You are on page 1of 8

FOLIO KOMPANG

NAMA: MUHAMMAD KHAIRUN AMANI


BIN MAHATHIR

KUMPULAN: 1 BAIDURI

JURULATIH: AYAHANDA ABDUL RAHIM


PENGENALAN KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang


paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga
diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah
sintetik.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan


dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab.

CARA PEMBUATAN KOMPANG DAN


FUNGSINYA
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menegangkan permukaan kompang,
bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini,
gelung plastik turut digunakan.

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian


muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala,
bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang
perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak
iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang
dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk
menegangkan bahagian belulang dan
menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

SPESIFIKASI KOMPANG

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur


lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada
sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek
dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah
tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan
yang lain.

CARA MEMALU KOMPANG

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit


kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak
tangan mengikut rentak. Kompang biasanya
dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain.Bunyi yang berlainan
dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak
tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di
sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat.
Bunyi 'pak' di
perolehi dengan tepukan di tengah kompang
dengan jari tangan yang terbuka.Paluan kompang
terbahagi kepada 2
bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden
ataupun
kreatif.

Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul


kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam
versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala
paluan moden pula di mana paluan tersebut
diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di
Sabah, pertandingan kompang sering diadakan
untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu
yang telah hampir pupus ini.
KOMPANG BENGKALIS
RIAU

Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu


tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai
medium penjanaan bunyi muzik. Kompang
Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung
Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Ia telah berkembang
sejak tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau,
Indonesia apabila seorang tokoh muzik yang
bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke
Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar
alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu
Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke
Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke
daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung
dipanggil Resam. Bermula dari situlah permainan
alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula
berkembang secara aktif.

You might also like