You are on page 1of 4

MEGA DIAMOND

HOLDINGS SDN BHD (406326-P)


LOT 1043 GOLF HEIGHT,AMPANGAN SEREMBAN
N.SEMBILAN.HP:012-6119555

KEPADA:
EN.JAYA KUMARAN A/L K.P VENGADALA
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN(BAHAGIAN PENGUATKUASAAN)
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
ARAS 30-38,NO.51 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4,62100 PUTRAJAYA

26 September 2022

TUAN,

RAYUAN KOMPAUN

NAMA PROJEK:TAMAN DESA KLANA 2


JENIS KESALAHAN :SEKSYEN 7 (F)
AKTA PEMAJU PERUMAHAN
(KAWALAN & PELESENAN)1966

Merujuk perkara yang tersebut di atas surat bertarikh 21.12.2018 rujukan tuan (8)
dlm KPKT/08/824/1/9043-3 KOM 9 adalah berkaitan.
1) (39) dlm KPKT/08/824/1/9043-3
Kom 1
2) (9) dlm KPKT/08/824/1/9043-3
Kom 6
3. (9) dlm KPKT/08/824/1/9043-3
Kom 7
4. (9) dlm KPKT/824/1/9043-3
Kom 8
5. (9) dlm KPKT/824/1/9043-3
Kom 9
` 6. (9) dlm, KPKT/824/1/9043-3
7. (9) dlm KPKT/824/1/9043-3
Kom 5
Senarai yang di atas adalah berkaitan.
Bersama ini disertakan surat-surat tersenarai di atas.
Untuk makluman Tuan projek tersebut di atas sebanyak 9 unit rumah teres satu tingkat
telah disiapkan lebih awal iaitu 3 tahun dulu.
Penyerahan kunci terpaksa dilaksanakan sebelum sijil CCC/CFO dikeluarkan oleh ahli
Majlis Perbandaran Nilai.Kami telah berunding dengan pembeli dan mereka bersetuju
untuk masuk di rumah yang telah disiapkan tanpa sijil CCC/CFO.
Syarikat Mega Diamond tidak mampu untuk menyempurnakan dan
menyiapkan rumah tersebut dengan rasa tanggungjawab dimana pihak pengarah Syarikat
telah membiayai untuk menyiapkan rumah tersebut hingga dapat didiami oleh pembeli.
Oleh demikian pihak kami tidak dapat menyiapkan laporan yang dikehendaki oleh Akta
Perumahan Negara. Sebagai pemaju kami maklum perkara tersebut.
Kami telah mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu menyediakan laporan audit
kerana memerlukan bayaran untuk laporan tersebut. Kami gagal menyediakan laporan
tersebut kerana staff yang menyediakan laporan tersebut telah mengalami penyakit kanser
dan meninggal dunia.
2. Projek tersebut di atas sebanyak 9 unit telah disiapkan lebih awal iaitu 3 tahun dan
penyerahan kunci terpaksa dilaksanakan sebelum sijil CCC dikeluarkan.oleh Majlis
Perbandaran Nilai akibat daripada kepincangan kewangan syarikat.

3. Buat pengetahuan Tuan,Syarikat Mega Diamond Holdings Sdn Bhd tidak mempunyai
kewangan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja pembinaan rumah tersebut.Segala
perbelanjaan untuk menyiapkan kerja pembinaan rumah tersebut ditanggung oleh
pengarah Syarikat.Oleh Sebab yang demikian pihak kami tidak mampu untuk
menyediakan laporan audit dan lain yang diperlukan untuk laporan kepada kementerian.
Kami gagal untuk menyediakan laporan tersebut kerana staff yang menyediakan laporan
tersebut telah mengalami sakit kanser dan meninggal dunia.

4. Sesi Perbincangan yang berlangsung pada 20 Julai 2022 bersama Jabatan


Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Tuan menyatakan keseluruhan
kompaun berjumlah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu )
Pihak kami merayu kepada Pihak Jabatan Perumahan Negara supaya membantu
mengurangkan kompaun tersebut di atas sebab-sebab yang dinyatakan.Dengan
kekangan kewangan yang dihadapi dan Syarikat ini juga berstatus
Dorman.Kemampuan kami hanya sekitar RM50,000.00(Lima Puluh Ribu
Sahaja). Untuk makluman Tuan, projek ini adalah projek kecil iaitu projek
perumahan 20 unit rumah teres satu tingkat.
Sekiranya mengikut tempoh jangkamasa untuk menyiapkan projek ini
kami berpendapat projek ini mengalami kerugian yang teramat sangat.Pembinaan
11 unit rumah teres satu tingkat itu tidak ada pembeli. Majlis Perbandaran
menyarankan supaya projek ini disiapkan semua unit sebelum sijil CCC/CFO
diluluskan. Pihak kami terpaksa mencari rakan kongsi untuk meneruskan
pembinaan rumah tersebut. Dalam keadaan ini kami tidak ada pilihan.kami
meneruskan dan menyiapkan projek yang kecil ini untuk disiapkan dengan
sempurna.Rakan kongsi terus membina satu demi satu rumah hanya siap dan
dijual secara perlahan-lahan sehingga ke hari ini belum habis dijual. Kami harap
Tuan bayangkan betapa susah nya kami untuk menyiapkan projek ini.
Kami selalu memikirkan kepentingan pembeli dan kepincangan kewangan
Syarikat. Semua simpaman kami gunakan untuk menyiapkan projek yang
terbengkanglai ini.
Pemaju,pembeli rumah di projek ini telah berunding dan menyelesaikan
kebuntuan kami untuk mendapat sijil CC/CFO di MPN.

5) Apa yang kami perjuangkan adalah untuk menjaga kebajikan pembeli dan
mengurangkan kerugian projek ini akibat kepincangan kewangan Syarikat.yang telah
diperolehi. Projek ini tidak terbengkalai tetapi lambat disiapkan kerana tidak ada
pembeli ketika itu dimana pembeli hanya membeli rumah tersebut ketika rumah
dalam proses pembinaan. Setelah 11 unit rumah disiapkan pihak kami telah memohon
sijil CCC/CFO dan ianya tidak dapat diperolehi kerana kekangan kewangan. Sijil
CCC/CFO kami perolehi di Majlis Perbandaran Nilai pada 3 Ogos 2018 dimana kami
telah mematuhi syarat dan kehendak M.P.N untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih kepada Pegawai Jabatan Perumahan yang telah menolong
menyelesaikan sehingga sijil CCC/CFO diperolehi.
Kami memohon maaf di atas kecuaian syarikat kami dan berharap pihak Tuan
dapat mempertimbangkan rayuan kami.Segala jasa baik Tuan sangat kami hargai.
Sekian Terima Kasih.

Yang benar,

_________Jaaffar Sahadan_____
DATO JAAFFAR BIN SAHADAN
PENGARAH URUSAN

You might also like