You are on page 1of 2

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan
kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek. Cara memalu kompang
ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan
cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' diperolehi dengan tepukan di sisi kompang
dengan kesemua jari tertutup rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di
tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

SOMPOTON
Sompoton merupakan sejenis alat muzik organ mulut yang terkenal di Sabah.
Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh
yang disusun dalam dua lapisan seperti bentuk rakit. Dengan meniup mulut labu,
pemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Sompoton boleh
dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan
untuk mengiringi tarian.

You might also like