You are on page 1of 1

_______________________________________________________________________________________

Rujukan kami:
Tarikh:

Pengurus,
Nestle Products Sdn. Bhd.
5460, Persiaran Bunga Tanjung 1
Kawasan Perusahaan Senawang Baru
70450 Seremban, Negeri Sembilan

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MINUMAN SEMPENA


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK TAMAN WARISAN PUTERI KALI KE-9 TAHUN 2022

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak kami akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke -9 seperti
ketetapan berikut :-
Tarikh : 24 SEPTEMBER 2022 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SMK Warisan Puteri
Bil. Peserta : 800 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat memberi sumbangan
perkhidmatan menyediakan minuman bagi keperluan murid-murid pada Temasya Sukan tersebut.

4. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Mohammad Yuzly Bin Yusoff di talian 019-7711720/ SK
TAMAN WARISAN PUTERI di talian 06-762 5349 Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………
(ANIS BINTI MD NASIR)
Guru Besar,
SK Taman Warisan Puteri,
Seremban, Negeri Sembilan

You might also like