You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKS 100/02/06(04)


Tarikh : 30 November 2022

Ibu bapa/ Penjaga,


SK Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program tersebut


seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 7. Disember. 2022


Masa : 7.40 pagi – 10.00 pagi
Hari : Rabu
Tempat : Dataran Ilmu SKS dan Kelas masing-masing
Tema Pakaian : Watak kartun yang diminati

3. Bagi memeriahkan majlis, pihak sekolah mengalu-alukan kepada murid yang lahir pada bulan
Jun hingga Disember untuk membawa kek dan murid yang lahir pada bulan lain juga boleh turut
serta membawanya. Selain daripada itu, murid juga boleh memakai baju watak kartun yang
diminati. Jika tiada pakaian tersebut murid bolehlah memakai baju kebangsaan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,


................................................
(SUZIANA BT AWALUDIN)
GURU BESAR
SK SENAWANG

s.k : Fail Hal Ehwal Murid

You might also like