You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK

75450 Bukit Katil


75450 Melaka
No.Tel : 06-2310804
MALAYSIA No. Faks : 06-2310859
Emel : MBA2047@moe.edu.my

Ruj.kami : SKKTR700-2/1/2

Tarikh : 17 FEBRUARI 2023

Kepada:

Ibu bapa /penjaga.

Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS ICT SESI 2023 / 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan / puan telah ditawarkan untuk dilantik sebagai Pengawas ICT. Sehubungan
dengan itu, Jawatankuasa Pengawas ICT ingin memohon kebenaran tuan / puan atas pelantikan tersebut.

3. Walau bagaimanapun, tuan / puan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada beberapa syarat iaitu :

(a) Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak tuan/puan hadir awal ke sekolah pada setiap hari iaitu selewat-lewatnya
pada jam 7.30 pagi.
(b) Anak tuan/puan dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik dan tidak
mengabaikan pelajarannya.
(c) Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai prestasinya .
(e) Sekiranya anak tuan /puan melakukan salah laku dan tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan, maka
pihak Jawatankuasa Pengawas Kokurikulum berhak menarik balik pelantikan tersebut. Peletakan jawatan tanpa
sebab yang munasabah adahlah tidak dibenarkan.

4. Bersedia untuk membeli pakaian /uniform dan semua kelengkapan seperti yang diperlukan oleh pihak Jawatankuasa
Pengawas ICT. Kriteria uniform Pengawas ICT iaitu:

Bil Uniform Warna


1. Baju sekolah / Baju Putih
kururng
2. Tali leher Akan ditempah oleh pihak sekolah
3. Vest Akan ditempah oleh pihak sekolah
2. Kemeja lengan panjang Putih
4. Kain Kelabu / hitam
5. Tudung Putih

5. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan bersama. Sebarang pertanyaan
boleh berhubung dengan Encik MuHAMAD Syahir Bin Aripin (010-4478230)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’


Saya yang menjalankan amanah,

………..……………………………
(NORSHARLIZAH BINTI MOHD ZAIN)
Guru Besar
SK Kampung Tun Razak
Melaka.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK
75450 Bukit Katil
75450 Melaka
No.Tel : 06-2310804
MALAYSIA No. Faks : 06-2310859
Emel : MBA2047@moe.edu.my

Nama dan alamat ibu/bapa/penjaga,

…………………………………………………………………,

………………………………………………………………..,

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kepada,
Guru Besar ,
SK Kampung Tun Razak,
Jalan Bukit Katil,
75450 Melaka.
(U.P:Guru Penyelaras Pengawas ICT) Tarikh : ..........................

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS ICT SESI 2023 / 2024

Saya……………………………………………………………………………………………………….ibu/bapa/penjaga murid
bernama……………………………………………………………………………………………………………………………. dari kelas
………………………………………, BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU anak jagaan saya dilantik sebagai
Pengawas ICT untuk Sesi Persekolahan 2023 / 2024 .

2. Sehubungan dengan itu,maka saya bersetuju untuk memastikan anak /anak jagaan saya untuk:

2.1 Hadir awal sebelum 7.30 pagi setiap hari.


2.2 Belajar bersungguh-sungguh dan memastikan peningkatan prestasi
pelajarannya dari semasa ke semasa.
2.3 Sentiasa berpakaian bersih dan kemas.
2.4 Digugurkan dari jawatan sekiranya melanggar disiplin yang serius.

Sekian,terima kasih.

Saya yang benar,

…………………………………………….
( )

You might also like