You are on page 1of 2

Nik Mohd Ikhwan B.

Pauzi,
Pengarah ,
Green Crescent Resources Sdn Bhd,
No 83 & 85, Jln SS 15/4C,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Dan

Ketua Jabatan / Bahagian,


Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ,
Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan,
USJ 5, 47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan 11 Januari 2019

Tuan,

Pondok Pengawal Keselamatan Sementara Skyvilla Apartment semasa pembinaan Blok C (SOHO)

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas telah
menerima surat dari pihak tuan bernombor rujukan : PTSM/JMB/DOD/0119/01 bertarikh pada 8 Januari 2019.
Kami juga telah menerima pelan lukisan yang menunjukkan lokasi sementara pondok pengawal keselamatan dan
juga pintu masuk utama sementara semasa pembinaan Blok C (SOHO).

2. Berhubung dengan perkara ini, pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas ingin
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan pondok pengawal sementara yang bakal dibina. Berikut
adalah antara perkara-perkara yang kami ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan;

a) Kelengkapan Pondok Pengawal Sementara


b) Sistem Kad Akses ( Access Card System )
c) Sistem Kamera Litar Tertutup ( CCTV system )
d) Sistem Palang Otomatik ( Automatik Barrier Gate System )

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas telah
membelanjakan jumlah wang yang sangat besar untuk melengkapkan pondok pengawal dengan semua ciri-ciri
keselamatan. Kami ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak tuan atas perkara-perkara tersebut sebelum
pihak tuan memulakan kerja-kerja pemindahan pondok pengawal yang sedia ada. Kami tidak akan bersetuju
dengan pondok pengawal sementara sekiranya tidak mendapat penjelasan yang terperinci tentang pondok
pengawal yang bakal dibina. Keselamatan adalah Keutamaan kami. Kami berharap pondok pengawal sementara
yang akan dibina mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah kami nyatakan . Kami akan menolak sekiranya
pondok pengawal sementara yang tidak memenuhi permintaan kami.

4. Selain daripada itu, pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas masih menunggu
maklum balas daripada pihak tuan berhubung dengan isu tempat parkir kereta bagi penghuni Blok A dan Blok B
yang sedia ada. Untuk pengetahuan pihak tuan, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas
telah membelanjakan jumlah wang yang sangat besar untuk menguruskan dan mencantikkan kawasan tempat
parkir kereta selama lebih 10 tahun. Kami telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan parkir kereta
sentiasa berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan oleh penghuni. Penduduk Pangsapuri SkyVillas
membantah pihak pemaju mengambil balik parkir kereta tanpa sebarang alasan yang munasabah. Kami
memohon supaya pihak tuan dapat memberikan maklum balas tentang isu ini secepat mungkin.

5. Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas tidak bersetuju keatas isu untuk berkongsi
kolam renang. Kami telah membelanjakan jumlah wang yang sangat besar untuk membaiki dan menggantikan
sistem kolam renang supaya terus dapat digunakan oleh penghuni dengan selamat selama ini. Untuk pengetahuan
tuan, kolam renang di pangsapuri ini tidak dapat menampung untuk penggunaan semua penduduk di pangsapuri
ini disebabkan oleh saiznya yang terlalu kecil. Reka bentuk kolam renang juga tidak seperti apa yang dijanjikan
kepada kami dahulu. Kami harap pihak tuan memberikan maklum balas segera keatas isu ini juga.

6. Terdapat banyak masalah dan kepincangan di Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas ini. Kemudahan-
kemudahan seperti gim dan juga bilik sauna mempunyai banyak masalah yang tidak diselesaikan sehingga kini.
Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan maklum balas keatas semua isu-isu tersebut dengan kadar yang
segera kepada kami secara bertulis.

Segala usaha dan kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima
kasih.

Yang benar,

…………………………………….
(KHONG CHOON KEONG)
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Serdang Perdana Skyvillas

You might also like