You are on page 1of 16

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI

SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02


02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA
OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF
(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR
…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

AFIDAVIT JAWAPAN
(balasan kepada afidavit sokongan Plaintiff yang diikrarkan pada 30 November 2021)

Saya, Razman Bin Kadir (No. KP: 680910-14-5419), seorang warganegara


Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Lot 13 Jalan Acacia, Taman Desa Acacia,
Jalan BBN 71800, Nilai, Negeri Sembilan, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti
berikut:

1. Saya ialah defendan seperti yang dinyatakan di atas. Selain daripada yang
bertentangan, segala fakta-fakta yang dideposkan di dalam ini adalah melalui
maklumat dan pengetahuan peribadi saya dan/atau dari rekod-rekod di bawah kawalan
saya sendiri dan/atau dalam jagaan saya dan adalah benar setakat pengetahuan saya.

2. Saya menyatakan bahawa saya mengikrarkan Affidavit ini bagi membalas Affidavit
sokongan Plaintif yang diikrarkan pada 30 November 2021.

3. Saya mengakui Affidavit Sokongan Plaintif setakat pengenalan diri pihak-pihak yang
berkenaan.
4. Saya menyatakan bahawa kronologi sebenar kejadian yang berlaku bermula pada 2
November 2021 adalah seperti berikut:-

4.1 Pada 2 November 2021, saya telah memohon permit bagi kerja-kerja
pengubahsuaian premis rumah kedai milik saya daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).

4.2 Pada 8 November 2021, PBT telah meluluskan permohonan saya bagi
memulakan kerja-kerja pengubahsuaian premis rumah kedai milik saya bagi
tempoh 9 bulan bermula 20 November 2021 sehingga 20 Ogos 2022.
(Sesalinan permit kelulusan PBT dilampirkan bersama-sama dan
ditunjukkan kepada saya sebagai Eksibit “RK-1”)

4.3 Pada 10 November 2021, saya telah meminta surat kebenaran jiran daripada
pemilik-pemilik premis di sekitar premis rumah kedai saya sebagai
persetujuan kebenaran ubahsuai. Plaintif bersetuju untuk memberi
kebenaran ubahsuai tersebut dengan syarat kerja-kerja dilakukan selepas
Pukul 5 petang.
(Sesalinan surat kebenaran jiran yang ditandatangani Plaintif dilampirkan bersama-
sama dan ditunjukkan kepada saya sebagai Eksibit “RK-2”)

4.4 Pada 20 November 2021, Defendan memulakan kerja-


kerja pengubahsuaian dan tertakluk kepada syarat yang dikemukakan oleh
Plaintif.

5. Saya berkata bahawa Notis Pemberitahuan kerja-kerja pengubahsuaian telah ditampal


di hadapan jalan masuk ke bangunan premis dan di hadapan premis rumah kedai saya
dan pihak-pihak berkaitan seperti pelanggan dan pemilik premis sedia maklum
bahawa kerja-kerja sedang dijalankan.
(Sesalinan gambar Notis Pemberitahuan dilampirkan bersama-sama dan ditunjukkan
kepada saya sebagai Eksibit “RK-3”)
6. Saya berkata bahawa aduan-aduan yang diterima oleh Plaintif bukan berpunca
daripada saya sahaja atas sebab kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan sama
sekali tidak menghasilkan gangguan yang melampau terhadap premis Plaintif kerana
kerja-kerja pengubahsuaian di premis saya berlangsung selepas waktu operasi restoran
milik Plaintif iaitu selepas Pukul 5 petang mengikut syarat yang ditetapkan. (Sesalinan
gambar jadual operasi restoran Plaintif dilampirkan bersama-sama dan ditunjukkan
kepada saya sebagai Eksibit “RK-4”)

7. Sebagai tambahan, saya ingin membalas perenggan Afidavit Sokongan Plaintif yang
telah sewenang-wenangnya menuduh saya sebagai punca kerugian premis Plaintif
adalah suatu tuduhan tidak berasas bilamana tiada bukti hitam putih kerugian
diserahkan bagi membuktikan kerugian tersebut berpunca daripada kerja-kerja
pengubahsuaian yang berlaku di premis saya.

8. Saya menafikan Afidavit Sokongan Plaintif yang menyatakan bahawa kerja-kerja


pengubahsuaian di premis saya telah menyebabkan berlakunya keretakan dinding
premis milik Plaintif. Ini kerana keadaan bangunan kedai tersebut secara
keseluruhannya telah lama dan keretakan pada dinding-dinding premis telah wujud
sebelum kerja-kerja ubahsuai berlaku di kedai saya.
(Sesalinan gambar keseluruhan bangunan dilampirkan bersama-sama dan ditunjukkan
kepada saya sebagai Eksibit “RK-5”)

9. Saya menafikan kenyataan Plaintif bahawa peralatan ubah suai milik saya telah
memasuki bahagian premis Plaintif kerana kami yakin bahawa kawasan hadapan
premis merupakan kawasan laluan awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Tambahan pula, kerja-kerja ubahsuai hanya dilakukan selepas waktu operasi restoran
Plaintif, maka ia tidak memberi kesan besar terhadap Plaintif mahupun
pelangganpelanggan Plaintif.
10. Saya mengakui bahawa saya telah menerima Notis daripada Plaintif. Namun, saya,
melalui nasihat peguam berpendapat tiada keperluan untuk kami mematuhi arahan di
dalam Notis Plaintif.

11. Oleh yang demikian, saya memohon agar Permohonan Plaintif bagi Injunksi Ex-Parte
yang difailkan oleh Plaintif ditolak.

Afidavit oleh satu deponen )


DIIKRARKAN oleh penama
Razman Bin Kadir )
(NO. KP: 680910-14-5419) )
Di NEGERI SEMBILAN )
Pada 7 hari bulan Disember tahun 2021 )
)
(Terjemahan tidak diperlukan)

Dihadapan saya,

……..….………………………….
Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT JAWAPAN ini difailkan oleh Nur, Nora & Co., Peguamcara
Defendan yang beralamat di PT 9966, Aras 2, Putra Point, Jalan BBN 1/3,
71800, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 03-4080795
Email: nurnoraco@gmail.com
Rujukan kami: [RHC/KL/LIT/061/12].
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02
02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA

OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF


(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR

…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

Razman Bin Kadir


(No KP: 680910-14-5419) ........PEMOHON

SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut adalah Ekhsibit yang bertanda “RK-1” yang
dirujuk di dalam Afidavit Razman Bin Kadir yang diikrarkan di hadapan saya pada 13hb
Disember 2021.

Di hadapan saya

Pesuruhjaya sumpah
PERMIT KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02
02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA

OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF


(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR

…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

Razman Bin Kadir


(No KP: 680910-14-5419) ........PEMOHON

SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut adalah Ekhsibit yang bertanda “RK-2” yang
dirujuk di dalam Afidavit Razman Bin Kadir yang diikrarkan di hadapan saya pada 13hb
Disember 2021.

Di hadapan saya

Pesuruhjaya sumpah
Pesuruhjaya sumpah
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02
02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA

OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF


(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR

…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

Razman Bin Kadir


(No KP: 680910-14-5419) ........PEMOHON

SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut adalah Ekhsibit yang bertanda “RK-3” yang
dirujuk di dalam Afidavit Razman Bin Kadir yang diikrarkan di hadapan saya pada 13hb
Disember 2021.

Di hadapan saya

Pesuruhjaya sumpah
NOTIS PEMBERITAHUAN DI PINTU KEDAI
NOTIS PEMBERITAHUAN DI HADAPAN JALAN MASUK KE BANGUNAN PREMIS
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02
02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA

OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF


(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR

…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

Razman Bin Kadir


(No KP: 680910-14-5419) ........PEMOHON

SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut adalah Ekhsibit yang bertanda “RK-4” yang
dirujuk di dalam Afidavit Razman Bin Kadir yang diikrarkan di hadapan saya pada 13hb
Disember 2021.

Di hadapan saya

Pesuruhjaya sumpah
JADUAL OPERASI RESTORAN SOHAI

MASA OPERASI RESTORAN SOHAI

ISNIN TUTUP

SELASA, RABU, KHAMIS 9 PAGI – 5 PETANG

JUMAAT, SABTU, AHAD 230 PETANG – 5 PETANG


DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SEREMBAN DALAM NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO. : W-02
02(W) – 1802 – 01/2021

ANTARA
OSMAN BIN KASSIM …PLAINTIF
(NO. KP: 761115-03-5747)

DAN
RAZMAN BIN KADIR

…DEFENDAN
(NO. KP: 680910-14-5419)

Razman Bin Kadir (No KP: 680910-14-5419)


........PEMOHON

SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut adalah Ekhsibit yang bertanda “RK-5” yang
dirujuk di dalam Afidavit Razman Bin Kadir yang diikrarkan di hadapan saya pada 13hb
Disember 2021.

Di hadapan saya

Pesuruhjaya sumpah
GAMBAR KESELURUHAN BANGUNAN

RK MART

You might also like