You are on page 1of 5

Dolly Ng

[2021] MLRHU 1313 lwn. Suranderan Kuppusamy pg 1

DOLLY NG
lwn.
SURANDERAN KUPPUSAMY

Mahkamah Tinggi Malaya, Klang


Norliza Othman PK
[Guaman No: BL-22NCVC-4-03/2021]
23 Ogos 2021

Kes-kes yang dirujuk:


Thein Hong Teck & Ors v. Mohd Afrizan Husain & Anor Appeal [2012] 1 MLRA
712; [2012] 4 MLRA 87; [2012] 2 MLJ 299; [2012] 1 CLJ 49; [2012] 1 AMR 489
(dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Rules of Court 2012, O 14A, O 33 rr 2, 5, O 92 r 4

[Permohonan ditolak dengan kos.]

PENGHAKIMAN

Norliza Othman PK:

[1] Ini adalah permohonan Defendan dibawah A 33 Kaedah-kaedah 2 dan 5


Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau A 92 k 4 Kaedah-kaedah
Mahkamah 2012, bidangkuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini untuk
perintah-perintah berikut:-

a. Bahawa Tuntutan Plaintif adalah bertentangan prinsip perundangan


ex turpi causa non oritur action sepertimana yang dihalang oleh s
24(e) Akta Kontrak 1950; dan

b. Bahawa Plaintif membawa satu tuntutan yang berunsur tidak sah


disisi undang-undang (illegal) kepada Mahkamah; dan

c. Bahawa Writ Saman dan dan Penyata Tuntutan Plaintif bertarikh


24 Mac 2021 wajar dibatalkan menurut A 33 k 5 KKM 2012; dan

d. Kos.

Latar Belakang

Versi Plaintif

[2] Pada Julai 2019, Plaintif telah ditipu sejumlah RM 4.3 juta menggunakan
Macau Scam dan beliau telah membuat laporan polis dan juga mengambil
tindakan undang-undang terhadap RHB Bank bagi kecuaian.
Dolly Ng
pg 2 lwn. Suranderan Kuppusamy [2021] MLRHU 1313

[3] Defendan telah diperkenalkan kepada Plaintif melalui seorang rakan


bernama Dr Ee Chong Swee bagi membantu Plaintif mengikuti perkembangan
laporan polis tentang kes beliau dan membantu melakukan tugas harian.

[4] Walaubagaimanapun Plaintif mendakwa Defendan telah mengambil


kesempatan atas kesusahan yang dialami olehnya dengan menipu wang
Plaintif sejumlah RM 2,170,000.00 dari 30 Januari 2020 sehingga 27 Disember
2020. Semua ini ditulis didalam sebuah buku kecil yang mana kemudiannya
disedari oleh sepupu Plaintif (Carlson Sim Saik Chiang) dan telah membuat
salinan atas buku kecil itu.

[5] Plaintif mendakwa setelah didesak beberapa kali oleh rakan Plaintif, maka
Defendan bersetuju untuk membayar semula wang yang telah diambil dan
keseluruhan bayaran yang dibuat oleh Defendan adalah sejumlah RM
300,000.00. Plaintif juga mendakwa Defendan ada membuat membuat
pengakuan bahawa beliau hanyak mengambil 2,000,000.000 dari Plaintif dan
bukannya RM 3,150,000.00.

Versi Defendan

[6] Defendan tidak menafikan Plaintif menuntut sejumlah RM2,801,000.00


dari beliau namun jika dirujuk perenggan 9(b) dan 9(c), Plaintif gagal
memplidkan butir-butir fakta yang menjurus kepada dakwaan Defendan telah
menipu Plaintif.

[7] Plaintif gagal memplidkan atas alasan dan tujuan spesifik kenapa wang-
wang itu diberi kepada Defendan sedangkan Plaintif mempunyai pengetahuan
bahawa wang-wang itu telah digunakan untuk transaksi-transaksi tidak sah
disisi undang-undang.

[8] Berkenaan dengan buku kecil yang didakwa oleh Plaintif dicatitkan
pemberian wang kepada Defendan; Defendan menghujahkan bahawa jika
diteliti butiran yang dicatitkan didalam buku kecil itu, adalah jelas bahawa
jumlah-jumlah yang yang diberikan tersebut adalah untuk satu transaksi yang
tidak sah disisi undang-undang yang diakui oleh Plaintif sebagai bayaran
kepada PDRM, Sepang Court, PDRM Banting, Sepang DPP (Commission).
Jumlah-jumlah ini dicatit dan Plaintif mengakui mempunyai pengetahuan
penuh akan tujuan pembayaran wang tersebut.

[9] Selanjutnya, Plaintif juga telah membuat laporan polis pada 13 Mac 2021
yang mana Defendan memperolehi salinan laporan polis itu daripada aduan
Defendan keatas Peguam Plaintif di Majlis Peguam Malaysia. Dari
kandungan laporan polis itu, jelas Plaintif telah melaporkan bahawa
"kebanyakan berkaitan dengan Mahkamah, PDRM, DPP dan sebagainya"
yang jelas merupakan satu tujuan yang tidak sah disisi undang-undang.

[10] Oleh yang demikian dengan bergantung kepada dakwaan Plaintif sendiri
dalam tuntutannya di Mahkamah adalah jelas bahawa Plaintif telah
membawa satu tuntutan berkenaan dengan transaksi-transaksi yang tidak sah
Dolly Ng
[2021] MLRHU 1313 lwn. Suranderan Kuppusamy pg 3

disisi undang-undang di Mahkamah ini.

[11] Hubungan Plaintif dan Defendan adalah dimulakan dengan


diperkenalkan oleh Dr Ee Chong Swee kepada Plaintif dengan tujuan untuk
membantu Plaintif mendapatkan balik sebahagian dari wang milik Plaintif
yang telah hilang dalam "Macau Scam".

[12] Sejak dari itu, Defendan telah diminta oleh Plaintif untuk melakukan
pelbagai urusan dengan pihak ketiga dan pada setiap transaksi, Plaintif akan
hadir dengan ditemani oleh pembantu rumah beliau iaitu Rinawati.

[13] Semua transaksi yang melibatkan wang yang diberi kepada Defendan
adalah untuk tujuan dibayar kepada pihak ketiga selain dari Plantif meminta
Defendan membuat pelaburan dalam matawang USD di luar negara bagi
pelaburan Bitcoin.

[14] Defendan juga mendakwa diganggu oleh Peguam Plaintif (Loo Chay
Meng) untuk mengaku menerima RM 2,100,000.00 yang mana dinafikan oleh
Defendan. Defendan juga telah membuat laporan polis terhadap Peguam
Plaintif (Loo Chay Meng) berkenaan perkara ini. Pada masa yang sama
Defendan merasa tertekan dan beliau telah membuat bayaran diatas tekanan
berjumlah RM 300,000.00 kepada Plaintif melalui peguamnnya.

[15] Namun begitu, Plaintif dan peguamnya (Loo Chay Meng) telah terus
menekan Defendan dan akhirnya Defendan telah mengambil tindakan
undang-undang terhadap Plaintif, peguamnya (Loo Chay Meng) dan peguam
yang mewakili Loo Chay Meng iaitu Tetuan Abu Hassan & Associates
melalui kes No BL-23NCVC-1-03/2021. Defendan juga telah memperolehi
injunksi terhadap mereka.

[16] Defendan mendakwa tuntutan yang dibawa oleh Plaintif adalah satu
pemikiran semula selepas Defendan memulakan tindakan terhadap Plaintif
dan peguamnya (Loo Chay Meng) dan peguam yang mewakili Loo Chay
meng iaitu Tetuan Abu Hassan & Associates melalui tindakan No BL-
23NCVC-1-03/2021.

Keputusan Mahkamah

[17] Defendan menggunakan A 33 k 5 KKM 2012 untuk membatalkan Writ


Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 24 Mac 2021

[18] Aturan 33 dan A 14A yang mempunyai kesan undang-undang yang sama
iaitu pemutusan Mahkamah atas persoalan undang-undang dan fakta yang
akan menyebabkan tindakan dan tuntutan Plaintif boleh dibatalkan dan
dilupuskan tanpa melalui satu perbicaraan penuh.

[19] Prinsip-prinsip mantap berkaitan penggunaan A 14A dan A 33


diputuskan didalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Thein Hong Teck & Ors
v. Mohd Afrizan Husain & Anor Appeal [2012] 1 MLRA 712; [2012] 4 MLRA
87; [2012] 2 MLJ 299; [2012] 1 CLJ 49; [2012] 1 AMR 489 memutuskan:-
Dolly Ng
pg 4 lwn. Suranderan Kuppusamy [2021] MLRHU 1313

"It is trite law that O 14A of the Rules of High Court 1980 may only
be resorted to if there is no dispute by the parties as to the relevant
facts, or that the court, upon scrutinizing the pleadings concludes that
the material facts are not in dispute (see Dream Property Sdn Bhd v.
Atlas Housing Sdn Bhd [2007] 2 MLRA 495; [2013] 6 MLJ 836; [2007]
6 CLJ 741). Where the issues of fact are interwoven with legal issues
raised, it will be undesirable for the court to split legal issues and
factual determination for to do so would in effect be to give rulings in
vacuo or on a hypothetical ruling which the court will not do (See
State Bank of India v. Marjani Marketing , 1 March [1991], CA
Transcript No 91/0304)

[20] Berdasarkan kes diatas Mahkamah Persekutuan menggariskan A 14A


(boleh diguna pakai untuk permohonan A 33) boleh digunakan dalam
keadaan-keadaan berikut:-

I. Pihak-pihak tidak mempertikaikan fakta-fakta relevan;

II. Dari penelitian pliding, Mahkamah dapati fakta material tidak


dipertikaikan; dan

III. Fakta tidak berkait dengan isu undang-undang yang ditimbulkan


oleh pihak-pihak.

[21] Melihat kepada pertikaian antara pihak-pihak didalam kes ini,


Mahkamah dapati ianya tidak sesuai untuk diputuskan secara A 33 k 2 dan 5
KKM 2012.

[22] Plaintif dan Defendan mempunyai 2 versi yang berbeza tentang kausa
tindakan itu sendiri. Tuntutan terhadap Defendan mengikut versi Plaintif
adalah mudah untuk mendapatkan kembali sejumlah wang yang telah
diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan dan semua butiran mengenai ini
terdapat didalam sebuah buku kecil yang salinannya berada dalam simpanan
Plaintif.

[23] Bagi versi Defendan pula, pemberian wang oleh Plaintif kepada Defendan
adalah untuk 'melangsai' beberapa bayaran untuk pihak-pihak tertentu yang
mana menurut Defendan adalah satu transaksi yang tidak sah.

[24] Mahkamah ini mendapati isu yang ditimbulkan oleh Defendan berkenaan
tuntutan Plaintif yang tidak sah disisi undang-undang khususnya berkenaan
asas pemberian wang kepada Defendan tidak akan melupuskan tuntutan
Plaintif sekaligus kerana isu 'illegality' hanya merupakan satu unsur
pembelaan di pihak Defendan dalam menjawab tuntutan Plaintif.

[25] Mahkamah ini tidak akan memutuskan satu isu undang-undang di


perbicaraan mini seperti yang dipohon oleh Defendan dan isu-isu fakta yang
ditimbulkan oleh Plaintif yang menjadi kausa tindakan tuntutan Plaintif di
platform perbicaraan yang lain.
Dolly Ng
[2021] MLRHU 1313 lwn. Suranderan Kuppusamy pg 5

[26] Berdasarkan alasan-alasan diatas Mahkamah memutuskan untuk


menolak permohonan Defendan dengan kos sebanyak RM 3000.

You might also like