You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA

JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,


68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH : BBA7227 NO. TEL. / FAKS : 03-61866649

Rujukan Kami : SKTSa 700-8/3/2


Tarikh : 6 OKTOBER 2022

Unit Pencegahan AADK Daerah Gombak,


68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan
Taman Samudra (SkeTSa) akan mengadakan ceramah PPDa seperti butiran berikut :

Nama Program : Ceramah PPDa


Tarikh : 21 November 2022 (tertakluk kepada perubahan)
Tempat : Arena SkeTSa
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi (tertakluk kepada perubahan)

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput seorang wakil daripada pihak untuk menyampaikan ceramah
kepada murid-murid . Sekiranya terdapat kesulitan, boleh dirujuk dengan guru PPDa sekolah kami iaitu En.
Raja Saiful Azhar Bin Raja Salleh di talian 01111235644 atau berhubung terus dengan pihak sekolah.

4. Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu bagi melancarkan lagi
perjalanan program ini, Jasa baik pihak tuan, amat kami haigai.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.............................................................
(TAUFEK BIN MOHAMED)
Guru Besar
SK Taman Samudra

You might also like