You are on page 1of 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCVC-291-03-2015

ANTARA
USI PACKAGE (M) SDN BHD

NO. SYARIKAT: ABC-1234-56 …. PLAINTIF

DAN

EVERLYFRESH SDN BHD

NO. SYARIKAT: XYZ-123 … DEFENDAN

PERNYATAAN SAKSI DEFENDAN KEDUA


NAMA : ZAKARIA BIN MAHMAD

NO. K/P : 681010-01-6473

1. S: Sila nyatakan nama, no kad pengenalan dan alamat tempat tinggal tuan?

J: Nama saya ialah Zakaria bin Mahmad. Nombor kad pengenalan 681010-01-6473 beralamat C-01-12 Apartment Cempaka Rindu,71800

Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. S: Adakah Tuan tahu tujuan kehadiran ke Mahkamah pada hari ini?

J: Saya hadir untuk beri keterangan terhadap kejadian yang berlaku pada 5 Mac di gudang Everlyfresh Sdn Bhd.

3. S: Apakah hubungan Tuan dengan pihak defendan (Everly Fresh Sdn Bhd)?

J: Saya merupakan pengarah kepada syarikat Everlyfresh Sdn Bhd. dan telah berkhidmat selama 12 tahun di bawah syarikat ini.

4. S: Adakah Tuan hadir ke Gudang semasa penghantarserahan beg plastik yang dilakukan plaintif pada 5 mac 2023?

J: ya, semasa semasa penghantarserahan beg plastik Pada hari tersebut, saya dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan dua pesanan beg plastik

roti iaitu sebanyak 86,400 di bawah nota pesanan S11710 dan sebanyak 259,200 di bawah nota pesanan S13833 di dalam gudang syarikat.

7. S. Boleh Tuan ceritakan keadaan beg plastik pada hari kejadian?

1
J. Pada hari kejadian, saya mendapat laporan daripada para operator saya bahawa bag plastik yang saya terima dan susun berada dalam keadaaan

melekit. Cat pada beg plastik kelihatan pudar dan tidak menarik. Malah, jauh daripada kualiti yang kami biasa uruskan.

8. S. Pada pandangan Tuan, adakah beg plastik tersebut boleh diperdagangkan ?

J. Pada pandangan saya, beg plastik yang saya terima tempoh hari tidak boleh diperdagangkan. Ini kerana keadaan beg plastik tersebut tidak

sedap dipandang dan ia menjatuhkan martabat syarikat kami.

9. S. Apakah tindakan Tuan selepas mengenal pasti kecacatan pada beg plastik?

J. Selepas saya tengok keadaan beg plastik tersebut, saya membuat aduan kepada pihak pembekal dan meminta mereka untuk

memberhentikan pembekalan beg plastik buat sementara waktu.

10. S. Ada apa-apa yang Tuan ingin katakan kepada mahkamah?

J. Tiada

Bertarikh pada haribulan 2019

………………………………………

ABU DAUD BIN ZAINAL

(No.K/P: 142346-12-6543)

PERNYATAAN SAKSI DEFENDAN KEEMPAT ini telah difailkan oleh Tetuan Humaidi & Co, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di Tingkat 19, Plaza

MWE, No.8, Lebuh Farquhar, 10200 Pulau Pinang. (05-8056369)Faks No.: 05-89257560

[RUJ :DT/CVC/2015

You might also like