You are on page 1of 1

Rujukan Kami : SKTWP/600/3/5/5 (2)

Tarikh : 17 Ogos 2022

Ketua Balai Daerah


Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,
Polis Diraja Malaysia
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Tuan,

Memohon Pinjaman Khemah, Meja dan Kerusi bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan SK Taman
Warisan Puteri.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah butiran program tersebut :

Tarikh Program : 24 September 2022


Tempat Program : Padang Sekolah Menengah Warisan Puteri
Bilangan Khemah : 9 Khemah
Bilangan Meja : 6 Buah
Kerusi : 100 buah
Tarikh Pinjam : 22 September 2022 (KHAMIS) 4.30 Petang
Tarikh Pulang : 24 September 2022 (SABTU) Selesai Majlis

3. Pihak sekolah akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan alatan
yang dipinjam daripada pihak tuan. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Mohammad Yuzly Bin
Yusoff di talian 019-7711720/ SK TAMAN WARISAN PUTERI di talian 06-762 5349 Kerjasama dari
pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

4. Pertimbangan dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

...................................
(ANIS BINTI MD NASIR)
Guru Besar,
SK Taman Warisan Puteri,
Seremban, Negeri Sembilan

s.k.: Fail Koko

You might also like