir Tanah di Daerah atau Wakil
(bila diperlukan)

5. KEKERAPAN MESYUARAT

5.1 Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali


dan satu Jadual Tahunan hendaklah disediakan.

5.2 Laporan mesyuarat perlulah dikemukakan setiap 3 bulan ke Ibu


Pejabat.

6. PEMAKAIAN DAN KUAT KUASA

6.1 Arahan ini hanya bagi Semenanjung Malaysia dan berkuat kuasa
dari tarikh ia dikeluarkan.

t.t
(DATO’ HAJI YIDRIS BIN ABDULLAH)
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Tarikh : 6 Februari 2002/ 23 Zulkaedah 1422


No. Fail : KTPK/101/URU/15-4

178 TERHAD
TERHAD

s.k

Ketua Setiausaha
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,
Tingkat 11, Wisma Tanah, Jalan Semarak,
50574 KUALA LUMPUR

Ketua Pengarah,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 1, 2 dan 3, Blok Barat dan Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Pengarah Tanah dan Galian Negeri/


Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/
Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya

179 TERHAD
TERHAD

180 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN ‘A’

PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN


BILANGAN 24/1980

Melepaskan Tanah Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Atau Yang Dirizabkan


Untuk Kegunaan Persekutuan Dan Memberi Pajakan Atau Penyewaan

Tujuan

Pekeliling ini adalah mengandungi peraturan-peraturan mengenai pelepasan tanah yang dipegang di bawah
hakmilik atau yang dirizabkan untuk kegunaan Persekutuan dan juga mengenai peraturan-peraturan pemberian
penyewaan atau pajakan bagi tanah-tanah itu. Pekeliling ini akan menggantikan peraturan-peraturan dan
pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan mengenai perkara yang sama.

Jenis-jenis tanah Persekutuan

2. Tanah-tanah yang dipegang di bawah hak milik atau yang digunakan untuk Persekutuan adalah terdiri
dari salah satu jenis-jenis yang berikut:

2.1 Tanah-tanah yang terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan menurut Perkara 166(1) dan
166(5) Perlembagaan Persekutuan (biasanya hakmilik-hak milik yang berdaftar di atas
nama Chief Secretary);

2.2 Tanah-tanah yang diletakkan hak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan menurut peruntukan-
peruntukan undang-undang iaitu di bawah seksyen 7(1) dan 7(2) Federal Lands Commissioner
Ordinance, 1967;

2.3 Tanah-tanah yang ada hakmilik di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;

2.4 Tanah-tanah di Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka yang diduduk i, digunakan, dikawal dan
diuruskan untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166(3) Perlembagaan Persekutuan;

2.5 Tanah-tanah yang diisytiharkan di dalam Warta Kerajaan sebagai rizab untuk kegunaan
Persekutuan menurut undang-undang tanah;

2.6 Tanah-tanah yang dianggapkan sebagai rizab untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara
166(4) Perlembagaan Persekutuan;

2.7 Tanah-tanah yang dipajak atau disewa oleh Kerajaan Persekutuan.

Tanah-tanah yang didaftarkan di atas nama Chief Secretary yang dinyatakan di 2.1 di atas adalah terletak
haknya kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah seksyen 7(1) Federal Lands Commissioner Ordinance,
1957.

Kuasa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

3. Seksyen 4 Federal Lands Commissioner Ordinance, 1957 memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan mempunyai kuasa:

3.1 Untuk memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau
harta tak alih;

3.2 Untuk memindahhak, rnenyerahhak, memulang, menggadai, menggadai janji, mendemais,


menyerahhak semula, memindahmilik atau dengan secara lain melepaskan atau membuat apa-
apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan
mengenainya yang terletak hak padanya.

Ia menjalankan kuasa-kuasa sebagai tuanpunya bagi tanah Persekutuan yang dipegang di bawah hakmilik.
Tanah-tanah yang dirizabkan untuk kegunaan Persekutuan yang dirujukkan di 2.4, 2.5 dan 2.6 di atas tidaklah
terletak hak kepadanya tetapi tanah itu adalah juga tanggungjawabnya sebab ianya adalah harta Persekutuan.

Melepas tanah Persekutuan yang dipegang di bawah hakmilik

4. Melepaskan (memindahmilik atau mengembalikan kepada Kerajaan Negeri sesuatu tanah Pers ekutuan
yang dipegang di bawah hakmilik hendaklah dilaksanakan mengikut Perkara 84 Perlembagaan Persekutuan.

181 TERHAD
TERHAD
Perkara 84(1) memperuntukkan bahawa tanah-tanah yang tidak lagi dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan
hendaklah dikembalikan kepada Kerajaan Negeri jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar sejumlah wang
seperti yang dinyata di Fasal (1)(a) atau (b) dalarn Perkara tersebut.

5. Peraturan berikut hendaklah dipatuhi dan tindakan yang sesuai diambil oleh Ketua Jabatan atau Ketua
Setiausaha Kementerian apabila semua atau sebahagian daripada tanah Persekutuan yang dipegang di bawah
hakmilik tidak lagi dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan:

5.1 Ketua Jabatan berkenaan memberitahu Kementeriannya bahawa semua atau sebahagian tanah itu
tidak lagi dikehendaki untuk kegunaan Jabatannya dan Kementerian memberitahu Kementerian
Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam sewajarnya. (Ketua Jabatan bermakna pegawai
yang ditetapkan oleh Kementerian yang bertanggungjawab bagi menguruskan tanah atau bangunan
itu. Bagi bangunan sekolah, Pengarah Pelajaran biasanya adalah pegawai yang
bertanggungjawab dan oleh itu menjadi Ketua Jabatan untuk tujuan ini);

5.2 Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam memberitahu lain-lain Kementerian


mengenai adanya tanah Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan yang berlainan daripada kegunaan
sekarang (jika tiada sekatan tentang kegunaannya);

5.3 Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam memberitahu Ketua Pengarah Tanah dan
Galian Persekutuan mengenai hasil penyiasatannya.

6. Dalam melepaskan tanah-tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk
memperolehi kelulusan Kementerian Kernajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan juga bertanggungjawab untuk
berhubung dengan Kerajaan Negeri sama ada:

6.1 tanah itu akan digunakan untuk kegunaan Persekutuan yang lain: atau

6.2 tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri setelah selesai pembayaran wang seperti yang
dinyatakan di perenggan 4 di atas.

Jika tanah itu akan digunakan bagi kegunaan Persekutuan yang lain yang akan diletak hak kepada pihak berk uasa
awam atau seseorang di bawah Perk ara 86 Perlembagaan, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan akan
mengemukakan satu permohonan di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara supaya dikenakan syarat nyata
yang berikut:

“Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan hanya untuk…………”

(Ini adalah untuk mernatuhi Perkara 86(2) Perlembagaan Persekutuan). Selepas tindakan tersebut Pesuruhjaya
Tanah Persek utuan akan memindahkan milik tanah itu kepada pihak berkuasa awam atau orang yang
dimaksudkan itu. Jika tanah itu tidak diletakhak kepada pihak herkuasa awam untuk kegunaan Persekutuan,
dan Kerajaan Negeri tidak menerima tawaran pengambilan tanah itu kepadanya maka Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan akan mengemukakan satu permohonan di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara supaya
dikenakan syarat nyata yang sesuai untuk mernbolehkan orang yang akan membeli tanah itu rnenggunakannya
untuk tujuan tertentu.

Memajak atau menyewa tanah Persekutnan yang dipegang di bawah Hakmilik

7. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah berkuasa memberi pajakan atau sewaan bagi semua tanah
Persekutuan atau harta Persekutuan itu atau sebahagian daripadanya menurut Perkara 84 dan Perkara 86
Perlembagaan Persekutuan. Pajakan atau sewaan adalah diberi masing-masing di bawah seksyen 221 atau
223 Kanun Tanah Negara. Sebuah bangunan di atas tanah milik Persekutuan adalah dianggap sebagai
sebahagian daripada tanah itu. Dalam pemberian pajakan atau sewaan mengenai semua atau sebahagian
tanah atau bangunan Persekutuan. Ketua Jabatan dengan kelulusan Kementerian yang berkenaan hendaklah
memberitahu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan akan cadangannya. Satu salinan surat itu hendak lah diedarkan
kepada Kementerian yang berkenaan. Tindakan-tindakan berikut akan diambil oleh Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan:

7.1 mendapatkan nasihat Peguam Negara;

7.2 membuat hubungan dengan Ketua Jabatan untuk menyediakan notis memanggil tawaran-tawaran;

7.3 membuat hubungan dengan Pemungut Hasil Tanah mengenai pengeluaran notis-notis tawaran.

Pemungut Hasil Tanah ak an menerirna bayaran daripada orang yang berjaya mendapatkan tawaran bagi pihak
Kerajaan Persekutuan dan akan memberitahu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan mengenai butir-butir hasil
yang dipungut. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan seterusnya akan menandatangani pajakan atau perjanjian
sewaan mengenai tanah atau harta itu. Satu salinan pajakan atau perjanjian sewaan akan disampaikan kepada
Ketua Jabatan dan Kementerian untuk simpanan mereka.

182 TERHAD
TERHAD
Melepas tanah persekutuan yang diduduki secara perizapan

8. Semua atau sebahagian tanah yang dirizabkan untuk kegunaan Persekutuan yang tidak lagi dikehendaki
untuk tujuan itu bolehlah dibatalkan rizabnya menurut Perkara 85 Perlembagaan Persekutuan. Jika wang
Persekutuan telah digunak an bagi memperolehi tanah itu atau jika tanah rizab itu mengandungi bangunan atau
lain-lain kemajuan yang dibuat dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan maka peraturan-peraturan yang berikut
hendaklah dipatuhi:

8.1 Ketua Jabatan yang berkenaan hendaklah memberitahu Kementeriannya bahawa sernua
atau sebahagian tanah yang dirizabkan untuk jabatannya itu tidak lagi dikehendaki untuk
kegunaannya dan Kementerian akan memberitahu Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-
kemudahan Awam sewajarnya. (Butir-butir rizab itu atau sebahagian daripada rizab yang akan
dibatalkan itu hendak lah disertakan).

8.2 Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam memberitahu Kementerian-


kementerian lain mengenai adanya tanah rizab Persekutuan untuk kegunaan yang lain-lain;

8.3 Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam akan memberitahu Pesuruhjaya


Tanah Persekutuan mengenai hasil penyiasatannya.

9. Selepas sahaja Pesuruhjaya Tanah Persekutuan memperolehi kelulusan daripada Kementerian Kemajuan
Tanah dan Kemajuan Wilayah ia akan mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
merizabkan tanah itu bagi kegunaan Persekutuan yang lain atau akan menawarkan pelepasan semua atau
sebahagian dari tanah rizab itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan pembayaran harga kernajuan yang terdapat
di atas tanah itu dan perbelanjaan memperolehinya. Sekiranya Pihak Berkuasa Negeri tidak rnenerima tawaran itu
tindakan akan diambil untuk mendapatkan hakmilik bagi tanah itu untuk dijual melalui tawaran atau lelong.

Kelulusan meroboh bangunan-bangunan persekutuan

10. Oleh kerana harta Persekutuan terletak hak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan rekod-rekod
tanah yang diberi milik atau yang dirizabkan untuk kegunaan Persekutuan serta harta-harta Persekutuan
yang lain adalah diuruskan olehnya, maka adalah wajar beliau juga diberi tanggungjawab untuk memperolehi
keputusan melepas atau merobohkan bangunan-bangunan Persekutuan yang telah didirikan di atas tanah-
tanah tersebut. Kelulusan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan persetujuan Menteri Kewangan
perlu diperolehi sebelum kebenaran dapat diberi untuk meruntuhkan bangunan itu. Kebenaran untuk melepas
atau meruntuhkan sesuatu bangunan Persekutuan hendaklah diperolehi dengan menggunakan borang di
Lampiran A, di mana Pengarah Kerjaraya Negeri akan melaporkan perkara itu kepada Kementerian Kerjaraya
dan Kemudahan-kemudahan Awam melalui Ketua Pengarah Kerjaraya.

Pernakaian Pekeliling ini

11. Pekeliling ini tidak terpakai di negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan bagi tanah-tanah yang diberi milik
atau dirizabkan untuk kegunaan-kegunaan Keretapi Tanah Melayu sehingga arahan-arahan selanjutnya
dikeluarkan. Pembatalan Pekeliling Dahulu

12. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 17/1970 adalah dengan ini dibatalkan.

t.t
NASRUDDIN BIN BAHARI,
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan

P.T.TM 76/69

Kuala Lumpur
2Ohb Februari, 1980

183 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘A’

SYOR MEROBOH BANGUNAN BERLEBIH ATAU TIDAK BERGUNA


(Format Untuk Satu Bangunan Sahaja)

1. Bangunan: Persekutuan/Negeri : (Hak Kerajaan/Bukan hak Kerajaan)*

2. Nombor:.............................................. 3. Tempat: ................................................................................................

4. (a) Bangunan siapa? (Polis, Telekom, Pos, Kesihatan, Pelajaran dli).

......................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................................

(b ) Taraf kepunyaan tanah (T.O.L./Reserve/Grant)*

....................................................................................................................................................................

(c) Adakah taraf kepunyaan berubah dengan pemerobohan itu?

.................................................................................................................................................................

(d) Bangunan itu bersendirian ataupun dalam kawasan yang ada bangunan-bangunan lain kepunyaan Jabatan
yang sama.
....................................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................

5. Bentuk bangunan: Sementara/Separuh KekaL/Kekal*

6. Kegunaan Bangunan: ....................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

7. Haribulan pembinaan:

8. Jenis pembinaan: (a) Foundation : ..................................................................................................

(b) Lantai : .........................................................................................................

(c) Dinding : ......................................................................................................

(d) Bumbung : .....................................................................................................

(e) Rangka : ........................................................................................................

(f) dll : ..................................................................................................... ..........

9. Luas lantai: ......................................................... 10 Isi Padu: .......................................................... ........

11. Harga asal: ........................................................ 12 Nilai Sekarang: .........................................................

13. Keadaan sekarang: ...................................................................................................................................................

14. Kemudahan-kemudahan (spt. eletrik): .......................................................................................................................

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Potong yang tak dikehendaki

184 TERHAD
TERHAD
15. (a) Masih diguna/tidak diguna*

(b) Siapa mengguna: ..........................................................................................................................................

16. (a) Sebab-sebab dirobohkan: .............................................................................................................................


(b) Adakah bangunan ini masih boleh digunakan: ............................................................................................
.......................................................................................................................................................................................

17. Syor untuk penghapusan: .............................................................................................................................................


.......................................................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................................................

Tarikh: ............................. .................................... ..........................................


Jurutera Negeri Jurutera Kerja
Jabatan Kerjaraya

Ketua Setiausaha
Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-Kemuidahan Awam,
Malaysia,
Jalan Tun Ismail,
KUALA LUMPUR

Syor untuk dihapuskan bangunan di sebelah disokong/tidak disokong.

Tarikh: ............................. .......................................................


Ketua Pengarah Kerjarayarja
Bangunan/Angkatan Bersenjata/
Pelajaran

Bil. Surat Kami:

Ketua Setiausaha,
Perbendaharaan

Syor untuk dihapuskan bangunan di sebelah disokong/tidak disokong.

Tarikh: ............................. .......................................................


Ketua Setiausaha
Kementerian Kerjaraya &
Kemudahan-Kemudahan Awam

Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan


Jalan Gurney, KUALA LUMPUR

Tarikh: ............................. ............................................................


Ketua Setiausaha Perbendaharaan

* Potong yang tak dikehendaki

185 TERHAD
TERHAD

Ketua Setiausaha
Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-Kemudahan Awam,
KUALA LUMPUR

Bersetuju dengan syor Rekod mengenai harta ini telah dipinda

Tarikh: ............................. ............................................................


Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan

s.k.: Juru Audit Negara


KUALA LUMPUR

186 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘I (4)’

187 TERHAD
TERHAD

188 TERHAD
TERHAD

189 TERHAD
TERHAD

190 TERHAD
TERHAD

191 TERHAD
TERHAD

192 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘I (5)’

Rujukan tuan :

Rujukan kami : JKPTG/101/KPU/779 Jld 4 ( 13 )

Tarikh : 6 September 2007

Semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri

Semua Pentadbir Tanah

Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Tuan,

PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN


PERSEKUTUAN BIL. 2/2007, HAD TEMPOH MASA MEMILIKI
DAN MEMEGANG TANAH KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG
BELUM DAN TIDAK DIMAJUKAN OLEH KEMENTERIAN DAN
AGENSI PENGGUNA.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan


bersama-sama ini disertakan pekeliling berkenaan untuk perhatian dan
tindakan Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ tuan jua.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF)


Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

[ Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung ]


“TELUS – MESRA – BERILMU”

193 TERHAD
TERHAD

s.k:

Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara


Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Mentari

Y.Bhg. Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)


Jabatan Perdana Mentari

Y.Bhg. Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU)


Jabatan Perdana Mentari

Fail

Float

194 TERHAD
TERHAD

PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN


PERSEKUTUAN BIL. 2/2007

HAD TEMPOH MASA MEMILIKI DAN MEMEGANG TANAH


KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BELUM ATAU TIDAK
DIMAJUKAN OLEH KEMENTERIAN ATAU AGENSI
PENGGUNA

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

195 TERHAD
TERHAD

PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN


PERSEKUTUAN BIL. 2/2007

HAD TEMPOH MASA MEMILIKI DAN MEMEGANG TANAH KERAJAAN


PERSEKUTUAN YANG BELUM ATAU TIDAK DIMAJUKAN OLEH
KEMENTERIAN ATAU AGENSI PENGGUNA

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua


Pegawai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah
Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang
tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.

2. Kerajaan Persekutuan mempunyai 4,712.6 hektar tanah milik dan


573.74 hektar tanah rizab yang belum atau tidak dimajukan
secara fizikal oleh Kementerian atau Agensi pengguna. Walaupun
jumlah tanah yang belum atau tidak dimajukan masih banyak,
didapati permohonan perolehan tanah sama ada melalui pengambilan,
pemberimilikan atau pembelian masih dibuat untuk projek-projek
Kerajaan Persekutuan di bawah sesuatu rancangan lima tahun.

4. Sungguhpun usaha-usaha telah dibuat oleh pentadbiran ini


untuk memastikan pengunaan tanah dimaksimakan melalui kaedah
pelepasan dan tukarguna untuk Kementerian atau Agensi pengguna
yang memerlukan tanah atau tapak projek, namun masih terdapat
Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan yang tidak
mempunyai projek tidak mahu melepaskan tanah dibawah
kawalannya untuk kegunaan Kementerian atau Agensi pengguna yang
lain.

5. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan


Negara (JKTN) Bil. 6/2007 bertarikh 21 Ogos 2007 telah memutuskan
supaya dihadkan tempoh masa memiliki dan memegang tanah
Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan oleh Kementerian
atau Agensi pengguna. Kementerian atau Agensi pengguna hanya
boleh memiliki dan memegang tanah-tanah yang belum atau tidak
dimajukan bagi tempoh selama lima (5) tahun sahaja. Oleh yang
demikian tempoh lima (5) tahun ini hendaklah dikira dari tarikh
pendaftaran hakmilik atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(PTP) atau dari tarikh pewartaan perizaban. Bagi tanah-tanah yang
diperolehi sebelum dari tarikh pekeliling ini, tempoh lima (5) tahun itu
hendaklah dikira bermula daripada tarikh sesuatu Rancangan Malaysia.

196 TERHAD
TERHAD

6. Sekiranya di dalam tempoh lima (5) tahun, Kementerian atau


Agensi pengguna masih tidak membangunkan tanah tersebut maka
ia hendaklah terserah tersendirinya kembali kepada Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan bagi membolehkan tanah-tanah berkenaan
ditawarkan kepada Kementerian atau Agensi pengguna yang lain
melalui kaedah pemadanan (match making).

7. Bagi Kementerian atau Agensi pengguna yang masih mahu memiliki


dan memegang tanah yang belum atau tidak dimajukan walaupun telah
tamat had tempoh memiliki dan memegang tanah Persekutuan, perlu
mengemukakan justifikasi yang kukuh kepada Jabatan Ketua
Pengarah Tanah Dan Galian untuk dipertimbangkan.

8. Pekeliling ini hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya


dikeluarkan.

(DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF)


Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Fail : JKPTG/101/KPU/779 JLD 4 (13)

Tarikh : 6 September 2007

197 TERHAD
TERHAD

198 TERHAD
TERHAD
Lampiran ‘I (6)’

199 TERHAD
TERHAD

200 TERHAD
TERHAD

201 TERHAD
TERHAD

202 TERHAD
TERHAD

203 TERHAD
TERHAD

204 TERHAD
TERHAD

205 TERHAD
TERHAD

206 TERHAD
TERHAD

207 TERHAD
TERHAD

208 TERHAD
TERHAD

209 TERHAD
TERHAD

210 TERHAD
TERHAD

211 TERHAD
TERHAD

212 TERHAD
TERHAD

213 TERHAD
TERHAD

214 TERHAD
TERHAD

215 TERHAD
TERHAD

216 TERHAD
TERHAD

217 TERHAD
TERHAD

218 TERHAD
TERHAD

219 TERHAD
TERHAD

220 TERHAD
TERHAD

221 TERHAD
TERHAD

222 TERHAD
TERHAD

223 TERHAD
TERHAD

224 TERHAD
TERHAD
Lampiran I (7)

SALINAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN


PARAS 4, BLOK K,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50782 KUALA LUMPUR

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DIVISION OF LOCAL GOVERNMENT


MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

BIL. BKT 401 26 Januari, 1980.

Bilangan Surat Kita:

Bilangan Surat Tuan:

Tuan,

TATACARA BAGI MENUNTUT SUMBANGAN BAGI


MEMBANTU KADAR DI BAWAH FASAL 156
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENGENAI
BANGUNAN-BANGUNAN YANG DIDUDUKI
OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DALAM
KAWASAN PENGUASA-PENGUASA TEMPATAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surat Pekeliling ini bertujuan bagi menentukan tatacara yang
patut diikuti oleh semua Penguasa Tempatan apabila menuntut
sumbangan bagi membantu kadar di bawah Artikel 156 Perlembagaan
Persekutuan mengenai bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan yang
terletak di dalam kawasan-kawasan Penguasa Tempatan dan yang
diduduki oleh Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan. Bangunan-
bangunan Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan itu adalah
termasuk bangunan-bangunan yang diduduki oleh Angkatan
Bersenjata tetapi tidak termasuk bangunan yang dipunyai dan
diduduki oleh (i) Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri; (ii) Keretapi
Tanah Melayu dan (iii) Badan-badan Berkanun. Bagi bangunan-
bangunan tersebut di atas, Penguasa-penguasa Tempatan adalah
dinasihat supaya menghantarkan tuntutan mereka secara terus kepada
Kerajaan Negeri, Keretapi Tanah Melayu dan Badan-badan Berkanun
yang terlibat. Disertakan Lampiran ’A’ dengan Surat
Pekeliling ini yang menggariskan panduan prinsip-prinsip bagi
penentuan bangunan-bangunan yang hendak dinilaikan itu di atas
tujuan sumbangan membantu kadar.

225 TERHAD
TERHAD
2. Untuk makluman, semenjak tahun 1978 Kerajaan Persekutuan
telah menyerahkan pembayaran sumbangan bagi membantu kadar
harta bangunan Kerajaan Persekutuan kepada Ketua Pengarah,
Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Tiap-tiap bayaran
yang dibuat oleh Jabatan ini setiap tahun berpandukan kepada
senarai-senarai penilaian yang telah dipersetujui oleh Jabatan
Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia dengan
Penguasa-Penguasa Tempatan yang terlibat. Di kala ini semua
Penguasa Tempatan menerima sumbangan bagi membantu kadar dibayar
secara atas akaun setiap tahun. Justeru bayaran atas akaun ini
adalah berasaskan kepada jumlah bayaran yang dipersetujui untuk
tahun penilaian terakhir. Lumrahnya penyelarasan akan dibuat
apabila sumbangan sebenarnya diperolehi pada tahun-tahun
berikutnya daripada Jabatan Penilaian, Kementerian Kewangan,
yang berupa senarai penilaian yang dipersetujui oleh. Penguasa-
Penguasa Tempatan yang terlibat berasaskan faktor-faktor seperti
berikut:
a) Pengesahan daripada Ketua-ketua Jabatan yang berkenaan
bahawa bangunan-bangunan yang terlibat sebenarnya
dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan serta diduduki
olehnya.

b) Pengesahan oleh Jabatan Penilaian, Kementerian Kewangan


bahawa tuntutan sumbangan bagi membantu kadar daripada
Penguasa-Penguasa Tempatan kepada Kerajaan Persekutuan
itu adalah berpatutan dan mengikut ”tone of the
assessment list”.

3. Tatacara yang dikehendaki diikuti oleh semua Penguasa


Tempatan bagi maksud sumbangan bagi membantu kadar daripada
Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Tuntutan sumbangan bagi membantu kadar oleh Penguasa-
penguasa Tempatan hendaklah diperbuat bagi setiap tahun
dengan menggunakan borang-borang yang ditetapkan oleh
Surat Pekeliling ini dan tuntutan ini hendaklah
disampaikan kepada pejabat cawangan penilaian yang
bekenaan sebelum akhir tahun bagi tahun peruntukan itu.

b) Borang ’A’ mengandungi senarai bagi bangunan-bangunan


Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan secara
berasingan. Borang ’A’ ini hendaklah diisi dalam 3
salinan dan dihantar kepada Kementerian/ Jabatan yang
berkenaan untuk pengesahan. Setelah disahkan,
Kementerian/Jabatan itu hendaklah mengembalikan dua
salinannya kepada Penguasa Tempatan tadi dan satu
salinan lain boleh disimpan oleh Kementerian/Jabatan
itu sendiri. Borang ’A’ ini hendaklah digunakan bagi
bangunan-bangunan yang tidak dimasukkan dalam
tuntutan untuk tahun-tahun yang lepas. Bagi bangunan-
bangunan yang telah dimasukkan dalam tuntutan bagi
tahun-tahun yang lepas, pengesahan sekali lagi oleh
Kementerian/ Jabatan tidak dikehendaki.

226 TERHAD
TERHAD

c) Borang ’B’ mengandungi butir-butir semua bangunan-


bangunan Persekutuan yang dikenakan bayaran sumbangan
bagi membantu kadar. Bagi bangunan-bangunan yang tidak
dimasukkan dalam tuntutan untuk tahun-tahun yang lepas,
satu salinan Borang ’A’ atau Borang ’E’, yang telah
disahkan oleh Kementerian/ Jabatan dengan menunjukkan
tarikh bangunan-bangunan itu mulai diduduki, hendaklah
juga disertakan dengan Borang ’B’. Borang ’B’ ini
hendaklah disampaikan dua salinannya kepada pejabat
cawangan penilaian yang berkenaan sebelum akhir tahun
bagi tahun yang dituntut. Kecuali Penguasa-penguasa
Tempatan yang telah menilai semula Nilai Tahunan/Nilai
Kemajuan yang telahpun dipersetujui bagi tahun yang
lepas untuk bangunan-bangunan yang sedia ada hendaklah
digunakan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

d) Apabila diterima Borang ’B’ daripada pihak Penguasa


Tempatan, pejabat cawangan penilaian akan mengkaji
tuntutan itu dan jika perlu berunding dengan pihak
Penguasa Tempatan tadi untuk mencapai penyelesaian
tentang tuntutan itu. Borang ’B’, dengan nilaian-
nilaian yang telah dipersetujui, hendaklah
ditandatangani oleh pihak Penguasa Tempatan dan pejabat
cawangan penilaian dan mereka akan menyimpan satu
salinan Borang ’B’ itu.
e) Pihak Penguasa Tempatan hendaklah menyediakan Borang
’C’ dalam enam salinan (lapan salinan untuk Sabah dan
Sarawak) mengikut nilaian-nilaian yang telah
dipersetujui dan Borang ’C’ ini, setelah ditandatangani
oleh kedua-dua pihak hendaklah dihantarkan kepada
pihak-pihak seperti berikut:-
(i) Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
(ii) Ibu Pejabat, Jabatan Penilaian & Perkhidmatan
Harta, Kementerian Kewangan Malaysia, Tingkat
10, Bangunan KUWASA, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

(iii) Bahagian Pentadbiran, Perbendaharaan Malaysia


Kuala Lumpur.
(iv) Ketua Audit Negara, Jalan Cenderasari Kuala
Lumpur (Ketua Audit Negeri untuk Sabah dan
Sarawak).

(v) Pihak Penguasa Tempatan yang berkenaan.


(vi) Pejabat Pejabat Cawangan Penilaian yang
berkenaan.

(vii) Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah atau


Sarawak (untuk kes-kes Sabah dan Sarawak
sahaja)
(viii) Pegawai Kewangan Persekutuan (untuk Sabah dan
Sarawak sahaja).

227 TERHAD
TERHAD

(f) Jabatan Kerajaan Tempatan Pusat Bandar Damansara, Kuala


Lumpur akan mengambil tindakan segera untuk menjelaskan
tuntutan yang telahpun dipersetujui setelah menerima
Borang ’C’. Bayaran secara atas akaun bagi tahun
yang berikutnya akan juga diperbuat olehnya
berasaskan jumlah yang telahpun dipersetujui itu
sehingga persetujuan untuk tahun yang berikutnya telah
dicapai mengikut tatacara tersebut di atas. Adalah
diperingatkan jika tuntutan-tuntutan untuk tahun yang
berikutnya tidak disampaikan kepada pejabat cawangan
Jabatan penilaian sebelum akhir tahun yang berkenaan,
maka adalah dianggap bahawa pihak Penguasa Tempatan
yang berkenaan telah berpuashati terhadap bayaran
secara atas akaun itu dan bayaran itu akan dianggap
sebagai bayaran yang penuh.
4. Semua Ketua-ketua Jabatan Persekutuan adalah diminta supaya
bekerjasama dengan Penguasa-penguasa Tempatan untuk mengesahkan
senarai-senarai bangunan yang diduduki oleh mereka dengan
secepat mungkin. Ketua-ketua Jabatan Persekutuan adalah juga
bertanggungjawab memberi notis kepada pihak Penguasa Tempatan
jika berlaku perubahan ke atas bangunan-bangunan yang diduduki
oleh Jabatan mereka. Untuk melicinkan pentadbiran ini, adalah
diminta bahawa peraturan berikut diamalkan oleh Ketua-ketua
Jabatan Persekutuan.
a) Semua Ketua Jabatan Persekutuan dikehendaki membuat rekod-
rekod bangunan-bangunan yang diduduki oleh mereka
dengan butir-butir seperti yang terdapat di dalam Borang
’D’.
b) Semua Ketua Jabatan Persekutuan hendaklah memberi tahu
pihak Penguasa Tempatan atas segala perubahan, seperti
perubahan penukaran, tambahan-tambahan yang dibuat ke atas
bangunan-bangunan yang diduduki oleh Jabatan mereka atau
bila mereka hendak menduduki bangunan-bangunan baru.
Disyorkan bahawa kenyataan kepada pihak Penguasa Tempatan
itu. Untuk apa-apa perubahan diberi di dalam Borang ’E’.
Jika kenyataan perubahan dengan menggunakan Borang ’E’
ini telah diberi, maka pengesahan oleh Ketua
Pejabat dengan menggunakan Borang ’A’ terhadap bangunan-
bangunan yang terlibat adalah tidak diperlukan lagi.
5. Segala kerja untuk menyemak tuntutan sumbangan bagi membantu
kadar atas bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan oleh pihak
Penguasa Tempatan mengikut Surat Pekeliling ini adalah
dijalankan oleh Pejabat-pejabat Cawangan Jabatan Penilaian di
seluruh Malaysia. Bersama-sama surat ini disertakan Lampiran ’B’
yang menunjukkan alamat pejabat-pejabat cawangan bagi Jabatan
Penilaian, Kementerian Kewangan, untuk makluman dan panduan pihak
Penguasa Tempatan dan juga Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

228 TERHAD
TERHAD

6. Surat Pekeliling ini boleh digunakan juga oleh Penguasa-


penguasa Tempatan sebagai garis panduan apabila menuntut sumbangan
bagi membantu kadar daripada pihak Kerajaan Negeri, Keretapi Tanah
Melayu dan Badan-badan Berkanun.
7. Dengan terkeluarnya Surat Pekeliling ini, surat-surat
pekeliling Bil.CLG.295E/11 bertarikh 12hb September 1967 dan
Bil.CLG.295E/39 bertarikh 12 September 1986, adalah dibatalkan.

Saya yang menurut perintah,

t.t
( HAJI KAMARUDIN BIN BI)
b.p. Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan.

Kepada; Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.


Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

s.k:
Ketua Pengarah Penilaian,
Jabatan Penilaian,
Kementerian Kewangan,
Tingkat 10, Khazanah Malaysia,
Bangunan KUWASA,
Jalan Raja Laut,
KUALA LUMPUR.

Semua Pihak Penguasa Tempatan.

229 TERHAD
TERHAD

Lampiran ’A’

Prinsip-prinsip Untuk Menentukan Sumbangan


Bagi Membantu Kadar Yang Dibayar Oleh Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Badan-
Badan Berkanun Di bawah Artikel 156 Perlembagaan
Persekutuan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A. Sumbangan Bagi Membantu Kadar Oleh Kerajaan Persekutuan


1. Harta-harta yang hendak ditaksirkan untuk maksud
sumbangan bagi membantu kadar

Semua tanah, bangunan-bangunan dan hereditamen yang


diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan
untuk maksud awam (dalam konteks ini dipanggil harta-
harta Kerajaan Persekutuan) akan ditaksirkan untuk
maksud sumbangan bagi membantu kadar, melainkan
harta-harta seperti berikut:
i) Tanah-tanah kosong; dan
ii) Harta-harta yang diduduki semata-mata untuk maksud
pelajaran, perubatan, ugama dan ”fine arts”.
Tetapi harta-harta yang digunakan sebagai rumah
kediaman bagi pejabat-pejabat pelajaran,
perubatan, ugama dan ”fine arts” tidak
dikecualikan tetapi mesti ditaksirkan seperti
harta-harta lain.

2. Kadar-kadar untuk dimasukkan dalam mada mengira


sumbangan bagi membantu kadar

Mengikut beberapa Enakmen Kerajaan Tempatan, Ordinan


Pelajaran, Enakmen Pengeluaran Air dan lain-lain kadar-
kadar yang harus dikenakan adalah seperti berikut:
a) Kadar am.
b) Kadar Pembangunan.

c) Kadar parit.
d) Kadar pelajaran.
e) Kadar air.

Dalam menentukan bantuan yang akan dibayar oleh


Kerajaan Persekutuan hanya dengan mengira kadar am
sahaja.

230 TERHAD
TERHAD

3. Prinsip-prinsip mengenai pembayaran sumbangan bagi


membantu kadar

Prinsip-prinsip pembayaran adalah seperti berikut:

a) bantuan penuh, iaitu 100% mengikut kadaran yang


dikenakan di kawasan harta itu berada;

b) nilaian-nilaian ke atas harta-harta berkenaan


hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah
penilaian yang biasa dan mengikut ”tone of the
assesement list” di kawasan penguasa tempatan itu.
”Tone of the assessement list” bermakna paras
nilaian yang sedia ada di dalam senarai taksiran
bagi tiap-tiap penguasa tempatan bagi satu-satu
tahun.

c) Kerajaan Persekutuan akan hanya membayar kadar am


sahaja (general rate) mengikut kadar yang dikenakan
bagi sesuatu penguasa tempatan.

4. Harta-harta Angakatan Bersenjata Persekutuan


Kerajaan Persekutuan akan membayar hanya 75% sumbangan
bagi membantu kadar bagi harta-harta kepunyaan Angkatan
Tentera Persekutuan.

5. Pool Quarters
Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan seperti
berikut:
a) Kerajaan Persekutuan akan membayar balik
(reimburse) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri
sebanyak mana dibuat mengikut sumbangan bagi
membantu kadar bagi semua ”pool quarters” yang
diduduki oleh pegawai Persekutuan yang berkhidmat
dalam negeri itu pada tarikh 1hb Januari bagi tahun
berkenaan. Ini bermaknalah quarters yang diduduki
oleh pegawai-pegawai Persekutuan pada 1hb Januari
bagi sesuatu tahun akan dikira diduduki oleh
pegawai itu sepanjang tahun itu.
b) Pembayaran balik ini akan hanya dilakukan jika
peruntukan yang sama diberikan kepada pegawai-
pegawai negeri dan pegawai-pegawai Persekutuan dan
dijalankan dengan adil.
c) Peraturan ini boleh dikaji semula apabila tuan-tuan
punya yang sebenarnya bagi pool quarters ini dapat
ditentukan.

231 TERHAD
TERHAD

B. Sumbangan Bagi Membantu Kadar Oleh Kerajaan Negeri

Adalah diputuskan bahawa sumbangan bagi membantu kadar


yang dibuat oleh Kerajaan Negeri akan berdasar kepada
prinsip-prinsip yang sama seperti diterangkan dalam
perenggan A di atas.
C. Sumbangan Bagi Membantu Kadar Oleh Badan-Badan Berkanun
Sumbangan bagi membantu kadar yang dibayar oleh badan-
badan berkanun pada amnya adalah berdasarkan kepada
prinsip-prinsip yang sama seperti yang diterangkan
dalam perenggan A tersebut di atas tetapi tanggungan
mereka untuk bayaran kadaran adalah sama dengan
pembayaran-pembayaran yang lain di dalam kawasan
penguasa tempatan iaitu mereka terpaksa membayar semua
kadar-kadar yang dikenakan misalnya kadar am, kadar
air, kadar pelajaran dan lain-lain.
D. Sumbangan Bagi Membantu Kadar Oleh Keretapi Tanah
Melayu
Sumbangan bagi membantu kadar oleh pihak Keretapi Tanah
Melayu adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang
sama seperti diterangkan dalam perenggan A juga. Walau
bagaimanapun bagi maksud caruman harta-harta Keretapi
Tanah Melayu akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
seperti berikut:
a) Harta-harta yang disewakan untuk maksud
Perdagangan (Kanten, Kedai buku dll)
Harta ini dinilai mengikut prinsip-prinsip biasa
untuk kadaran dan penduduk-penduduk harta ini akan
dikenakan bayaran kadaran kecuali jikalau syarat-
syarat dalam perjanjian sewa menyatakan
sebaliknya.

b) Harta-harta yang digunakan sebagai rumah kediaman


Oleh Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu
Rumah kediaman akan dimasukkan ke dalam satu
senarai yang berasingan dan dinilai mengikut
kaedah perbandingan dengan jenis bangunan yang
sama dalam kawasan yang terlibat.

c) Harta-harta Teknikal (Operational Properties)


Harta-harta teknikal termasuk stesen, depo,
worksyop,stor,landasan keretapi dll. Sebagaimana
yang diterangkan dalam Laporan A.J. Charlton.
Harta-harta ini akan dinilai sebagai satu unit
seluruh Semenanjung Malaysia dan ”cumulo value”nya
akan dibahagikan kepada semua penguasa
tempatan di mana harta-harta dalam kawasan mereka
itu terletak.

232 TERHAD
TERHAD

E. Prinsip-Prinsip Yang Digunakan Untuk Negeri


Sabah dan Sarawak

Adalah diputuskan bahawa prinsip-prinsip dan peraturan-


peraturan yang sama mengenai sumbangan bagi membantu
kadar yang digunakan di Semenanjung Malaysia akan
digunakan di Negeri Sabah dan Sarawak. Walau
bagaimanapun, setelah rundingan yang lebih lajut dengan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, sedikit pindaan
kepada prinsip-prinsip mengenai perkara ini telah
dipersetujui.

a) Sarawak
(i) Sumbangan bagi membantu kadar untuk Negeri
Sarawak adalah berdasarkan kepada ”specific
rate” dan atas ”general rate”. Ini adalah
oleh kerana penguasa-penguasa tempatan di
Sarawak dikenakan ”specific rate” bagi tiap-
tiap jenis perkhidmatan yang disediakan
misalnya ”specific rate” untuk maksud am,
pemeliharaan jalanraya, conservancy,
scavenging, street lighting, fire fighting,
water, sewerage dll. Tidak ada ”specific
rate” yang akan dikenakan jika perkhidmatan
yang tertentu tidak disediakan oleh
penguasa-penguasa tempatan.

(ii) Sumbangan bagi membantu kadar untuk harta


yang dipunyai oleh Angkatan Tentera
Bersenjata Persekutuan adalah berdasarkan
100% atas semua ”specific rate” atas sebab-
sebab yang sama iaitu tidak ada ”specific
rate” yang akan dikenakan jika perkhidmatan
yang tertentu tidak disediakan oleh
Penguasa-penguasa tempatan.
b) Sabah

Bagi kes untuk Negeri Sabah, sumbangan bagi


membantu kadar yang akan dibuat adalah juga
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang sama
seperti yang dikenakan di Senanjung Malaysia
tetapi selain daripada kadar am, ”sewerage rate”
akan dibayar juga kepada penguasa-penguasa
tempatan. Ini adalah kerana penguasa-penguasa
tempatan yang berkenaan terpaksa membayar Jabatan
Kerja Raya untuk pemeliharaan sistem ”sewerage
rate” ini akan dikenakan atas harta yang terletak
dalam lingkungan 100 kaki dari sesuatu ”public
sewer”.

233 TERHAD
TERHAD

234 TERHAD
TERHAD

235 TERHAD
TERHAD

236 TERHAD
TERHAD

237 TERHAD
TERHAD

238 TERHAD
TERHAD

239 TERHAD
TERHAD

240 TERHAD
TERHAD

241 TERHAD
TERHAD

242 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘I (8)’

243 TERHAD
TERHAD

244 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘I (9)’

SYOR MEROBOH BANGUNAN BERLEBIHAN


ATAU TIDAK BERGUNA
(Format Untuk Satu Bangunan Sahaja)

PERINGATAN : Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan :-


1. Borang Syor Meroboh – (M/Surat 1 /4 – 4 / 4) sebanyak lima
2. Gambar Bangunan Berkenaan
3. Pelan Tapak

1. Bangunan : Persekutuan / Negeri :- (Hak Kerajaan / Bukan Hak Kerajaan)

2. Nombor bangunan : ………………………………………………………………………………..

3. Tempat : ………………………………………………………………………………………….

4. (a) Bangunan siapa ? ( Polis, Telekom, Pendidikan dll )

……………………………………………………………………………………………..

(b) Taraf kepunyaan tanah (T.O.L/Rezab/Geran) : ……………………….

……………………….

(c) Adakah taraf kepunyaan berubah dengan perobohan ini: ………………..

(d) Bangunan ini persendirian ataupun dalam kawasan yang ada bangunan
lain Kepunyaan jabatan yang sama : ……………………………………………

…………………………………………..

5. Bentuk Bangunan : Sementara / Separuh Kekal / Kekal

6. Kegunaan bangunan : ………………………………………………………………………..

7. Tarikh Pembinaan : ………………………………………………………………………………

245 TERHAD
TERHAD

8. Jenis Pembinaan : (a) Asas : ………………………………

(b) Lantai : ………………………………

(c) Dinding : ……………………………..

(d) Bumbung : ……………………………..

(e) Rangka : ……………………………..

(f) Lain-lain : ……………………………..

9. Luas lantai : ………………….. 10. Isipadu : …………………..

11. Nilai sekarang : ………………….. 12. Harga Asal : ……………………

13. Keadaan sekarang : …………………………………………………..

14. Kemudahan-kemudahan (Lektrik/Paip Air) : ……………………………………

15. (a) Masih digunakan / tidak digunakan? ……………………………………

(b) Siapa menggunakan ? ……………………………………

16. (a) Adakah gantinya dikehendaki ?: ……………………………………

(b) Jika demikian, adakah peruntukan baginya : ……………………………………

(c) Jika tempat lain, apakah cadangan untuk tapak sekarang ( dikembalikan
kepada Negeri atau ada Rancangan Persekutuan yang lain )? ……………….
…………………………………………………………………………………………………

17. (a) Sebab-sebab dirobohkan : ……………………………………………………………

(b) Adakah bangunan ini masih boleh digunakan : ……………………………………

18. Syor / Cara untuk penghapusan : …………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………….

246 TERHAD
TERHAD

SYOR MEROBOH BANGUNAN BERLEBIHAN


ATAU TIDAK BERGUNA
(Format Untuk Satu Bangunan Sahaja)

Nota : Bahagian ini hendaklah diisi sekiranya terdapat kemudahan elektrik/ air seperti
dalam butiran no. 14 muka surat 2/4

Butir-Butir Mengenai Alat-Alat Elektrik / Jentera : ( Ada / Tiada)

(a) Hawa Dingin ______________________________________________

(b) Kipas Angin ______________________________________________

(c) Lampu ______________________________________________

(d) Suis Elektrik ______________________________________________

(e) Soket Elektrik ______________________________________________

(f) Jentera ______________________________________________

(g) Lain-lain ______________________________________________

2. Butir-Butir Mengenai Alat-Alat Bekalan Air: ( Ada /Tiada )

(a) Sinki : ______________________________________________

(b) Basin Aluminium / Tanah Liat : -____________________________________

(c) Paip-paip : ______________________________________________

(d) Pemanas Air (Water Heater) : ________________________________________

(e) Tangki Air _______________________________________________

(f) Lain-lain : ______________________________________________

247 TERHAD
TERHAD

Butir-butir No.4(a) – (d), 6,15, 16(a) – (d) dan 17 hendaklah dipenuhi oleh pihak Jabatan
Pelanggan sendiri dan disahkan olehnya seperti berikut:-

Tarikh :

______________________________________________ (Tandatangan Ketua Jabatan


Pelanggan &
Cop Rasmi)

Tarikh :

______________________________________________ (Tandatangan Pengarah JKR Negeri &


Cop Rasmi)

Tarikh :

______________________________________________ (Tandatangan Jurutera Daerah &


Cop Rasmi)

248 TERHAD
TERHAD Lampiran ‘I (10)’

(SALINAN)

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KTPK/101/KPU/
799-4(2)
Tarikh : 11 Dis 2001

Semua Ketua Setiausaha Kementerian,

Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN


GALIAN (JKPTG) BIL. 3/2001: PERLANTIKAN WAKIL ATAU PROXY
OLEH PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) DAN BIDANG
KUASA BAGI MENGHADIRI MESYUARAT PERBADANAN PENGURUSAN
BAGI SETIAP SKIM STRATA

Perhatian Y. Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan adalah ditarik kepada


perkara di atas.

2. Surat Pekeliling ini bertujuan supaya setiap agensi Persekutuan


yang membeli petak-petak di dalam skim strata atas nama Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan (PTP), dan PTP melantik seorang wakil atau proxy
kepada PTP untuk menghadiri Mesyuarat Perbadanan Pengurusan (MC) di
dalam skim strata berkenaan.

3. Wakil yang dilantik (“pemegang proxy”) adalah bertanggungjawab


untuk menjaga kepentingan (rights) Kerajaan Persekutuan ke atas projek-
projek yang dibeli. Ianya juga wajar memandangkan pegawai tersebut
lebih maklum akan kepentingan yang perlu dijaga dan diambil perhatian
terhadap petak-petak tersebut. Seksyen 39 (Jadual Kedua, perenggan 14)
Akta Hakmilik Strata 1985 membenarkan perlantikan wakil atau proxy
ini.

249 TERHAD
TERHAD

4. Sehubungan dengan itu Kementerian, Jabatan atau Agensi


Persekutuan yang telah dan bercadang untuk membeli petak-petak di
dalam skim strata dikehendaki mencadangkan wakil atau proxy tersebut
kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dari semasa ke
semasa dengan menggunakan Borang seperti di Lampiran ‘A’.

5. Tugas dan bidang kuasa pemegang proxy adalah mengikut


peruntukan Akta Hak Milik Strata 1985, bagi kuasa-kuasa yang boleh
dilaksanakan oleh pemunya petak-petak dalam mesyuarat dan tertakluk
kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lampiran ‘B’.

6. Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan yang berkenaan


hendaklah membayar segala yuran pengurusan yang dikenakan oleh MC
bagi pihak PTP dari tarikh petak-petak diambil alih.

7. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) ini


berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kash.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t
[ DATO’ HAJI YIDRIS BIN ABDULLAH ]
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

250 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘A’

PERAKUAN PERLANTIKAN PROXY

Saya

(Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan) mencadangkan

(nama pegawai dilantik dan jawatan)

K/P. No. yang bertugas di

(alamat tempat bertugas) untuk

dilantik sebagai proxy kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi

setiap skim strata yang diguna dan dikawal oleh Kementerian/Jabatan ini

bagi setiap Mesyuarat Perbadanan Pengurusan skim strata sehingga

diberitahu.

t.t
(Nama Pegawai yang dicadangkan)

t.t
(Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan)

* Borang ini boleh dicetak semula

251 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘B’

(Perkara 4, Pekeliling JKPTG)

TUGAS DAN BIDANG KUASA PEMEGANG PROXY

PERLANTIKAN

1. Pemegang Proxy hanya sah dilantik menggunakan borang khas dan


ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

2. Perlantikan itu tertakluk kepada ketetapan sama ada untuk


sesuatu mesyuarat khusus atau umum Perbadanan Pengurusan
bagi sesuatu Skim Strata yang dinyatakan dan bagi tempoh yang
dinayatakan sahaja.

TUGAS PEMEGANG PROXY

3. (1) Pemegang Proxy hendaklah;

(a) menghadiri semua Mesyuarat Perbadanan Pengurusan


termasuk Mesyuarat Tahunan, Luarbiasa atau
Mesyuarat Agung;

(b) mengambil bahagian aktif di dalam perbincangan setiap


mesyuarat yang dihadiri dan membuat keputusan
mengikut cara yang ditetapkan mengikut para 14,
Jadual Kedua Akta Hak Milik Strata 1985;

(c) memaklumkan kepada PTP secara umumnya hasil dan


keputusan Mesyuarat Perbadanan Pengurusan dalam
tempoh satu (1) bulan dari tarikh mesyuarat; dan

252 TERHAD
TERHAD

(d) mematuhi arahan dan dasar Jabatan Ketua Pengarah


Tanah dan Galian yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa.

2. Pemegang Proxy tidak boleh;

(a) bersetuju, dalam Mesyuarat Perbadanan Pengurusan,


jika resolusi mesyuarat bersetuju untuk melakukan
atau cuba melakukan sesuatu tindakan yang
bertentangan dengan perundangan dan peraturan sedia
ada;

(b) mengundi, jika resolusi merupakan cadangan pindaan


kepada peraturan dalam Jadual Kedua, Akta Hak Milik
Strata 1985 tanpa kebenaran PTP;

(c) mengundi, jika resolusi berkaitan dengan hal dan


tujuan pelaburan bagi wang dalam Tabung Pengurusan
(Management Fund) tanpa kebenaran PTP;

(d) mengundi, dalam perkara-perkara yang disenaraikan di


bawah Seksyen 47(1) AKta Hak Milik Strata 1985 tanpa
kebenaran PTP;

(e) mengundi, dalam resolusi yang menyentuh perkara di


bawah Seksyen 57(1) Akta Hak Milik Strata tanpa
kebenaran PTP; dan

(f) mengundi untuk merujuk kepada Mahkamah bagi


sebarang masalah yang berbangkit tanpa kebenaran
PTP.

253 TERHAD
TERHAD

CONTOH
BORANG PERLANTIKAN PROKSI

KEPADA:
Setiausaha,
Perbadanan Pengurusan

Kami PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN


yang beralamat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Aras 2,
Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran Perdana, Presint 4, 62674
PUTRAJAYA pemilik petak No ....................................................................
DENGAN INI MELANTIK ..........................................................................
............................................................................................................................
(tandatangan adalah seperti di bawah) sebagai proxy kami untuk
menghadiri dan mengundi bagi pihak kami di Mesyuarat Agung ...............
Perbadanan Pengurusan yang akan diadakan pada .........................
haribulan 200 ........ pada pukul ................. pagi/petang/malam di
......................................................................... dan pada apa-apa
penangguhan.

Bertarikh .......haribulan.........., 200 ....

Meteri
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
dimeterikan di hadapan:

(Contoh Tandatangan Proksi)


K/P NO.

254 TERHAD
TERHAD

(SALINAN)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI


MALAYSIA
JALAN DATO’ ONN
KUALA LUMPUR Tel : 209344
________________________________________________________________________

Ruj. Kami : KDN(R)29/201 Jilid 6


Tarikh : 6hb Februari 1985

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan

Ketua Badan-Badan Berkanun

Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri

Y.B. Tan Sri/Dato’/Tuan,

Pembinaan Bangunan Berdekatan Dengan Sasaran


Penting, Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan

Adalah saya diarah merujuk kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1


Tahun 1985 bertarikh 25hb Januari 1985 yang dikeluarkan oleh
Kementerian ini berkenaan perkara tersebut di atas dan memaklumkan
bahawa surat pekeliling tersebut adalah dipinda menjadi Arahan
Keselamatan Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting Bil. 1 Tahun 1985.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pindaan-pindaan seperti berikut


dibuat dalam pekeliling tersebut:-

Perenggan 2.1 - Ayat “Tujuan Surat Pekeliling ini”


digantikan dengan ayat “Tujuan Arahan
Keselamatan”;

Perenggan 7 - Ayat “Surat Pekeliling ini” digantikan


dengan ayat “Arahan Keselamatan ini”.

255 TERHAD
TERHAD

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t
( NIK MOHAMED BIN NIK MOHD. SALLEH )
Timbalan Ketua Setiausaha 1,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Dalam Negeri.

S.K:

Y.B. Tan Sri Dato’ Sallehuddin Bin Mohamed


Ketua Setiausaha Negara,
Jabatan Perdana Menteri,
Jalan Dato’ Onn.
Kuala Lumpur

256 TERHAD
TERHAD

KEMENTERIAN DALAM NEGERI


MALAYSIA
JALAN DATO’ ONN
KUALA LUMPUR Tel : 209344
_______________________________________________________________________________

Ruj. Kami : KDN(R)29/201 Jilid 6


Tarikh : 25 Januari 1985

SURAT PEKELILING AM SULIT BIL. 1 TAHUN 1985

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan

Ketua Badan-Badan Berkanun

Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri

Y.B. Tan Sri/Dato’/Tuan,

Pembinaan Bangunan Berdekatan Dengan Sasaran


Penting, Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan

1. Pendahuluan

1.1 Semenjak akhir-akhir ini terdapat beberapa kelemahan peraturan


keselamatan khususnya berhubung dengan pembinaan bangunan
yang berdekatan dengan Sasaran Penting. Kawasan yang kurang
memuaskan ini diantaranya disebabkan oleh kelonggaran sistem
kawalan keselamatan berkaitan dengan pembinaan bangunan
sama ada yang dikehendaki oleh Kerajaan, Badan-Badan Berkanun
ataupun pihak swasta.

1.2 Setelah kajian dan penelitian dibuat berhubung dengan perkara ini
didapati agensi-agensi yang telah diberi kebenaran untuk
melaksanakan pembinaan bangunan-bangunan tersebut tidak
mempunyai garis panduan keselamatan sebagai rujukan. Oleh
kerana itulah agensi-agensi tersebut telah melaksanakan projek-
projek pembinaan bangunan tanpa mengambil kira ancaman
sabotaj yang mungkin timbul terhadap Sasaran Penting, Kawasan
Larangan dan Tempat Larangan yang berdekatan.

257 TERHAD
TERHAD
1.3 Pembinaan bangunan-bangunan tersebut telah mendatangkan
masalah kepada tuan punya Sasaran Penting. Kawasan Larangan
dan Tempat Larangan, terutamanya berhubung dengan Sistem
Kawalan Keselamatan Perlindungan.

2. Tujuan

2.1 Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan ialah untuk memberi garis
panduan kepada agensi-agensi pelaksana atas pembinaan
bangunan-bangunan yang berdekatan dengan Sasaran Penting,
Kawasan Larangan dan Tempat Larangan. Garis Panduan ini
adalah perlu supaya bangunan-bangunan yang dibina itu tidak
memberi peluang kepada anasir-anasir tertentu untuk melakukan
sabatoj yang boleh menjejaskan keselamatan keluaran dan
perkhidmatan sesuatu Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan
Tempat Larangan.

2.2 Disamping itu perlu juga ditetapkan jarak selamat (safe distance)
yang sesuai untuk menjamin keselamatan Sasaran Penting,
Kawasan Larangan dan tempat Larangan yang berkenaan.

3. Tafsiran

3.1 Sabotaj – sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk yang bertujuan


melakukan kerosakan fizikal terhadap pemasangan-pemasangan
bagi kepentingan sesebuah kuasa asing atau sesuatu tujuan
politik. Sabotaj mungkin boleh dilakukan pada masa aman atau
perang. Dalam masa aman sabotaj mungkin boleh dilakukan oleh
orang perseorangan yang bersimpati dengan tujuan-tujuan kuasa-
kuasa yang tidak berbaik dengan Malaysia dan boleh dilakukan
sama ada secara teratur ataupun tidak teratur. Pada masa perang
sebotaj bermungkinan besar dilakukan mengikut suatu rancangan
yang teratur dan rancangan ini mungkin pula sebagai sebahagian
atau permulaan daripada suatu rancangan yang lebih besar untuk
melumpuhkan pertahanan Negara.

3.2 Sasaran Penting – meliputi apa-apa juga pemasangan yang hasil


keluaran atau perkhidmatannya adalah sangat penting, dan
sekiranya berlaku kemusnahan atau kerosakan yang serius akan
menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi,
pertahanan atau keselamatan Negara atau menjejaskan perjalanan
dan fungsi-fungsi Kerajaan. Contoh Sasaran Penting ialah Stesen
Pemancar RTM, Takungan Air (Reservoir) Gunung Pulai Dan Stesen
Gelombang Micro Bukit Nenas.

3.3 Kawasan Larangan – suatu kawasan yang diisytiharkan dibawah


Akta Kawasan-Kawasan Larangan dan Tempat-Tempat Larangan
1959 oleh Menteri Dalam Negeri dengan tujuan untuk mengadakan
peraturan khas supaya diwujudkan suatu sistem kawalan terhadap
pergerakan dan juga kelakuan orang yang berada didalam kawasan

258 TERHAD
TERHAD
tersebut. Contohnya ialah Kementerian Pertahanan, Pengkalan
Tentera Udara Di raja Malaysia Sungai Besi, Kuala Lumpur dan
Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Lumut, Perak.

3.4 Tempat larangan – suatu tempat yang diisytiharkan di bawah Akta


Kawasan-Kawasan Larangan dan Tempat-Tempat Larangan 1959
oleh Menteri Dalam Negeri supaya sistem pengawalan dan
pengawasan khas diadakan sebagai langkah pencegahan untuk
mengelakkan orang-orang yang tidak dibenarkan dari memasuki
tempat tersebut. Contohnya ialah Jabatan Perdana Menteri, Ibu
Pejabat Polis Di Raja Malaysia, Istana Negara dan Bangunan
Parlimen.

4. Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting

4.1 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan adalah


dipertanggungjawab selaku Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran
penting untuk :

4.1 mengkaji keadaan keselamatan Sasaran-Sasaran Penting


dengan mengambil kira laporan taksiran ancaman daripada
Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia;

4.2 mengesyorkan peraturan-peraturan keselamatan yang perlu


Sasaran-Sasaran Penting, Kawasan-Kawasan larangan dan
Tempat-Tempat Larangan sentiasa berada di dalam keadaan
selamat.

4.2 Urusetia juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan memproses


semua permohonan untuk diisytiharkan sebagai Kawasan
Larangan dan Tempat Larangan.

5. Pelaksanaan Kawalan Pembinaan Bangunan

5.1 Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan


hendaklah sentiasa diberi kawalan yang rapi supaya keluaran dan
perkhidmatannya tidak terjejas. Ini adalah bertujuan supaya
program-program yang disediakan sama ada di dalam atau di luar
kawasan tersebut dapat disusun dengan teratur.

5.2 Agensi-Agensi yang bertanggungjawab memberi kebenaran


berhubung dengan pembinaan bangunan-bangunan dan kerja-
kerja yang berkaitan hendaklah memainkan peranan yang
sewajarnya dengan memberi kerjasama kepada tuan punya
Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.

5.3 Pada dasarnya bangunan-bangunan tinggi tidak digalakkan


pembinaannya dalam lingkungan 200 meter dari sesuatu Sasaran
Penting, Kawasan Larangan dan Tempat dan Tempat larangan.
Bagaimanapun pihak Jawatankuasa Pusat Sasaran penting akan

259 TERHAD
TERHAD
mengkaji jarak selamat mengenai pembinaan bangunan tinggi yang
dicadangkan berdasarkan rupa bumi cadangan tapak pembinaan
dan tujuan pembinaan.

5.4 Semua bangunan yang dicadangkan untuk pembinaan dalam jarak


500 meter dari Sasaran Penting, Kawasan larangan dan tempat
larangan hendaklah dirujuk kepada Urusetia Jawatankuasa Pusat
Sasaran penting sebelum kebenaran atau kelulusan diberikan atas
cadangan pembinaan bangunan tersebut.

5.5 Dalam cadangan pembinaan sesuatu bangunan, ketinggian


bangunan tersebut hendaklah diambil kira. Dalam hal ini
ketinggian bangunan yang hendak dibinakan itu, hendaklah
berpandukan kepada rupa bumi atau kedudukan Sasaran Penting.
Seboleh-bolehnya ketinggian bangunan itu hendaklah tidak
melebihi daripada Sasaran Penting berkenaan.

5.6 Agensi-Agensi yang terlibat dalam pembinaan bangunan tersebut


hendaklah merujuk kepada jawatankuasa Pusat Sasaran Penting
untuk membolehkan Jawatankuasa ini mengkaji dan
mengemukakan syarat-syarat yang perlu digabungkan supaya tuan
punya bangunan mematuhi setiap syarat yang ditentukan dalam
usaha untuk menjamin keselamatan Sasaran Penting, Kawasan
Larangan dan Tempat Larangan.

6. Perhubungan

Segala cadangan dan masalah yang berkaitan dengan sistem pengawalan


keselamatan dalam konteks pembinaan bangunan dan pembangunan
kawasan sekitar yang berdekatan dengan Sasaran Penting, Kawasan
larangan dan Tempat Larangan hendaklah dirujuk kepada Urusetia
Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting. Urusetia ini dapat dihubungi di
alamat berikut:

Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting
Jabatan Perdana Menteri,
Wisma Damansara,
Jalan Semantan,
KUALA LUMPUR

Tel: 943658 & 943777

260 TERHAD
TERHAD

7. Penguatkuasaan

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan dan


ianya adalah tambahan kepada Surat Arahan KKKDN.Y.34/20 Vol.4
bertarikh 17hb Mei, 1972 yang disertakan bersama-sama ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.
( TAN SRI HAJI ROHZAN BIN HAJI KUNTOM )
Ketua Setiausaha,
Kementerian Dalam Negeri.

s.k.:

Y.B. Tan Sri Dato’ Salehuddin bin Mohamed,


Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Menteri
Jalan Dato’ Onn,
KUALA LUMPUR

Ditaip semua oleh : Disahkan oleh:

ROSLAN BIN S.ISMAIL MD. YUNUS BIN TAHIR


Ketua Penolong Setiausaha (Tanah)
Cawangan Penguruan Tanah
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pertahanan

261 TERHAD
TERHAD

262 TERHAD

You might also like