You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : WMSB/MASB/S/0320-01 Tarikh : 18 Mac 2020


Ruj. Tuan :

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD,


Procurement & contract division,
Persiaran Korporat KLIA,
64000 KLIA Sepang,
Selangor Darul Ehsan
( U/P : TUAN ABD MALIK MOKHTAR )

Tuan.

PROJEK : DESIGN AND CONSTRUCT THE PROPOSED RESURFACING OF RUNWAY AND ITS
ASSOCIATED WORKS AT LANGKAWI INTERNATIONAL AIRPORT, KEDAH.

PERKARA :PERMOHONAN PENANGGUHAN URUSAN ‘STAMPING LETTER OF AWARD’

Merujuk kepada perkara diatas dan surat pihak tuan rujukan MASB/PCD/C/22/2020 bertarikh
11 Mac 2020 adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu pihak syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas
perlantikan pihak syarikat kami bagi melaksanakan projek diatas.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah berurusan dengan wakil pihak tuan iaitu
Puan Shuhaibah bagi mengatur suatu pertemuan menandatangani LOA dan melaksanakan
proses mati setem di LHDN Sepang dan seterusnya memulangkan semula dokumen yang
lengkap seperti yang dijanjikan iaitu pada 20 MAC 2020 (Jumaat ) .

4. Malangnya, memandangkan berlakunya penularan wabak Covid-19 yang semakin


pandamik, pada 17 Mac 2020 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan suatu Perintah
Kawalan Pergerakan yang mana memberi kesan kepada kontrak ini seperti berikut :

a. Pihak syarikat mengalami kesukaran pergerakan dari Kedah ke Kuala Lumpur


kerana perutusan Ketua Polis Negara yang hanya membenarkan urusan mustahak
sahaja yang diumumkan pada 17 Mac 2020 jam 6 petang dan ditarik semula pada
hari yang sama jam 11 malam berikutan berlaku serbuan di balai-balai daerah
negeri.

b. Lantaran dari perkara a, pihak syarikat masih boleh meneruskan perjalanan tetapi
pihak kami menghadapi kesukaran iaitu penutupan pejabat LHDN dari 18 Mac 2020
-31 Mac 2020 untuk tujuan ‘stamping LOA ‘.

5. Tujuan surat ini adalah memohon penanguhan bagi urusan diatas sehingga ke 1 April
2020 (sekiranya tiada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ). Untuk makluman tuan, pihak
syarikat perlu memaklumkan perkara ini memandangkan surat LOA tersebut dinyatakan perlu
diserahkan semula dalam tempoh 14 hari berakhir pada 25 Mac 2020 manakala tarikh milik
tapak pada 1 April 2020.
Ruj. Kami : WMSB/MASB/S/0320-01 Tarikh : 18 Mac 2020
Ruj. Tuan :

6. Pihak syarikat juga percaya keselamatan dan kesihatan masyarakat menjadi keutamaan
pihak tuan muktahir ini dalam membantu kerajaan menangani krisis yang kian meruncing ini.
Pihak kami juga merujuk kepada surat tuan mengenai pelepasan yang boleh dipertimbangkan
sekiranya mendapat persetujuan pihak tuan seperti perkara 5.

Perkara 5.
(A contract is deemed to have been entered between the Empoyer and the Contractor upon
acceptance of this Letter Award by the Contractor wthin fourteen (14) days from the date hereof
on the terms and conditions set forth herein and whether or not the formal Agreement is executed
by the Contactor, failing which this contact is deemed terminated unless otherwise agreed by
the Employer.)

Perkara 11
(The Contractor is required to fullfill the Conditions Precedent as set out in Item 4 and/or Item 5
of Schedule A within twenty one (21) days from this Letter Award (unless waived or given
extension of time by the Employer), failing which the Contact is deemed terminated with
immediate effect and the Employer shall have no liability whatsoever to thr Contractor arising out
of and in realation thereto).

Perkara 22
( This Letter of Award is sent to the Contractor in triplicate. Please return the original and second
copies, duly signed witnessed where indicated and stamped, ( by Pejabat Setem/Jabatan Hasil)
to the Employer’s office and the Contractor may retain the remaining copy for record purpose)

7. Sehubungan dengan ini, pihak syarikat berharap agar pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan kami bagi kepentingan bersama.

8. Segala kesulitan adalah amat dikesali dan kerjasama serta perhatian pihak tuan kami
dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

…………………………………..
MOHAMAD FAISOL BIN SHAFIE
PENGARAH

s.k. : General Manager, Malaysia Airport Sdn Bhd


Airport Manager, Langkawi International Airport

You might also like