You are on page 1of 4

HAMBALI BIN HASSAN v NUR ZAMIRUL ASWINA BT RAZAK DAN SATU

LAGI
CaseAnalysis
| [2021] MLJU 1685

Hambali bin Hassan v Nur Zamirul Aswina bt Razak dan satu lagi [2021]
MLJU 1685
Malayan Law Journal Unreported

MAHKAMAH TINGGI (SEREMBAN)


AZMAN ABDULLAH H
NO GUAMAN SIVIL NA-22NCVC-34-08 TAHUN 2020
30 August 2021

Nurliyana bt Azis (Sharif & Khoo) bagi pihak plaintif.


Amalina bt Zainal Mokhtar (Jabatan Bantuan Guaman Pejabat Negeri Sembilan) bagi pihak
defendan.

Azman Abdullah H:
ALASAN PENGHAKIMAN

[Aturan 18 kaedah 19]

Latar belakang kes.

[1]lni adalah notis permohonan pihak Defendan-Defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-
Kaedah Mahkamah 2012 di Lampiran 7. laitu suatu permohonan Defendan untuk membatalkan Writ
Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif.
Alasan Permohonan di Lampiran 7 Defendan

[2]Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 26.10.1996 dan bercerai pada 21.7.2013. Hartanah yang
dituntut oleh Plaintif bagi pemilikan (HSM 7961 PT30273 Mukim Ampangan) telah dibeli pada 3.3.2011
semasa tempoh perkahwinan pihak-pihak

[3]Pada 3.9.2020, Defendan telah memfailkan permohonan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi
Syariah dan menuntut hartanah tersebut.

[4]Dengan pemfailan tindakan ini oleh Plaintif, terdapat duplicity of proceeding di Mahkamah Sivil ini dan
Syariah bagi hartanah yang sama.

[5]Memandangkan ia adalah aset yang diperolehi pihak-pihak semasa perkahwinan dengan usaha
bersama, maka ia tertakluk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.
Afidavit Balasan/Menentang oleh Plaintif

[6]Pada peringkat awal, Plaintif berhasrat membeli hartanah tersebut secara pemilik mutlak
memandangkan Plaintif menanggung pembiayaan pinjaman bulanan hartanah tersebut.
Hambali bin Hassan v Nur Zamirul Aswina bt Razak dan satu lagi [2021] MLJU 1685

[7]Namun Defendan telah memohon namanya dimasukkan sebagai pembeli bersama bagi tujuan
pengeluaran KWSP Defendan.

[8]Akan tetapi pengeluaran KWSP Defendan tidak pernah digunakan dalam apa jua keadaan bagi tujuan
pembelian hartanah tersebut.

[9]Oleh itu, nama hanya dimasukkan bagi tujuan pengeluaran wang KWSP sahaja. Tiada niat atau
hasrat Plaintif untuk memberikan “V2 bahagian hartanah tersebut sebagai hadiah kepada Defendan.

[10]Status Defendan hanya sebagai pemegang amanah dan bukannya pemilik “V2 bahagian atas tanah
tersebut.

[11]Tuntutan Plaintif ini adalah berbeza dengan tuntutan Defendan di Mahkamah Syariah dan ia
merupakan bidang kuasa Mahkamah Sivil.

[12]Setengah [“V2] bahagian hartanah tersebut telah didaftarkan atas nama Defendan dan tidak
munasabah untuk tuntutan harta sepencarian dibuat.
Afidavit Balasan Defendan

[13]Pada awal perkahwinan pihak-pihak tinggal di Taman Dahlia Senawang. Kemudian berhasrat untuk
pindah dan membeli rumah bersama.

[14]Oleh itu Perjanjian Jualbeli hartanah tersebut dimasuki oleh pihak­ pihak pada 3.3.2011 dengan
harga belian RM135,000.00

[15]Persetujuan bersama, Plaintif membuat pmJamaan LPSSA memandangkan beliau adalah penjawat
awam. Defendan turut membayar deposit RM5,000.00.

[16]Hasli persetujuan bersama, Defendan mengeluarkan wang RM30,000.00 dari akaun 2 KWSP untuk
membeli peralatan rumah.

[17]Tiada dinyatakan dalam hakmilik bahawa Defendan memegang hartanah tersebut atas amanah. Ia
adalah pembelian bersama dan kedua-dua pihak bersetuju nama didaftarkan atas hartanah tersebut.

[18]Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Islam memberikan kuasa bagi Mahkamah Syariah apabila
perintah perceraian diperolehi, aset pihak-pihak semasa perkahwinan dibahagikan secara bersama
antara mereka.
Mahkamah membenarkan Lampiran 7 Defendan.

[19]Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa tuntutan Plaintif ini suatu tindakan
yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah dan
wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) (b) dan (d) KKM 2012. lni berasaskan kes tersohor
Bandar Builders Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7 keputusan
Mahkamah Agung memutuskan atas ‘plain and obvious case’ untuk suatu tindakan yang secara terang-
terangan tidak dapat bertahan tuntutan pihak Plaintif itu.

[20]Secara jelas dan bersuluh bahawa bidang kuasa harta sepencarian bagi pasangan Islam yang
diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa adalah di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah manakala untuk pasangan bukan Islam barulah terletak bidangkuasa di Mahkamah
Sivil ini.

[21]Pihak Plaintif hendak menggunakan kuasa dan bidangkuasa yang Mahkamah ini tidak perolehi bagi
menuntut keseluruhan hartanah termasuk bahagian Defendan. Sudah tentu ini adalah pertikaian harta
sepencarian pasangan suami isteri Islam lebih-lebih lagi dibeli sewaktu berumahtangga antara Plaintif
dan Defendan pada 3.3.2011 menandatangani Perjanjian Jual Beli hartanah tersebut. laitu bernikah
pada 26.10.1996 dan bercerai pada 21.7.2013.

Page 2 of 4
Hambali bin Hassan v Nur Zamirul Aswina bt Razak dan satu lagi [2021] MLJU 1685

[22]Tuntutan Plaintif mahukan Mahkamah Sivil ini membuat perintah memindakan hartanah kepada
Plaintif seorang diri sahaja dan menggunakan kuasa Mahkamah Sivil untuk membuat pindah milik
bahagian Defendan.

[23]Plaintif menuntut agar Defendan keluar dari hartanah tersebut dan mendapat milikan kosong yang
sekarang ini didiami oleh Defendan. Perintah injunksi agar Mahkamah ini menghalang Defendan-
Defendan mendiami hartanah tersebut.
Peruntukan Undang-Undang Bertulis.

[24]Mahkamah ini merujuk kepada nas utama di bawah s.2(1) Undang­ Undang Keluarga Islam (Negeri
Sembilan) 2003 akan pengertian harta sepencarian ialah harta yang diperoleh oleh suami dan isteri ada
secara langsung atau tidak langsung semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang
ditentukan oleh Hukum Syarak.

[25]Oleh itu, pihak Plaintif perlu membuktikan tuntutan keatas hartanah yang diperolehi semasa
perkahwinan dengan Defendan 1 ini di Mahkamah Syariah. Pengiktirafan sumbangan isteri semasa
perkahwinan menjaga rumahtangga dan anak dan suami walaupun bekerja atau tidak dikira sebagai
menyumbang kepada perolehan harta.

[26]Manakala seksyen 61(3)(b)(iv) dan seksyen 122(1) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Sembilan) 2003 menyatakan dengan jelas bidang kuasa tuntutan harta sepencarian terletak
pada Mahkamah Syariah iaitu seperti berikut:

“s.61(3)(b) (iv): Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan presiding jika semua pihak dalam tindakan atau presiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau presiding itu
adalah berhubung denga pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.”

“s.122(1 ): Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu
perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu masa perkahwinan
dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana­ mana aset itu dijual dan hasil jualan itu
dibahagikan antara pihak­pihak itu.”

“s.122(3): Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah
perceraian, untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh semasa perkahwinan dengan usaha tunggal satu
pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.:

[27]Manakala Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengeluarkan Arahan Amalan No. 6 tahun
2003 “Penentuan Mahkamah Yang Berbidangkuasa Membicarakan Kes-Kes Harta Sepencarian, antara
lain memperuntukan bahawa;

“tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di Mahkamah yang berbidangkuasa dalam negeri di mana perintah
pencarian dikeluarkan.”

[28]Peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembangaan Persekutuan menjelaskan lagi had Mahkamah Sivil ini
tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kausa Mahkamah
Syariah iaitu berikut:

“121.(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu:-

(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai
pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri­ Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh
Yang di-Pertuan Agong;dan
(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang
mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang
ditentukan oleh Yang di­Pertuan Agong;

Page 3 of 4
Hambali bin Hassan v Nur Zamirul Aswina bt Razak dan satu lagi [2021] MLJU 1685

(1A) Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.”

[29]Walaupun tuntutan harta sepencarian oleh Defendan 1 adalah hanya difailkan di Mahkamah Tinggi
Syariah hanya pada 3.9.2020 dan penceraian pada 21.07.2013 namun Arahan Amalan No.5 Tahun 2003
“Masa Dibolehkan Membuat Tuntutan Harta Sepencarian”, enakmen Pentadbiran Agama Islam [Negeri
Sembilan] 2003 ianya tidak menghadkan tempoh masa dan tidak menjejaskan hak Defendan 1 belas
isteri Plaintif itu.

[30]Di dalam suatu keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan walaupun tuntutan Plaintif
menuntut pengisytiharan gantirugi ianya tidak membolehkan untuk pihak menuntut membuat tuntutan di
luar dari Mahkamah Syarikah. lni diputuskan di dalam kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan
Seberang Perai v Shaik Zolkaffily Bin Shaik Natar & Ors (2003) 3 MLJ 705, kes Abdul Shaik Md Ibrahim
& Anor v Hussein Ibrahim & Ors [1999] 3 CLJ 539 dan kes Soon Singh Bikar Singh v Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia [PERKIM] Kedah & Anor 1999 2 CLJ 5.

[31]Atas alasan-alasan ini Mahkamah memutuskan permohonan Defendan-Defendan di bawah A 18 k


19 (1)(b) dan (d) di Lamp. 7 dibenarkan dengan itu Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh
13.08.2020 dibatalkan terhadap Defendan-Defendan dengan kos.

End of Document

Page 4 of 4

You might also like