You are on page 1of 2

Khamis 8 Ogos 2021

Mengedit kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

Gambus dan Kompang

Hanif dan Nabila sedang membaca maklumat tentang dua jenis alat muzik tradisional, iaitu
gambus dan kompang.

Gambus ialah sejenis alat muzik tradisional bertali di Malaysia. Gambus berbentuk
seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis “petik” yang
dikatakan berasal dari Timur Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis, iaitu gambus
tiga tali sehinggalah gambus yang mempunyai 12 tali. Gambus dimainkan untuk mengiringi
persembahan ghazal, zapin, inang dan joget.

Kompang ialah alat muzik tardisional. Alat muzik ini popular dalam kalangan
masyarakat Melayu. Kompang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit
kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Kompang biasanya berukuran 16 inci ukur lilt . Kompang ditutup dengan kepingan
kulit pada sebelah permukaan. Kompang dimainkan dengan memegangnya menggunakan
sebelah tangan. Kemudian dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang adalah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian
jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan dalam pelbagai
acara seperti perarakan kenduri, majlis rasmi dan upacara-upacara tradisi lain. Kita haruslah
mempelajari alat muzik ini agar tradisinya terjaga.
Kesalahan Ejaan (tidak perlu salin)

1) populer – popular

2) terulung – tergolong

3) kulet – kulit

4) kambeng – kambing

5) mengmalu - memalu

6) mengtepuk - menepuk

7) menikut – mengikut

8) menjaga - terjaga

You might also like