You are on page 1of 2

Balutan anduh kecil

CARA-CARA BALUTAN :
1. Sediakan kain anduh.
2. Lipat kain anduh sehingga lipatan tirus.
3. Bat simpul manuk.
4. Tangan kanan ke hadapan, tangan kiri ke belakang, buat 2 bulatan dan silangkan.
5. Masukkan balutan itu ke dalam tangan mangsa yang tercedera. Ia bertujuan untuk mengampu pergelangan tangan mangsa.
6. Kemaskan balutan dan ketatkan ikatan mengikut keselesaan mangsa.
7. Bawa hujung kain anduh ke belakang leher mangsa dan ikat hujung kain anduh dengan ikatan buku sila.

Balutan anduh besar

1. Sediakan kain anduh.


2. Ampu bahagian tangan yang patah.
3. Masukkan kain anduh di bawah tangan yang tercedera.
4. Pastikan puncak kain anduh menghadap ata seiring dengan siku mangsa.
5. Bawa hujung kain anduh ke bahagian belakang badan atau ke atas bahu mangsa dan ikat dengan menggunakan ikatan buku sila.
6. Keluarkan 3 jari mangsa dan tangan yang tercedera supaya anda dapat melaksanakan Capillary Nail Refill Test.
7. Kemaskan ikatan dan balutan anda.

Anduh tapak tangan


1. Bersihkan luka. Tutupkan luka kecederaan dengan menggunakan kain yang bersih.
2. Lipatkan 1inci di bahagian kaki kain anduh dan kemaskan. Minta mangsa meletakkan tangan yang tercedera di atas kain anduh selari
dengan puncak kain anduh.
3. Tarikh puncak kain anduh ke arah tangan pesakit.
4. Silangkan kain anduh dan lilit tapak tangan mangsa dengan kemas dan ketat.
5. Lilit di sekeliling pergelangan tangan mangsa.
6. Buat ikatan buku sila di bahagian atas tangan mangsa.
7. Kemaskan lebihan kain anduh dan balutan anduh anda.
Balutan anduh kepala

1. Sediakan kain anduh.


2. Lipat 1 inci di bahagian tapak kain anduh.
3. Letakkan kain anduh berkenaan di atas kepala pesakit.
4. Minta pesakit meletakkan 2 jari pesait di dahi peskit.
5. Tarik kedua-dua hujung / bucu kain anduh dan silangkan di bahagian belakang kepala.
6. Bawa kedua-dua hujung / bucu kain anduh ke hadapan kepala.
7. Ikat ikatan hujung / bucu kain anduh di dahi pesakit dengan ikatan buku sila.
8. Ikat dengan ketat dan kemas.
9. Kemaskian lebihan kain anduh pada bahagian belakang kepala.

Balutan anduh lutut


1. Bersihkan luka. Tutupkan luka kecederaan dengan menggunakan kain yang bersih.
2. Lipatkan 1inci di bahagian kaki kain anduh dan kemaskan. Minta mangsa meletakkan lutut yang tercedera di atas kain anduh selari dengan
puncak kain anduh.
3. Tarikh puncak kain anduh ke arah bawah lutut pesakit.
4. Silangkan kain anduh dan lilit lutut mangsa dengan kemas dan ketat.
5. Lilit di sekeliling lutut mangsa.
6. Buat ikatan buku sila di bahagian atas tepi lutut mangsa.
7. Kemaskan lebihan kain anduh dan balutan anduh anda.

You might also like