You are on page 1of 29

Alat-Alat Muzik Etnik Di Sabah

KULINTANGAN

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/xjLauTscCzA/TuDB7HkHt1I/AAAAAAAAAHA/pdgwX3Wv_ec/s1600/normal_kulintang
an+2.jpg"
NAMA:
Kulintangan dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon.Ia merupakan alat muzik
dalam keluarga gong yang mempunyai kaitan dengan Kulintangan yang
dimainkan di Pulau Mindanao,Selatan Filipina.
DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada logam gangsa.
FUNGSI:
Kulintangan dipersembahkan untuk mengiringi tarian seperti tarian
kaum Kadazan iaitu Sumazau,Limbai,Silat dan Tingkad-tingkad.
SOMPOTON

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/qbd08GVUVP0/TuDB71MfM5I/AAAAAAAAAHI/6EsiBrwvgZ0/s1600/sompoton.jpg"
NAMA:

Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon.Ia dikatakan
berasal dari negeri Sabah.
DIPERBUAT:
Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak lapan batang
paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu empat batang paip buluh
bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam sebuah labu yang dikeringkan.Setiap
paip buluh tersebut mempunyai nama-namanya yang tersendiri.
FUNGSI:
Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian
suku kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.
SUNDATANG

HYPERLINK "http://3.bp.blogspot.com/dc2TageH0D0/TuDB82HY_eI/AAAAAAAAAHM/E2tu75ufEMk/s1600/sundatang+saba
h+museum.JPG"
NAMA:
Sundatang dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia popular di kalangan kau
pribumi di negari Sabah.
DIPERBUAT:
Sundatang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Ia berukuran lebih
kurang tiga kaki panjang.
Tali-tali lat ini diperbuat daripada urat palma atau dawai loyang.
FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.

Alat-alat muzik sabah dan sarawak

Published On :) Thursday, May 3, 2012

HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/LaMTTmZi1qc/T6KFknL7_fI/AAAAAAAABjA/GDszC07cRs/s1600/Hafizan+malik+4.JPG"
Muzik itu indah bukan..? Ya.. sudah pasti ianya indah, melalui muzik kita boleh
meluahkan segala perasaan. muzik itu hidup. Kali ini aku nak buat entri tentang
alat muzik yang terdapat di kepulauan Borneo. Dalam erti kata lain, aku nak
memperkenalkan pada korang semua alat-alat muzik yang terdapat di sabah dan
sarawak.
kenapa aku buat entri tentang alat muzik sabah..? sebabnya mudah.. Esok aku
ada midterm "listening test" yang mana aku terpaksa mendengar alat muzik yang
akan dimainkan oleh Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan. Beliau adalah

Pemegang Kursi Kadazan Dusun. Segala hal yang berkaitan dengan etnik Dusun,
semuanya akan merujuk kepada beliau.
Ok.. Teruskan mengiring bersama aku si ketam batu...
Pengenalan Alat Muzik Sabah
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi
dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan
wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada
untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya
main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong
leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli
yang
diambil
daripada
sumber
semulajadi.Sebagai
contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada
buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada
kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan
menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:
1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)
2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog).
1. Kordofon
Tongkungon

HYPERLINK
"http://2.bp.blogspot.com/xqIzXeTnbds/T6J9BYZEedI/AAAAAAAABhc/3zQTntjJcJQ/s1600/Tongkugon.jpg"
Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh
yang besar.

Sundatang Atau Gagayan

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/_R3NKGIi_KE/T6J9i4J7VGI/AAAAAAAABhk/byMzPFfMTzk/s1600/sundatang.jpg"
Pengenalan:
Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:
Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip
yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk
menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka.
Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:
Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu
sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian
seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.

2. Erofon
Suling

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/7ohx5qWy0BQ/T6J929NUPGI/AAAAAAAABhs/w8ZvO7mOZpA/s1600/suling.jpg"
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang
mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi
enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.
Turali

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/-xi_sGZl4_sM/T6JZnL7D1I/AAAAAAAABh0/6i23hTonA3o/s1600/Turali.jpg"
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi
masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini
ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat
tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah low pitch manakala makin pendek
alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi pitch. Alat ini
diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia

mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka
not yang dihasilkan ialah not paling rendah.
Sompoton

HYPERLINK
"http://2.bp.blogspot.com/-zwkM7rmFxd4/T6JuceIo4I/AAAAAAAABh8/SYXx8J6sy3w/s1600/sompoton.gif"
Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di
kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan
rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.
Diperbuat daripada:
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis
sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari
labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam
kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk
menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan.
Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan
kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan
pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik
yang telah ditentukan.
Cara Bermain - Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup
dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga
kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih

panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar
dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga
menggunakan teknik menghembus serta menyedut untuk menghasilkan
bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang
telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan
berharmoni. Sompoton juga menggunakan system free reed yang tunggal
sebagai bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.
Fungsi:
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam persembahan
nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau
kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan
di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di
mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton
boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat
muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.

Bungkau

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/D64jiYsHxtc/T6J_WElFvBI/AAAAAAAABiE/oaHKyGEmIZc/s1600/bungkau.jpg"
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar
kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus
dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini
berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya,
tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan
suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi dengan
memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan,
biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan
bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini
digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini
menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut
sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas
tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
3. Idiofon

Tongunggak

HYPERLINK
"http://2.bp.blogspot.com/wn_wGq8vlSg/T6J__UvSvpI/AAAAAAAABiM/yYR9bBL1jqE/s1600/tonggunggak.jpg"
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan
suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan
ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pestapesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga
puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.
Gong

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/OhAUkJqUJdU/T6KA2vJ66cI/AAAAAAAABiU/swaa4Q0H8uI/s1600/gong.jpg"
Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya
diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan
muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena
permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan
masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama
untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah
dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian,
upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak
akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari
kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai
dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari
Filipina, Indonesia atau Brunei.
Kulintangan

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/-VJhJ76VCimc/T6KBqSDcnSI/AAAAAAAABic/cqtOgqSpmY/s1600/kulintangan.jpg"
Pengenalan
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran
kecil.
Diperbuat dari:
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain - Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil
kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon.
Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka
digelar sebagai mitagunggu.
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada
tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji
kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis
lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat'
serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati
berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk
ensemble.
Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada
keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan
majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya
dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah
gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian

yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam
satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.
4. Membranofon
Rebana

HYPERLINK
"http://3.bp.blogspot.com/L03tN7zJ7to/T6KB93ISfII/AAAAAAAABik/406imU0g3EI/s1600/rebana.jpg"
Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian
dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai Adai-Adai oleh masyarakat
melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.
Gendang atau Tontog

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/aSWsLAM2BNI/T6KCULl90XI/AAAAAAAABis/harD3YTBRaE/s1600/gendang.jpg"

Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur
tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk
badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen
ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.
Alat Muzik Sarawak
ENGKERURAI /EROFON
Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak
ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai
merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika
ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak.
Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.
Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu.
Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor.
Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu
bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu
Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah
ranggong.
Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.
Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :
1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu
Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan
menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya
dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang
bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

SAPE/SAPEH KORDOFON

HYPERLINK
"http://3.bp.blogspot.com/e1JMiPRQGZY/T6KCuEOCSRI/AAAAAAAABi0/Ggt6ebqfPpc/s1600/alat+muzik+sape.
JPG"
Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek
dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya
meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan
sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering
di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla
bagi suku kaum kayan dan kenyah. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan
serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan
yang sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini
tidak lagi diamalkan.
Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai bulangan
talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali. Kini,
tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka
menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan talinya dilaras
mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti
Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada c satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third dibawah
middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada F iaitu perfect fourth diatas middle
c.
Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi
hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone yang
dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap
keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan
sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan

penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan


ENGKEROMONG/ IDIOFON
Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobedgong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada
tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara .
Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan
dalam ensamble untuk mengiringi tarian ngajat. Dalam konteks persembahan
, engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi
lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya
dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk
menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga
iaitu in step wise , menaik dan menurun.
Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran
besar iaitu dikenlai sebagai badai . Alat ini menyerupai alat tetawak yang
terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi
masyarakat iban.
GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON
Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk
seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya
daripada batang kelapa ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan
disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita
yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis
persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai bermukum di kalangan
masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan dondang
sayang dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan
bermukum ketua kumpulan gendang wanita akan bermainkan rebana
juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk
bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak
dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget.
Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai
benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan
orang islam.
Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka
dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada
permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing.
Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum
bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak
dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.
#Kalau rasa menarik dan best, jangan lupa share..

Peralatan Musik Tradisional Negeri Dibawah Bayu

Sabah mempunyai Pelbagai alatan tradisional yang diperbuat dari alam


sekitar...PEralatan ini mempunyai funsinya yang tertentu..sabah merupakan salah
satu negeri yang mempunyai pelbagai kaum didalamnya...x heran la klu bnyak
alatan tradisional di sabah,,,x kiralah alat musik atau alatan untuk tujuan
pertanian...

ALATAN MUSIK

SOMPOTON

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di
kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan
rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

HYPERLINK
"http://3.bp.blogspot.com/IhK1kR3MWWI/T7tZCMsHVbI/AAAAAAAAAHU/2P2xqvLSQ1Q/s1600/3503340653_9
87a8a697a_z.jpg"
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis
sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun
dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan
menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh
tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila
tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil
plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi
mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/7OYNfYW9ciM/T7tZJ2PgedI/AAAAAAAAAHc/suJCzxQiUOI/s1600/sompoton-he.JPG"
Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan
nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau
kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan
di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di

mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton


boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat
muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/oynbu2b38no/T7tcilQcIYI/AAAAAAAAAHw/xbQLtNdK9VU/s1600/sompoton+(1).jpg"

Cara Bermain

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/d3DpuM0Hgyc/T7tZaCVeJLI/AAAAAAAAAHk/oLw5l7DTbKY/s1600/sompoton.jpg"
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka
tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada
dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga
menggunakan teknik menghembus serta menyedut untuk menghasilkan
bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang
telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan
berharmoni. Sompoton juga menggunakan system free reed yang tunggal
sebagai bahan bunyinya

Bungkau

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/D64jiYsHxtc/T6J_WElFvBI/AAAAAAAABiE/oaHKyGEmIZc/s1600/bungkau.jpg"

Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan ketika berada di
kawasan padi dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz
mengikut kesesuaian kepada pemuzik. Inanya tidak mempunyai saiz yang
spesifik. Namun anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6 hingga 8 inci
atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau sejenis dahan
pokok seperti palma. Lampakid merupakan sarung kepada Bungkau iaitu
diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat muzik adalah bergantung sepenuhnya
kepada sumber persekitaran alam.
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar
kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus
dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik.
HYPERLINK

"http://thestar.com.my/archives/2010/5/2/nation/n_14Keningau.jpg"

Cara Bermain
Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan
sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh
membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh
diperolehi dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila
tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk
tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di
tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan
kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan
mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang
berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas
tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
Penduduk kampung telah mengadaptasi sumber alam sekeliling untuk dijadikan
alat muzik. Cara membunyikan alat muzik Bungkau adalah dengan meletakkan
pada mulut atau kedua-dua bibir disepit untuk penahan, dan sebelah tangan atau

jari membelek-belekkan kayu hujung Bungkau. Alunan corak bunyi adalah


bergantung kepada nafas.
Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan
nyanyian dan tarian. Bungkau boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau
kumpulan untuk mengiringi tarian. Bungkau juga dimainkan ketika adanya
keramaian. Muzik Bungkau bukan Muzik untuk upacara.
Muzik Bungkau juga dimainkan bersama dengan alat muzik lain secara
berkumpulan bagi membuatkan bunyi lebih seragam dan menarik. Antara alat
muzik yang sering digabungkan dengan alat muzik Bungkau adalah sompoton,
tongkungon, dan babangau

Kordofon/Tongkungon
Tongkungon

Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh
yang besar. Ia dibuat dari tiub buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya
untuk membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-serpihan kecil
kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang besar. Nama dan nombor tali
inisesuai dengan gong utama.

Fungsi
Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya untuk hiburan
persendirian.
Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga boleh menemani
tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.

Sundatang Atau Gagayan

Pengenalan:
Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:
Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip
yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk
menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka.
Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi:

Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu
sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian
seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.

Erofon/ Suling

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/7ohx5qWy0BQ/T6J929NUPGI/AAAAAAAABhs/w8ZvO7mOZpA/s1600/suling.jpg"

Suling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang
mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi
enam lubang dipanggilpenampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Fungsi
Suling dimainkan untuk keseronokan individu. Notamanis instrumen ini biasanya
didengar pada waktu malam selepas penduduk kampung telah pulang dari medan
hari ini lebih kerap mendengar karaoke ... Ia dimainkan olehsemua kumpulan
etnik Sabah.
Turali

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/-xi_sGZl4_sM/T6JZnL7D1I/AAAAAAAABh0/6i23hTonA3o/s1600/Turali.jpg"
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi
masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling.

Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter.
Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah low pitch
manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi
pitch.

Cara Dimainkan

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/toBFeUn2o7E/T7u2UC_IQwI/AAAAAAAAAH8/U6TG8YNhxwQ/s1600/Copy+of+may
+27+tambunan+homestay+(85)_resize.jpg"
Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia
mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka
not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Fungsi
Ia boleh dimainkan untuk hiburan persendirian dan lagu-laguyang boleh meniru
dikir pelbagai. Walau bagaimanapun, antara Tambunan pusat dan Kadazandusun
Penampang turali meluahkan kesedihan peribadi apabila seseorangsahaja
meninggal dunia. Melodi menunjukkan sama ada bapa, ibu atau kanak-kanaktelah
meninggal dunia. Kini generasi baru digalakkan untuk memainkan peralatan ini
dan kita boleh mendengar bunyi taruli ini di corong radio Kadazan Dusun.

Idiofon / Tongunggak

HYPERLINK
"http://2.bp.blogspot.com/wn_wGq8vlSg/T6J__UvSvpI/AAAAAAAABiM/yYR9bBL1jqE/s1600/tonggunggak.jpg"

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan


suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., Satu set alat-alat
muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah,
bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong

sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong


sebenar yang dimainkan.

Fungsi
idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta.

Gong

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/OhAUkJqUJdU/T6KA2vJ66cI/AAAAAAAABiU/swaa4Q0H8uI/s1600/gong.jpg"
Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya
diperbuat daripada gansa dan besi. . Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah
dan mempunyai nilai yang tinggi. Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di
Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli
di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam
serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

HYPERLINK
"http://2.bp.blogspot.com/URXzMSkRVtk/T7u_gi5v54I/AAAAAAAAAIQ/9nvRO2d658Q/s1600/Picture+084.jpg"

Cara DiMainkan

gong dipukul mengikut rentak lagu yang dimainkan. adakalanya gong dimainkan
mengikut rentak muzik sesuatu tempat, contohnya paluan gong Daerah Papar
Dan Daerah Penampang adalah Berbeza. Bilangan gong yang dimainkan bersama
berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah
gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Fungsi

Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang


belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam
hampir kesemua upacara sosial Ia juga digunakan sebagai hantaran berian,
upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai

Kulintangan

HYPERLINK
"http://4.bp.blogspot.com/-VJhJ76VCimc/T6KBqSDcnSI/AAAAAAAABic/cqtOgqSpmY/s1600/kulintangan.jpg"

Pengenalan

Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran
kecil.
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.

Cara bermain

- Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara


umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila
sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar
sebagai mitagunggu.

HYPERLINK
"http://3.bp.blogspot.com/-_lWa4WIzQ0/T7u_UD9LLGI/AAAAAAAAAII/at9H8KpB6HY/s1600/pestabagandang.jpg"

Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada
tapak kayu
ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji
kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis
lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat'
serta 'Tingkad-tingkad'.

Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku


kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alatalat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta
gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan.
Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari
Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang
kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza
apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di
atas sebuah rangka kayu rendah.

Membranofon/ Rebana

HYPERLINK
"http://3.bp.blogspot.com/L03tN7zJ7to/T6KB93ISfII/AAAAAAAABik/406imU0g3EI/s1600/rebana.jpg"

Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian
dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai Adai-Adai oleh masyarakat
melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.

Gendang atau Tontog

HYPERLINK
"http://1.bp.blogspot.com/aSWsLAM2BNI/T6KCULl90XI/AAAAAAAABis/harD3YTBRaE/s1600/gendang.jpg"
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur
tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk
badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen
ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.

You might also like