You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SYED NAHAR

061000 KODIANG, KEDAH DARUL AMAN.

Ruj, Kami : 400-5/1/9(16)

Tarikh: ____________________

Pengarah,

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan,

Jalan Stadium,05604 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

( u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PCG SEKOLAH UNTUK PERBELANJAAN


PROGRAM RIMUP PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar telah
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program RIMUP Peringkat Daerah Kubang Pasu pada
26 Disember 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar.

3. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar ingin
memohon kelulusan daripada pihak tuan untuk menggunakan PCG sekolah dalam program berikut:

3.1 Program RIMUP Peringkat Daerah Kubang Pasu

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memberi kelulusan kepada Majlis
Sukan Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar menggunakan PCG dari setiap sekolah yang terlibat
dalam program yang dinyatakan di atas. Seterusnya melantik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato
Syed Nahar sebagai pemungut yuran program dan melunaskan bayaran kepada pembekal
menggunakan wang dari akaun SUWA tersebut.

5. Bersama-sama ini disertakan Salinan Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama tahun 2020
Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar.

6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Pejabat Sk Dto Syed Nahar di talian
___________________. Puan Sharfiza bt Shamsir Alam ( Penolong Kanan Kokurikulum ) di talian
____________________.
7. Kerjasama tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like