You are on page 1of 2

Badan Pengurusan Bersama (JMB)

Sky Riverfront Service Apartment


Lorong Minyak Gas
15050 Jalan Sultanah Zainab

Tel : 019 985 5238


Email : jmbsrf@gmail.com

20 Mei 2020

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam
Jalan Hospital
15000 KOTA BHARU

Tuan/Puan
RAYUAN PENGURANGAN PENILAIAN CUKAI PINTU UNIT KEDIAMAN
Dengan segala hormatnya, kami seperti nama dan beralamat di atas merujuk kepada
perkara yang dimaksudkan.

2. Kami ingin merayu pengurangan nilaian cukai pintu yang telah dikenakan kepada kami,
penghuni Sky Riverfront Service Apartment. Maklumat hartanah kami adalah seperti berikut;

No. Fail: S13/PT 184 - PT 189


No. Akaun : 103XXX
Kedudukan Harta : SKY RIVERFRONT SERVICE APARTMENT, LORONG
MINYAK GAS, JALAN SULTANAH ZAINNAB, 15050 KOTA BHARU
Nilaian Cukai Pintu : RM264 – RM552 setahun
Cadangan Cukai Pintu : RM 250 setahun (flat rate)

3. Kami, mewakili penghuni di sini merasakan kadar cukai pintu yang dikenakan oleh pihak
tuan adalah agak tinggi dan membebankan penghuni. Rayuan ini dikemukakan atas sebab-sebab
berikut;
3.1 Sebagai penghuni, kami bukan sahaja terpaksa membayar cukai pintu, tetapi perlu
juga membayar maintenance fee dan sinking fund setiap bulan. Purata kos penyelenggaraan
setiap unit sebulan adalah RM0.33 per meter iaitu bergantung kepada keluasan unit.
3.2 Penghuni berstrata tidak menikmati perkhidmatan seperti penyelenggaraan dan
pembaikpulihan jalan raya, pengemasan, pengindahan landskap, pembinaan kemudahan-
kemudahan taman permainan, lampu jalan, penyapuan jalan dalaman dan pembersihan parit,
penyemburan racun nyamuk Aedes, penebangan dan pemangkasan pokok di dalam kawasan
umum apartment dan lain-lain. Kesemua di atas adalah di bawah pengurusan dan
penyelenggaraan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengikut AKTA 757 Akta
Pengurusan Strata 2013. Buat masa sekarang perkhidmatan pengutipan sampah di kawasan
apartment pun dibiayai pemilik melalui JMB.

3.3 Penilaian tersebut buat pertama kali dikenakan keatas bangunan yang baru ini dan
kami merayu kepada pihak tuan supaya kami tidak ditetapkan dengan kadar bayaran yang begitu
tinggi berbanding dengan harta sekelilingnya dalam kawasan ini.

3.4. Infrastruktur jalan raya untuk keluar masuk ke bangunan ini juga masih belum
dinaik taraf selaras dengan alam bina (“Built Environment”), di mana jalan raya di Jalan
Sultanah Zainab bergaris dua dan menyebabkan kesukaran kepada penghuni apartment untuk
membuat pusingan dan menukar hala apabila keluar ke jalanraya.

3.5 Penghuni telah berbelanja kos pembaikian ke atas hartanah berstrata, kos insurans,
kos penyelenggaraan/ pengurusan dan berbagai-bagai kos mengikut AKTA 757 Pengurusan
Strata 2013; dan lain-lain.

4. Memandangkan alasan-alasan seperti di atas, kami merayu kepada pihak tuan untuk
mengenakan cukai pintu berdasarkan perkhidmatan yang disediakan sahaja.

5. Justeru, kami memohon jasa baik pihak YBhg Tuan Yang Dipertua agar dapat
mempertimbangkan permohonan pengurangan cukai pintu yang dikenakan. Segala kerjasama
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang benar,

_________________

You might also like