You are on page 1of 2

Kompang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai
kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang.
Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada
ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-
13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada
sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan
sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau
tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka .