You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Seri Lindungan Raja e-Mel : KBA5019@moe.edu.my


Sedim, 09700 Karangan Kod Sek : KBA 5019
Kedah Darul Aman No. Tel. : 011-5504 6343

Ruj. Kami : SKSLR800-9/5 ( )


Tarikh
: 31 Oktober 2022

5 Rabiul Akhir 1444H


ADAM IBRAHIM
Pengarah Urusan IBMS,
Kulim Gas Sdn. Bhd. ,
144, Simpang Tiga Keladi,
09000 Kulim,
KEDAH DARUL AMAN.

Tuan,

KARNIVAL USAHAWAN SELIRA (KARUS) 2022

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, SK Seri Lindungan Raja


(SELIRA) akan menganjurkan program tersebut bagi mengumpul dana bagi menampung
kos pengurusan dan penyelenggaraan sekolah. Butiran lanjut seperti ketetapan berikut :

Tarikh
: 12 November 2022
Hari
: Sabtu
Masa
: 7.45 pagi – 1.45 tengah hari
Tempat :
Dataran SELIRA

3. Justeru, pihak sekolah berbesar hati memohon sumbangan tuan bagi membiayai kos
pengurusan program tersebut. Sumbangan boleh dihulurkan dalam bentuk wang tunai,
barangan dan lain-lain. Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi Cikgu Mohamad
Zairy bin Zakaria (Setiausaha KARUS 2022) di talian 019-389 7123.

4. Perhatian, kerjasama dan sokongan tuan amatlah disanjung dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“SELIRA TO THE TOP TRANSFORMATION”

Saya yang menjalankan amanah,

1
MOHD FAIZAL BIN AHMAD
Guru Besar
SK Seri Lindungan Raja (SELIRA),
Sedim, 09700 Karangan,
Kedah Darul Aman.

You might also like