You are on page 1of 4

MERCHANT HEIGHT SDN.

BHD (527676-D)

Tarikh Ruj. Kami

: 11/10/2011 : MOE/01/2011/02

Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Aras 5, Block E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Untuk Perhatian : Encik Mukhlis Erfan Bin Mohamad Hatta Tuan, Per: Pemberitahuan Mengenai Kelewatan Pembekalan Alat Permainan Luar Di Negeri Sarawak Bagi : Tender Membekal, Menghantar , Memasang dan Menguji (Di mana Berkenaan) Peralatan Permainan Luar ke kelas Pendidikan Prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Zon 4 : Sabah , Sarawak Dan W.P.Labuan NO KONTRAK : KPM/33/2011/11/0012 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, pembekalan Peralatan Permainan Luar ke Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hampir siap dilaksanakan. 3. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, baru-baru ini syarikat kami telah mengemukakan surat permohonan lanjutan tempoh pembekalan bagi menyiapkan tender di atas sehingga 15 November 2011. Namun demikian, diatas beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan besar kemungkinan Pemasangan bagi Peralatan Permainan Luar ke Negeri Sarawak akan mengalami sedikit kelewatan lagi. 4. Dengan itu, di sini kami ingin memohon perhatian dan pertimbangan pihak tuan agar memberi kebenaran kepada kami untuk melanjutkan tempoh pembekalan tender di atas sehingga 31hb November 2011 (awal bulan Disember 2011)


Ibu Pejabat :No. 1, Jalan Bunga Raya 3, Kawasan Perindustrian Ringan Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-6780081 Fax : 06-6780080

MERCHANT HEIGHT SDN. BHD (527676-D)

5. Kelewatan pembekalan dan pemasangan bagi Negeri Sarawak di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan seperti berikut:
a. Keadaan Cuaca Yang Tidak Menentu.

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyumbang kepada kelewatan pemasangan alat permainan luar. Pada bulan Oktober, kerja-kerja pemasangan yang melibatkan beberapa buah sekolah di Bahagian Kuching, Serian, Simunjan, Samarahan dan Miri tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan musim tengkujuh. Kerja-kerja pemasangan dan penyimenan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari kerana faktor hujan.
b. Jarak Sekolah Yang Jauh di Pedalaman.

Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah yang sukar untuk dihubungi dan jauh di kawasan pedalaman serta mengambil masa untuk sampai seperti di Daerah Baram, Belaga, Daro dan Song yang melibatkan 15 buah sekolah kesemuanya. Timbul masalah untuk membawa set alat permainan luar ke tempat berkenaan kerana ianya terpaksa dibawa melalui jalan air. Set alat permainan luar yang agak besar dan kekurangan kemudahan pengangkutan seperti bot yang besar menyukarkan dan melambatkan lagi proses pembekalan alat permainan luar ke lokasi tersebut. Bukan setakat itu sahaja, pihak kami juga berhadapan dengan masalah untuk membawa set Alat Permainan Luar ke daerah Baram. Terdapat segelintir tempat yang tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar. Hal ini disebabkan oleh paras air Sungai Baram yang kian cetek yang disebabkan oleh pengelodakan/permendapan pasir. Jadual pembekalan dan pemasangan terpaksa ditangguhkan seketika sementara menunggu paras air naik semula. Bagi daerah Belaga dan Song, proses penakungan/penyimpanan air di Empangan Bakun telah menyebabkan tahap air sungai menurun secara drastik. Akibat daripada itu sesetengah dari laluan sungai tersebut tidak dapat dilalui oleh bot dan sebagai alternatif kami terpaksa mengangkut set Alat Permainan Luar menggunakan tenaga fizikal melalui laluan jalan kaki selama berberapa hari. Oleh kerana cuaca tidak menentu, untuk sampai ke lokasi berkenaan terutamanya pada hari hujan pihak kami terpaksa menyewa trak untuk melalui laluan kayu balak dan estet kelapa sawit. Perjalanan ini memakan masa berhari-hari kerana keadaan jalan yang sangat licin dan merbahaya akan menyebabkan laluan jalan tersebut ditutup buat sementara waktu. Justeru itu, proses untuk membawa set Alat Permainan Luar ke setiap sekolah di kawasan berkenaan memang menyukarkan dan memakan masa yang lama serta meningkatkan lagi kos bagi pihak kami untuk menyempurnakan tender diatas.

Ibu Pejabat :No. 1, Jalan Bunga Raya 3, Kawasan Perindustrian Ringan Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-6780081 Fax : 06-6780080

MERCHANT HEIGHT SDN. BHD (527676-D)

c. Penghapusan Alat Permainan Luar (Set Lama) dan Masalah Bentuk Muka Bumi.

Selain itu, Pra-sekolah mempunyai Alat Permainan Luar (set lama) yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Memandangkan ruang lapang yang ada di kawasan sekolah tidak mencukupi, maka pihak kami terpaksa menghapuskan set lama tersebut terlebih dahulu sebelum memasang set baru. Bentuk muka bumi yang tidak rata disekitar kawasan sekolah juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kelewatan kerja-kerja pemasangan Alat Permainan Luar. Tanah tersebut perlu diratakan terlebih dahulu dengan menggunakan traktor sebelum kerja-kerja pemasangan dijalankan. Kedua-dua situasi di atas melibatkan beberapa buah Pra-sekolah di Negeri Sarawak iaitu Sk. Abang Ali, Sibu ,sk baram , miri Walaupun kos merobohkan set Alat Permainan Luar (set lama) dan meratakan tapak memerlukan kos tambahan dan mengambil banyak masa namun pihak kami dengan rela hati menyelesaikan masalah tersebut demi untuk melancarkan proses pembekalan dan pemasangan. d. Masalah Lokasi Pemasangan. Terdapat juga kes dimana walaupun pihak sekolah telah diberitahu terlebih dahulu mengenai tarikh pemasangan namun guru yang bertanggung-jawab belum bersedia untuk membenarkan pihak kami untuk membuat kerja-kerja pemasangan. Contohnya di Sk. Anchi dan Sk. Lambir, Miri, pihak kami menunggu dalam masa yang lama kerana keputusan dimana Alat Permainan Luar sepatutnya dipasang belum dibuat. Keadaan ini telah sedikitsebanyak melengahkan kerja-kerja pemasangan dan menganggu jadual pemasangan yang telah dibuat. e. Peperiksaan UPSR Peperiksaan awam UPSR yang mengambil masa selama seminggu sedikit sebanyak telah melambatkan proses pembekalan dan pemasangan Peralatan Permainan Luar.Pihak kami tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk membuat kerja-kerja berkaitan dalam tempoh tersebut. 6. Sehubungan dengan isu-isu diatas, tempoh siap pembekalan dan pemasangan Alat Mainan Luar mungkin tidak dapat disiapkan mengikut tempoh sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Kementerian. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan dan mempercepatkan penyelesaian projek ini dengan cara yang terbaik namun segala kelewatan adalah diluar kawalan.

Ibu Pejabat :No. 1, Jalan Bunga Raya 3, Kawasan Perindustrian Ringan Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-6780081 Fax : 06-6780080

MERCHANT HEIGHT SDN. BHD (527676-D)

7. Oleh itu, kami sekali lagi ingin memohon pertimbangan dan kerjasama pihak tuan agar memahami situasi ini dan segala kelewatan amatlah dikesali. Kerjasama yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai. Sekian, Terima Kasih. Yang benar,

_______________________ Ahmad Fauzy Bin Abdullah Pengarah Urusan

Sk, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Puan Rogayah Mat Salleh.


Ibu Pejabat :No. 1, Jalan Bunga Raya 3, Kawasan Perindustrian Ringan Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-6780081 Fax : 06-6780080

You might also like