You are on page 1of 2

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan v.

Sri Lempah
Enterprise Sdn. Bhd.
[1979] 1 MLJ 135
Mahkamah Persekutuan - Rayuan Sivil No. 94 Tahun 1978 Suffian
KHN, Raja Azlan Shah HB (Malaya), Chang Mint Tat HMP 21
Oktober 1978
Permohonan memajukan tanah - kelulusan diberi dengan syarat - hakmilik
kekal ditukarkan dengan hakmilik bertempoh 99 tahun - sama ada syarat
itu sah - syarat yang dikenakan mesti ada hubungkait dengan
pembangunan yang dibenarkan.
a. Fakta Kes
Pemohon (responden dalam rayuan ini) memiliki sebidang tanah hakmilik
kekal (held in perpetuity)
. Pemohon telah membuat permohonan ubah syarat dan belah-bahagi
tanah tersebut bagi maksud mendirikan sebuah hotel. Kelulusan
perancangan telah pun diperolehi. Pemohon telah memohon, menerusi
prosedur serahbalik dan kurnia semula. Perkara ini telah dirujuk kepada
Jawatan Kuasa Kerja Tanah (Land Executive Committee) dan selanjutnya
Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan, telah memaklumkan
kepada pemohon bahawa permohonannya itu diluluskan tetapi
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan (Restriction in
Interest). Pemohon setuju dengan semua syarat-syarat yang
dikenakan kecuali satu sahaja, iaitu berhubung isu menyerah balik
tanahnya jenis hakmilik kekal dan kurnia semula tanah yang sama
itu dalam bentuk pemberianmilik bertempoh, tidak melebihi 99
tahun. Terkilan dengan sysrat-syarat yang dikenakan oleh Pengarah
Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pemohon dengan itu memohon
kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah agar pihak
berkuasa berkenaan meluluskan permohonan ubah syarat dan belahbahagi tersebut atas syarat-syarat yang biasa. Permohonan syarikat
itu telah diluluskan oleh hakim bicara. Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan (perayu) tidak berpuashati dengan
keputusan yang dibuat oleh hakim bicara, membuat rayuan ke
Mahkamah Persekutuan.
b. Isu
Isu utama dalam kes ini ialah apakah pihak berkuasa berkenaan,
sewaktu meluluskan permohonan ubah syarat dan belah bahagi
tanah, boleh mengenakan syarat seperti yang dipertikai oleh
pemohon (responden) tersebut.
c. Keputusan Mahkamah
(a) Pihak berkuasa tidak ada hak atau kuasa memaksa pemohon
menyerahkan tanah kepadanya (menerusi prosedur serah balik)
dalam bentuk hakmilik kekal dan sebagai gantinya menerima
kembali (menerusi prosedur kurnia semula) tanah berimilik
bertempoh 99 tahun. Syarat yang dikenakan sedemikian itu tidak ada

kaitan dengan pembangunan yang dibenarkan. Syarat itu juga tidak


munasabah dan dikenakan bagi satu motif yang tidak sah. (b) Oleh itu,
permohonan ubah syarat dan belah bahagi ini hendaklah diberi
pertimbangan semula oleh Jawatan Kuasa Kerja Tanah (Land
Executive Committee) bagi pihak Kerajaan Persekutuan selaras
dengan kehendak undang-undang dan selaras dengan keputusan
mahkamah ini.
(c) Dalam menimbangkan sama ada meluluskan atau menolak
permohonan berkenaan, Jawatankuasa Kerja Tanah (Land Executive
Committee) hendaklah bertindak secara adil (fairly) dan tidak
secara arbitrari, dengan mengambil kira bahawa ia telah
pun memberi kelulusan kepada permohonan ini tertakluk kepada
syarat-syarat lain seperti yang dinyatakan dalam kelulusan itu.
d. Implikasi
Tun Suffian, Ketua Hakim Negara, menegaskan dalam
penghakimannya bahawa Jawatan Kuasa Kerja Tanah (Land Executive
Committee) tidak ada kuasa mengenakan syarat-syarat
sebagaimana yang dipertikai oleh pemohon (pemilik tanah itu).
Kata Ketua Hakim Negara itu
- "The conditions which the applicant objected to does not relate to the
permitted development, is unreasonable, and is used for an ulterior object,
the object being to bring developed land into line with newly alienated
land as to which, we are told, since the war only leases, not titles in
perpetuitiy, are granted. However desirable this object may seem to the
Committee, it has no power under the law to achieve it in the way used
here."
Ketua Hakim Negara juga menegaskan bahawa dalam hal-hal
perancangan, kedudukan mahkamah bukan sebagai satu
"appellate authority to override a decision of the approving authority",
tetapi hanyalah sekadar satu "judicial authority which is concerned, and
concerned only, to see whether the approving authority has
contravened() the law by acting in excess of the powers which
Parliament has confidedtrust in it."
Pendek kata, mengikut mahkamah, isu-isu perancangan hendaklah
diputuskan oleh pihak berkuasa perancangan, bukan oleh mahkamah.
Bagaimanapun, mahkamah boleh menegur andainya pihak berkuasa
perancangan itu bertindak melampaui kuasa yang ada padanya di bawah
undang-undang. Selanjutnya Ketua Hakim Negara itu menyatakan bahawa
"the Committee should act fairly and not arbitrarily. There must not be bad
faith and no dishonesty ... There must be no unreasonableness, no
attention to extraneous circumstances, no disregard of public policy, and
things of that sort ..."

You might also like